26 July 2010

SERIBU JALAN,SERIBU ALASAN

”Sekiranya kita ingin mahu sesuatu,kita sebenarnya ada seribu jalan.Tetapi,sekiranya kita tak hendak sesuatu,kita ada sejuta alasan.”

Bayangkan situasi ini.Anda didatangi seorang jurujal.Dia memperkenalkan diri secara ringkas kemudian menawarkan anda suatu produk yang sememangnya anda sangat-sangat berminat.Anda tanpa berfikir dua kali bersetuju untuk membeli.Malangnya,semasa nak bayar anda seluk poket seluar ataupun tas tangan.Keluarkan dompet.Buka.Tiada duit.Otak anda secara automatic akan ligat berfikir.Antara soalan dan jawapan yang mungkin bermain di dalam kepala ketika itu ialah

-Apa nak buat ni?

-Dimana aku letak duit aku tadi?

-Boleh bayar guna kad kredit tak?

-Pinjam duit kawan dulu.Esok aku ganti.

-Hutang dululah.Kemudian baru bayar.

Kita selagi bernama manusia yang waras akan berfikir dan terus berfikir untuk mencari jalan penyelesaian.Seterusnya kita akan bertindak dan memilih salah satu atau beberapa jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai.

Sekarang anda bayangkan anda berada dalam situasi begini.Nama anda dicadangkan sebagai ketua bagi mengendalikan majlis perasmian suatu acara di tempat anda bekerja.Anda mungkin tersentak.Pada masa yang sama,anda sebenarnya tidak mahu menerima cadangan rakan sekerja tersebut.Tentunya,anda akan memberikan alasan-alasan.Antaranya mungkin seperti dibawah:Saya cadangkan A jadi ketua bukannya saya.A lebih senior.A lebih berkebolehan.A lebih hebat.A lebih cekap.A pandai berkata-kata.A lebih ramai kenalan.A lebih popular.A lebih…A lebih…

Pelbagai alasan lagi akan anda senaraikan untuk menguatkan penolakan cadangan tersebut.

Pada pendapat saya,kita selalunya lebih mudah memberikan alasan daripada mencai jalan penyelesaian.

Fikir-fikirkan…