27 November 2012

Pendam Perasaan itu Satu Jihad


Assalamualaikum...

Terasa perlu ditepek disini. Semoga ia juga turut melekat dihati sampai bila-bila.


Cinta & Jodoh


Seorang sahabat mendekati ana, memandang ke mata ana, memegang tangan ana, memeluk ana.

"Kenapa?" soal ana apabila melihat dia diam membisu tapi seakan ada sesuatu yang tidak selesai dari raut wajahnya.

"Sakit". Pendek jawapannya membuat ana berteka-teki.

"Sakit?Apa yang sakit?"

"Hati"

"Allah". Helaan nafas ana begitu kedengaran.

"Hati sakit?Kenapa ni sahabatku?". Ana paut bahunya dekat di bahu ana.

"Nur..sakit kan kalau kita pendam sesuatu tu."

"Ermm..". Ana angguk tanpa komen. Mahu dia menerus bicara.

"Hati saya sakit, saya suka tapi malu."

"Suka tapi malu?"

"Nur, saya suka pada seorang lelaki. Dia lelaki yang baik, hati saya kacau. Saya kenal dia biasa-biasa sahaja, tapi saya suka dia."




"Owh..sakit sebab tu ke?". Ana senyum. Itu rupanya.Buat ana cuak saja.

"Macam mana ni Nur..saya kena bagitahu dia ke? Saya takut, kalau saya tak bagitahu, tup tup esok saya dapat jemputan kahwin dari dia."Luah sahabat ana.

"Hmm..." Ana berkira-kira.

Soal cinta dan jodoh.Ana bukannya arif.Ana bukannya pakar cinta bukan juga ustazah. Tapi ana, seorang sahabat, saudara dan cintanya, jadi, ana perlu membantunya.

"Percaya tentang jodoh?"

Sahabat ana angguk.

"Percaya tentang takdir ALLAH?"

Angguk lagi.

"Kalau percaya kenapa risau?".Ana senyum.

"Tapi..kita kan kena usaha."

"Ermm,agak-agak, kalau kamu bagitahu lelaki tu yang kamu suka kat dia, boleh kahwin terus ke?"

Sahabat ana geleng.

"Agak-agak, kalau kamu bagitahu dia pasal kamu suka kat dia, jiwa dia kacau tak?"

Sahabat ana senyap. Kemudian angkat bahu.

Ana senyum dan meraih tubuh sahabat ana, memegang tangannya kejap dan erat.

"Umur baru 22 kan?"

"Sahabatku, yakinlah pada ALLAH. Soal cinta dan jodoh ni, Nur pun tak pandai. Apa yang Nur ingat dan pernah baca,kalau kita pendam perasaan kita, kita simpan baik-baik, itu dikira jihad."

"Bersabar dan berdoalah. Jangan sempitkan skop 'usaha' itu. Menjadi wanita mahupun muslimah yang solehah itu juga usaha.Kita usaha tambah ilmu, ilmu sebagai muslimah, isteri dan ibu. "

"Ingat, ALLAH sudah menetapkan jodoh kita. Buatlah macam mana pun.Andai dia jodoh kita, Allah pasti akan pertemukan jua."

"Sahabatku, suka dan cinta itu fitrah. Fitrah yang perlu kita jaga dan pelihara dengan baik. Jangan biarkan fitrah melulu tanpa pedoman."

Sahabat ana tampak seperti bersemangat kini. Dia memandang ana penuh pengertian.

Ana menyambung lagi.

"Salurkan rasa cinta kamu kepada ALLAH. Perasaan cinta itu datang dari ALLAH.Jadikan, kembalikan ia pada ALLAH."



Akhir pertemuan, ada titisan air mata di hujung pipi sahabat ana.

Berdetak hati ana.

Terakhir kalinya, ana dipeluk dengan penuh rasa kecintaan.

Perlahan ana bisikkan, "Serahkan urusan ini kepada ALLAH, insyaALLAH, ALLAH punya jalan yang terbaik."



katahatiku1: Ini diambil dan dicilok dari blog kawan. Kredit : Kindoi
katahatiku2: Jangan banyak tanya, hanya untuk bacaan dan peringatan sahaja. Tiada maksud tersurat atau tersirat.





25 November 2012

Siapakah Rakan Yasinku?


Assalamualaikum..

Currently on Cerita Dari Syurga terbitan PTS Publication dan tertarik dengan puisi ini.


Rakan Yasinku
Setia berkata dalam bisuku
Kerna kau setia dalam hidupku

Rakan Yasinku
Aku tahu tidurku panjang
Kau datang kau ziarah
Maaf tidur panjangku tidak dapat kuputuskan seperti dahulu

Rakan Yasinku
Dekat pada diriku
Dekat menyentuh rohku
Dalam jaga dan tidur kau bersamaku

Rakan Yasinku
Rakan senyum dunia
Rakan senyum hidup
Rakan senyum tanpa kosong

Apa aku punya rakan yasin
Atau ada rakan lagu dan nada sahaja
Buat ketawa buat gembira
Terisi gembira dunia
Tetapi lenaku sunyi sahaja

Rakan Yasinku
Dalam hidup aku mencarimu
Garis akhiran baru ku tahu
-ceritadarisyurga-

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.

"Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan engkau, ya Allah.
Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." [ 21 : 87 ]




22 November 2012

#OnlyInMMP


Assalamualaikum....

Selesai format laptop, bukak newfeeds facebook,terus nampak mira (geng2 sep cuci aku) share picture #OnlyInMMP twitter.Terus bukak.

Dan gelak kuat-kuat bila ingat semula kenangan-kenangan kat MMP..really miss MMP.. Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu Yes, saya bekas pelajar MMP. Walau ada yang tak percaya saya adalah lepasan Maahad, hakikatnya Maahad banyak mengajar saya erti hidup dan kehidupan.

Di Maahad, saya kenal tamrin, usrah, tahajjud, dhuha, yasin setiap hari, mathurat setiap hari. Walau sekarang saya tak seistiqamah dulu, saya tetap bangga bahawa saya lepasan Maahad dan Maahad yang mendidik saya menjadi seperti hari ini.

Dulu, saya kurang suka dengan Maahad. Hoii...serius, sekolah paling strict woo, sape suka kan?Tapi saya rindu semua kenangan dulu-dulu. Berdebar-debar time nak buat kesalahan.HAHA. Dulu, walau saya punya jawatan dalam organisasi yang agak penting di Maahad. Ada aku kesah?

Tapi, dulu takde la jahat mana kan.(ehh...ayat macam sekarang jahat gila-gila la..hehh). Biasalah, jiwa remaja. Nakal itu mesti. Kalau tak nakal, tak nikmati hidup sebenarnya. Alangkan dulu pun saya nakal, sekarang saya di UMP, nakal itu tetap ada.HAHA.

Kalau dulu, ada geng sep2 cuci, di UMP ada geng gegurl2...haha..kat mana-mana mesti ada geng hehh? Haruslaaa kena meriah ye dak?

Saya sedikit pun tak menyesal dengan kenakalan dulu kerana ia satu pengalaman.HAHA.Lari dari usrah dan kena rotan di tapak tangan masa thobur itu dah biasa. Dulu selalu berkejaran dengan dhobitah (pengawas) , di UMP berkejaran dengan guard UMP.


sebab MMP hanya ada girls, so nak baring tidur2 atas padang..feel free...kitorang suka cabut-cabut rumput atas padang kalau buat thobur or usrah atas padang. Ntah nape ntah cabut rumput, untung tukang kebun MMP takyah mesin rumput daaa...doa waktu pagi wajib dibaca dan semua orang memang automatik berhenti berjalan,makan, or apa2 jer laa...kat mana nak cari tempat gini?


Dulu ambik  berpuluh2subjek dan boleh belajar dalam tempoh setahun jer dan boleh pulak skor, tapi sekarang hanya 6 7 subjek dalam tempoh 6 bulan,tak mampu da nak jadi sehebat dulu. Juga tak tahu kenapa. Dan result mesti kena tinggi kalau tak memang kena bebel time thobur(perhimpunan)..hehe. Takleh pakai tudung singkat,nanti kena pakai tudung labuh warna hitam atau telekung sembahyang sampai habis satu hari sekolah tu.Tak ke malu?haha..itulah MMP.


Time thobur tak pernahnya duduk dalam barisan satu kelas yang sama,mesti duduk dengan geng-geng sebab nak borak punya pasal.Tak habis-habis borak dan gosip. tak pernah habis..Biasala girls right? Dan sebenarnya, sebab ramai punya pasal, tak jumpa pun barisan kelas tu. Dan cikgu-cikgu pakai tudung labuh bukan terbatas pada ustazah sahaja, teacher Kimia, Bio, Bi pun ada pakai tudung labuh. Bawa handphone adalah dosa besar di MMP ok?hehe


Dulu dan sekarang. sebab MMP berada di tengah-tengah bandar KB, maka tempat-tempat  seperti Mall dilarang masuk.Padahal bukan Mall sangat pun. Pelajar MMP memang takleh masuk PT, KFC, Parkson bagai, tapi semua wat bodo jer.Masuk buat tak heran jer, jumpa ustazah tengah shopping terus menyorok belakang rak-rak barang.haha..pengalaman sendiri ok.Minggu depan ada thobur, nama kena announce sebab masuk PT.Masuk PT bukan nak beli barang tapi nak rasa aircond sebab panas sangat.


Denda sebab masuk Parkson adalah baca Yassin depan Parkson.Ko hadoo??MMP kofem-kofem ada. Hambek,dahla Parkson tu tengah2 KB, ada stesen bas, ada Pasar Besar Siti Khadijah, ada KBTC, semua tengok. Tengah bertahlil depan Parkson ramai2. Dulu malu la kan, tapi teringat dan bayangkan suasana, nak tergelak pun ada.



Baca semua hashtag OnlyInMMP buat saya rindu dengan bumi tarbiyah itu. Dalam tak suka disitu, dalam rasa nak pindah ke sekolah asrama penuh, akhirnya habis jugak 5 tahun disitu.

Kalau skema sangat pun tak best. Harus ada perasaan debar-debar time bawa novel, liquid paper, handphone etc.haha...nampak dhobitah, terus kecut perut. Masuk BD (Bilik Disiplin) tu rasa cam masuk penjara sementara. Suka pergi pasar besar waktu pagi masa kelas tambahan form 4 semata-mata nak usha budak laki yang tolong mak dia jual kuih.hehe


Walaupun MMP strict, tapi semuanya strict bersebab, dulu masa remaja, memang nak marah atas segala denda yang dikenakan. Tapi bila dah boleh fikir ni, itulah didikan terbaik dari ustaz ustazah cikgu teacher buat kami pelajar MMP. Dan semestinya bekas-bekas pelajar MMP tidak pernah berkecil hati dan kecewa dengan denda-denda yang diberikan. Sebab kami semua rindu dengan trademark2 MMP. MMP sememangnya terbaik.(haaa..yer la kan..sebab ko kuar maahad dah, ce ko study maahad semula, kofem2 mesti guling2 tiap malam fikir apa strategi untuk esok ..haha... mesti akan ada yang fikir gini)

Saya tak pernah menyesal masuk Maahad
Saya tak pernah menyesal jadi nakal dulu
Saya tak pernah menyesal bila nama masuk masuk BD
Saya tak pernah menyesal bila ada kawan-kawan yang terbaik dan segeng
Saya tak pernah menyesal bila gila-gila dulu

A memory is what is left when something happens and does not completely unhappen.  



katahatiku1: Entah bila ntah nak melawat MMP..
katahatiku2: Saya pernah kena rotan sebab ponteng usrah.haha.Jadi naqibah pun ponteng usrah.haha.
katahatiku3: Saya rindu sep-sep cuci ;(
katahatiku4: Kredit tuk semua pen'twit', mohon izin print screen ya.





12 November 2012

Sakit Gigi~!!

Assalamualaikum....

Waaaa....dah lama tak update blog...moh bersih sawang-sawang yang ada.


Sekarang aku ni menderita sakit gigi...alaa gigi bongsu nak tumbuh. Baru jer 3 bulan cabut geraham bongsu belah kanan...nampaknya,tak lama lagi belah kiri pun nak jadi arwah dah gamaknya.

Ayoyoyo...sakit teramat ok..selalu kumur dengan air garam mahu kasi kecutkan bengkak gusi.Adeii..tak tahan.Baru gigi nak tumbuh, belum pakai braces bagai.Ada hati kau...

Sebelum ni selalu cakap kat kawan-kawan aku nak pakai braces nak betulkan gigi yang senget menget ni.Pakai time aku dah kerja nanti dan dah kaya la.Bila tu??Tahun depan la kan.InsyaALLAH..

Tapi ramai gak tak setuju, umi pun tak setuju aku betulkan gigi.Umi pernah cakap,nati suami kau berkenan kat kau sebab gigi berlapis kau tu haaa..hahaha..

Tapi berjuta-juta kali aku tengok tak cantik pun gigi berlapis ni.Berlapis-lapis jer aku tengok,nak senyum pun segan. Tapi kalau kek lapis sarawak best jugak! Hehh.

Ada ke lelaki yang suka perempuan gigi berlapis?

bila sakit gigi...ginilah perasaannya.....

katahatiku1: Ini entry tertangguh masa aku sakit gigi pagi tadi.Sekarang keep calm and be a diva.HAHA