31 December 2010

spotlight 2010,SELAMAT TINGGAL 2010!!


Sedarlah kita semua,dosa kita begitu banyak untuk dipikul.Jika hendak dibandingkan ketinggian Gunung Everest,tinggi lagi dosa kita.Larilah dari segala perkara yang yang boleh mendatangkan dosa kepada kita.Kita semua tahu hakikat ini.Janganlah cuba untuk mempertikaikan janji-janji ALLAH.

"Benar,Hidayah ditangan ALLAH,tapi usaha untuk mendapatkannya adalah atas tangan manusia sendiri"


'Ya Allah, curahkanlah keberkatan dari apa-apa yang telah Engkau berikan rezeki kepada kami dan jauhkanlah kami dari seksa api neraka.' (HR. Ibnu As-Sani).


p/s: semoga perjalanan yang ditempuh pada 2010 membuatkan diri ini menjadi kuat dan tabah.Mohon maaf buat semua atas segala ketidakpuasan hati sepanjang tahun ini.


SELAMAT TINGGAL 2010 yang penuh kenangan.






katahatiku1: nak jugak ada entry pada 31 Disember 2010..hehehe
katahatiku2: owhh,terima kasih kepada sesiapa yang sudi link kan blog ini di blognya,saya pernah tertengok beberapa blog yang me'link'kan tanpa saya kenal pemiliknya atau mungkin juga belum kenal,mohon agar kalian tinggalkan link anda juga



29 December 2010

~biru~


`i'm truly enjoying my failure and my success becoz it's my best life~


Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW :

"Tidaklah seseorang Muslim berdoa kepada ALLAH sesuatu doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan hubungan 'rahim', melainkan ALLAH akan memberikan kepadanya menerusi satu dari tiga cara, iaitu ; diperkenankan apa yang dimintanya atau disimpan-Nya untuknya di akhirat kelak, atau Dia menghindarkan dirinya sesuatu keburukan yang setimpalnya. Para sahabat pun berkata : 'Kalau begitu kita perbanyakkan berdoa!' Nabi SAW menjawab : 'ALLAH SWT lebih banyak memberikan ganjarannya.'" - HR. Bukhari






~SENYUM SAJALAH~


katahatiku1: tajuk entry takde kaitan nga entry,cuma suka hadis diatas...hehehe..
katahatiku2: bersyukur segalanya,hanya itu yang terbaik!!
katahatiku3: sudah hilang segala perasaan..muahahaha...


25 December 2010

Yakinlah Pada Dirimu


Ada kala kamu bangun di pagi hari

Keadaan tidak seperti yang kamu harapkan terjadi

Itulah saat ketika kamu harus beritahu diri sendiri,bahawa keadaan akan lebih baik

Ada saat ketika orang mengecewakanmu dan membuatmu sedih

Itulah saat ketika kamu harus mengingatkan diri sendiri

Untuk percaya pada penilaian dan pendapatmu sendiri

Untuk tetap fokus pada keyakinan akan diri sendiri

Akan ada tentangan dan perubahan yang harus kamu hadapi dalam hidup

Bagaimana menerimanya,itu semua terserah kamu

Tetaplah jaga dirimu pada arah yang tepat untuk mencapai tujuanmu

Memang tidak mudah,tapi masa-masa sulit itu

Akan menyedarkanmu tentang jati dirimu yang sebenarnya

Jadi,bila hari-harimu dipenuhi dengan kekecewaan dan tanggungjawab yang membebani

Ingatlah untuk tetap yakin pada diri sendiri dan segala yang kamu inginkan dalam hidupmu

Kerana semua tentangan dah perubahan itu hanya akan membantu

Menemukan tujuan yang kamu tahu memang diperuntukkan bagimu

Yakinlah pada dirimu



















AKHIR SEKALI,
WALAU APA YANG TERJADI,SENYUM SAJALAH,ALLAH KAN ADA!!




katahatiku1: meniti hari-hari terakhir seorang supir gojes,semoga ada manfaat setiap kembara ini
katahatiku2: ALHAMDULILLAH,permulaan yang baik.

19 December 2010

Bersabar Dalam Berdoa


~doa anak kecil itu telus,kita pula bagaimana??~



Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
(Muslim)


Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.

sumber


~boleh ke kita khusyuk seperti ini ketika berdoa memohon sesuatu??kredit Husna~



katahatiku1: berdoa semoga hati saya tidak keras dan mudah menerima segala kebaikan

katahatiku2: berdoa semoga segalanya baik2 sahaja,saya sangat yakin dengan kuasa doa ini..jom doa ramai2 agar semua umat islam didunia sihat sejahtera dan bersatu padu.

katahatiku3: update blog sambil meeting online with article team..masyuk gitu!!







14 December 2010

Syurga Dunia



Rejoice with your family in the beautiful land of life! ~Albert Einstein

It is not flesh and blood but the heart which makes us fathers and sons.
~Johann Schiller

The family is a haven in a heartless world.
~Attribute
d to Christopher Lasch

When you look at your life, the greatest happinesses are family happinesses. ~Joyce Brothers

You don't choose your family. They are God's gift to you, as you are to them. ~Desmond Tutu

______________________________________________________

Kata-kata diatas semuanya quotes berkaitan dengan keluarga,apa yang ditakrifkan tentang keluarga nie yaa??semuanya bergantung kepada kita.

Sekarang,pelbagai jenayah-jenayah sosial yang berlaku yang melibatkan remaja harapan negara.Terfikir mereka tiada keluargakah??Bagaimana dengan keluarga mereka??Apa yang keluarga mereka telah lakukan??

Ooopss...saya tidak sesekali menyalahkan keluarga mereka atau meletakkan kesalahan seratus peratus keatas mereka,cuma inilah yang mampu saya kaitkan sekarang.Faktor-faktor lain juga wujud yang menyebabkan keruntuhan moral remaja ini cuma saya mahu mengambil tema keluarga @ family @ usrati.(suka ati eden la,sebab blog eden kan,karang kalu kamu jadi tema,jadi isu negara la plak ;-p)

Percayalah,semua dan segalanya bermula dari rumah.Keluarga.Bagaimana didikan itu bermula dan terus berterusan,bukannya hanya sekadar mendidik dan terus tidak mempedulikan perkembangan anak-anak.Inilah fenomena yang kerap berlaku sekarang,cukuplah sekadar anak-anak dihantar mengaji Al-Quran,tahu asas-asas solat dan puasa.Pemahaman,pengertian dan pengamalan sebenar tidak pula dititikberatkan.Ohh,sungguh rapuhnya jika begitu!!

Jika mahukan ketenangan hidup,binalah kebahagiaan dalam keluarga terlebih dahulu.Keluarga yang sakinah wa rahmah ialah keluarga dambaan setiap insan.Oleh itu,buat mereka yang bakal mendirikan masjid,usah difikirkan dengan teliti tentang perjalanan majlis kahwin sahaja,namun fikirkanlah sekali perjalanan keluarga yang bakal dibina.Jangan terlalu sibuk dengan kerja sehingga terabai anak-anak.

Iyya,saya tahu sesetengah ibu bapa sangat sibuk dengan kerja yang sememangnya kerja-kerja tersebut melibatkan masyarakat yang perlu dipentingkan,namun janganlah sampai mengorbankan anak-anak,janganlah jadikan mereka orang kedua dalam hidup kita.

Apabila kita telah berjanji dengan nama ALLAH untuk membina keluarga,binalah dengan bahagia dan sempurna,jangan pula dimain-mainkan.Dari keluargalah bermula segalanya.Bagaimana anak-anak itu dicorakkan,diwarnakan atau dikrayonkan,semuanya atas kebijaksanaan ibu bapa.Sebab itu,kutip dan timbalah ilmu keibubapaan setelah berjaya mengkhatamkan ilmu-ilmu suami isteri.


Anak-anak akan makin membesar akan makin mula berfikir,yang mana baik dan buruk.Salah seorang sahabat saya pernah berkata suatu ketika dulu," Bila berlakunya kepincangan dalam keluarga atau masalah yang berat2,seseorang itu akan menjadi salah satu dari 2 sahaja,tidak 3 atau 4,sama ada menjadi lebih baik atau menjadi lebih buruk".Dan saya,amat mengakuinya.

Lebih baik disini bukan bermaksud menjadi lemah lembut,sopan dan berhemah tinggi,ia membawa maksud seseorang itu sedar dan faham situasi dirinya,dia akan muhasabah semula dirinya dan membaiki dirinya,meningkatkan keyakinan diri dan amal ibadat juga.

Lebih buruk pula bukan bererti teruk dan hodoh.Membawa maksud seseorang itu memberontak dengan cara yang salah.Contohnya,sengaja ponteng sekolah agar guru report kepada ibu bapa dan seterusnya menarik perhatian ibu bapa sendiri.Itulah yang dimaksudkan.

Apa-apa pun,kita-kita yang masih sedar dan faham ini,cubalah untuk berubah.Binalah keluarga sakinah seperti keluarga Rasulullah.Jangan melakukan kesalahan dalam mendidik anak-anak kerana mereka cerminan ibu bapa.





JADIKAN KELUARGA ITU SYURGA DUNIA!!!


P/S: Entry yang berat sebelah kan,lebih memback up anak-anak berbanding ibu bapa,owhh..pastinya tidak,kadang-kadang ibu bapa ada salahnya juga,buat peringatan bagi yang belum ada anak dan bakal ada anak,jangan diingat menjadi ibu bapa itu senang,mengimpikan anak soleh solehah mestilah bermula dari ibu bapa yang soleh solehah.


katahatiku1: peringatan buat diri sendiri sepanjang kembara cuti ini.(jangan ingat ilmu2 ini tak perlu tahu,patut tahu dan amalkan walau masih muda)
katahatiku2: bakal bercuti 16hb-20hb..soo release...
katahatiku3: happy birthday,ayu!!sweet 21!!
katahatiku4: tidak mengaibkan sesiapa,hanyalah sekadar pengalaman ciput seorang drivergorgeous
katahatiku5: menulis entry sebegini tidak bermakna sudah bersedia untuk berkeluarga,hanyalah sebagai persediaan dikemudian hari,siapa mahu bina keluarga dengan saya??? ;-p semoga bermanfaat





11 December 2010

Ikhtilat!!





situasi 1

Dalam kereta..

nurul: kakak,semalam kan pukul 3 baru tido
kakak: wat mende??
nurul: mesej nga kawan
kakak: laki ke pempuan??
nurul: laki,kawan skolah lama
kakak: ooo...





situasi 2

Dalam kedai sambil membeli belah.

Ain: kelmarin,haniff belanja makan.
kakak: ermm..haniff mana??
Ain: yang nak mengorat Ieka tue
kakak: ooo..then??
Ain: siap nak masukkan topup tuk ain lagi..hahaha


situasi 3

Di rumah..

sofea: kakak,semalam ada kawan tepon yang guna RM2 tue
kakak: cakap sal apa??
sofea: dia duk citer sal motor kawan dia la...lawak gila smalam.
kakak: oooo..


Apa pandangan anda??

Iyya..ketiga-tiga remaja diatas masih remaja,bakal menghadapi SPM,tahap umur kritikal waktu ini.Itu adalah contoh situasi yang berlaku dalam dunia remaja sekarang.(saya juga pernah melalui zaman-zaman umur sebegini)

IKHTILAT...dimanakah letaknya prioriti dirinya sekarang??Amat berbangga dengan kawan-kawan lelakinya,katanya kawan sahaja.Namun,wujudkah kawan lelaki yang sesangat mesra seperti itu??

Tepuk dada,tanyalah iman!!!


semuanya atas iman kita dan kitalah yang berusaha untuk meningkatkannya.Sememangnya iman juga seringkali turun,tetapi,cubalah bangun semula secepat mungkin.Tiada guna sekalipun jika ayah anda seorang imam masjid,ibu anda pengerusi persatuan dakwah dunia sekalipun,jika nilai-nilai islam tidak dapat dihayati,difahami dan diamal sepenuhnya.Bukankah betul seperti dalam nasyid ini:

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai


Jagalah diri anda sebaiknya,usahlah berbangga jika anda mempunyai ramai kenalan lelaki;tanyakan pada diri..

merekakah yang akan memimpin tangan anda ke syurga nanti??
merekakah yang akan tolong anda menjawab soalan munkar nakir nanti??
merekakah yang akan mendoakan untuk kita merayu untuk mendapatkan syafaat Rasululullah nanti??

Semuanya ada jawapan sendiri.


Isu ini kecil namun sentiasa dipinggirkan kerana merasakan tidak patut dipentingkan sangat,namun percayalah,melentur buluh dari rebungnya,belajarlah untuk bergaul dengan sebaiknya bersama lelaki.


Saya bukanlah manusia sempurna,ada juga khilafnya,namun sangat2 bersyukur,tarbiyah di maahad membuka mata hati seluas-luasnya tentang perkara ini.Boleh dikira dengan jari berapa kerat sahaja saya bermesej dengan si lelaki,itu pun sekadar untuk memaklumkan tentang perkembangan kelas (kelas cancel,ada kuiz,perbincangan kumpulan) atau paling peribadi pun hanyalah untuk meminta pertolongan dalam menyelesaikan masalah2 komputer dan aksesorinya (part nie memang budak2 lelaki terrer kan).

Jika tidak,saya lebih suka di FB sahaja,sebab disitu semua orang ada.Menjadi saksi atas segalanya.Pasti tiada yang mengarut2 bukan?


Lihat...saya bukan tidak pernah berkomunikasi dengan lelaki,saya pernah juga namun pandai2 la yerr..Owhh...entry ini juga bukan menunjukkan saya anti-lelaki,saya perempuan sejati,okies.Walaupun saya pernah ada hubungan dengan minah balai ini pada waktu dulu,tapi itu kenangan lama. ;-p

Okies..ceria2 jerr..usahlah dikerut muka sangat,berubahlah...kembali kepada DIA..

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
Jika sunyi sekalipun,carilah yang benda-benda yang memberi manfaat pada diri agar dapat memberi manfaat kepada orang lain juga selepas itu.Bukankah erti hidup pada memberi??

When the visions around you
Bring tears to your eyes
And all that surround you
Are secrets and lies
I'll be your strength
I'll give you hope
Keeping your faith when it's gone
The one you should call
Was standing
here all along


Ramai sahabat2 perempuan yang kita miliki jika kita sedar akan kewujudannya,cukuplah mereka,usah terburu-buru dan terkejar-kejar untuk berkawan dengan sang lelaki.Banyak impak negatifnya.


Masing-masing ada pendapat sendiri tentang ikhtilat ini,sekurang-kurangnya saya pernah memberitahu kepada anda,nilailah sendiri.Perkongsian ini juga bukan saja2,tetapi peringatan buat diri sendiri agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.



katahatiku1: peringatan buat diri sendiri sepanjang kembara cuti ini
katahatiku2: kadang2 perlu bertegas untuk sesetengah perkara,tegas tanda sayang bukan??
katahatiku3: anda dan dia,semoga faham tentang isi hati ini.
katahatiku4: semoga saya,awak dan kamu baik2 sahaja.
katahatiku5: hahaha...rasa cam tak faham bila dibaca semula bebelan mengarut ini.semoga ada manfaatnya.





07 December 2010

muhasabah hijrah



Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.

Hadis Rasulullah bermaksud: "Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat"

Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:

Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?

Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?

Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?

Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?

Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?

Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?

Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?

Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?

Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?


Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah? Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka".


SELAMAT MENYAMBUT I MUHARRAM 1432H!!

ALHAMDULILLAH



katahatiku1: semoga cuti dan kembara ini tidak sia-sia
katahatiku: Bismillah untuk segala permulaannya,semoga baik2 sahaja






04 December 2010

Lubang-Lubang Dosa


Assalamualaikum..

Perkongsian rasa.

Sekitar akhir-akhir tahun,negeri-negeri di pantai timur seringkali dilanda snow malaysia atau nama yang biasa dikenali ialah musim tengkujuh.Ketika inilah banjir berlaku,tanaman banyak rosak,pakaian yang sukar untuk kering dan lain-lain lagi.

Antara yang ingin diutarakan ialah jalan yang banyak rosak.Hujan yang terlalu kerap juga akan menyebabkan jalan rosak yerr!!Tengok sekarang,sepanjang jalan yang lurus itu tidak mungkin selamanya lurus,pasti akan ada lubang-lubang dipertengahan jalan.Ya betul!!Nak melalui jalan yang rosak ni sangat2 susah,okies!!Akan terhenjut-henjut dalam kereta,tayar mungkin rosak dan menganggu tumpuan.Aisshh,tidak suka bukan jika ada lubang??

Namun,disini,ALHAMDULILLAH,pihak berwajib mengambil berat untuk menangani masalah ini.Setiap hari juga dapat dilihat akan ada orang-orang yang akan membaiki jalan sambil ditemani kon-kon merah mereka.

Dan sudah pasti,pengguna jalan raya juga akan rasa lega kerana perjalanan mereka menjadi lancar.Pekerja-pekerja ini tidak kira hujan lebat mahupun terik matahari,pasti akan membaiki lubang-lubang tersebut untuk kegunaan bersama.Jika lambat dibaiki,maka akan kedengaran rungutan-rungutan dari individu yang kurang sabar.Tetapi,sabarlah,dah musim hujan.

Jika musim hujan menyusahkan anda,ingatlah musim hujan menjadi punca rezeki buat sesetengah orang lain.



IBRAH

Jika hayati kehidupan kita kembali,sebenarnya terlalu banyak dosa-dosa yang terkumpul.Sedari kita baligh sehinggalah saat menulis entry ini.
Ya ALLAH,sangat banyak.sangat bertimbun.sangat kurang pahala.

Namun,terfikir atau tidak kita untuk menutup lubang-lubang dosa dengan segera??

Sanggup atau tidak meninggalkan maksiat yang sedang dilakukan ini dengan segera??

Sudikah untuk menampal kembali lubang-lubang dosa dan penuhi dengan pahala dengan segera??

Jawapannya: tepuk dada,tanya iman!!


Berdasarkan analogi cerita diatas,kita semua mahukan dengan segera bukan??Mahu lubang-lubang jalan raya yang rosak dibaiki dengan segera.Namun,bagaimana pula dengan lubang -lubang dosa sendiri??

Bayangkan jalan-jalan yang rosak itu ibarat hati kita sendiri,bila mahu membaikinya??bila mahu menjahit sejadah iman ini??bila mahu menghapus noda-noda hitam ini??

Begitulah manusia..semuanya mahukan kesempurnaan,namun bila berbicara tentang dosa,tidak mahu bertaubat dengan segera.Oh,rapuhnya hati ini!!

Alhamdulillah,jika sedar dan tahu,hanya tinggal untuk faham dan amal!!


{bukan menggalakkan melakukan kesilapan dan dosa,namun dosa itu sememangnya wujud dalam diri manusia}



Kesilapan itu sentiasa ada dan perlu,namun perlu dibaiki segera.

JOM,SAMA-SAMA MENAMPAL LUBANG-LUBANG DOSA!!


katahatiku1: peringatan buat diri sendiri melalui kembara seharian,kembara ini tidak sia-sia.
katahatiku2: maaf jika tak faham apa yang direpekkan..saya tidak pandai berbahasa basi...pic itu sangat cantik,sebab itu terpublish!! ngeeee...
katahatiku3: Dear dD,congrates!! ;-p