28 February 2011

Memori Kluster

Assalamualaikum

Alhamdulillah…Alhamdulillah..akhirnya kerja2 kluster berakhir sudah..bila sahaja mendapat sijil dan dapat spread out kepada semua AJK,bila AJK2 menerima dengan senyuman,sungguh,betapa saya sangat bersyukur dan gembira.Sebab saya tahu itu amanah saya bakal selesai,bukannya sijil menjadi dambaan utama,cumalah secebis penghargaan buat mereka.


hutang terakhir saya dalam kluster
sila datang tuntut dengan segera yerr...

Kluster??Apa itu kluster?Saya mengenali klsuter dalam keadaan tak terduga.Kluster ialah program berbentuk khidmat masyarakat yang perlu dilaksanakan bersama komuniti-komuniti luar.Cabaran?owhh..sungguh,hampir menitis air mata tatkala memikirkan kerja-kerja kluster yang tidak siap.Saya bermula dengan kluster sebagai ajk bawahan dikenali sebagai ajk logistik.Setelah seketika,ketua unit mempunyai masalah lantas pengelolaan unit logistik diberikan kepada saya.Iyaa,saya terima memandangkan hanya sebagai ketua unit sahaja dan tugas-tugasnya adalah tidak membebankan.Buat pertama kali bermeeting dalam FSK3 dan diperkenalkan dalam team bahawa saya ketua unit yang baru.Alhamdulillah,mereka menerima,saya bersyukur.

Masa terus berlalu,entah bagaimana dan kenapa,kerusi pengarah dikosongkan sewaktu meeting mengejut pada suatu malam.Dengan kata-kata sepakat dan proses undian,pada malam itu juga saya ditaklifkan sebagai pengarah program.Dalam hati,hanya ALLAH yang tahu.
Berbagai-bagai persoalan muncul dibenak.

Bagaimana saya mahu menjadi pengarah?
Bagaimana saya mahu memimpin separuh AJK ni yang merupakan kawan2 sekelas sendiri?
Bagaimana saya mahu mengarah AJK lelaki?adakah mereka boleh terima?
Bagaimana saya mencorakkan program ini nanti?
Bagaimana saya kena selesaikan masalah2 yang sedang berlaku dalam perancangan program ini?
Bagaimana saya mahu berdepan dengan mereka yang selalunya saya berkelakuan gila2?
Bagaimana dan bagaimana...

Pada waktu itu,tidak terdetik pun bahawasanya saya bakal menggalas tanggungjawab tersebut,bukannya tidak pernah menjadi pengarah,bukannya tidak pernah handle program,namun kepada mereka yang pernah berada dalam kluster pada waktu itu,sudah tentu faham kenapa saya keberatan pada awalnya.
Sebaik sahaja tiba dibilik,saya rasa sangat down,owh…sungguh!saya selongkar semula hasil2 kerja saya sebelum ini..iyaa..saya perlu mula sekarang,saya perlu gerakkan kluster,saya perlu teruskan.Saya tidak boleh berhenti begini.

Dalam tempoh saya sibuk dengan sesi pelajaran saya,saya juga sibuk uruskan kluster.Hampir setiap hari naik fakulti jumpa penasihat,miss june.kena sound pun pernah,terasa jugak! haa...amik ko..padan la muka kan!Namun terima dan redha jer la,anggaplah  teguran itu sebagai proses untuk membaiki performance saya.Pada waktu itu juga,saya juga telah berkunjung secara personal ke sekolah tersebut untuk berbincang dengan lebih lanjut,masa itu pergi sendiri-sendiri yer..thanks nana for the car.MasyaALLAH,dalam perjalanan ke sana,kami hampir2 kemalangan namun Alhamdulillah ALLAH selamatkan.Kami pergi berlima.Masa itu,saya bersyukur saya tidak keseorangan.Selepas brek mengejut ketika itu,jantung berdegup kencang,dalam hati saya berdoa,Ya ALLAH selamatkan kami,Ya ALLAH,ganjarkan kwn2 ku ini darjah pahala mu.Betapa saya bersyukur mereka tidak kesah,betapa mereka berkorban sebegitu rupa.

Walau saya naik sebagai pengarah secara mendadak, mereka tidak kesah,mereka disisi saya.Iyaa..awalnya,setiausaha saya merupakan kawan baik saya sendiri,merangkap kembar,merangkap orang yang bergelak ketawa bersama2,merangkap partner misi2 nakal saya..kadang kala saya sendiri segan dan serba salah apabila menuntut kerja2 SU darinya.ALHAMDULILAH..beliau faham,saya pula sering disalahkan jika saya sendiri yang melaksanakan kerja2 SU beliau.see,professional bukan?yang ini memang saya tabik la.Hal kawan letak tepi,hal kerja  usah babitkan dengan hal2 member.sungguh saya syukur.Alhamdulillah 18 ogos,termeterailah janji antara dua pihak...kluster berjaya dilaksanakan dengan nama rasminya Program Pendedahan ICT & Teknologi.

Maka,sekarang,saya sedang mencari pelapis2 baru kluster memandangkan kluster ini akan saya lepaskan buat generasi selepasnya,InsyaALLAH,saya tidak akan melepaskan secara  membabi buta sahaja.Saya akan membuat pengurusan baru.Maka,AJK2 senior kluster,walau kalian tidak lagi mahu bersama kluster,saya cuma mahukan semangat dan tunjuk ajar kalian kepada junior2 dan diri saya juga,saya masih memerlukan kalian begitu juga adik2 ini,saya bermula dengan kalian,kluster juga bermula dengan kalian,mana mungkin saya melupakan dan meninggalkan kalian begitu sahaja.Sampai akhir hayat,saya akan mengenang jasa2 kalian bersama kluster.InsyaALLAH.

Saya sayangkan kluster,maka,saya akan terus memperjuangkannya.Dalam kluster,saya belajar segala-galanya,dalam kluster saya dapat kenal ramai orang,dalam kluster mengajar saya tentang apa itu imej,dengan kluster saya belajar pengurusan masa,dengan kluster saya belajar menghormati orang,dengan kluster saya belajar perangai2 AJK saya,dengan kluster saya belajar menerima kutukan dan kritikan,dengan kluster saya belajar cara berurusan dengan orang luar,dengan kluster saya mula jatuh cinta,dengan kluster saya bangga saya pengarah kluster petakom.ada bran?muahahahahha


Tidak sampai hati rasanya mahu melihat kluster ini terkubur begitu sahaja.Biarpun kluster pernah jatuh dan rebah,namun,namun ia bangkit kembali,begitulah hidup,tidak mungkin selamanya diatas.Jadi,buat semua,berusahalah bersama saya,kluster perlu diteruskan biarpuan waktu itu saya sudah keluar dari UMP ini.Betapa saya sayangkan kluster!

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua AJK2 kluster sebelum ini,betapa jasa dan sumbangan anda tidak mampu untuk saya membalasnya.Hanya secebis doa agar kalian diberi ganjaran setimpal bukan sahaja didunia bahkan diakhirat sana.Segala kisah suka duka kluster bersama kalian akan tercatat dalam memori hati ini.Terima kasih atas komitmen yang padu dan relanya  berada ditepi saya saat2 kritikal.Status saya sebagai  pengarah tidak bermakna kalian berada dibawah tetapi berada disebelah saya untuk membentuk satu team yang mantap.InsyaALLAH,saya sayang kalian.

Dalam tempoh 2 hari pembukaan memo pendaftaran untuk menjadi AJK kluster 2011,saya telah menerima hampir 70 orang pelajar.Alhamdulillah dan terima kasih atas minat anda.Semoga minat itu akan memomentumkan diri kalian agar terus komited bersama kluster sehingga akhir.
Buat pelapis2 kluster,timbalah pengajaran dan nilailah kelemahan saya dalam mengendalikan kluster sebagai rujukan agar kluster dimasa depan lebih berkualiti.Sesungguhnya,kejayaan sebuah program  adalah kejayaan semua AJK manakala kegagalan sebuah program adalah kelemahan seorang pengarah.Jangan segan2 untuk bertanya dengan senior2 kalian.Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian keluarga kluster.


 ~Dedikasi istimewa dikalungkan khas buat;
-Rofina dan Hong Jin Bao --> Thanks for everything...segalanya bermula dari anda,saya tidak lupakan sumbangan awal anda kepada kluster..really2 thanks & deep in my heart.SORRY!
-Barisan MT & Ketua2 Unit-->Terima kasih atas khidmat sokongan dan pengorbanan yang dilakukan.Thanks atas kesudiaan untuk menerima diri ini.Ia sangat2 istimewa.
-Barisan AJK Pelaksana-->Terima kasih tidak terhingga..tanpa kalian,kluster tidak berdiri kukuh,betapa kalian ialah akar penguat buat kluster.Terima kasih dan huluran  maaf sepanjang kluster dilaksanakan.
-Miss June & Dr Adzhar-->Terima kasih juga atas sokongan dan bantuan yang diberikan sebagai pensyarah penasihat program.Jasamu dikenang!


katahatiku1: Semoga kluster terus gemilang didalam petakom untuk tahun2 seterusnya,sungguh,saya sayang kluster!
katahatiku2: Kepada nama2 yang mendaftar sebagai Ajk kluster,sila alert dengan memo kerana anda bakal menyertai program TOT terlebih dahulu.
katahatiku3: Kepada mana AJK yang masih belum mendapat sijil,sila tuntut dengan saya dengan segera.
katahaiku4: Argghh....minggu ini minggu yang teruk buat saya,semoga dipermudahkan segalanya.



Grandma,Grandpa, I MISS U!!

Assalamualaikum..


Alhamdulillah!!
Pada hujung minggu lepas (padahal sabtu ahad baru ni jer), saya telah berkunjung ke Melaka bagi memenuhi undangan walimah kakak kepada seorang sahabat. Alhamdulillah,saya telah belajar  banyak perkara dari mereka.Paling tidak dilupakan ialah layanan ahli keluarga wani merangkap sahabat saya.Sungguh,terharu amat!


Paling membuatkan saya sangat gembira ialah penerimaan kedua2 nenek dan datuk wani.owhh..sangat hebat rasanya perasaan syahdu ini.Datuk dan Nenek, Tok dan Opah,Grandpa dan Grandma,istilah yang seringkali bisa kita dengar namun jarang sekali kasih mereka kita hebahkan.Melalui mereka ibu bapa kita lahir maka,lahirlah juga kita.Tanpa datuk nenek,maka siapalah kita.


Nenek: Antara orang terawal yang menyambut ketibaan kami pada malam itu.Sampai sahaja,kami telah dijamu dengan jamuan untuk orang merewang.Rezeki kami.Semasa makan,neneklah yang melayan kami.Mengambil air untuk minum sedangkan kami mampu untuk mengambil sendiri.Pada masa itu,saya sangat rasa bersalah..perlu ke nenek yang berkejar-kejar ke kanopi sana untuk mengambil air minuman..Eermm..mungkin itulah cara menghargai tetamu.Nenek yang masih sihat dan segar itu terus meneruskan kerja-kerjanya yang terbengkalai.Sepanjang keberadaan kami disana,nenek sangat-sangat baik dan peramah.Rasanya setiap masa mahu menjamu kami dengan makanan.Pada suatu malam yang agak lewat,pernah saya menegur nenek yang masih mengisi kuih ke dalam kuih,cepat2 nenek potong kuih lantas diberikan kepada saya,adeiii...saboo jer laa..(time tu dah gosok gigi kan) ,saya pula terus mencari cucunya,si wani itu lantas kasi sdikit bahagian kuih itu..hehe..nenek2..layanan nenek sangat mengharukan diri ini.Ketika saat nak balik semula,nenek jugalah yang menyediakan makanan tengah hari,bertungkus lumus didapur seorang diri.(masa tu,saya ke kandang lembu abah wani..hehehe)..ermm...terima kasih nenek atas segalanya!!


Mbah: Mbah juga nenek wani sebelah mak.Mbah yang saya kenal pada pagi sebelum akad nikah semasa sarapan.Mbah yang pekat bahasa jawanya hanya banyak berborak dengan nana..jejak kasih katakan..maka,boraklah mereka sambil saya dan ayu tersengih2 sahaja tanda tidak faham.Mbah juga peramah dan sangat kuat mengusik.Paling saya tidak lupakan,kejadian di masjid,selepas akad nikah,semasa mak wani membacakan pesanan buat anak perempuannya dan bila pengantin perempuan membacakan pula tanda penghargaan buat maknya...suasana masjid tiba2 syahdu,mbah juga turut menangis,saya bangun dan mendapatkan mbah,saya menenangkan dirinya,saya gosok2 bahunya,lantas,tiba-tiba sahaja mbah memeluk saya,mencium saya berkali-kali...owhh..sungguh terharu!!SEBAK.SYAHDU.TENANG.
namun tidaklah sampai menangis,kontrol maa..air mata jantan i xleh kuar...saat itulah saat terakhir bertemu mbah.Mbah perlu pulang ke muar pada masa yang sama kami keluar ke bandar untuk servis kereta.Singkatnya pertemuan kami tidak bermakna singkatnya ikatan hati-hati kami.


saat mbah peluk dan cium saya
credit to ayu for this sweet pic


Sudah 2 tahun saya kehilangan semua datuk nenek.Saya kurang kasih sayang dari datuk nenek.Atas beberapa faktor,saya kurang rapat dengan datuk dan nenek sebelah ayah,namun kini mereka telah tiada.Saya cucu pertama belah ayah,sungguh saya bangga,namun saya tidak merasai manisnya menjadi cucu pertama itu.Saya juga kurang rapat dengan nenek belah umi mungkin disebabkan umi dijaga oleh keluarga angkat.Datuk nenek belah umi merangkap ibu bapa angkat umi merupakan tempat saya bermanja.Saya dan adik-adik antara orang yang menjaga mereka tatkala mereka sakit sehingga mereka meninggal dunia.Mereka menpunyai  masalah penglihatan disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapi.Kamilah yang menjaga mereka kerana sesungguhnya kemampuan mereka sangat terbatas waktu itu.Saya mengakui kadang kala saya merungut dengan keadaan tersebut,kenapa saya yang perlu melakukannya?


Umi selalu berpesan bahawa menjaga orang tua ni sangat banyak pahalanya,ikhlaslah..namun apalah daya saya,jiwa budak2,fikiran budak2...hanya mahu seronok sahaja.Pada masa yang sama,saya percaya dengan kata-kata umi.Dulu,saya bukanlah pelajar pintar mahupun bijak,saya biasa2 sahaja,namun Alhamdulillah,keputusan saya masih tahap membanggakan.Saya sendiri terkejut dengan segala result exam saya.Dengan berpuluh2 subjek yang diambil pada suatu masa,dengan beratus2 kalimah arab perlu saya ingat,dengan masa yang ada juga saya yang perlu menjaga nenek,how come??Saya yakin,ALLAH menolong saya melalui perkara itu.Sekarang,salah satu punca pahala saya sudah tiada.




Melalui hari-hari minggu bersama nenek dan mbah mengingatkan saya tentang nenek saya.Owhh..sungguh..sedih okies!Jahatnya saya dulu,seringkali merungut.


Kesimpulannya.hargailah mereka yang masih bersama kita,bukan sahaja mak ayah,bahkan datuk nenek juga.Gembirakan mereka selagi boleh. =)


~ALLAH takdirkan untuk saya merasai  manisnya kasih seorang nenek,
Terima kasih Ya ALLAH, atas anugerah pengalaman ini!




~Dedikasi khas buat tok ayah mad, tok ayah hassan, tok abah, tok, mek, mama tok, mami. 
AL-FATIHAH. T_T




katahatiku1:Sekalung penghargaan buat seluruh keluarga wani yang bersusah payah melayan kami sepanjang berada disana.Sesungguhnya,jasa kalian tidak mampu dibalas.Terima kasih atas aliran kasih sayang nenek dan mbah.Pasti merinduinya nanti.
katahatiku2: Jutaan maaf dan selautan terima kasih buat wani, ayu ,nana dan nenes,teman seperjalanan sepanjang 3 hari.Nabi sendiri pernah berkata,untuk mengenali lebih dekat seseorang sahabat,hendaklah bermusafir bersamanya.Terima kasih atas kenangan musafir kita kali ini.Semoga kenangan ini mengukir memori tersendiri.
katahatiku3: Boleh ke kalu syarat kawen nati,mestilah my future ada datuk nenek???hahahaha...tak kawen la aku jawabnya..







19 February 2011

"Kami couple, tapi Islamic way"



Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian dari group AJK Konsert saya


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...







CORRECT ME IF I'M WRONG!

katahatiku1: peringatan buat diri sendiri..tiada kaitan dengan sesiapa,nama watak adalah kebetulan.
katahatiku2: ketika musim2 test ni la mengada2 nak update blog..aishh..dugaan betol la.. =)

09 February 2011

Kisah Wanita yang Selalu Berbicara dengan Al-Qur'an



Bismilahirrahmanirrahim Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu 'Ala Rasulillah Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah amma ba'du






Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta'ala :

Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah sallAllahu''alayhi wasallam

Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa saat.

Dalam dialog tersebut wanita tua itu , setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an. Walaupun jawabannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Abdullah : "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh"
Wanita tua :
"Salaamun qoulan min robbi rohiim" (QS. Yaasin : 58)
(Salam sebagai ucapan dari Tuhan maha kasih)

Abdullah : "Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini ?"
Wanita tua :
"Wa man yudhlilillahu fa la hadiyalahu"(QS : Al-A'raf : 186 )
(Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya)

Dengan jawaban ini, maka tahulah saya, bahwa ia tersesat jalan.

Abdullah : "Kemana anda hendak pergi ?"
Wanita tua :
"Subhanalladzi asra bi'abdihi lailan minal masjidil haraami ilal masjidil aqsa" (QS. Al-Isra' : 1)
(Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari masjid haram ke masjid aqsa)

Dengan jawaban ini saya jadi mengerti bahwa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke masjidil Aqsa.

Abdullah : "Sudah berapa lama anda berada di sini ?"
Wanita tua :
"Tsalatsa layaalin sawiyya" (QS. Maryam : 10)
(Selama tiga malam dalam keadaan sehat)

Abdullah : "Apa yang anda makan selama dalam perjalanan ?"
Wanita tua :
"Huwa yut'imuni wa yasqiin" (QS. As-syu'ara' :79)
(Dialah pemberi aku makan dan minum)

Abdullah : "Dengan apa anda melakukan wudhu ?"
Wanita tua :
"Fa in lam tajidu maa-an fatayammamu sha'idan thoyyiban" (QS. Al-Maidah : 6)
(Bila tidak ada air bertayamum dengan tanah yang bersih)

Abdulah : "Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mau menikmatinya ?"
Wanita tua :
"Tsumma atimmus shiyaama ilallaiil " (QS. Al-Baqarah : 187)
(Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam)

Abdullah : "Sekarang bukan bulan Ramadhan, mengapa anda berpuasa ?"
Wanita tua :
"Wa man tathawwa'a khairon fa innallaaha syaakirun 'aliim" (QS. Al-Baqarah : 158)
(Barang siapa melakukan sunnah lebih baik)

Abdullah : "Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir ?"
Wanita tua :
"Wa an tashuumuu khoirun lakum in kuntum ta'lamuun" (QS. Al-Baqarah : 184)
(Dan jika kamu puasa itu lebih utama, jika kamu mengetahui)

Wanita tua :
"Fab'tsu ahadaku bi warikikum hadzihi ilal madiinati falyandzur ayyuha azkaa tho'aman fal ya'ikum bi rizkin minhu "(QS. Al-Kahfi : 19)
(Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu)

Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di hadapanku, lalu perempuan tua itu berkata :

Wanita tua :
"Kuluu wasyrobuu hanii'an bima aslaftum fil ayyamil kholiyah" (QS. Al-Haqqah : 24)
(Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu)

Abdullah : "Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya"

Ketiga anak muda ini secara serempak berkata :


"Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara mempergunakan ayat-ayat Al-Qur'an, karena kuatir salah bicara"


Maha suci zat yang maha kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya. Akhirnya saya pun berucap :

"Fadhluhu yu'tihi man yasyaa' Wallaahu dzul fadhlil adhiim" (QS. Al-Hadid :21)
(Karunia Allah yang diberikan kepada orang yang dikehendakinya, Allah adalah pemberi karunia yang besar)






katahatiku: tersentuh sangat2 bila membaca keseluruhan artikel ini ^_=
katahatiku2: dicopy dari sini.syukran to akh zulhafidz.



06 February 2011

Undi vs Pilihanraya



Assalamualaikum


Hanya sekadar perkongsian dan peringatan buat diri sendiri


Pilihanraya..pilihanraya..oo..pilihanraya..pilihanraya fakulti ini tidaklah sehebat dan serancak pilihanraya umum nanti,namun tidak seharuslah dipandang enteng.


Kerana apa??yer..sudah tentu melibatkan kepimpinan dan pengurusan organisasi.Bab-bab kepimpinan ini sudah bermula sejak zaman Rasulullah lagi.Jadi,seharusnya ia tidak perlu dilihat sebagai satu perkara yang mudah.


Pemilihan pucuk pimpinan juga tidak boleh dibuat main-main.Pilihlah yang betul-betul berkebolehan,yang bijak mengemudi kerana pemimpin itu ialah nakhoda.Juga perlu diingat seperti dalam hadis ini;


 " Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin & kamu adalah pemimpin & akan diminta bertanggungjawab kepada orang2 di bawah pimpinannya" .


Buat yang bakal bertanding,jawatan dan pangkat bukanlah anugerah,tapi amanah.Jagalah komunikasi dalam organisasi kerna itulah punca permulaaan segalanya.

Suka untuk saya memetik kata-kata dr maza ini buat renungan bersama;

undi dalam pilihanraya itu bukan sesuatu yang tiada nilai di sisi Islam. Sebaliknya, undi itu boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala, ataupun mungkin mendapat dosa. 


 Undian dalam pilihanraya itu bukanlah sia-sia.Ia hak semua orang.satu organisasi.satu komuniti.Janganlah menyebabkan sesiapa berdosa dalam undian ini.Berikan kepada yang berhak.


Akhirnya,kita merancang,ALLAH juga merancang,tapi sebaik-baik perancangan ialah rancangan ALLAH.

VOTE FOR THEM;











orang kata jangan undi kawan2 sendiri
saya mengaku mereka diatas ini ialah kawan2 saya
namun,saya percaya dan yakin mereka mampu menerajui organisasi ini nanti
kerana mereka telah membuktikannya
saya percaya dengan bakat kepimpinan mereka
anda pula bagaimana?







katahatiku1: selamat berjaya buat semua calon,selamat mengundi untuk semua student FSKKP
katahatiku2: Jujur,saya amat berharap dan berdoa agar mereka menang dalam pilihanraya ini.Saya??hanya mengharapkan yang terbaik sahaja.Selebihnya,hanya ALLAH tahu segalanya.
katahatiku3: Artikel penganalisa sendiri kena reject..hahaha..lawak pun ada,tulisan saya hanyalah untuk di blog sahaja bukan tatapan umum..hehehe..thanks akak skyjamil for ur advice!!perlu baiki gaya penulisan ini.


05 February 2011

dia~



Antara kami
ada sepi
sunyi
kosong
hiba
sedih
sebak

Dimana
tawa
ceria
bahagia
teruja
kecoh
berseri

Kalau perkara itu tidak terjadi,mungkinkah kami semua bahagia sekarang?
Kalau musibah itu tidak berlaku,mungkinkah kami semua tertawa sekarang?
Kalau masalah itu tidak muncul,mungkinkah kami semua ceria sekarang?

Argghh..
usah berkalau-kalau
jangan berkalau-kalau
kalau-kalau itu berdosa
haram hukumnya
tidak percaya qada' dan qadar namanya

Saya mahu dekat,tapi dia menjauh
Saya mahu menerima,tapi dia menolak
Saya mahu bersama,tapi dia berpisah
Saya mahu jejak,tapi dia bersembunyi


Akhirnya,saya hanya redha dan tawakkal
Redhakan hati ini,Ya ALLAH!
Andai hati sudah redha,tiada lagi persoalan yang timbul.


Ya ALLAH,ikatkan hati-hati kami dengan ikatan yang utuh


katahatiku1: =))





04 February 2011

pavillion cinta



Cinta
ruh yang mengalir lembut,menyenangkan,bersih,jernih dan ceria...


Cinta
luh yang mengalir lembut,menyesakkan,berderai,jerih dan badai...
Tetapi dalam sebuah ikatan yang ALLAH halalkan
cinta sejati akan berpesan
"Bukanlah kita tersenyum kerana kita bahagia
tetapi kita bahagia kerana kita tersenyum"






بارك الله لكما وبارك عليكما


وجمع بينكما في خير


بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير



sahabat iluvislam saya ~ismaruzaini
semoga bercinta sampai syurga =)
sahabat yang saya kenal seketika di KPO 2009
merangkap mak saudara buat sahabat maahad saya




Kakak saya yang baik dan kurus kering ;P
semoga berbahagia dunia akhirat kakak!!
terima kasih atas segalanya,atas semuanya
jasa dan budi kakak sekeluarga hanya ALLAH mampu membalasnya
sayang kakak!!mmuahhh...




"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)


sumber: Al-Quran dan buku Bahagianya Merayakan Cinta


katahatiku1: seronok dapat berjourney ke kenduri isma bersama cik aina..hahaha..try n error jerr.. semoga urusan aina juga dipermudahkan oleh ALLAH.
katahatiku2: selamat pengantin baru jua didedikasi buat kak afdhalila nur,one of krew iluvislam
katahatiku3: seronok tengok sahabat-sahabat sendiri kawen.. =)






02 February 2011

Kawan @ Sahabat?



"A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out."
"A friend is one who walks in when others walk out" 
-Walter Winchell



Adakah sahabat tu kawan masa kita senang saje? Ataupun apa?

Ermm..kenapa cerita tentang sahabat yerr?Entah,hanya sekadar bermuhasabah kembali tentang saya,kawan,sahabat dan persahabatan.semoga ada hasil yang bermanfaat.

Tipu la kalau kata bahawasanya tidak pernah terasa dengan sahabat @ kawan kan?Sama ada iman sangat kuat dan tinggi ataupun diri tidak punya sebarang perasaan,hanya ALLAH lebih mengetahui. =)

Jika merasakan sesuatu persahabatan itu punya masalah,selesaikan secepat mungkin,mana mungkin dibiarkan lama-lama,nanti berulat,bernanah dan tenat.Nauzubillah!

Pernah terbaca di salah satu forum di iluvislam.com berkenaan topik sahabat,saya tertarik dengan pernyataan ini.

muhasabah diri tu memang bagus,tapi muhasabah dalam persahabatan lagi bagus..kalau anda berdua masih tidak serasi dan masih ada terasa-terasa gitu,maka anda berdua masih di tahap kawan,belum selayaknya ke tahap sahabat. Mungkin anda berdua perlu lebih mengenali dan perlu membincangkan tentang hubungan anda ini dengan lebih terbuka. 
Nasihat saya,jangan pendam jika terasa hati. Bukan kerana ego tak nak luahkan,tapi kita malu nak luahkan yg kita terasa. Sebab malu,bukan sbb ego.
(faizsufi)


Saya sangat sayangkan sahabat2 saya,tidak kira waktu2 zaman hingusan mahupun zaman bedak compact kini,yang penting saya sangat2 menghargai kehadiran sahabat2 lebih2 lagi mereka2 yang selalu membuat onar,mereka yang selalu mendapat pengalaman2 bersama2,mereka2 yang selalu nasihat-menasihati..ohh,dimana kan ku cari ganti mereka2 ini??

Saya selalu belajar dari sahabat2 saya,bukannya seperti belajar silibus2 didalam kuliah atau kelas,tetapi belajar tentang kehidupan sahabat2..yerr,dalam ke'happy"an saya dalam persahabatan,saya sentiasa memerhati sahabat2 saya apa yang perlu dicontohi.saya kagum dengan mereka.

Ada orang pernah berpesan...apalah sangat nak dilayankan tentang sakit hati dan tidak puas hati dengan nilaian sebenar sebuah persahabatan,pasti nilai sebenar sebuah persahabatan itu sangat tinggi jika dua2 saling menghargai.

Jadi,selamat bersahabat semua! =)   ^_* cool sudaaa...



Ya ALLAH,saya  belum sempurna untuk menjadi seorang sahabat buat sahabat2 saya,semoga saya diberi peluang untuk menyempurnakan peranan saya sebagai seorang sahabat buat mereka.

Andai saya pernah berjauh hati dengan anda,sahabat2 saya,sedarlah,itu memang  tahap kritikal,saya kurang dan tidak mudah terasa dengan mudahnya,namun andai itu berlaku,berilah peluang dan masa untuk saya menilai khilafnya dimana kerna saya manusia biasa.

ada 2 perkara yang perlu diingat:
- kebaikan orang kepada kita
- Keburukan kita kepada orang

ada 2 perkara yang perlu kita lupakan:
- kebaikan kita kepada orang lain
- keburukan orang lain kepada kita
(status dari FB)



Jutaan kemaafan buat semua sahabat2 andai saya pernah melukai!saya sayang anda sangat2


Ku biar kalam berbicara 
Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 
(lagu feveret aka tema group  BATCH BCS UMP)




katahatiku1:  buat awak, insyaALLAH,saya dah lupa benda2 lepas,semoga kita boleh bersahabat lagi.=)(saya tahu awak sedar ini untuk awak)
katahatiku2: jauh disudut hati,saya rindu dan sangat2 rindu sahabat2 unisel saya,Ya ALLAH,mohon agar dipertemukan kami walau untuk sekejap.
katahatiku3: Entry penghargaan buat semua yang bergelar sahabat saya,walau tiada manfaat,carilah sendiri manfaatnya..hehehe