30 August 2010

7 Nasihat untuk diriku dan dirimu....


1. Tidak akan merasa manisnya (bahagia paling puncak) pada hari akhirat bagi seseorang yang bersifat egoistik dan suka bangga diri kerana ia saolahnya merampas hak ketuhanan yang bersifat al-Jabbar. Dan apabila tertariknya penglihatan pada diri sendiri menyebabkan terdindingnya diri daripada makrifatullah.

2. Berputus asa jangan, mengeluh pun jangan, bersabarlah menunggu keputusan Tuhanmu. Sungguhnya setiap detik dan ketika engkau berada dalam pengawasan Tuhanmu.

3. Waspadalah terhadap perbuatan dan tutur katamu dan percayalah sepenuhnya apa sahaja yang telah dipilih oleh Allah untuk dirimu kerana kebijaksanaan Allah tidak siapa yang ketahui arah tujuanNya melainkan Dia.

4. Jika engkau mati demi untuk Tuhanmu sebenarnya engkau adalah hidup bahagia. Andaikata engkau hidup tetapi dalam pelanggaran terhadap hak Allah s.w.t. sebenarnya engkau mati dan binasa walaupun bernafas dan menjadilah dirimu bangkai bernyawa.

5. Jika engkau kata engkau cintakan Allah tetapi tidak boleh bersabar dengan gigitan seekor semut merah dengan menyumpahnya, bolehkah di percayai kata-kata manismu?

6. Jika engkau menjunjung sunnah Rasulullah s.a.w. dan wahyu Tuhan sebagai pemerintah yang menguasai dirimu dalam ucapan dan perbuatan nescaya tutur katamu penuh dengan hikmah. Tetapi jika kau menjadikan hawa nafsu jahatmu sebagai penguasa ke atas dirimu nescaya perbuatan dan tutur katamu penuh dengan bidaah.


7. Wahai diriku dan dirimu, jika engkau mahu persoalanmu selesai dan hajatmu sampai hendaklah hatimu di penuhi dengan tawakkal, mohon berlindung dengan Allah dan jarum hatimu tekun menanti isyarat daripadaNya...

`Sesiapa yang menyukai sunnahku maka ia menyintai diriku dan sesiapa yang telah menyintai diriku nescaya akan bersamaku di Syurga`.


notakakiku1:soo nice dis advise...touching..

~no motif~


Untuk tidak menghampakan dak mira nie,maka,amikla award beliau...

1. Apakah yang bermain di minda anda sekarang?
~pulang ke rumah,melupakan segala-galanya~

2. Apakah nama samaran anda?
~qiela,qilah~

3. Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
~umi,ayah,adik2~

4. Panggilan untuk si dia?
~umie~

5. Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa?
~kesetiaan~(poyo jer bunyi..hahaha)

6. Blog mana yang anda selalu lawat?
~blog sendiri~hehehe

7. TAG kan kepada 15 blogger
~pieka~
~ayu~
~nenes~
~rai~
~nana~
~syuk~
~khaled~
~semua BCS yang ada blog~(amanah ni taw..)

notakakiku1:takde keje...melangsaikan hutang nga miera..release tension...

28 August 2010

the grass is much greener on the other side


You push yourself too hard

And find yourself tired & crying

In the bathroom in the dead of the night


Though not yet in your hand

You're sure happiness is out there somewhere

Is it due to your years of impatience?


Living happily alone

Is one thing you don't regret, but

Like through a cloudy mirror

You can't see what tomorrow will bring


Can't u see? Can't u see?

Freedom & solitude are two of a set

Loneliness follows when you have it your own way


Don't u know? Don't u know?

The neighbour lawn always look greener

It's best to plant flower in your own garden


Count what u have now

Don't count what u don't have


Find that you have so much~

(be grateful)


notakakiku1:dipetik dari salah satu note diFB kak su..salah seorang dari kakak saya diiLuvislam.com

notakakiku2:owhh...sangat2 suka akan poem ini..

23 August 2010

rindu







“What is the opposite of two? A lonely me, a lonely you.”














notakakiku1:hohoho...takde motif sebenar mahu update blog,hanya sekadar luahan rasa memikirkan apa yang berlaku...
notakakiku2:deep in my heart,miss him so much...(muahaha..jgn fikir bukan2 okies!!)

14 August 2010

anda------segalanya milik ALLAH




Assalamualaikum…anda….

Sihatkah anda disana??semoga anda sihat diselaputi iman-iman yang tinggi mengunung….Owhhh..sudah lama tidak menemui anda…bagaimana lagak anda sekarang ya??



Wahai anda yang dikasihi…

Saya mahu singkap kembali siapa anda disisi saya sebenarnya.Perkenalan kita di awal sem 2 di matrik..owhh..sungguh…saya tidak sangka bahawa kita kekal bersahabat sehingga kini.Anda adalah biasa-biasa sahaja orangnya.Punya istimewa tersendiri.Punya kelemahan tersendiri.


Dari segi perwatakan anda..ya anda sangat baik,anda sangat mementingkan pembelajaran,anda sanggup buat apa sahaja dalam aspek akademik.Paling saya suka dan tertarik terhadap anda semasa memasuki kelas kita ialah,anda tidak sempang tudung anda..pasti anda kata..itu pun tengok ke??..hahaha…yer…saya tengok…galak-galak saya,sempoi-sempoi saya..saya selalu perhatikan orang..bukan sebab apa..tapi saya mahu belajar sesuatu dari orang lain.



~kita pernah berkongsi cerita,meluah rasa disini~



Anda,Sahabat saya…

Anda pernah mengaku yang anda punya teman istimewa,istimewa macam mana,saya tidak berupaya untuk menyelidik..yer..anda..saya tahu…saya tahu anda sangat menyayangi teman istimewa anda..sampai satu tahap,saya pernah cemburu dengan anda..kenapa agaknya saya cemburu ya??


Hahh..nie kisahnya…di meja batu depan dewan kuliah besar…(saya masih ingat,serius..saya sangat ingat)…anda menceritakan kepada saya bahawa assignment agama anda ketika itu sedang disiapkan oleh teman istimewa anda..dan assignment akan diburn dalam CD dan akan diposkan ke kedah..jauh bukan?? Owhh…serius jua..saya sangat cemburu…sebab disaat saya sedang bergelumang dengan pelbagai assignment,test dan kuiz..salah satu kerja anda sudah disiapkan..saya langsung tidak cemburu anda punya teman istimewa,tapi saya amat cemburu bila kerja anda dah siap..teruk bukan??apa laa saya nie..pada masa tue,otak saya dah fikir macam-macam tentang anda..uhh…ya ALLAH..maafkan saya kerana tidak berlapang dada pada dirinya…


Seterusnya,saya mula mengenali anda dengan lebih dekat apabila berada dimasjid..pada masa itu,anda meluahkan segalanya bahawa anda tidak mahu terikat dengan teman istimewa anda.Anda menceritakan bahawa anda takut dengan azab ALLAH dan pelbagai kemungkinan di kemudian hari.Saya biarkan anda melepaskan apa yang terbuku dihati anda.Biarkan anda tenang.Sesungguhnya,ketika itu saya sangat gembira kerana anda sudah mulai sedar apa yang sedang anda lakukan.Anda menangis.Saya menangis.(tapi dalam hati la..heheh).Anda menangis kerana kesal.Saya menangis kerana terharu dengan kesedaran anda.Anda berkata bahawa anda mahu berubah namun tidak kuat.Percayalah,dari saat itu,saya sentiasa menyokong anda dari belakang,doa saya tidak putus seiring dengan Cinta ALLAH terhadap anda.ALLAH sangat sayangkan anda.Itu lagi membuatkan saya cemburu dengan anda.



Buat anda yang saya sayangi..

Setelah hampir 2 tahun meninggalkan zaman matrikulasi,hampir 2 tahun juga kita putus hubungan,namun saya masih mengingati anda..anda pula bagaimana pula?masih ingat kenangan kita??

Semasa saya menjalankan kuliah semester pendek,anda mula add saya diFB dan ym..dari situ kita mula membuka cerita-cerita lama..ya..sangat suka apabila mendapat tahu anda masih ingat akan saya..owhh…sangat syok…(mood:blushing2)


Paling saya gembira bahawa anda sudah meninggalkan teman istimewa anda.Owhh..ya ALLAH,tenangkan hatinya,tunjukkan dia hikmah KAU yang agung.Saya tahu anda sangat sedih namun saya juga tahu anda memang seorang kuat.Satu persatu berita gembira tentang anda,anda khabarkan pada saya.Saya sangat gembira.Hati saya menangis apabila anda khabarkan bahawa anda sedang bertatih mahu bertudung labuh..masyaALLAH…saya sangat gembira..saya cemburu ALLAH sayangkan anda..saya cemburu ALLAH limpahkan hidayah paling tinggi buat anda.Tapi,saya tetap gembira..cemburu saya sekejap cuma.Itu rezeki anda.


Hari ke hari,anda suka bertanyakan macam-macam soalan berbentuk agama dan pandangan nasihat dari saya..Kadang-kadang saya malu untuk menjawab memandangkan saya bukanlah arif sangat namun saya cuba memberi solusi terbaik buat anda.Saya tanyakan pada yang pakar agar saya tidak memberiajaran sesat buat anda.Saya suka bila anda tanya saya macam-macam sebab sekurang-kurangnya saya juga dapat tahu apa yang saya tidak tahu sebelum nie..iyya..ilmu itu kan sangat luas.


Kadang-kadang saya rasa sangat sedih sebab tidak dapat membantu anda sepenuhnya.Jujur,sem kali ini,saya sangat sibuk,saya tahu saya telah mengabaikan anda.Saya lupa sahabat-sahabat saya dalam mengejar cita-cita saya sendiri.Alhamdulillah…anda tidak jatuh,anda tidak terpesong.ALLAH masih menjaga anda buat saya.


Anda yang saya hormati,

Anda sudah cukup kuat,namun anda kurang yakin..yakinlah,anda…berdoalah pada ALLAH yang Maha Mendengar..InsyaALLAH..pasti dimakbulkan..usah difikirkan kisah-kisah lalu.Kita punya masa silam masing-masing,namun kisah silam itu perlu dijadikan iktibar bukannya penghalang untuk berubah.Tekadkan hati,nekadkan niat,tabahkan jiwa.Teruslah bergerak..berubah..berubah…dan berubahlah kearah kebaikan yang anda idamkan itu..megejar REDHA ALLAH..



Anda..

Jujur,saya banyak belajar dari anda,anda ingatkan saya segalanya yang pernah terpalit pada saya suatu ketika dahulu.Anda katakan bahawa ujian inilah yang mendekatkan diri anda dengan ALLAH..ya ..saya akui..anda..usah ragu-ragu lagi…anda sangat beruntung kerana tidak malu-malu untuk berubah…bukan anda belajar dari saya,tapi saya yang banyak belajar dari anda..anda sangat istimewa...saya sayang anda.keluarga sayang anda,kawan-sayang anda..paling utama ALLAH sayang anda..


Teruslah berubah…teruslah kejar cita-cita anda yang mulia itu..





notakakiku1:anda...anda tahu siapa anda dalam nie kan...sesungguhnya,kita tidak punya apa2..segalanya milik ALLAH.

notakakiku2:sesiapa sahaja boleh baca namun janganlah terasa apa2..kerana hanya anda sahaja yang tahu...jangan jadikan ia kontroversi seperti sebelum ni...

notakakiku3:buat anda------>anda memang hebat...tidak ramai yang mampu menjadi seperti anda....sangat2 rindu dan sayang anda..

notakakiku4:others----->ambillah pengajaran darinya..semua orang berhak untuk berubah dan menjadi baik.

05 August 2010

Jalankan Amanah anda!!

Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya),an-Nisa':58

Sabda Rasulullah s.a.w:
Ketahuilah!!Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah.
Riwayat Imam Ahmad

Berdasarkan ayat dan hadis diatas amanah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan.Perintah disini wajib sebagaimana perintah-perintah yang lain seperti solat,puasa dan sebagainya.Amanah adalah cabang keimanan,seseorang yang beriman mempunyai sifat amanah dan sebaliknya pula orang yang tidak amanah itu menandakan kekurangan imannya.

Mengetahui bidang tugasnya;seorang staff yang profesional tidak perlu diberitahu secara berulang-ulang tentang tugasnya.Dia hanya perlu ditunjuk ajar sekali.kemudian sendiri akan menyelesaikannya tanpa perlu ditegur lagi.Dia akan menyiapkannya sebelum atau tepat pada waktunya.Dia tidak mengenal erti tangguh-menangguh.

Mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain menyelesaikannya.

Melakukan setiap tugas dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik.

Menunjukkan sifat komitmen kepada kerja dan tidak berdalih.Sentiasa ada ketika diperlukan dan lebih mementingkan kerjanya dari tugas-tugas yang tidak berkaitan.Seorang individu yang berkaliber akan peka dengan perkembangan ditempat kerja,dia tidak akan menggunakan alasan seperti tidak tahu ada meeting,tidak tengok surat lagi,lewat diberitahu dan pelbagai alasan lain.

Menjauhkan diri daripada sebarang sifat khianat dan tidak bermaruah seperti rasuah,pecah amanah,bocorkan soalan dan membuat sesuatu untuk kepentingan diri.

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba


Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu


Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…
(huhuhu:ditujukan khas buat semua penggerak sekolah kluster)



notakakiku1:sedang dalam mood renew cluster program..
notakakiku2:to all cluster's members..please..semangat2..tanpa anda semua,kita takkan berjaya..buktikan....
notakakiku3:3 minggu yang HOT bergelut dengan projek dan assignment..
ya ALLAH..permudahkanlah ia..
notakakiku4:penat daku mencari lagu yang sesuai nga kita..amanah paling besar buat kita sekarang ialah menuntut ilmu..

01 August 2010

What,If..AND....


What if ALLAH couldn't take the time to bless us today because we couldn't take the time to thank HIM yesterday?

What if ALLAH decided to stop leading us tomorrow because we didn't follow HIM today?

What if,we never saw another flower bloom because we grumbled when ALLAH sent the rain?

What if ALLAH didn't walk with us today because we failed to recognize it as HIS day?

What if ALLAH took away AL-QURAN tomorrow because we would not read it today?

What if ALLAH took away HIS message because we failed to listen to the messenger?

What if the door of the mosque was closwd because we did not open the door of our heart?

What if ALLAH stopped loving and caring for us because we failed to love and care for others?

What if ALLAH would not hear today because we couldn't take the time to thank HIM yesterday?

What if ALLAH answered our prayes the way we answer HIS calls?

What if ALLAH met our needs the way we give HIM our lives?

What if we failed to send this message on..?


notakakiku1:Sedang refresh my semangat..my iman also...