28 May 2012

Kuliah akhir UMP??

Assalamualaikum......


Alhamdulillah...tepat jam 3.45 petang 22 Mei 2012, tamat sudah cerita-cerita kuliah untuk semester 6 ini. Tidak tahu sama ada ini yang terakhir atau akan ada lagi yang lain.Hanya ALLAH yang tahu.Yang pastinya, hari ini ialah hari terakhir berjalan bersama-sama, bergelak ketawa,dan semua aksi nakal dengan geng-geng kamceng setelah 3 tahun ini.


Tamatnya kisah semester ini diakhiri dengan test bagi subjek techno.Tidak sangka, sudah hampir ke garisan penamat rupanya perjalanan kisah degree ini. Jika tahun satu dulu dimulakan dengan entri ini penghargaan istimewa, maka kali ini, semester 6 akan diakhiri dengan entri untuk hari ini.


Terima kasih ALLAH atas apa yang berlaku sehingga hari ini.Banyak yang ingin dicoretkan, banyak yang ingin dikisahkan,sungguh, tidak sedikit pun rasa menyesal bertandang dalam hati. Mungkin suatu ketika dahulu, UMP bukan destinasi yang menjadi impian, tetapi sekarang ia menjadi satu kebanggaan.

Andai kata aku tidak ditakdirkan dalam UMP ini, sudah pasti aku tidak bertemu dengan insan yang pertama berkongsi rasa,rommate ketika tahun 1, qis,pika, zu. Susah senang suatu ketika dulu,selalu outing bersama, selalu buat hal, selalu itu ini, selalu begitu begini. Ada aku kesalkan?Sikit pun tidak,malahan lagi bangga.

Andai kata aku tidak ditakdirkan dalam UMP ini, sudah pasti tidak bertemu dengan classmate dan geng2 kamceng giler aku, sudah pasti tidak bersama-sama dengan mereka dalam perjalanan SE ini sehingga akhir,sudah pasti tidak bertemu kembar labu labi aku, ayu, nana,wani,nenes,madi, ayu kecik,ana, rairo,raibi,kak nini,nisa dan semua....Ramai untuk aku sebutkan..sesungguhnya mereka semua sangat istimewa

Andai kata aku tidak ditakdirkan dalam UMP ini,sudah pasti aku tidak menerima gelaran ustazah, sudah pasti   tidak wujud mellisa maureen, sudah pasti tidak lahir qyla mydin yang punya seorang skandal bergelar doktor yang punya lagu sendiri,ah kocok...kocok, sudah pasti juga qila ozawa juga tidak muncul...betapa banyak gelaran diterima sepanjang  3 tahun ini.Mesti dan pasti rindu kenangan-kenangan ini.

Andai kata aku tidak ditakdirkan dalam UMP ini,sudah pasti tidak bertemu dengan rommate  sekarang,amy,hajar,aya. Masing-masing punya watak dan cerita sendiri. Masing-masing ada kesukaan tersendiri. Nikmat apa lagi yang boleh saya dustakan? Ya ALLAH...


Terima kasih Ya ALLAH...atas kurniaan sehingga hari ini,sehingga saat ini. Ini belum masuk lagi kisah dan cerita keluarga persis. kelab yang paling disayangi.

Entri ini patut  berakhir disini sahaja,sudah tidak mampu menahan sebak <---- ececece, menaip entri ini bertemankan lagu ashanti, aku ingin kamu,kamu ingin dia..owhh..tacing!


Jangan risau, sepanjang study week ini, tuan punya blog sangat rajin update blog sebab dia lain dari lain,dia suka update blog,dia suka menulis cerpen,dia suka merayau2 disaat2 waktu busy dan genting. Jangan risau, disaat-saat akhir ini juga,blog ini bakal berkisar tentang UMP sahaja.


katahatiku1: alhamdulillah..sudah selesai presentation depan sv,walau tidak seperfect yang diharapkan,aku tahu kemampuan aku,insyaALLAH..pasti complete menjelang karnival nanti
katahatiku2 : Doakan final exam untuk semester ini







19 May 2012

SE BCS 2009

Assalamualaikum...just scroll the pictures...











ini terjadi kerana.......

-
-
---

-------

------------------------------------










Last picture haruslah tuan punya belog pun sama mahu interprem....kekekeke






kami pernah bersatu dalam daerah yang sama sepanjang 3 tahun ini..



*Menghargai masa-masa yang tinggal untuk kami dengan menukar profile picture...love all my BCS20092010

*Sekarang hari dan waktu yang amat sibuk,tapi saya mampu update blog...hehe..esok speaking bi dan submit thesis report!!


katahatiku1: Doakan kami semua pelajar-pelajar tahun akhir.
katahatiku2: Saya harap persabahatan kami kekal selamanya tidak kira jantina,bangsa dan agama kerana kami pernah bersatu untuk mencapai satu cita-cita yang sama dalam medan ilmu ini.





16 May 2012

Karya Dari Hati

Assalamualaikum...

Jam sudah 3.14 pagi,sedang bersekang mata menyiapkan PSM,tengah cucuk pendrive, lupa apa mahu buat, godek dokumen dalam pendrive, transfer bahan atau buat apa?Totally lost..terus buka blog dan update.

Yeahh...saya tersangatlah pandaaiiii bila boleh update blog ketika busy yang teramat, dair dulu hingga kini,serius, idea mencurah-curah mahu update.

Dua tiga hari lepas, saya telah publish satu blog, Karya Dari Hati, blog kedua ini sudah lama sebenarnya saya create dalam bulan Januari 2012, tapi unpublish. Fungsi blog ini lebih kepada cerpen-cerpen yang hasilkan.Saya tahu cerita saya memang tak best, tak menarik, tapi saya tetap menulis, taram mana suka dan hentam apa sahaja. Hehe..Oh ini juga ada page FB juga..KDH.

Jangan salah faham dan jangan salah fikir, blog ini tetap akan berjalan, ini baby pertama, haruslah paling sayang.So, ini adalah blog personel, yang akan memuatkan pelbagai cerita atau apa-apa sahaja. Blog Karya dari hati itu pula khas hanya untuk cerpen-cerpen.

Saya menjadi penulis? Oh, tidakla sampai menjadi penulis, saya menulis suka-suka sahaja, isi masa lapang. Mahu serius? Buat masa sekarang,tidak lagi. Tapi saya bercita-cita mahu hasilkan satu buku parenting bila sudah dewasa atau tua nanti.HAHAHA...Parenting ok.Jauh benor dengan nukilan-nukilan yang saya hasilkan sekarang.Saya memang pelik tapi itulah saya, ada sebab bila kita mahu buat sesuatu,kan? =)

So, sila sokong cerpen-cerpen biasa saya itu.Biarlah biasa asal hati sendiri puas.Eh?Hati sendiri jer,hati orang tak perlu ke?.Please, drop by my new blog and happy reading.Dont forget to comment and critique my writting. Thanks also for my supporter <------ecece..ayat nak bajet retisss....

Oh...sudah 3.28...mari sambung edit thesis..sudah ingat apa mahu dibuat, mahu edit Chapter 4, implementation.Sajer jer tu nak kasi tuan dia update blog..kihkihkih.Oh psm,jom dating!!

Oh ini bukan saya...ini author jugak...author femes kat US..cecelia ahern...cantik kan dia...ehe..gambar takde motip...cerita2 dia pun best....mata dia pun cantik...nak letak pic tanpa mekap..tapi karang kena saman...hehee...chowww...


katahatiku1: Doakan segala semuanya dipermudahkan. =)
katahatiku2: Tidak tahu sampai bila saya boleh rajin dan istiqamah untuk menulis.=))







06 May 2012

Kerana hidup ini...

Assalamualaikum....yihauu...

Suatu petang dalam perjalanan pulang ke kampus dari industry visit, seorang kawan telah bertanya, haa..ko nyah, macam mana OOP? Tak mahu usaha lagi  untuk short sem?

Saya: " Errmm...tak mahu laa, dah terang tak dapat kan"

Dia: " Tapi nani cakap boleh kan dengan prosedur2 dia, cuma tu la TDA cakap tak boleh pulak...ermm"

Saya: " Sebab itulah aku malas, aku penat dah, penat sangat-sangat,penat untuk berusaha dapatkan"

- Scene ini terjadi disebabkan, saya perlu mengulang subjek OOP, disebabkan atas-atas alasan tertentu, saya tak berjaya untuk menambah subjek tersebut pada semester ini,seterusnya saya perlu mengulang semula pada semester depan untuk membolehkan saya menjalani praktikal sekaligus menghabiskan degree (dan hampir seluruh batch saya sudah pun praktikal saat ini). Dan ini dipanggil extend. Saya bakal menjadi pelajar extend.


Apa yang dihighlight ialah, saya penat, sejujurnya, saya penat, penat dan letih untuk berfikir, saya tahu saya ada peluang dan boleh usaha untuk meminta jasa baik fakulti membuka short sem pada Julai nanti, tapi saya betul-betul tidak berdaya. Saya rasa saya sudah mencuba, paling saya takuti ialah keputusannya nanti.

Saya penat memikirkan andaikata saya tidak berjaya untuk mendapat short  sem itu, sudah tentu saya lagi kecewa..atau sekarang saya sudah pun kecewa sebenarnya. Dalam tempoh 2 3 bulan ini, pelbagai perkara telah berlaku,Dalam tempoh ini juga, saya sentiasa tidak mendapat apa yang saya mahukan,Iyaa..redha!!

Ada perkara ALLAH izin tapi ALLAH tak redha, tapi ada perkara yang ALLAH redha tapi belum diizinkan.
- ini ayat yang sentiasa saya sematkan dalam hati, penguat semangat andai rasa mahu rebah, penenang jiwa saat gelisah

Saya terfikir-fikir sepanjang perjalanan dalam bas itu, saya yang kental suatu ketika dulu sudah give up,saya yang lantang suatu ketika dulu sudah lunyai....tapi saya betul-betul tidak mampu...saya mahu biarkan takdir hidup saya berjalan dengan sendirinya.

Saya malas memikirkan tentang OOP itu, saya biasa sahaja seandainya perlu extend semester,menjadi pelajar extend tidak setEruk yang disangka, cuma itulah, saya ada perancangan sendiri,bila ada obstacle di tengah-tengah, terlupa pula akan plan B...

Mungkin ia akan timbul satu perasaan lain kemudian hari, tapi apakan daya, saya tetap manusia biasa, sekiranya ALLAH takdirkan saya tidak berpeluang seiring dengan kawan-kawan,mana mungkin saya boleh menghalangnya, semuanya ALLAH aturkan yang terbaik buat hambaNya..

Tipu kalau saya cakap saya tidak pernah cemburu dengan kawan-kawan saya, mahu saya senaraikan??Ohh..sangat banyak k..betapa saya rasa i'm nothing....saya tiada apa2 pun sebenarnya.....Saat tahajjud, saya sentiasa kalah, kalah bila berada di tikar sejadah, saya hamburkan semuanya,tidak tahu samada roomate saya sedar atau tidak (bilik saya sentiasa ada yang berjaga)...

Pandangan luar, saya sememangnya nampak kuat, sejak sakit 3 bulan yang lepas, harapan saya mula pudar, saya mula terasa kehilangan sesuatu, bukan untuk menyalahkan sesiapa, cuma saya perlukan masa, saya betul-betul tidak mampu untuk kali ini..saya tidak nafikan, banyak benda yang saya fikirkan...

Sekarang, saya mahu menikmati saat-saat terakhir bersama-sama mereka, sahabat-sahabat sekepala saya, saya seronok melihat mereka gembira, saya seronok mereka ceria, seronok mendengar telatah mereka, seronok melihat mereng mereka, seronok merapu meroyan bersama...terfikir,semua ini akan berakhir, kerana ini adalah semester akhir kami...

I have a friend, a friend in word & a friend indeed.
A friend who loves me with all friends being & I love friend too.
My friend rejuvenates me
A friend of my youth, 
A friend indeed! 


 

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


Dan kerana hidup ini......



saya sesekali tidak akan menyesal sekiranya saya tidak dapat berpraktikal mengikut masa yang ditetapkan kerana saya sudah terkilan sejak permulaan episod ini lagi...dan saya berusaha untuk redha sepenuhnya....


katahatiku1: Doakan kami semua berjaya dalam PSM2 ini...
katahatiku2: I like to pretend that everything's alright. Because when everybody else thinks i'm fine, sometimes I forget for a while that i'm not.
katahatiku3: Blog ini akan berupdate sekiranya tengah2 busy...