28 September 2011

309: HAMUMPP '11

Assalamualaikum...


* Segala kandungan entri ini merupakan pendapat dan pandangan peribadi penulis sendiri. Tiada paksaan atau suruhan dari mana-mana pihak,agensi atau pentadbiran. Blog ini blog peribadi.Blog ini bukan blog politik,bukan blog perbezaan fahaman,agama,atau ideologi.Segala ketidakpuasan hati mana-mana pihak berkenaan dengan entri ini ialah hak masing-masing. Paling utama, ini blog aku!


Esok. Jumaat, 30 September 2011, UMP bakal mencipta sejarah. Jika 1 Oktober 2011 merupakan konvokesyen bagi UMP untuk tahun ini,tapi 30 September bakal melahirkan generasi 309 UMP.

Esok. 30 September 2011, selepas Solat Jumaat, semua mahasiswa/i UMP Pekan bakal berhimpun dalam perhimpunan aman bagi menuntut hak mahasiswa berkaitan dengan penempatan & pengangkutan di UMP Pekan. Difahamkan bahawa, perhimpunan aman ini bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada NC UMP setelah segala ruang rundingan dan perbincangan antara mahasiswa dan staff UMP seakan-akan buntu.



Walau saya di UMP Gambang, seakan-akan turut merasai dan memahami kemelut yang melanda rakan-rakan di Pekan. Sungguh, pengalaman berada sehari semalaman di Pekan (tu pun sebab program jejak gemilang ari tu kan..) betul-betul rasa teruji. Sungguh, mahasiswa/i UMP Pekan,anda sangat tabah!!

Sekalipun,saya tidak mampu untuk ke sana esok (except ada transport la kan untuk pegi),cukuplah huluran doa dan tiupan semangat buat kalian,semoga dipermudahkan segalanya. Apa yang saya mampu lagi.hanyalah mengabadikan tranformasi 3009 ini di blog sahaja, kalian,sangat hebat. Tidak mampu untuk membalas segala jasa dan pengorbanan kalian sehingga boleh tercetusnya HAMUMPP ini. Bukan saya, bukan UMP,bukan MPP, bukan student 1st Year , tapi ALLAH yang paling layak memberi ganjaran setimpalnya buat kalian.


“sometimes we need all the glue we can get, just to hold ourselves together.”-cecelia ahern-



~ Dengan penuh rasa hormat dan takzim, blog ..:MenujuSinarILLAHI:.. menyokong penuh dan 
bersama-sama HAMUMPP 2011~


katahatiku1: Selamat Berhimpun buat semua warga UMP Pekan!
katahatiku2: They asked,what happen if UMP staff know this entry? I said; pedulikan,blog ini sudah beraksi sebelum saya melangkah masuk UMP lagi. Sudah terang lagi bersuluh, ini pendapat peribadi..so, do i care?!
katahatiku3: kredit to sape2 yang saya cilok banner hamumpp di group FB....thanks for the pictures!



22 September 2011

Rezeki: kedekut @ jimat?

Assalamualaikum..

Haaaa...tersentak tak tajuk entri kali ni?Mari sama-sama menyapu sawang diblog.

Topik kali ini berkaitan rezeki okies.Pengertian rezeki sangat luas. Rezeki ke nikmat ke semuanya sama saja.Ianya bergantung kepada definisi yang kita berikan. Dapat masuk shower untuk mandi disaat waktu puncak tanpa berebut dan beratur pun rezeki okies (finee....aku baru abis mandi,jalan dengan bahagia sebab takyah berebut walau waktu dah 7.30)

Kita semua kena ingat rezeki yang ada,nikmat yang ada semuanya milik ALLAH.Apa yang kita ada,apa yang kita miliki,apa yang kita sayangi sekarang ni semuanya pinjaman ALLAH.Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh tarik balik apa yang kita ada. Kita ni tidak punya apa-apa pun,bahkan nadi yang berdenyut,nafas yang dihela,jantung yang berdetak semua milikNYA.

Janganlah terlalu angkuh menongkat langit. Andai ada rezeki lebih,pandai-pandai la kongsi-kongsikan. Janganlah juga terlalu berkira. Kita hidup atas bumi ALLAH ni.Segalanya DIA yang berrhak dan tentukan. Janganlah terlalu berjimat sehinggakan barang keperluan sendiri perlu diungkit-ungkit sedangkan bukannya luak sedikit pun.

Jangan lupa firman ALLAH ini;

Firman Allah :
"Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas"
Surah Al-Baqarah ayat 212 


"Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa hisab"
Surah Ali Imran ayat 37 


Berjimat itu bagus dan perlu namun berpada-padalah.Jangan sampai menjadikan orang lain mangsa.Jangan buat orang lain menyampah dengan diri kita.Jagalah hubungan sesama manusia. Rezeki semua orang telah ditentukan. Jangan terlalu berkira dengan ALLAH sedangkan ALLAH tidak pernah berkira dengan kita. Oksigen yang disedut ini adalah rezeki juga. Nikmat ISLAM dan IMAN juga rezeki dari ALLAH yang paling agung. Jangan dan jangan okies.Jangan terlalu obses dengan rezeki yang ada. 


Usah risau dengan rezeki yang kita kongsi itu.Allah tidak sesekali zalim.Zalim itu sifat mustahil bagi ALLAH. Yakin dan percayalah ALLAH akan kurniakan rezeki yang berlipat kali ganda lagi dengan apa yang kita kongsi itu. ALLAH maha kaya. Kekayaan ALLAH sangat cukup untuk memberi kita semua rezeki. Rezeki itu milik dan hak ALLAH. Kita nie hamba yang tersangat hina. Maka, kongsilah rezeki kita yang ada semampunya!



Berdoalah agar hidup kita sentiasa dimurahkan rezeki. Berdoalah agar hidup kita sentiasa diberkati. Berdoalah agar kita hidup dan kita mati dalam keadaan husnul khatimah. Berdoalah agar hidup kita sentiasa dipermudahkan.Berdoalah agar pengkahiran kita nanti di syurga. Kunci utama,berdoalah!


Rezeki datang dan pergi. Bagi yang tidak tahu bersyukur, RM1000 sehari pun belum tentu cukup. Lain pula dengan mereka yang reda dan bersyukur,RM5 sehari pun sudah memadai untuk menjalani hidup.Maka,banyak-banyaklah bersedekah dengan rezeki yang ada. Janganlah kedekut sangat.Bersedekah kepada diri sendiri pun tidak mengapa asalkan kena caranya.Kesimpulannya,jangan jadi bakhil.






* Lupa emel dan password blog PSM....huwaaaaaaa*




katahatiku1: Memiliki keluarga yang bahagia juga suatu rezeki/nikmat dari ALLAH juga kan? =.=
katahatiku2: Someone asked me,how about my feeling right now? My answer is; bayangkan  lori balak bertayar 16 memijak sebiji telur mentah yang belum dimasak, itulah hati saya,tiada punya perasaan lagi. I'm loser and nothing. Buatlah apa saja,sudah tidak kesah dan tidak peduli lagi.Biar orang buat kita jangan kita buat orang.
katahatiku3: Kandungan entri tiada kaitan dengan sesiapa, hanya lantunan idea yang entah apa-apa.sekian!
katahatiku4: Mari bersyukur atas segalanya,atas semuanya..Thanks Ya ALLAH!




14 September 2011

welcoming note~

Assalamualaikum..

Sudah 14 September 2011


Selamat Datang Tahun 3
Selamat Datang Tahun Akhir
Semoga Selamat dan Dipermudahkan Segalanya



katahatiku1: Ya ALLAH, rezekikan aqielah uzihan pointer 3.5 keatas bagi semester ini,amin!
katahatiku2: Saya hanya mampu mengiringi semester ini dengan doa yang berterusan.Sesungguhnya,saya mahu kuat dan tabah!





08 September 2011

hatiku tertinggal di.....

Assalamualaikum..

Ramadhan sudah lama berlalu. Semoga pengisian rohani sepanjang Ramadhan lalu dapat diteruskan sehingga akhirnya,bukannya ketika Ramadhan menjelang. Antara tanda-tanda Ramadhan sudah berakhir ialah, kepulangan mahasiswa/i ke kampus bagi memulakan semester baru yang bakal menjelma.

Buat pelajar-pelajar yang bakal memasuki dunia universiti,bersyukurlah!!untunglah anda kerana mendapat tempat. Semoga dapat menjaga iman,hati dan akhlak dengan sebaiknya.

Buat pelajar-pelajar yang masih lagi menunggu tawaran atau tidak kesampaian dalam mencapai cita-cita,bersyukurlah! Untunglah anda kerana diuji sebegitu kerana sesungguhnya ALLAH sedang melihat dan mendengar rintihan kalian. Suatu hari anda pasti tersenyum atas apa yang telah berlaku pada hari ini. =D

Buat pelajar senior yang akan meneruskan perjuangan,bersykurlah! Untunglah kalian kerana masih diberi peluang untuk menyambung pengajian kerana ramai lagi yang masih extend atau ada masalah untuk meneruskannya. Bagi mereka yang mendapat result cemerlang semester lepas,jangan bangga okies,itu ujian ALLAH.Semoga anda dapat meningkatkan kecemerlangan itu.Bagi mereka yang kurang bernasib baik,jangan bersedih,itu juga ujian ALLAH. Usaha sungguh-sungguh lagi. Remember,dean's list is nothing without ALLAH's pleasure.

 Buat semua BCS 2009/2010 ,do the best for this semester!Semoga ALLAH redha atas segala-galanya.



katahatiku1: kata-kata untuk pujuk hati sendiri kan...T_T..mood: masih holiday!
katahatiku2: okies,esok perlu pulang,beg hape pun tak nampak bayang,tapi masih berjimba-jimba dengan ini belog....suka..suka..
katahatiku: Selamat Datang Tahun 3 yang bakal gemilang.Semoga diberi kekuatan untuk menempuhi segala perjuangan sepanjang tahun ini.Amin..







04 September 2011

Mengapa Islam menyuruh....

Assalamualaikum.

Ini adalah catatan ceramah yang pernah disampaikan oleh Dr.Jamnul Azhar yang pernah disiarkan oleh Islamic Compass, Lajnah Penerbitan,Pusat Islam,Kolej Matrikulasi Kedah sesi 2008/2009.

Mengapa Islam menyuruh disebat 100 kali orang belum  berkahwin yang berzina dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin berzina?

- Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibody yang dapat melawan penyakit. Sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum sum tulang manusia. Bagi lelaki yang belum berkahwin,dia dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari. Antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang dalam perhubungan suami isteri.

Jadi,apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat dibelakangnya,suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel  antibodi yang dapat melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walau disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit sel antibodi saja,jadi dengan itu hukumannya direjam sehingga mati agar dia tidak merebakkan virus HIV itu. Wallahu'alam.


Komentar: Saya bukanlah ingin  menyatakan bahawa saya percaya  100% dengan kenyataan ini,tetapi hakikatnya,saya rasa ini antara hikmahnya. Sebat dan rejam keatas penzina merupakan hukum hudud. Hudud adalah hukum ALLAH. Hudud ada dalam Al-Quran,ayat-ayat cinta ALLAH. Malah hukum ini pernah dilaksanakan pada zaman nabi. Jadi,saya yakin bahawa inilah antara hikmah hudud ini. Allah yang mencipta manusia,jadi,DIA lebih mengerti dan mengetahui setiap kelemahan dan kelebihan yang terdapat pada manusia.Wallahu'alam. Sekadar perkongsian.


katahatiku1: Muhasabah dengan setiap inci kehidupan kita.
katahatiku2: Ada yang pernah bertanya tentang sebab bezanya rejam dan sebat dalam hukum zina...ini jawapannya,mungkin.
katahatiku3: Ya ALLAH,jauhkan kami semua dari perkara-perkara zina dan maksiat.





02 September 2011

siapa menangis saat bernikah?

Assalamualaikum.

Raya hari ke-4.Masih dalam mood raya gamaknya.

Mahu menulis namun jari jemari kaku.
Otak pula masih beku, penangan rendang ketupat mungkin.Hehh.

Dalam kesibukan beraya, tidak berkecuali sahabat-sahabat yang mendirikan masjid.

Persoalan disini, saat sahabat-sahabat kita bernikah, siapa yang akan menangis ( kecuali ibu bapa & adik-beradik pengantin)?

Mesti,kawan-kawan rapat dan sahabat-sahabat terdekat turut sedih kan? Bukan sedih tanda tidak gembira tetapi rasa terlalu bahagia,tidak gitu?

Bukanlaa...ironinya...bagi seseorang,apabila seseorang kawan itu bernikah,terasa seperti kehilangan.Ya,dia yang bernikah itu masih ada,walau janjinya mahu terus bersama,masih bersahabat hingga akhirnya,namun ia tetap lain kan...rasa seperti sangat-sangat berbeza.

Dia kini bahagia dalam jagaan suaminya yang halal.Sungguh,mesti rasa sebak,sedih,terharu...hahhh..macam-macam laa.Dia sudah punya tempat bergantung dalam perjalanan kehidupan.Dia sudah memulakannya.Dia sudah menyempurnakan separuh dari agamanya.

Saya,antara orang yang pasti sedih andai kata sahabat-sahabat terdekat bernikah.Ohh..tidak,bukan menghalang kalian dari melaksanakan sunnah nabi,cuma perlukan masa mungkin.


Buat semua yang mendirikan masjid sepanjang Ramadhan dan Syawal 1432H ini:
“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin

darling,i nak cincin gini jer taw nati...hihihi ^_^
*mengucap awal laki ko okies... =D





katahatiku1: aku sendiri tak faham motif entri ini...HAHAHA
katahatiku2: mari countdown untuk pulang ke UMP...huwaaaaaaaaa
katahatiku3: need to settle a lot of things before leave this house <------kebbok speaking....gedik ahh kau jahh