26 May 2011

biar aku sendiri..





biar aku sendiri
menggapai cita dan impian dihati

biar aku sendiri
kerna aku bakal berdikari

biar aku sendiri
agar ku tahu daifnya hamba ALLAH ini

biar aku sendiri
menongkah onak dan ranjau berduri

biar aku sendiri
kerna itu pilihannya kini

biar aku sendiri
kerna pengakhiran nanti,ku tetap sendiri


ALLAH says to me; i'm saving the another rainbows in the future to you,so that,now,i'll give u the great storm.


sebak yang ada di jiwa,
biar hati berbicara sendiri


katahatiku1: sedang bertabah. =)) semoga tabah ini ada manfaatnya!


forum..alalala...forum...

Sedang hati bergelodak (arrghh.bergelodak lagi),tiba2 saya terbaca memo berkaitan penutupan forum iluvislam.com.



Jujur,sedih,pilu,sebak!

Saya tidak suka menangis depan orang.Saya selalu berlagak cool walaupun dalam hati sudah parah dan tenat.Namun,waktu asar saya di pasaraya besar Giant,Kuantan,Pahang telah menjadi saksi.Saya menangis usainya asar di sejadah bilik kecil itu mengenangkan forum yang akan hilang.Saya kalah!Saya tewas!Buktinya,saya sayang forum even saya krew team artikel.

Semoga kenangan forum iluvislam masih kekal selagi hayat dikandung badan.Semoga perjalanan website ini terus gemilang.tidak mahu komen banyak dan lebih2.saya sedang penat.

Saya juga mohon seberapa banyak kekuatan untuk terus bertapak kerna masih ada amanah yang berbaki buat saya.


p/s: semoga tiada orang yang tahu entry ini dipost.dan anda,jangan beritahu 'mereka'. =)) peace,no war!!


katahatiku1: sedang membiasakan diri dengan hidup baru,juga hobi baru.semoga ia bermanfaat.



24 May 2011

Aku Tahu, Tapi Aku Mahu...

Sabda Nabi: huffat al jannah bil makarih, wa huffat an nar bissyahawat.
( jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat) .

aku tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah kuhidup untuk selamanya

aku tahu segala amalan bakal dihisab
tapi masih kulupakan alam akhirat

aku tahu raqib atid setia di sisi mencatat amalan
tapi maksiat masih berterusan

aku tahu solat itu penting
tapi selalu memandangnya enteng

aku tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja aku lewatkannya

aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja
tapi solat masih tak dijaga

aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran
tapi masih liat nak mengulang

aku tahu aurat itu aib diri
tapi masih tak pandai menjaga diri

aku tahu cinta itu fitrah
tapi aku jadikannya fitnah

aku tahu apa itu dosa apa itu pahala
tapi aku seolah tak endahkannya

aku tahu Allah sentiasa memerhati
tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi

aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya
tapi aku sering berputus asa

aku tahu aku ini hambaNYA
tapi masih hanyut dengan dunia

aku tahu azabnya api neraka,
tapi masih kulakukan maksiat padaNYA

aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
tapi tak berusaha untuk mendapatkannya


Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..
sedangkan Nabi berkata: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut



kenapa aku jadi begini. aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT. tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia.


banyaknya benda yang aku tahu, tapi masih mahu melakukan maksiat padaMU. ampuni aku, pimpinlah aku ke jalan yang benar.


Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU,
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU
ampunkan dosaku terimalah taubatku
sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..



Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung.

Jika bukan kita siapa lagi?
jika bukan sekarang bila lagi?
Jika bukan di dunia, di mana lagi??




sumber: virtualfriends


katahatiku1: Ya ALLAH, Rabbighfirlii warhamnii wajburnii warfa’nii, wahdinii, wa’aanifinii, warzuqnii.(Ya Allah ampunilah aku, kasihanilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah derajatku, berilah aku petunjuk, jadikanlah aku sehat dan berilah rizki)
katahatiku2: aku sering berputus asa dengan ujianMU,Ya ALLAH,semoga dilimpahkan hikmah yang berkekalan dan berterusan kerna itu yang terbaik. =))







03 May 2011

mem"bakulsampah"kan ilmu

assalamualaikum...

Suatu ketika, ketika saya sedang mengemas buku2,nota dan pelbagai bahan pembelajaran saya sepanjang semester ini,salah seorang rommate saya menegur;

"kak qilah,kenapa nak bawa balik nota2 tu?tak berat ke?"

 Terkedu..senyap terus..

"Entah...tak tahu..sayang nak buang..kalu bawa balik,nati umi tolong simpankan dalam stor , so,takdela kena buang.."(umi simpankan..bukan aku..hahaha)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tiba-tiba saya terfikir tentang fenomena kita semua,apabila selesainya sesuatu peperiksaan,kemana hilangnya semua nota dan buku yang selama ini diguna pakai.Mungkin ada sesetengah orang tidak membuang buku,namun bagaimana pula dengan nota.

Sepanjang saya melewati waktu tarbiyah saya di maahad suatu ketika dulu,kami digalakkan untuk membakar segala bahan2 nota yang kami tidak mahu lagi dan saya rasakan membakar itu lebih baik dari membuang kedalam tong sampah. Seingat saya juga, dulu,ada seorang ustaz yang akan mengendalikan urusan pembakaran tersebut kerana ada cara dan kaedah tertentu bukan membabi buta sahaja.

Sekarang,sepanjang 4 kali mengambil peperiksaan akhir di UMP,saya seringkali melihat lambakan nota2 dan tidak ketinggalan buku2 yang berterabur disekeliling tong sampah. Jujur,sedih sangat.saya terfikir,dimana nilaian ilmu jikalau sebegitu gayanya?Adakah ilmu itu sekadar untuk peperiksaan sahaja?

Ya,saya mengaku,saya juga kadang2 sukar untuk ikhlas dalam menuntut ilmu.Saya juga tidak terlepas dari memikirkan tentang ilmu/belajar untuk peperiksaan sahaja.Tetapi,saya sesekali tidak sanggup untuk membuang sebegitu sahaja nota2 yang telah saya buat sepanjang satu semester,mungkin nota boleh diterima lagi,tetapi bagaimana pula dengan buku..ohh...sangka baik sajalah..mungkin silibus tersebut sudah tidak diguna pakai lagi untuk generasi seterusnya.


Kesimpulannya,fikir-fikirkan la cara terbaik untuk menghapuskan nota2 kita itu,buruk sungguh nampaknya kalau dibiarkan dalam tong sampah saja,fikirkan juga pandangan mak cik cleaner yang membuang nota2 tersebut,jangan memudahkan kerja2 kita dengan mem"bakulsampah"kan ilmu.jangan sampai nota2 tersebut meminta haknya daripada kita dipadang mahsyar kelak.Wallahu'alam.


Rabbi Yassir Wala tuassir..Ya Allah, istajib humma doa ana..amin yarabbal 'alamin.




katahatiku1: peringatan buat diri sendiri..saya juga selalu khilaf. =)
katahatiku2: saya sedang mencari pelajar2 BCS yang bakal naik tahun 2 sem depan..nak kasi buku2 n nota2 ..tak nak takpe.. :P
katahatiku3: wow...esok present SDD..terbaik ahh..malam ni duk berfoya2 dengan blog dulu...hehe..all da best,guys!!