28 March 2010

TiTas @ MaBIQ

ALHAMDULILLAH,itu sahaja yang mampu aku lafazkan setelah berjaya melaksanakan projek titas.Syukur,syukur dan syukur..

Pada mulanya,kami menghadapi pelbagai masalah..ya..masalah…serius..aku sangat cuak..bermula dengan bas UMP..kami telah mengapply satu van UMP,namun kami diberikan sebuah bas memandangkan van telah penuh..ya ALLAH,memang aku bersyukur..namun pada hari dijanjikan,bas itu telah menghadapi salah faham dimana pihak yang sepatutnya yang bertanggungjawab tidak menginform pak cik bas sebagaimana yang kami harapkan..kami telah mencari alternatif lain iaitu menyewa kereta..tidak perlu untuk kami kecoh-kecoh dan mencari salah siapa,yang penting projek kami pada hari ini berjalan,itu sahaja yang ada dalam fikiranku..

Pelbagai dugaan yang kami hadapi,sudah tentu pertama dan utamanya ialah sesat.hhaha..lawak…lawak..kami boleh bermain u-turn- dikawasan menuju Pekan..haha..namun,lebih kurang dalam 15 minit,akhirnya kami berjaya menemui Permata Camar,lokasi awal projek kami..adess..rupa-rupanya.projek kami bertembung dengan program CHEST UMP..alahaii…kecewa bangat…tidak mahu kecoh-kecoh dan bersikap matang(walaupun kami semua sengal-sengal ),kami mengalah,biarkan kami mencari penyelesaian lain..syukur..syukur..kami bejaya menemui tempat lain iatu MaBIQ (Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran)...kami dibenarkan untuk membuat program kami on the spot..ermm..ALLAH maha pemurah,kan??..

Seterusnya,kami tiba di MaBIQ atas bantuan salah seorang pegawai Permata Camar…syukran diucapkan…jasamu dikenang..salah faham di Permata Camar itu biarlah…kami redha jerr…

Di MaBIQ,kami dipertemukan dengan pengetua MaBIQ,ustazah ummi Ruzainah Abd.Ghani,terima kasih kerana menerima kami secara mengejut..disebabkan kami terlewat dari tentatif awal dan berada dalam kondisi berbeza ,maka secara automatiknya,kami terpaksa cut tentatif satu slot..

ALHAMDULILLAH,tentatif kami berjalan seperti biasa..sangat-sangat bertuah kerana dapat bertemu adik2 MaBIQ,sangat2 bersyukur,mereka semua adalah bakal2 Hafiz,hebat kan mereka??owhh…terharu bangat sihhh tengok keadaan 2 3 orang dari mereka..huhu..


Program berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati kepada penghuni MaBIQ atas kesudiaan berprogram bersama kami,juga cenderahati buat pengetua MaBIQ,ustazah ummi dan juga sedikit derma hasil kutipan derma dari rakan-rakan sekuliah kami, Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) batch 09/10.Walau tidak seberapa,tapi ia adalah sumbangan tulus ikhlas dari rakan-rakan kami yang lain yang tidak berkesempatan bersama-sama.Tidak dilupakan sumbangan tabloid iLuvislam.com buat penghuni MaBIQ..dalam menyahut seruan 'spreading the luv; the TRUE luv'..maka kami (baca:saya),mengambil kesempatan untuk meyampaikan mesej ini melalui misi kali ini,saya mahukan agar ayat-ayat cinta ALLAH ini bertebaran dimana jua.Biarkan ayat-ayat cinta ALLAH itu turut dirasai oleh penghuni MaBIQ,sharing is caring,right??...jom...view our moment..



-persediaan sebelum ke program..semua bertungkus lumus berusaha sambil bermain..kami juga turut mencuba games yang bakal dijalankan bagi mengelakkan ketidaksempurnaan nanti ..have fun alsooo-



-pagi sebelum bertolak,semua excited...disamping pic2 ketegangan kami bila dilanda masalah,mencuba sedaya upaya agar usaha kami selama ini tidak sia-sia,tidak mahu pulang dengan tangan kosong-



-akhirnya,jodoh kami disini..memulakan seberapa pantas program agar tentatif yang telah dirombak dapat dilaksanakan dengan jayanya...ALHAMDULILLAH..syukur..-



-aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan diharap dapat menggembirakan mereka,mereka belajar,kami juga turut belajar,belajar tentang hidup,bukan belajar untuk hidup...-



-memori yang sempat dirakam agar kenangan terus bersemi supaya ukhuwwah itu tidak putus begitu sahaja,doakan kami,wahai adik2...kami juga doakan kejayaan kamu semua..-



-huwaaa..serius kottt..pagi tue memang rasa nak menangis jerr sebab program kita clash,rasa cam hampeh jer aku jadi leader korang,namun korang semua still bersemangat dan berusaha mencari solusi lain,maka,aku sebagai ketua takkan mengaku kalah kott..lagipun,dah janji tak nak lemah di sem 2 nie..

-Permata Camar,mungkin bukan rezeki kamu,ALLAH aturkan sebaik2nya untuk kita,mungkin kami bakal melakukan kesilapan sekiranya terus berada disana..so..no feeling2 again..biarkan..saya redha…terkilan tetap terkilan..terkilan sebab tidak dapat membuat teammates saya berpuas hati dengan hasil kerja saya,maybe ada silap saya dalam menakhodai mereka...maaf buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak..

-MaBIQ,aduhaiii…terima kasih tidak terhingga buat kalian kerana sudi menerima kunjungan mengejut kami,buat ustazah ummi,syukran kerana mempercayai kami dan meminjamkan adik2 MaBIQ kami buat seketika.Ampunkan segala salah dan silap kami sepanjang berada disana,kami bukan insan sempurna,maafkan juga keterlanjuran kami dalam mengendalikan program disana.Sangat2 bertuah apabila dapat berada di MaBIQ walau seketika cuma.

-Teammates,hahaha..sangat2 seronok dapat bekerja bersama-sama kamu,terima kasih kerana telah bersusah payah selama 2 minggu berturut-turut dalam menjayakan program kita.kalian memang tidak berkira..sejujurnya,sangat2 terkejut dengan tindakan kalian,walaupun kalian sengal2 dan gila2 namun bab kerja,memang awesome…wahh..sungguh hebat…setiap kali meeting,semua menghadirkan diri walau lambat..yang penting kalian memang hebat..kalian masih mampu tersenyum dan berfikir dengan waras tatkala kita semua dilanda masalah..sangat2 bersyukur mengakui kalian sebagai sahabat..maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala salah silap aku selama menjadi ketua korang,aku bukan sempurna sebab itu aku memerlukan kalian sebagai pelengkap bagi menyempurnakan misi kita..terima kasih tidak terhingga buat mereka..

_ana_

_kupuwan_

_ayu_

_nana_

_una_

_fina_

_madi_

_anis_

_wani_

_rai_

_sayang kamu kerana ALLAH_


Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..



22 March 2010

EPILOG DUA JIWA

“Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!”

Begitu keluh kesah seorang mad’u kepada murabbinya di suatu malam.
Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad’unya.
“Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu?” Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.

“Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja.” Ikhwah itu berkata.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

“Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?” Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.




Sang mad’u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.
“Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?” Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.
“Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?”

Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.

“Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?” pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah.
Dia hanya mengangguk.

“Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?” Tanya sang murabbi lagi. Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya. “Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana.”

Sang mad’u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.

“Akhi, jama’ah ini adalah jama’ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT.”

“Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerana di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka.”

“Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak kesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?” Sambungnya panjang lebar.

“Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai’e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah.”

Sang mad’u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.

“Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?”

Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga. “Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!” Sahut sang murabbi.

“Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri.”

Malam itu sang mad’u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama’ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT; Kemenangan atau Mati Syahid

Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian.

Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.


notakakiku1: ihsan dari yang empunya..
notakakiku2: begitukah daku sekarang ini?sama2lah muhasabah diri masing2..cerita diatas demi menjawab persoalan seorang sahabat yang menpsycho saya 2 minggu lalu..

19 March 2010

*Hidup*


Hidup itu kalah menang
Hidup itu sedih dan gembira
Hidup itu perpisahan dan pertemuan
Hidup itu kelahiran dan kematian
Hidup itu bagaikan secarik kertas bermateraikan ketidaksempurnaan
Bila engkau merasa dilelahkan oleh ketidakupayaan,
berusahalah untuk ingat bahawa hidup itu hanya titipan.
Bila engkau merasa kosong, ketahuilah bahawa tiada waktu untuk selalu terheyak dalam keterpedayaan
Hanya hidup penuh dengan keikhlasan yang akan membawamu dalam keadaan hati yang menyejukan


~hanya sekadar luahan hati, saya gagal dalam temuduga fasi MINDS 2010,secara automatiknya,masa berharga saya ketika cuti semester nanti saya wakafkan sepenuhnya untuk iLuvislam.com,semoga dipermudahkan,insyaALLAH.


notakakiku1:syukran buat kawan sekuliah atas pengkongsiaan kata2 diatas..jazakallah..

14 March 2010

Ruang Kosong Dalam Hati, Hadirkan Pencipta Padanya

Terimalah semua yang telah diberikan Allah kepadamu dan jadilah kamu orang yang termasuk dalam golongan syakirin (orang yang bersyukur),” surah al-A’raf ayat 144.



Suasana gembira di sekolah jenaka sahabat-sahabat di kelas hanya mampu membawa seukiran senyum di wajah. Namun seringkali ada ruang dalam hati yang masih tidak terisi walau sebanyak mana senyum dan tawa dihamburkan. Tidak nampak pertalian antara senyum dan tawa itu dengan kata-kata seperti “tenang hati”, “suka hati” atau “hati gembira”.



Ketenangan, kesukaan, atau kegembiraan hati mungkin banyak bergantung kepada setakat mana ianya terisi. Waima kata-kata lucu atau lawak jenaka, walaupun dikeluarkan oleh seorang pelawak profesional pasti tidak dapat mengisi beberapa ruang tertentu di dalam hati. Dr ‘Aidh al-Qarni menyimpulkan ketenangan itu ada dalam rasa puas. Rasa cukup dengan apa yang ada. Nikmat yang dikurniakan Allah. Orang yang hidup secukupnya lebih bahagia daripada orang hidupnya kaya-raya.



Ruang kosong di hati menimbulkan kesunyian yang menggigit, kehampaan dan perasaan gelisah yang menghantui hidup. Maka dalam bilik yang riuh dengan suasana gembira, kita masih rasa keseorangan. Semasa bersama rakan-rakan rapat, juga terasa keseorangan. Kosong! Keriuhan kota tidak mengisi kekosongan hati. Lantaran menjadikan seseorang itu seorang yang pemilu atau juga seorang yang banyak ketawa tetapi kosong hatinya.



Ruang di hati inilah yang perlu diisi, bukan hanya dengan jenaka-jenaka atau pemikiran yang lebih menyusutkan, tetapi dengan sesuatu yang boleh menimbulkan ketenangan dan perasaan berteman waima diri keseorangan.



Kerana itulah Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan dalam hadis-hadisnya agar hati hendaklah berzikrullah. Mengingati Allah s.w.t. merasakan Dia ada di mana-mana. Merasakan keberadaan-Nya sangat dekat, sehingga mustahil untuk berlaku tidak senonoh di hadapan-Nya. Tidak keseoranagan individu itu kerana dalam hatinya terisi dengan keyakinan kewujudan Allah yang Maha Esa, Maha Pemberi Perlindungan dan Maha Penyayang.



Hati yang mengingati Allah tidak pernah sunyi seperti hati yang lepa dari mengingati-Nya. Hati yang mengingati Allah s.w.t akan dapat menundukkan anggota-anggota tubuh badan mengikut sunatullah. Membentuk insan yang bertakwa. Hanya berjalan mengikut rentak fitrah yang telah disemaikan oleh Allah taala dalam jiwa dan nalurinya.



Cuma yang perlu diingat ialah kehadiran hati itu berserta ihsan (ikhlas) ketika berzikir, kerana tanpanya zikir tidak mungkin mendatangkan sakti. Membawa kesenangan dan ketenangan hati. Jika tertutup sudah ruang-ruang kosong dalam hati dengan berzikir, tuntutan peringkat zikir itu sudah ternyata dan insya-Allah diri tidak merasa keseorangan atau sunyi lagi. Setiap detik di tengah-tengah kehidupan kita bersama Allah taala. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda, “Beribadatlah kepada Allah seperti kamu melihat-Nya. Kalau kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia sentiasa melihat kamu,” hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.


notakakiku1:sumber dari sini

notakakiku2:salam takziah buat afiaa,semoga dirimu tabah dan dihadirkan ketenangan buat dirimu sekeluarga atas ujian yang dihadapi.

06 March 2010

Kasih Sayang Allah




Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa,
“ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati.

( Muttafiqun alaih)

04 March 2010

ketinggian IMAN


Duhai teman sejatiku...
Hilangkanlah kesedihan...
Pujuklah jiwamu dengan janji al-Rahman...
Ketinggian seseorang kerana iman :



"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(surah al-Imran :139)



notakakiku1:mood~sedih dan terkilan namun masih bersyukur..terima kasih,Ya ALLAH!!

01 March 2010

FB=facebook


assalamualaikum...

akhirnya selesai..hehehe..akaun fb dah deacivate buat sementara waktu..sebenarnya,memang niat dihati dah lama mahu delete,namun,banyak faktor penghalang..tapi mengenangkan final exam yang menghampiri..ku lakukan jua...

Juga menyahut cabaran si rai dan ayu (bukan nama sebenar)..lepas final,kita on..ok??sabarla tuk seketika..

icon facebook kat tepi kiri blog ini,biarkanlah..malas nak edit banyak2...

kepada semua peminat aku (ececeh..bajet kott..) jangan rindu daku..aku tetap online ym..hehe..

sila mesej jika ada apa2 hal yang mustahak terutama jika kelas cancel..ngeh3..



notakakiku1:nak tengok selama mana mampu bertahan tanpa fb..hehehe..ayu,rai,saksikanlah..

notakakiku2:semoga istiqamah untuk semua..

doa rabithah


اللهم انك تعلم أن هذه القلوب

قد اجتمعت على محبتك،

والتقت على طاعتك،

وتوحدت على دعوتك،

وتعاهدت على نصرة شريعتك،

فوثق اللهم رابطتها،

وأدم ودها، واهدها سبلها،

واملئها بنورك الذى لا يخبو،

واشرح صدورها بفيض الإيمان بك،

وجميل توكل عليك،

واحيها بمعرفتك،

وأمتها على الشهادة فى سبيلك،

إنك نعم المولى ونعم النصير.




"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu. Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.





Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Amin."



notakakiku1:hafal doa rabithah ni..ok??
notakakiku2:memori2 persahabatan daku..amat merindui saat2 itu..