Apa pun yang anda lakukan, lakukanlah dengan kebaikan hati. Kejayaan bukan semata-mata kerana kekuatan otot dan ketajaman fikiran. Anda perlu bertindak dengan kelembutan hati. Kejayaan tidak selalu dibangunkan di atas keupayaan diri sendiri. Di sebalik semua pencapaian, terselit pengorbanan orang lain. Hanya bila anda melakukannya dengan kebaikan hati, siapa pun rela berkorban untuk kejayaan anda.
Pada suatu hari,ada seseorang menangkap burung.Burung itu berkata kepadanya,"Aku tidak berguna bagimu sebagai tawanan.Lepaskan saja aku.Nanti aku beri kau tiga nasihat."
Si Burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu.Yang kedua akan diberikan kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit...
Orang itu setuju,lalu ia meminta nasihat pertama.Kata burung itu,"Kalau kau kehilangan sesuatu,meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri,jangan menyesal."
Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan.Disampaikannya nasihat kedua,"Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal,apabila tak ada bukti."
Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung.Dari sana ia berkata,"Wahai manusia malang..Dalam diriku terdapat dua permata besar,kalau saja tadi kau membunuhku,kau akan memperolehnya."
Orang itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya,namun katanya,"Setidaknya,katakan padaku nasihat yang ketiga itu!!"
Siburung menjawab,"Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun kau belum renungkan sama sekali.Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal.Kini kau malah melakukan keduanya.Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganku.Aku pun tidak cukup besar unuk menyimpan dua permata besar!!!Kau tolol!!!Oleh kerananya,kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia."
Salam cuti-cutian buat sumer.... hehehe...ari ni nak wat tag yerrr... sebelum ni pernah dapat tag tapi malas + takde masa = tak jawab la.. skunk musim cuti..soo kebowsunnan melanda.... errmm...jalan2 kat blog adik ni... so,terus kena tag...and firstly rasa excited nak jawab..hahaha..
Pernahkah anda menghitung pembiayaan untuk membayar seorang penjaga malam, jururawat, arkitek, guru dan penasihat...? anda tentu akan mengira dan tentu akan sangat..sangat...mahal bukan..?
Lalu..Pernahkah anda sedari bahawa sebenarnya dalam kehidupan anda, ada seseorang yang telah berperanan sedemikian banyak sehingga kehidupan anda telah menjadi seperti saat sekarang ini..? IBU ANDA..!
Saya ingin berkongsi kasih dan cerita mengenai ibu yang dikisahkan oleh Marjorie Cooney ini:
Ibu, betapa aku takkan sanggup untuk membayar semua hutang-hutangku padamu. Untuk malam-malam panjang yang engkau korbankan kerana suara-suara kami, baik kerana kami lapar, kerana suara-suara luar yang mengganggu, kau terjaga untuk sepanjang malam menjaga kami. Untuk setiap semangat, dorongan, ajaran yang kau berikan kepada kami dengan sabar setiap harinya, setiap minitnya, setiap detiknya kau bimbing kami, kau bangunkan mental dan fizikal kami, sehingga kami mendapatkan kesempurnaan hidup seperti saat sekarang ini.
Ibu, kau juga telah berjuang keras untuk merapatkan seluruh keluarga dengan cinta, kesetiaan dan kasih tiada terhingga banyaknya yang kau curahkan.Dan untuk semua itu, kau tidak meminta bayaran sesen pun kepada kami, kau lakukan semua itu dengan tulus..ikhlas..tanpa penat dan letih sedikitpun, kau lakukan semua itu dengan cinta...kasih...dan kesetiaan yang amat..sangat..dalam kepada kami. Kami tahu hutang kami sangat banyak kepadamu ibu, dan untuk semua hal yang tak ternilai itu kau berikan cap SUDAH DIBAYAR LUNAS !. untuk satu kucupan cium kasih sayang dari kami dan ucapan dari kami..
I LOVE YOU MOM.....
"TIADA KASIH SAYANG SEBESAR KASIH SAYANG ORANG TUA KEPADA ANAK, TERUTAMA KASIH SEORANG IBU. SEPERTI AWAN YANG MENAUNGI DISAAT MATAHARI SANGAT TERIK, SEPERTI HUJAN DI GURUN YANG PANAS, SEPERTI BUMI YANG MEMBERI KEHIDUPAN KEPADA SEMUA YANG BERNAUNG DIBAWAHNYA.." - SONDRA ANICE BARNES
notakakiku1:Rasa semangat yang membara bila dapat salam dan cium ummie sebaik tiba dirumah....huhu.. notakakiku2:Kegembiraan ummie bila menyambut anak dara dan anak teruna pulang turut menggembirakan diri ini.... notakakiku3:Habiskan sem break nga ummie dan family.....
Seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.
"Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetak paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?"
"Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?"
"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?"
"Lapan puluh ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.
"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?"
"Dalam satu jam harus berdetak 3,600 kali? Banyak itu pun jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.
Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian berbicara kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetak satu kali setiap detik?"
"Naaaa, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh yakin.
Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetak satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetak tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetak sebanyak 31,104,000 kali.
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu.Bahkan yang semula kita anggap impossible untuk dilakukan sekalipun.
Jangan berkata "tidak" sebelum Anda pernah mencubanya.
Apakah anda takut gagal? Sedemikian takutnya sampai anda tidak berusaha untuk mencuba? Cuba anda fikirkan kembali, hal tersebut benar-benar tidak masuk akal. Dengan tidak mencuba sekalipun, sebenarnya anda sudah gagal. Jadi rasa takut gagal adalah penyebab kegagalan yang pasti.
Apakah anda merasa takut? Cuba perhatikan rasa takut anda. Rasa takut membuat anda lebih waspada. Rasa takut memberi tenaga tambahan. Rasa takut membuat anda mampu mengatasi tentangan sulit. Tidak ada yang mampu mendorong sumber daya dalam diri anda, lebih dari rasa takut.
Rasa takut sebenarnya ada untuk mendorong anda maju, bukan untuk menahan anda. Biarkan rasa takut mengajar anda. Biarkan rasa takut mempersiapkan anda. Tetapi jangan membuat rasa takut menghentikan anda. Saat rasa takut menahan anda, cuba perhatikan baik-baik apa yang menyebabkan rasa takut, dan anda akan menemukan alasan untuk bergerak maju.
Kegagalan paling abadi adalah kegagalan untuk mulai bertindak. Bila anda sudah mencuba, dan ternyata gagal, anda memperoleh sesuatu yang biasa dipelajari dan mungkin dicuba kembali. Anda tidak akan pernah gagal bila anda terus berusaha.
notakakiku1:Rasa takut untuk final programming kerna pernah jatuh dan gagal dengan teruk..moga rasa takut itu dapat diatasi... notakakiku2:semoga tabah,tabah,dan terus tabah jika gagal..bangkit dan senyum kembali kepada dunia nihhh...
Sejauh mana kita mencintai Allah S.W.T. Tuhan yang Maha Agung ?? Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah...kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji ALLAH atas segala keindahan yang telah Ia disajikan itu. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai Aku?" Aku menjawab, "Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu." Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu?" Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lalukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, "Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap akan mencintaiMu."
Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?" Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang tak mampu kulihat? Kemudian aku terfikir... ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, "Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu, aku akan tetap menyintaiMu, ya Allah." Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?" Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, "Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu." Dia menyambung lagi persoalannya, "Jika kamu ditakdirkan bisu, adakah kamu akan terus memujiKu?" Aku tertanya lagi, bagaimanakah aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, "Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagimu, aku tetap akan memujiMu." Dan Dia terus bertanya lagi, "Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?" dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, "Ya, benar Tuhanku, Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!"
Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakanku lagi, "Kalau begitu, mengapa kamu masih melakukan dosa?" Aku jawab, "Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna... aku bukan maksum." "Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira... kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah atau mahukan bantuan... kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?" Aku tidak mampu berkata apa-apa. Yang kusedari.. titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi, "Mengapa kamu buat begini... kadang kala sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta dengan penuh tamak dan mementingkan diri sendiri? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?" Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi, kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?" Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi, aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan.. atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.Dia berkata-kata lagi... "Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu tutup telingamu. Acap kali Aku berikan pelbagai rahmat dan nikmat kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu PesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara." Sambungnya lagi, "Kini... adakah kamu menyintaiKu?"
Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini? Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang bolehku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran air mata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, "Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tak layak menjadi hambaMu ya Allah..." Kemudian Dia menjawab, "Sifatku pengampun... barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan... Aku ampunkan kamu wahai hambaKu." Aku bertanya kepadaNya, "Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulang kali dan memohon ampun berulang kali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?" Dia menjawab, "Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikan kamu. Apabila kamu menangis, Aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan, Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh, Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan, Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir Dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya." Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti mengapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan... buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar. wa'allahualam ukhuwwah fillah
notakakiku1:amat2 sayu,syahdu,pilu..lebih2 lagi dengan ayat2 yang diboldkan...turut menangis dalam hati...
notakakiku2:peringatan buat diri sendiri yang semakin lupa agar tidak terus melupakan...
Di suatu hutan hiduplah sekelompok monyet. Pada suatu hari, tatkala mereka tengah bermain, ternampak oleh mereka sebuah bekas kaca berleher panjang dan sempit yang bahagian bawahnya tertanam di tanah. Di dasar bekas itu ada kacang yang sudah disapu dengan aroma yang disukai monyet. Rupanya bekas itu adalah perangkap yang diletakkan di sana oleh seorang pemburu.
Salah seekor monyet muda mendekati dan memasukkan tangannya ke dalam bekas untuk mengambil kacang-kacang tersebut. Akan tetapi tangannya yang terkepal menggenggam kacang tidak dapat dikeluarkan dari sana kerana kepala tangannya lebih besar daripada ukuran leher bekas itu. Monyet ini meronta-ronta untuk mengeluarkan tangannya itu, namun tetap saja gagal.
Seekor monyet tua menasihati monyet muda itu, "Lepaskanlah tanganmu atas kacang-kacang itu! Engkau akan bebas dengan mudah!"
Namun monyet muda itu tidak mengendahkan nasihat tersebut, tetap saja ia berkeras menggenggam kacang itu. Beberapa saat kemudian, sang pemburu datang dari kejauhan. Sang monyet tua kembali berteriak menasihatinya, "Lepaskanlah tanganmu sekarang juga agar engkau bebas!"
Monyet muda itu ketakutan, namun tetap saja ia berkeras untuk mengambil kacang itu. Akhirnya, ia tertangkap oleh sang pemburu.
Demikianlah, kadang kita juga sering mencengkerama dan tidak rela melepaskan hal-hal yang sepatutnya kita lepaskan: kemarahan, kebencian, iri hati, ketamakan, dan sebagainya. Apabila kita tetap tak bersedia melepas, tatkala kematian datang "menangkap" kita, semuanya akan terlambat sudah.
Bukankah lebih mudah jika kita melepaskan setiap masalah yang lampau, dan menatap hari esok dengan lebih cerah? Bukankah dunia akan menjadi lebih indah jika kita bisa melepaskan "tangan" kita dan membahagi kebahagiaan dengan orang lain ? (Swaramer)
notakakiku1:Belajarlah untuk melepaskan apa yang tidak sepatutnya kita miliki..sifat2 mazmumah yang membelengu diri yang bakal merosakkan diri sendiri..
notakakiku2:Artikel motivasi buat diriku sendiri agar melepaskan ketidakpuasan hati untuk menerima nikmat hidup yang lebih bahagia..
notakakiku3:sekali lagi belajar daripada haiwan..monyet pun monyet laaa...
notakakiku4:belajarlah untuk melepaskan nafsu untuk update blog dan main facebook,cik qeela oiii...final bakal menjelang...huhu..ni hadiah dapat study com archi dengan jayanya...
I am a girl who's emotions are running around the clock, I am always passionate about something and it shows from the way I speak.
I’m a strong girl who keeps her stuff in line. Even when I have tears going down my face I always manage to say those two words , ”I’M FINE”.