29 September 2010

أنا أحبك


Assalamualaikum w.r.t.

Puji dan syukur kepada Ilahi atas segala nikmat kurniaan-Nya.

Hanya sekadar renungan dimalam hari...




Satu malam,saya ditanya oleh seorang sahabat melalui YM,apakah yang saya ingat apabila dalam Bahasa Arab??Ermm..terkedu sebentar..saya dilarang untuk keluar selagi belum menjawab pertanyaan dirinya (ketika itu sudah mengantuk =jam 2 pagi).Agak2 apa yang saya terfikir...arrghh...lantas saya jawab...

أنا أحبك


Ermm..lantas,beliau dia membalas..ana uhibbuki fillah,saya terus membantah bahawa,saya tujukan untuk lelaki,saya anggapkan huruf Kaf itu berbaris atas..haha...beliau mengusik lagi,tryla cari Ka itu,dia mahu tengok sapew..

__________________________________________________________________________________

Itu hanyalah sekadar pemula cerita remaja sahaja,apa yang ingin disampaikan ialah bagaimanakah saya mengaplikasi bahasa arab ini..ohh..sungguh membazir..buat pengetahuan semua,sahabat saya itu sedang belajar di UTM (kos dia yang betul,tak sure la pulak,yang penting,dia belajar agama dan juga ilmu dunia,best bukan??) .Setakat manakah penghayatan saya sebenarnya??Saya mahu namun tidak mampu.

Sungguh,saya rindu bahasa arab saya.sangat2 rindu biarpun saya tidak fasih dan mahir dalam bahasa tersebut.saya rindu sebab saya akan dapat faham ayat-ayat al-quran walaupun sedikit.sungguh rindu apabila terpaksa menghafal segalanya dalam bahasa arab walaupun saya kurang gemar menghafal.sungguh rindu bila terpaksa baca kuat2 dan banyak kali fi'il2 semasa saya di ABIM,sungguh rindu bila terpaksa berulang kali baca perkataan2 bahasa arab oleh ustazah aisyah saya,sungguh rindu apabila malu2 belajar balaghah bersama ustaz su saya walaupun masa tue tak faham apa pun lagi,sungguh rindu apabila terpaksa menulis terjemahan bahasa arab itu ke dalam bahasa melayu sedangkan ketika itu saya masih terkial2 di permulaan ayat lagi,sungguh rindu apabila terpaksa siapkan essay bahasa arab sedangkan masa tue juga otak saya dipenuhi dengan perkataan english,sungguh rindu saat untuk belajar i'rab dalam nahu saraf walaupun saya tak pandai,sungguh rindu apabila terpaksa menghafal beratus2 perkataan antonim dan sinonim walau saya tak pernah habis menghafalnya,sungguh rindu untuk berusaha untuk belajar apa itu bahasa arab.


Arrhh...saya sayang bahasa arab saya,tidak mungkin untuk saya lepaskan ia begitu sahaja setelah 11 tahun saya mendalaminya.InsyaALLAH,selepas ini,jika yang bertanya lagi,pasti saya akan dapat jawapannya.
Ya ALLAH,jangan KAU hijab hatiku untuk menerima bahasa indahMU.


notakakiku1:ALHAMDULILLAH,misi pertama saya sudah selesai,sedang menunggu misi kedua,tidak sabar untuk pulang ketika Aidiladha nanti,saya perlu pulang untuk mengambil "sesuatu" yang tertinggal.
notakakiku2:Jika difikirkan semula,itu baru dapat soalan sebegitu,jika saya ditanya,apa yang saya teringat jika disebut ALLAH & ISLAM??agak2,apa yang saya akan jawab..
notakakiku3:Sungguh,rindu untuk berbahasa arab kembali.
notakakiku4:sehingga kini,tercari2 dimanakah KA saya itu?? ;-)

27 September 2010

Status YM & FB


Assalamualaikum Warahmatullah

Mari bersama berdoa kepada ALLAH, agar kita sama-sama sihat dalam nikmat IMAN dan ISLAM yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.


Sudah lama jemari2 ini tidak melakar sesuatu (haha..lama la sangat qila oii),terdetik pula mahu mencoret sesuatu.Tercari2 topik yang sesuai.Lantas saya memilih tentang status ym dan fb..

Dua tiga hari ini,saya sering diterjah dengan macam2 soalan dari sahabat2 saya berkenaan status2 saya difb dan ym..agak pelikkah??Owhh..macam
perasan pulak kan..namun percayalah,kalu anda yang pernah menegur saya tentang status2 tersebut,bukan anda seorang yang berbuat begitu,ada lagi kawan2 saya yang bertanyakan perkara yang sama.

Meh sini nak habaq mai niee..sebenarnya..saya tiada apa2 pun...ALHAMDULILLAH...masih sihat dan okies..Tiada apa yang perlu dirisaukan..ALHAMDULILLAH..cuti hari itu saya sudah recharge semuanya sebelum tiba disini..Saya masih kuat dan mampu bertahan,biarlah hampir rasa rebah sekalipun,saya pasti dapat bangun semula.

Status2 saya difb dan ym itu adalah hasil luahan jari jemari setelah mengreview keadaan hari tersebut,sesungguhnya,tiada kena mengena dengan sesiapa,silalah jangan perasan...review keadaan bukan sahaja apa yang telah berlaku pada hari tersebut,malahan boleh juga disebabkan saya telah membaca sesuatu atau ada orang telah menegur tentang saya,sesungguhnya,tiada kaitan dengan sesiapa,dan jika anda terasa,saya mohon jutaan kemaafan,tiada niat dihati mahu mengenakan anda,dan jika anda masih terasa lagi,cubalah untuk bermuhasabah diri sendiri,mungkin itu teguran untuk anda tetapi melalui saya,saya juga tidak sempurna,masih belajar untuk menyempurnakan hidup,saya sedang cuba untuk berfikir dari perspektif dan menilai dari sudut saya sendiri,salahkah??

Dahulu,saya ada tempat untuk meluahkan apa2 yang terlintas diminda saya,koreksi dan berbahas bersama2 sahabat2 saya,sungguh,berbahas benda2 berilmiah,namun kini,saya kehilangan mereka,tidak mungkin untuk saya menelefon mereka berjam2 semata2 untuk berbahas tentang realiti kehidupan kini,pasti mereka sibuk dan saya juga sibuk,(ahhha,busy2...),masa kami sudah tentu tidak sama,kalau diberi pilihan,saya lebih suka berbicara secara lisan berbanding melakar dalam bentuk tulisan,sebab saya rasa bercakap lebih dan sangat2 puas..oleh sebab itulah,saya mencoret apa2 yang terfikirkan diym dan fb,untuk sama2 berdiskusi bersama kalian..haha...diskusi la sangat...like jer korang pandai..huhu..so,terbuktilah coretan diym dan fb ialah apa yang bermain diminda saya sahaja..

DOWN..ya..saya memang down..saya kurang semangat sebelum ini,tapi kali ini,saya akan pastikan saya tidak tewas lagi,status2 sedih juga bukan hanyalah semata2 untuk menunjukkan saya bersedih,tapi hanyalah sekadar apa yang terlintas difikiran,kalian pasti tidak tahu,padahal semasa saya post coretan tersebut,mungkin juga saya sedang bergelak ketawa di payung putih,siapa tahu bukan?

PERCAYALAH,status2 saya juga adalah untuk menilai tahap pemikiran saya terhadap sesuatu,semasa saya menghadiri kursus pada akhir tahun lepas,seorang kakak pernah memberitahu saya,cubalah untuk membina soalan2 berilmiah dan membuatkan orang terfikir dan menghayati apa yang ingin disampaikan,itu juga kan dakwah?hahhh..sebab itulah,saya post coretan2 tersebut...saya kan sedang belajar dan akan belajar sehingga akhir hayat,belajar tidak semestinya perlu berada dalam kuliah sahaja,dari status2 saya juga,saya belajar apa yang ingin disampaikan..saya memang nakal dan main2,namun as i said before,tidak semua orang perlu tahu apa yang ingin saya lakukan,cukuplah sekadar ALLAH tahu...mungkin saya nampak tidak kesah atas sesuatu,sesungguhnya,saya memang begitu..just being myself..

~saya amat2 rindu saat2 kami berpacaran..miss all my x-roomate...
(ALLAH sentiasa ada,pasti tiada duka yang abadi)


Lastly,saya memohon jutaan kemaafan jika anda terasa dengan status2 saya selama ini,jika anda masih tidak mampu untuk maafkan saya,saya hanya mampu berdoa agar ALLAH memujuk hati anda untuk memaafkan saya...by the way,terima kasih,syukran jiddan dan thanks kepada semua yang caring,bertanyakan macam2...jangan risau,saya mungkin akan jatuh lagi,namun tidak mungkin untuk saya tidak bangun semula,biar berjuta kali saya rebah,saya pasti dapat berlari semula lebih2 lagi apabila kalian memaut dan menggenggam tangan saya untuk sama2 ke puncak dan iringan doa yang tidak pernah putus2 dalam menuju redha ALLAH..


notakakiku1:maaf buat sesiapa yang terasa...
notakakiku2:sayang kalian,sesiapa sahaja yang mengaku saya sahabat anda,saya lebih2 mengakui bahawa saya sangat2 sayang anda..
notakakiku3:Minggu ini minggu terakhir berprogram di Smk.Sg.Isap,pasti miss dat moment...
notakakiku4:Walau apa yang terjadi,senyum sajalah... ;-)

18 September 2010

Tidak Mengalah lagi...


Assalamualaikum Warahmatullah

Mari bersama berdoa kepada ALLAH, agar kita sama-sama sihat dalam nikmat IMAN dan ISLAM yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.


ALHAMDULILLAH....cuti raya + mid sem bakal berakhir,semua orang bakal kembali kepada normal,sibuk dan tiada masa untuk berfoya-foya lagi..Segala syukur kepada ALLAH kerana anugerah cuti ini,sangat2 bermakna..

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...saya diberi kesempatan untuk menghabiskan cuti ini sebaiknya,bertemu sahabat2 lama..owhh..sangat2 seronok,bukan sekadar pertemuan biasa,tetapi pertemuan yang sangat bererti.Pertemuan bersama baik sahabat2 abim mahupun maahad sangat2 memberi makna.Mengimbau kembali semangat saya suatu ketika dulu,merungkai azam yang pernah tertanam dahulu kala,mengimbas jua cerita2 nakal kami,membuatkan saya bersemangat untuk pulang ke ump.

Owhh,saya sangat2 sakit sebelum pulang cuti raya tempoh hari,saya rasakan sangat2 perit untuk melangkah di bumi pahang itu,segala2nya rasa tidak kena,dimana silapnya?dimana salahnya?dimana solusinya?saya sangat2 buntu..saya kurang semangat,saya mudah mengeluh,saya jadi negatif terhadap segalanya..all about study,test,friendship,programme n myself....saya rasa mahu pulang segera dan bertemu keluarga sahaja...saya keliru dalam memilih solusi yang terbaik..tiada yang tahu,tiada yang mengerti,saya bukan suka untuk bercerita dan meluah2 ini,sebelum ini,saya jenis memang bersemangat dan positif,namun kali ini,saya tewas,kalah..kalah dengan diri sendiri,tidak tahu menyelesaikan masalah2 yang berlaku...ketika itu,saya lupa Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Tidak ditimpa seseorang muslim itu daripada kepenatan, kesakitan, dukacita, kebimbangan, penderitaan, kesedihan dan tusukan duri sekalipun melainkan dengan perkara tersebut Allah Taala menjadikannya sebagai kifarat terhadap kesalahan-kesalahannya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dan cuti kali ini,saya ambil strategi saya sendiri,selain menghabiskan masa dengan keluarga,melayan kerenah adik2,saya berusaha untuk bertemu sahabat2 lama saya,setiap hari saya keluar,bertemu dengan sahabat2 yang berbeza (haha,sila jangan tiru ini..),nasib baik,orang rumah tidak marah2,ALHAMDULILLAH,saya bertemu mereka untuk mencari semangat yang hilang,mengutip sisa2 azam yang tertinggal,dan mengaut harapan dan doa2 mereka buat saya..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH...mereka semua sangat2 membantu,bertemu,bergaduh2,membalas kata2,kena-mengena..ahh...bersama mereka,saya lakukan sepuas hati...ALHAMDULILLAH,saya puas dan sihat.

ALHAMDULILLAH,mereka sudi marah2 saya,tengking2 saya,beri nasihat dan kata2 semangat...jujur,membantu saya untuk memulihkan nurani yang saya pudar ini,mengingatkan saya dengan kalam2 ALLAH yang benar itu,mengingatkan saya bahawa saya mesti kuat berpegang pada Hadis2 Nabi yang tidak pernah usang ditelan waktu..ALHAMDULILLAH,saya sangat bersyukur..saya mahu bersabar,bersabar,bersabar dengan semuanya.....pasti tiada duka yang abadi..


Kini,saya mahu pulang ke ump,mengubah segalanya,walau orang tidak tahu,saya tidak kesah,yang penting saya yakin ALLAH tahu segalanya..mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya,semua masalah bakal diselesaikan,tidak perlu lari dan takut,ALLAH kan ada,masih ada dan sentiasa ada.saya amat yakin.

Kepada semua,terima kasih segalanya....terima kasih atas pemberian kalian baik material mahupun perbuatan dan perkataan...tiada kata yang mampu dilafazkan,hanya doa yang mampu diutuskan agar kalian berjaya dan bahagia dunia akhirat,doakan saya juga agar tidak mudah mengalah lagi..saya amat2 mengharapkan kalian..dulu,kini dan selamanya...Ukhuwwah itu ibarat pengecas bateri untuk Iman kan?Menjadi momentum untuk kita semua terus bersatu di Jalan ALLAH..



ada impian yang masih belum terlaksana,
ada cita-cita yang belum kesampaian,
ada agenda yang belum dijejaki
ada harapan yang belum terkubur...

JOM...PULANG...SEMANGAT!!!!



notakakiku1:Syukran jazillan kepada semua ;-) ->abimians,sep2 lawa cuci,ubkk team,team maya iluvislam,umpiaz...sangat2 sayang kalian,saya sayang sahabat2 saya...family saya??haha..tidak terkata pengorbanan mereka buat saya...love also my family soo much!!
notakakiku2:terkilan--->tidak sempat jumpa maryam kamal dan liyana zainol abidin,padahal masa tue memang dah ada kat tempat yang dijanjikan..sesungguhnya,ALLAH tidak izin,pasti ada hikmahnya...
notakakiku3:Terima kasih atas buku2,selendang,nota2 diFB (hehehe...sape la kan) dan apa2 jua yang kalian berikan...syukran kathir...
notakakiku4:Ya ALLAH,titipkan secebis kesabaran buat diri ini atas segalanya,ALLAH ada dan pasti tiada duka yang abadi..

17 September 2010

Raya UBKK Team




ASSALAMUALAIKUM...
Salam 8 Syawal 1431H...

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH....

Sekali lagi..semalam,saya berkesempatan bertemu dan berukhuwwah bersama sahabat2 maahad..ermm..sangat2 best,seronok...


Terasa mendapat semangat yang baru apabila bertemu dengan mereka,berkongsi cerita,pengalaman dan segala-galanya...



-gambar nie xde motif pun,cuma rasa lawak sangat2 bila terjumpa pass kbmall dalam kete si asmaa....hahaha..macamla ada family dia keje kat situ...boleh lak dia terbawa balik pass parking kete tue..-


Asmaa:sangat2 berterima kasih ko mu..sangat2 membantu aku..gano2 aku suka mapuh mu pun,mu still masih bagi nasihat,pandangan mu..terima kasih sebab bagi buku2 ko aku..selalu ada sejak dari dulu sehingga sekarang,mu tak pernah sekalipun tinggalkan aku dan yang..aku nak jadi kuat cam mu..nak jadi tidak kesah cam mu..nak jadi hebat cam mu...terima kasih tengking2 aku,jujur...kalu mu kasi pandangan mu..mesti cara cam mu tengking kan...haha..i'm really enjoy that moment laa...


Yang:hehe...terima kasih gak sebab sudi mai rumah aku lagi...berpeluang lagi tidur sebantal biarpun zaman2 dulu dah berlalu..(haha...tapi mu tak guna pun bantal aku wi tue..)..share2 cerita nga mu...aku rasa puas dapat bercerita nga mu..macam dulu2...bercerita segalanya...dari hal2 budak kecik sehinggalah hal2 dewasa..(hehehe..hal apakah)...yang..jom jadi kuat,mu kena jadi kuat...mu kena kuat supaya aku turut kuat...terima kasih atas nasihat2 mu...segala kata2 yang kelaur dari mulut mu,aku amik pengajarannya...

Cikgu Siti:hehee...terima kasih,Cikgu...best dapat jupe cikgu..rindu dooh doh bena...maaf kalu tersuprise kan cikgu time tue..hajat dihati hanyalah mahu berjumpa sahaja,paling best,bila cikgu kasi duit raya..hehe...best...tahun depan nak datang lagi arrr....(hehe..cam xikhlas jer)-->cikgu siti merupakan guru penasihat UBKK...

Sarah:Nak gak jupe nga mu,tapi hanya ALLAH yang menentukan...walau camne sekalipun kita berusaha,tapi DIA lebih berhak kan..terperangkap dalam jammed..terima kasih sebab berusaha untuk pulang bertemu walau tidak sempat bertemu...

Amalina:hehee....punyala duk kira nama2 burung kat kawasan rumah amal..argghh...akhirnya,jumpa...sangat2 suka manisan jordan itu...berkongsi cerita2 jordan..sangat2 seronok,walau tidak serapat mana dulu2,namun tidak pernah menghalang ukhuwwah ini mengalir ke dasar hati..doakan k.qilah dari bumi barakah itu agar mustajabnya terangkat untuk sampai kesini.

Asiah:my junior...arrghh...nak buku cam kak asmaa gak...huishh..jeles nie,ngaju kan?terima kasih sebab sudi singgah walau sekejap...dapat bertemu sekejap pun jadi laa..jumpa lagi tahun depan...semoga berjaya dunia akhirat...

Arijan:hehe...jangan salah masuk rumah,okies...rijan2...anda sangat hebat...dari dulu sehingga sekarang...maw pinjam semangat itu...semoga diri ini turut bersemangat juga...walau tidak serapat kak yang,namun ukhuwwah kita sangat2 indah...lain kali,sila datang lagi...



notakakiku1:uishhh...mereka semua sahabat2 saya di maahad jua...mereka semua adalah bekas2 pimpinan tertinggi dalam organisasi2 di maahad....berprogram bersama2,bersusah senang bersama2....bertukar2 idea dari dulu sehingga sekarang...
notakakiku2:setiap hari saya bereunion,kan??reunion pulak dengan mereka yang berbeza2 sikapnya...saya memang ramai sahabat...sikap saya juga berbeza mengikut mereka namun perwatakan saya masih sama,suka kacau orang,suka kenakan orang,hehehe....saya sangat2 memerlukan mereka untuk melengkapkan hidup saya...
notakakiku3:ALHAMDULILLAH...saya sayang semua sahabat2 saya...tidak sabar mahu pulang ke UMP...(hehe..ye ke??cam pelik jer )----->masih tidak lengkap tanpa shida,dayah,mawar,iffah dan yang lain2 yg banyak bekerjasama dahulu..
notakakiku4:cerita semalam boleh dibaca direct dari sini------>kembara ilmu
notakakiku5:hari ini saya mula menyentuh assignment..hehe..insyaALLAH,bakal disiapkan....

15 September 2010

~raya geng cuci~



Assalamualaikum...

Salam 6 Syawal 1431H...

ALHAMDULILLAH...again...dapat berjumpa dengan geng2 sep lawa cuci..owhh.. sangat teruja ...bereunion dirumah che...



Piaa:hehe..thanks sebab sudi balik sekali nga aku..hehe...share citer...tolong pegang SDLR....maaf jugak sebab letak mu tepi jalan..okies la kan..kalu tengah jalan,kena langgar kete lak..

Pipah:alohaaaa...orang seberang aku nie..makin kurus..still tidak berubah..sila makan banyak lagi yer....

mc syah:dari dulu sampai sekarang..aku memang suka cari baloh nga mu..tak tahu nape..aku suka cari pasal nga mu...hehe..sila jangan peram lesen anda..jom..g derat n piknik ramai2..

mira:happy tengok mu mai jugak even mu takdop mood...terima kasih..makin tembam nampaknya...hehe...

che:terima kasih che,susah2 jer sedia makanan banyak2...akhirnya,sumer sep2 cuci dah g rumah mu..rasa terlepas hutang aku nga mu...

mien:hehe...takdop benda nak komen...hanya inginkan doa dari seorang sahabat yang berada di urdu kinanah agar aku berjaya dunia akhirat...tahun depan sila pulang lagi...

tiem:ermm...tidak pasal2 kena jadi driver mien kan...dush..dush...tumbuk dia...len kali suh dia wat lesen gak..by da way..syukran,ya ustazah...len kali derat lagi...

sheyna:sebab mu sorang tak mai..aku letak jah pic tiem ja
di wakil mu...hehe..semoga berbakat dalam pujuk-memujuk bonda anda....sorry,sebab tak dapat singgah rumah mu..



~korang:TERIMA KASIH...rindu zaman2 kita belajar dulu...
MAAF....harap tidak disimpan dalam hati,apa yang terusik dikalbu...
Luv U ALL~

notakakiku1:sep2 lawa cuci...sehingga sekarang aku ingat nama nie..semoga kita semua berjaya dalam bidang masing2.....masing2 sudah berpecah,melata di merata2 tempat dibumi ALLAH ini,namun tidak sekalipun,ukhuwwah ini terlerai ditelan waktu....
notakakiku2:setiap hari keluar beraya...haha..sangat2 seronok,fun..namun sudah pasti pengsan tak terkata setelah pulang ke U nati....wait n see...

14 September 2010

cinta isteri,sayang suami,kasih sahabat


Assalamualaikum dan salam ramadhan kareem…

Kali ini saya mahu review sesuatu untuk semua..haha..review ok…macam ngeri jer dengar perkataan review kan…metang-metang serik dengan review SDP baru-baru ini..jangan risau kali ini,saya mahu review satu filem hindi.

Arghh…filem hindi…saya seringkali bertekak dengan ayu mafia jika berkaitan filem hindi,namun kali ini,saya surrender,saya teringat sesuatu,apakah ia..biarlah rahsia...so,saya rewatch filem ini sekali lagi..menontonnya semula selepas 9 tahun yang lalu..menonton berulang kali sehingga episod terakhir.Jom review sinopsisnya dahulu.

“Chori Chori Chupke Chupke”-àFilem yang dikeluarkan pada tahun 2001 (kan dah kata dah lama,9 tahun yang lalu) yang dilakonkan oleh Salman Khan (Raj Malhotra),Rani Mukherji (Priya) dan Preity Zinta (Madhu).Filem ini banyak meniru scene Pretty Woman (1990)-ànot sure sebab saya tidak berkesempatan menonotonnya lagi,ini berdasarkan Wiki.

“Chori Chori Chupke Chupke” banyak membawa tema kekeluargaan dan perkahwinan.Mengisahkan Raj dan Priya yang bertemu dan jatuh cinta lalu berkahwin.Tidak lama kemudian,Priya mengandung dan ia mengundang sejuta kegembiraan buat keluarga besar Raj.Bagi mereka,kelahiran anak Raj merupakan keuntungan bagi seluruh keluarga mereka.Namun,malang tidak berbau,Priya ditimpa kecelakaan dan kandungannya gugur.Tambah malang lagi apabila Priya tidak dapat bergelar ibu buat selama-lamanya.Berita ini bakal mengecewakan seluruh keluarga,oleh itu,hanya Raj,Priya dan doktor peribadi mereka yang mengetahuinya.

Priya cuba memujuk Raj untuk berkahwin lain,namun Raj tidak bersetuju,lantas pelbagai cara yang dilakukan oleh Priya bagi memastikan keturunan Raj dapat dikembangkan.Antaranya ialah menggunakan kaedah ibu tumpang.Dalam menyelesaikan dan menguruskan ibu tumpang (Preity Zinta) inilah,pelbagai konflik timbul.Bermula dari konflik dalam diri Raj,Priya dan Madhu juga turut melibatkan konflik dalam seluruh keluarga.Alhamdulillah,filem ini happy ending.

Jom,review nila-nilai yang terdapat dalam filem ini sehinggakan saya menontonnya dan memuatkan kedalam blog ini.(Tuan penerbit,sila bayar saya kerna sedang mempromote filem anda setelah 9 tahun..hahaha)

1-Keunikan satu keluarga=part mula-mula yang menarik perhatian ialah kerjasama satu keluarga yang tinggal dalam satu rumah.Keluarga Malhotra ini besar dan tinggal dalam satu rumah yang terdiri daripada datuk,mak,ayah,unlce,aunty,dan pembantu-pembantu rumah.Okies…maybe orang akan pertikai padanla kalau tinggal dalam satu rumah,dah rumah banglo,tapi disini,bukan nak tekankan rumah banglo,teres,semi-D,pangsa atau kondo,tapi mahu nyatakan bahawa kesatuan dalam menguruskan kehidupan dengan hidup beramai-ramai sebegitu.Jarang bukan menjumpai kehidupan keluarga majmuk sebegini,sangat bahagia.sebagaimana dalam scene 4C (Chori Chori Chupke Chupke) ini apabila pengacara bertanyakan kepada si datuk apakah rahsia kebahagiaan dan keamanan dalam keluarga mereka.Jawapannya ialah sangat mudah.Mereka melakukan kerja bersama-sama dan bertoleransi antara satu sama lain.Masing-masing tahu dan faham peranan masing-masing.Keluarga juga tidak mementingkan darjat dalam pergaulan,oleh sebab itu Pappu,anak salah seorang bekas pengarah dalam syarikat keluarga mereka turut tinggal bersama dan telah dianggap sebagai anak sendiri.Sangat bahagia bukan.

2-Cinta selepas kahwin=Ini dapat dilihat melalui Raj dan Priya.Mereka berkenalan sewaktu sama-sama menghadiri majlis kahwin rakan mereka.Mata saling memandang,tarian seiring nyanyian,hati juga turut berbisik..hahhh..mereka jatuh cinta..lantas mereka dikahwinkan..walaupun ada konflik sewaktu acara merisik dijalankan..biarkan..mereka hanya mahu genre komedi diwujudkan..dari situ kita dapat lihat,berkenan jer terus merisik dan berkahwin..tiada gejala couple2 seperti dalam drama2 melayu kita…positif bukan??hehe…

3-Kesetiaan=Ini pun dapat dilihat melalui Raj dan Priya..yer la kan..watak utama…mestila diorang…Raj tidak berkeinginan pun untuk berkahwin lain walaupun dia tahu Priya tak mampu memberikan dia zuriat.Bagi seseorang,anak memang sangat penting..yer la..pewaris kan…Pada mulanya,mereka bersetuju untuk mengambil anak angkat,namun bila memikirkan bahawa keluarga mereka memerluka pewaris sebenar,maka,Priya dengan rela hati memeberi izin untuk Raj berkahwin lain,,,tapi Raj menolak..setia bukan??sangat susah nak jumpa pasangan sebegini dimana isteri rela agar suami bahagia dan suami yang setia…mereka sama-sama bersusah senang.sorrow comes from free.But for happiness you must pay a price..kata-kata Priya time pujuk Raj untuk guna kaedah ibu tumpang (haram dalam Islam).Mereka kena gak berkorban salah satu pihak macam mana sekalipun..itulah harga yang perlu dibayar untuk sebuah kebahagiaan seluruh keluarga.orang akan kata,cerita jerk an..kena ikut skrip…pape jer la..yang penting..tak salah ambil pengajaran,kan…

4-Layanan seseorang berdasarkan darjat=Ini ditunjukkan oleh layanan jurujual dan pengurus butik terhadap Madhu..yer la kan..sangka mereka Madhu tidak mampu untuk memiliki pakaian2 berjenama mahal apabila melihatkan perwatakan Madhu yang kolot..serius….ini sangat bertepatan dengan kehidupan masyarakat kita..kalau tengok keadaan sekeliling kita juga,kita juga kadang2 memberi layanan yang berbeza2 terhadap orang..Apabila orang itu tidak dapat memenuhi kriteria kita,kita mungkin akan membuangnya…owhh…tidak..mereka semua ada hati dan perasaan jua…seburuk mana sekalipun seseorang itu,pasti ada kebaikan dalam dirinya..sila jangan hina orang lagi…peringatan buat diri saya juga..supaya berusaha menjaga hati dan perasaan orang2 sekitar saya…

5-Baik vs Buruk=Madhu bukanlah seburuk yang disangka..Cuma dia datang dari dunia yang berbeza..kurang adab dan sopan dalam kehidupan sehariannya..part ini dapat dipuji kepada Raj…Raj banyak bersabar melatih Madhu untuk bersopan dan berkelakuan baik semata-mata untuk berdepan dengan Priya nanti..owhhh…menarik,bukan?scene nie pun sama seperti kita juga,jika kita mahu berubah dari buruk ke baik,pasti dapat lakukan..tengok..contohnya adalah Madhu…dulu,Madhu adalah sangat2 teruk..namun dia berjaya membuktikan…dia dapat mengubah dirinya..soo nice…

6-Kasih sayang seorang ibu=Madhu…biarpun dia dah berjanji untuk menyerahkan anaknya kepada Raj dan Priya,namun disaat akhir..dia terasa…kasih ,sayang,cinta…walau seteruk mana sekalipun seorang perempuan itu,pasti tersentuh naluri keibuannya (pergghh..cam dah tahu2 jer kan..haha..)…->time nie gak dia ada konflik perasaan terhadap Raj..so….sayangilah ibu2 kita sebagaimana ibu2 sayang kita…(ramai ibu2 tue…) ..think deeply…

Hahh..tue jerr….dah berkurun lama kurahsiakan..hahaha…dah berkurun dah draft blog nie kat lappy saya..bermula makan kat chilli lagi.(ayu,nana,rai mesti dah tahu..)..sejak hari tue lagi..tangan saya berpusing2 di skrin hp…banyak lagi sebenarnya pengajaran yang dapat diambil..namun tidak berkesempatan…ini sahaja yang mampu dikongsi bersama…

~Mungkin orang akan berkata ini adalah sekadar filem sahaja,cerita rekaan,namun andai sikap manusia sendiri di alam nyata tidak mampu untuk diteladani,apa salahnya belajar tentang nilai2 murni melalui sebuah filem..


~really thanks kepada yang menyumbang dalam penghasilan entry kali ini..

-ayu:terima kasih kerana sudi mendownload…tengok..aku buktikan aku mampu habiskan cerita Hindustan kali ini tanpa tidur dipertengahan.

-nana:terima kasih kerana tolong sama2 g ambil cerita nie….budimu dari Gambang ke Taman Tas,aku hargai…haha..semua orang kalut semata2 aku nak cerita ini..thanks..

-rai:ko takde dalam list..minah balai..owhh..minah balai…terima kasih jua kerna sanggup bersusah teman aku..tolong aku jaga buffy...hehe..


notakakiku1:hanyalah sekadar perspektif seorang anak muda dalam meneliti erti kesetiaan dan pengorbanan dalam sebuah perkahwinan hari ini..

notakakiku2:instrument yang dimainkan semasa Priya menari time pregnant tue best..ayu,bleh donlodkan..please..hehe..xpew..daku boleh donlod sendiri..

notakakiku3:feel free to share with me about marriage..haha..serius nie..ilmu kan..seronok tengok persefahaman Priya dan Raj..selalu main2 isyarat mata..

13 September 2010

kenangan ini,pasti dikenang....


Assalamualaikum…

Salam 4 SYAWAL 1431H…

ALHAMDULILLAH…ALHAMDULILLAH….ALHAMDULILLAH…hari ini berkesempatan berjumpa dengan kawan-kawan sekolah rendah..my abimians 2001…owhh…sangat-sangat seronok…misi ini kami namakan terjah raya abimians…tahun ini kami memilih sekitar area pc dan majoritinya rumah anak-anak dara..berbeza sedikit dari tahun lepas….hehehe…plan ini dibuat petang sehari sebelum kejadian..sebab kalu plan awal-awal pun tak jadi jugak so,better..macam tue la kan…

Seperti yang dijanjikan..Nani dan Rusydiah datang rumah aku dulu(nak gak guna ganti nama aku..sebab feel more close to them when using this)…hehe..janji nak start jam 9 pagi la kan..sebab nak pergi MJ dulu..tahu x apa tue MJ??haha…MML laa..sape dak2 maahad pasti kenal MJ..kitorang g MJ seketika untuk tunjuk muka jer pun untuk majlis Aidilfitri AMAL..

Rumah 1st yang menjadi mangsa ialah..Anis Najiah...hehe...dia nie aku jumpa petang tue kat FB...kalu tak,sehingga sekarang loss contact..rumah dekat pun takde guna...hari nie baru dapat kenal lebih dekat rumah dia..seronok dapat makan nasi lemak sama makaroni bakar...siap kena basuh pinggan lagi..tapi not me laa..si anak dara--->Atee n Diyah....aku tukang amik gambar...aku suka amik gambar...sila jangan nafikan..haha...Atee pun penat layan aku amik gambar2 nie..hehe...



~kat rumah anis...makaroni bakar + nasi lemak



~scene basuh-membasuh..aku tukang main...hahaha


Selepas kemas2 dapur kat rumah anis..bukan kemas dapur laa..kemas pinggan yang kami guna tadi..terus keluar untuk next station...masa nak g next station nie pun,aku,Nani n Atee sesat..haha..padahal dekat jer pun...Atee siap marah2 lagi dalam kereta...emo tak pasal..lawak la Atee oiii....

Next station...rumah Ustaz Zainuddin....hehe...pelik gak la ustaz nie..dulu masa kat Abim,beliau mengajar Math,Pendidikan Seni,PJ(my feveret subjek..dulu laa..haha),tapi student panggil beliau Ustaz...hairan kan??haha..tapi takpela..no hal..lekat jer gelaran tue sehingga sekarang..Alhamdulillah..selepas hampir 9 tahun tidak jumpa..at last..tadi ketemu jua..bersama hero2 beliau sekali..Alhamdulillah..beliau sekarang makin happy...dah ada family..rumah sendiri yang tengah renovate...cantik woii....rugi sape tak g...hehe..kasi jeles kat sape2 yang terasa..hahaha...Ustaz pun ceria jer jumpa kami (pandai2 jer ko qila kata ceria..haha)..tapi..yer la kan,..bertahun-tahun tak jumpa..loss contact..tiba2 bekas anak muridnya datang berziarah..ramai2 pulak tue..mesti happy...sangat kelakar bila ustaz ingat nama ayah aku jer...nama aku tak ingat pun..:-(..ingat nama ayah jer..huhu..boleh pulak ustaz bersemangat sebut nama ayah aku.....huhu...ustaz still cam dulu,masih tak berubah walau dah ada 4 orang anak.. ..sempoi,cool n sporting..layan jer kami2 yang otak sumbak nie..(bak kata Diyah..haha)....sekarang pun..Alhamdulillah..ustaz dah jadi pensyarah kat KPTM kota bharu..dah senang sekarang..syukur..ustaz suh panggil dia En. Z..dah naik pangkat skunk...zaujahnya pun ustazah..hehe..padanla tue nga ustaz....sebelum pulang....mestila sesi fotografi...yang nie paling tak leh blah..si Atee nie siap nak tarik kerusi dan betulkan perabot kat rumah ustaz ag untuk sesi bergambar,apa..dia ingat tue rumah dia ke,nak usik2 barang2 rumah orang....haha...sekali lagi Atee kena nga aku.....

~rumah ustaz zainudin.....

p/s: -> Thanks,ustaz...susah2 jer layan kami..sepah2 kat umah ustaz..terima kasih juga atas segalanya masa zaman2 kami hingusan dulu..doakan kami semua berjaya dunia akhirat...


Rumah ketiga pulak ialah rumah izzati...ermm....satu2nya dak perempuan pertama batch kami yang dah kawen...so,kena g melawat laa...argghh...sangat fun sebelum dapat jumpa rumahnya...dahla sebelum tu sesat..2 3 kali gak la salah lorong..owhh....

Atee:acu g depe skit..aku nk tengok rumah biru..
Nani(driver):ermm...(sambil drive)..
Atee:lagi skit...rumah biru..cari rumah biru..
kereta gerak lagi...
Aku:mana nie atee??
Atee:Aku pernah mai umah yo..warna biru..carila..aku YAKIN sini jah nie..
gerak lagi...
Aku:ni ko??kilang hardware warna biru..
Atee:aishh..rumah biru..dop ehh..aku YAKIN..depe2 nie jah nie...aku mai masa DARJAH 5 warna biru...
Aku:weii...agak2la kalu mu mai masa darjah 5 pun..loni umur brapo doh...setahun pun boleh brubah macam2...dohla dia baru nikoh,mestila cat lain doh..aishh..(rasa nak kasi jer Vitamin C jer kat Atee...hahaa....)
selok la tiga2 dalam kereta tue tadi...

Tiba2 jer kete Cik Diyah block depan kete kami...time tue aku ngah mesej or call sape ntah...aku cakap la sambil2 tue: kete depe ni jadi driver..so,tunggu laa..anas tengah kol zati kott..
tanpa tujuan Nani bawa jer kereta dia gerak ke depan..g mana ntah...jauh gak la...
Aku:Wehh...stop..nak g mano??
Nani:Ntah....
Aku:Diyah xgerak pun ag..tggu la dia kol zati...
Nani:yo ko??hahaha
Aku:aduillaaa..aku oyap doh..tggu la dulu..dia tgh kol..mu g gak bakpo...huishhh
AGAIN.SESAT.U-TURN...hahaa..gelak lagi dalam kete tue...

Lastly,sampai gak rumah Zati...rumah mertua dia yer...borak2..sembang2...haha...dah lama tak jumpa kan...tanya tips mitak kawen..haha..nie takleh blah..sumer tengok jer aku nak tanya apa masa tue..lawak2...tanya sal life dia..then..tanya gak sal rumah dia warna apa...okies..Atee..rumah zati dah berubah..warna pink..aku dah agak dah....duk sekejap jer..kami terus ke rumah Rafiqah..perlu segera..sebab dah janji nga dia...


~us + izzati n her hubby.....



Destinasi 4=Rumah Rafiqah tanpa sesat...haha..best..lagi best kat Diyah sebab dapat pulun makaroni sup..aishh..layan jer laa..sekali lagi Atee buat hal..huhu..ada ke patut dia letakkan senduk dalam pinggan..tersedak gak la aku..dahla time tu tengah minum air..pusing jer terus gelak..selamba jer dia kata lupa nak amik...haishh..Atee..Atee....borak2 sekejap jer..
aim utama kan nak jumpa jer..hehe...

~rafiqah's home.....

Next=masjid oii.....solat zuhur dulu...kat sini,kitorang dah berpecah..Nani check out nga Atee dulu..ada urusan lain..aku ikut jer anis n diyah..

Last Persinggahan=Rumah Aqilah Muhaimin (kembar namaku)...dapat makan kek coklat..best...haha...rumah yang penuh nga freezer..sarina n anas wat muka tak malu disini..haha...adegan mapuh memapuh (hishh..ayat BM yang failed...) yang fun...huishh....
SETTLE FOR TODAY.

~membaham kek coklat di rumah aqilah muhaimin.....


~kami....abimians 2001....


-bak kata Diyah...seronok bersama abimians sangat2 berbeza...zaman budak2...zaman tengah membesar....main2..gado2...haha...thanks korang....semoga kita saling kuat-menguatkan antara satu sama lain...semoga apabila sahabat kita mendoakan kita di sana,kita terasa doanya di sini...
LUV U ALL~~

"To be depressed is to be lonely; to have a friend is to be happy..."
- Guido


notakakiku1:sila terasa jeles sesape yang tak join..haha...(gelak kejam)...coki,sila jeles...(okies..settle..dia suh aku letak nama dia kat sini..suh ngepong2 skit..adess..poracitt)
notakakiku2:thanks kepada semua yang menjayakan...tahun depan buat lagi...yang tidak turut serta,silalah join tahun depan..kesudian anda amat diharapkan...
notakakiku3:mereka kawan2 sekolah rendah...boleh imagine x dulu2 kami sangat2 cute...haha..sekarang more cutest daaa...
notakakiku4:sedang refresh semangat kembali....sedang berusaha menulis guna bahasa hati....maw menjadi seperti dulu...kuat..kuat..kuat...argghh..maw pulang ke U dengan senyuman mekar....thanks..thanks....
notakakiku5:hanya boleh berfoya-foya sehingga hari khamis sahaja...selepas itu..become a busy girl....da terrible sem will continue again..assignment,projek..SDP..SRS...u're killing me softly...
notakakiku6:untuk anda yang bertanya-->editing pic using photoscape n photoshine...photomatix xsesuai untuk event kali ini...argghhh..love to snap pic n edit it...

10 September 2010

baik-baik permataku




baik-baik lah wahai permataku..
dimana pun kamu berada aku sentiasa mengingatimu..
sekuat dan semampu aku akan ku hidup untuk kamu..
sekali aku berpaling untuk kamu..
tidak akan ku paling untuk kedua kali nya...
kepayahan dan kesusahan aku..
aku cuba juga untuk baik-baik..
sekiranya ada lagi manik baik-baik antara aku dan kamu..
aku kiranya itu adalah takdir buat aku dan kamu
kerna jauh sekali untuk aku
melakarkan kehidupan itu dan menginginkan kehidupan itu..
memang...
memang...aku..
sudah bersedia untuk menjadi wanita yang
dititipkan dengan pelbagai coretan dan tulisan...
namun...
manik baik-baik itu...
tidak tersentuh dan tercalit di jiwa kamu..
terus aku di baling bagaikan kertas yang ditiupkan angin
yang entah kemana arah tujunya...
wahai permataku...
dengarkan aku wahai permataku...
andai kamu yang tercatat untuk ku..
akan ku tunggu siang dan malam..
andai tidak...
DIA...jagalah hatiku baik-baik..
matikan lah baik-baik itu..
kerana aku tidak mampu lagi untuk menangungnya....


pesanan buat permataku yang sangat-sangat jauh di pandangan ku..ini adalah tahun pertama aku menyambut kehadiran syawal bersama-sama manik-manik ini..namun aku tidak tahu adakah kau pun jua begitu..baik-baik la kau disana..pinta ku siang dan malam juga..baik-baik la hidup mu..


notakakiku1:diambil dari sini atas izin.
notakakiku2:sangat terasa...dibaca semasa takbir syawal bergema,hampir menangis,namun tidak cun la heroin nangis kan??hahaha...hanya yang mengerti sahaja mampu mengerti dan memahami..
notakakiku3:please..jangan fikir bukan-bukan,okies!!!!!