25 November 2012

Siapakah Rakan Yasinku?


Assalamualaikum..

Currently on Cerita Dari Syurga terbitan PTS Publication dan tertarik dengan puisi ini.


Rakan Yasinku
Setia berkata dalam bisuku
Kerna kau setia dalam hidupku

Rakan Yasinku
Aku tahu tidurku panjang
Kau datang kau ziarah
Maaf tidur panjangku tidak dapat kuputuskan seperti dahulu

Rakan Yasinku
Dekat pada diriku
Dekat menyentuh rohku
Dalam jaga dan tidur kau bersamaku

Rakan Yasinku
Rakan senyum dunia
Rakan senyum hidup
Rakan senyum tanpa kosong

Apa aku punya rakan yasin
Atau ada rakan lagu dan nada sahaja
Buat ketawa buat gembira
Terisi gembira dunia
Tetapi lenaku sunyi sahaja

Rakan Yasinku
Dalam hidup aku mencarimu
Garis akhiran baru ku tahu
-ceritadarisyurga-

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.

"Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan engkau, ya Allah.
Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." [ 21 : 87 ]




0 comments: