30 November 2009

Lakukanlah Dengan Kebaikan Hati.



Apa pun yang anda lakukan, lakukanlah dengan kebaikan hati.
Kejayaan bukan semata-mata kerana kekuatan otot dan
ketajaman fikiran. Anda perlu bertindak dengan kelembutan
hati. Kejayaan tidak selalu dibangunkan di atas keupayaan diri sendiri.
Di sebalik semua pencapaian, terselit pengorbanan orang lain.
Hanya bila anda melakukannya dengan kebaikan hati, siapa pun
rela berkorban untuk kejayaan anda.






Seorang bijak berkata: "Bila busur anda patah dan anak panah
terakhir telah dilontarkan, tetaplah membidik. Bidiklah
dengan seluruh hatimu." Semua tindakan anda bagaikan bumerang
yang akan kembali pada anda. Bila anda melempar dengan baik,
ia akan kembali dalam tangkapan anda. Namun, bila anda salah
melemparkannya, ia akan datang untuk melukai anda. Renungkan
bagaimana tindakan anda sekarang ini. Lakukan segala semuanya
dengan tulus dan penuh kasih. Tiada yang lebih manis daripada
memetik buah atas kebaikan yang anda lakukan.




notakakiku:Special post buat dr.aminah..teruskan langkahmu itu..aku redha dan izinkan kamu dan sahabat2ku yang lain untuk berubah..berubah kearah kebaikan ..lakukanlah dengan kebaikan hati...

2 comments:

dr.ashiya said...

kepada sahabat yang paling baik
Nur Aqilah Uzihan,
terima kasih byk2 diatas kata2 nasihatmu,
saya sgt menghargainya..
miss u a lot!!
sayang kamu!
ukhuwwah fillah abadan abada....

aQielahuZihan said...

istimewa buat teman yang istimewa;
aminah aishah yasiman.
moga tabah,tabah n tabah dirimu disana..
moga pulangnya kamu sebagai idola muslimah...
thanks coz being one of my bestie...
miss u alsoo...
miss soo much...
miss nk suh kejutkan aku time tidur dalam kelas...
hahaha...thanks 4 everything...