23 September 2012

Cantik...


Assalamualaikum...


Saya sangat yakin dan percaya yang lelaki biasanya dan majoritinya akan memilih perempuan-perempuan cantik untuk dijadikan kekasih atau isteri..ye dak?

Kalau tak cantik seperti model-model sekalipun..cukuplah cantik sesedap mata memandang...

Kesimpulannya, memang fitrah manusia mahukan yang cantik-cantik sahaja. Dan ia adalah subjektif.







pssstt....saya juga  perempuan cantik...dengan cara saya tersendiri...hihihihi....






11 September 2012

Kenapa saya masih di UMP?

Assalamualaikum......

Lalalala....mari update entry blog sementelah ada masa, idea dan kerajinan ini..

Hari ini dah masuk hari ketiga ( tapi hari ni takde kelas pun... ;p) sesi belajar di UMP untuk semester 7 ini dan sepatutnya ini adalah semester praktikal tapi biasala kan....hahaha..

Sejak mula sampai UMP dan sehingga hari ini...saya selalu diterjah soalan-soalan begini...

"Eh..kenapa ada kat sini?"
"Tak pergi LI ke?"
"Extend PSM ke?"
"Woww....bila nak kuar dari UMP aqielah oiii?"
"LI kat sini ke?"
"Bila nak kawen?" hehhh.... ( ni soklan takde kaitan..hahaha)

dan banyaaakkkkk lagiiii...

Meh nak jawab sekalian umat....

Yesssszaaa......memang sememangnya saya sedang mengambil semester tambahan untuk semester ini dan tidak menjalani praktikal lagi. Saya sedang membaiki result untuk 3 subjek ok. 3 subjek ok..remember...lepas ni jangan tanya lagi...

Antara subjek-subjeknya;

- Object oriented programming
- Introduction to Software Engineering
- Computer Architecture & Oragnization



Dan saya bukannya extend semata-mata PSM...PSM dan fully thesis yang berjilid saya juga dah siap...means...viva saya dah berakhir...saya cuma attend kelas seperti biasa dan tidak perlu pening-pening kepala memikirkan PSM seperti sebelum ini....hahahaha....(sumpahh..taknak ulang dah PSM niehh..huhu)

Bila seorang mula bertanya mengapa...mengapa dan mengapa...mula ditambah-tambah soalan lain kenapa saya tidak ambil exam khas sahaja and so on...Jawapannya, saya tak yakin saya mampu lulus dengan exam khas yang tidak ada kelas, hanya datang ambil exam semata-mata tanpa perlu belajar secara formal.

Saya tidak sesekali menyesal dan terkilan apabila saya ambil keputusan ini dan menangguhkan LI ke sem depan. Dan saya harap perasaaan ini kekal sehingga akhirnya, itu doa saya walau ada yang ragu-ragu dan mempertikainya. Yang penting, saya mahu suasana belajar.

Seperti orang lain, memang cita-cita asal ialah mahu sambung master, namun bila difikir dan dikaji semula, saya akan berhenti seketika untuk degree ini bagi memberi laluan kepada adik-adik saya yang lain belajar and i need to work.Dan sebab ini jugalah saya tidak kesah bila extend sem kerana saya tidak tahu bila pulak masa yang sesuai untuk saya belajar selepas ini. Saya perlu hargainya sekarang, bukan?

Sebenarnya, atas fikiran kita perihal extend sem ini, pada saya, extend sem bukan beerti tidak cemerlang, mungkin ia permulaan sebuah kejayaan dan ia juga mungkin kemenangan yang tertangguh. Jadi, saya juga tidak kesah tentang cakap-cakap belakang orang tentang extend ini, yang saya tahu, umi saya merestui segala apa yang saya buat dan saya tahu saya bukan buat salah....so...suka hati la beb...

Saya juga tidak kesah sebenarnya jika orang bertanya macam-macam soalan diatas, cuma saya penat nak explain satu-satu..(kaknini cakap,biasalah orang femes fac,jalan sikit semua orang tegur...hakkpuuuiii..)..yer la kan...orang kalau extend PSM logik jugak..ni semua dah settle..tergedik-gedik nak belajar..tapi apadaaa..suka hati lerrr....

Tapi...sesape nak tanya lepas ni..tanya jer la kan...haha..takde la nak marah....cuma diharap post ini dapat menerangkan kenapa saya masih ada di UMP, nak tahu lebih2 tanya personel la......hahaha..seperti buat penulisan karangn untuk UPSR sahaja...

Last but not least, saya sentiasa positif bahawa saya akan dapat sesuatu yang lebih terbaik dan berhikmah sepanjang sem ini.....mana tahu pengalaman kan.....


When there's something you really want, fight for it. Don't give up no matter how hopeless it seems.

Wallahu'alam...




katahatiku1: Doakan yang terbaik sahaja buat kita semua...
katahatiku2: Rindu g kelas ramai-ramai dengan gegurl semua....hehe....missing them so much..
katahatiku3: Doakan saya dapat grad 2013... =D





01 September 2012

Welcome, Newbies UMP!!!

Assalamualaikum....

Sejak bulan Julai lalu, saya perasan yang trafik blog naik mendadak bila saya semak melalui trafik blogger...ehh..cam lalulintas jalanraya pulak....rasanya semua blogger tahu macam mana mahu semak trafik blog..dan antara keyword blog kebanyakkannya ialah UMP...semuanya berkisar UMP..

Bila difikirkan kembali, rupa-rupanya ramai yang mahu tahu tentang UMP sementelah kemasukan degree diumumkan pada waktu itu. Tapi saya tak pasti dalam blog ini ada dinyatakan dengan baik atau tidak UMP tu..rasanya meroyan merapu yang lebih.

Hohoho...sememangnya esok merupakan pendaftaran pelajar-pelajar baru kemasukan 2012/2013 ke semua IPTA termasuklah UMP nieh...Haaa...maka, sajer nak update blog sebagai welcoming home...hehh??

Selamat Datang ke UMP Gambang & Pekan!!!

Semoga diberikan kekuatan mental & fizikal menempuhi dunia baru kalian.

Tidak banyak yang ingin saya ceritakan tentang UMP,bermula dengan keluhan yang amat berat kerana saya memang tak suka UMP pada awalnya, tapi kini....saya bangga saya bakal menjadi lepasan UMP..alhamdullilah...cantik susunan ALLAH...dulu benci kini sayang...

Jadilah seperti benih yang baik kerna....

‘Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau’.


.

Because of them...half of them...
i will not forget all the sweet memories of us have together...
playing...joking..laughing...and..fooling around...haha...






katahatiku1: Will be coming back to UMP soon...wait yaa!!
katahatiku2: Lepas ni akan ada entry menjelaskan kenapa saya masih di UMP..
katahatiku3: Saya tak sabar nak join Sambutan Raya UMP...haha..makan jer ingat...;p