19 June 2011

SK Bukit Rangin in memory~~

Assalamualaikum.

Pada 16hb lepas,(ceiit..macam nak wat teks sari berita utama lak kan..hehe),saya diberi peluang untuk membantu fakulti membawa adik-adik SK Bukit Rangin berfoya-foya melawat sekitar UMP.Program bermula seawal jam 7.30 pagi.Kami yang perlu menjemput mereka di sekolah bersama-sama guru mereka.Pelajar tersebut perlu dibahagikan kepada 3 kumpulan yang akan diiringi oleh fasi masing-masing.(classmate aku juga pun fasi-fasi tu...hikhik)

Masa otw nak datang UMP....malu-malu lagi masa nie...hehehe..

Antara tempat yang perlu dilawati ialah Fakulti Pembuatan; walau sudah 2 tahun kami (baca: saya,mien,ain) berada di UMP,tapi  tetap jua sesat :D,almaklumlah mana la kan berjalan-jalan sebelah sana,ALHAMDULILLAH,akhirnya bertemu juga dengan PIC FKP,Encik Yahaya.Pelajar-pelajar SK Bukit Rangin diberi peluang melihat dan menyentuh mesin-mesin yang terdapat dalam makmal disana.Saya??Pak turut sahajalah.Serius,saya bosan dengan mesin walau saya sukakan benda-benda auto.(hehehe...berubah qila,ilmu tu.)

Baik jer kan masa tengah beratur ni...masa briefing di Fakulti Pembuatan setelah sesat hampir beberapa minit...hikhik...

Seterusnya,kami membawa mereka ke makmal Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST).Disana,kami ditunjukkan demonstrasi berkenaan aplikasi sains dalam kehidupan.Ya,disini,saya juga turut teruja.Makmal pun cantik dan bersih.  Adik-adik SK Bukit Rangin juga kagum dengan apa yang mereka lihat.Sementara menunggu ketibaan bas untuk membawa mereka ke fakulti komputer,kami membawa mereka masuk ke kafe tapi bayar sendiri..hehe..kesian mak cik kafe,kena serbu dengan budak sekolah,serius,sangat gamat keadaan kafe.Itu baru satu kumpulan,tidak termasuk ketiga-tiga kumpulan.Masa ni,kami beri kebebasan la sikit,nak ke toilet nak makan ke.silalah.

Cukup masa,bas sampai,maka,penat kami nak mintak adik2 ni beratur,masa ni memang sangat-sangat menguji la kan,dahla panas tang-tang,masa ni la pulak diorang berebut toilet,adoii,sabar jer laa.Masa ni,mien dan ain masih didalam kafe,perlu menggesa adik-adik yang masih lagi berada didalam,saya keseorangan diluar.

Menonton video korporat library...ain kata hebat seyhh video niee..

Didalam makmal fakulti komputer,pelajar2 SK Bukit Rangin ditunjukkan sistem-sistem yang telah dibangunkan oleh pelajar-pelajar FSKKP.Namun,setelah selesai,dengan pantas dan rakusnya mereka mula online...online pula FB..adeeii..budak-budak zaman sekarang...


Perhatikan screen desktop masing-masing..semua online FB...ni baru sebelah..sebelah kiri pun sama jugak..

Program disambung setelah makan tengah hari dan solat zuhur.Mereka dibawa melawat library UMP.Buat pertama kali,masuk library dengan beg2 bagai..;P.

Program berakhir selepas majlis penutup yang diadakan selepas ceramah motivasi oleh Dr.Maseri.ALHAMDULILLAH,selesai juga akhirnya.Selepas bertukar2 hadiah/cenderamata dan sesi2 bergambar,kami para fasi menghantar pulang adik2 semula ke sekolah.Pandai amik,kena pandai hantar la kan.

Antara fasi yang terlibat...terima kasih korang...tidak dilupa..kak Is....terima kasih!!

Penat??Ya.
Namun,berbaloi.

Terima kasih FSKKP kerna memberi peluang kepada kami.Pelbagai adegan2 menarik ketika bersama kanak-kanak.Serius,rindu zaman old school,rindu zaman sekolah rendah,rindu abimians,rindu segala-galanya.


katahatiku1: seronok layan budak2 ni...rasa nak gelak dan ketawa jer setiap masa layan kerenah diorang..hehe...miss my lil bro n sis!!
katahatiku2: semakin hari semakin aku mengerti hikmah ALLAH takdirkan aku amik short sem,sesungguhnya,tiada kebetulan dalam kehidupan.thanks,ALLAH!!




12 June 2011

bersyukur seadanya

Bersyukurlah kerana engkau tidak memiliki semua yang diinginkan.
Jika kau miliki semuanya, apa lagi yang hendak dicari ?

Bersyukurlah saat engkau tidak mengetahui sesuatu kerana hal itu memberimu kesempatan untuk belajar

Bersyukurlah atas masa-masa sulit yang kau hadapi kerana disana ada kesempatan mengembangkan diri

Bersyukurlah atas keterbatasan yang engkau miliki kerana hal itu memberimu kesempatan untuk memperbaiki diri

Bersyukurlah atas setiap tentangan baru kerana hal itu akan membangun kekuatan dan karaktermu

Bersyukurlah atas kesalahan yang kini kau sedari kerana hal itu memberimu pelajaran yang sangat berharga

Bersyukurlah ketika engkau lelah dan bosan kerana bererti engkau telah berbuat sesuatu yang bererti

Mudah mensyukuri hal-hal yang baik
Namun kehidupan yang bermakna
Dinikmati mereka yang juga bersyukur atas kesulitan

Rasa syukur bisa mengubah hal negatif menjadi positif
Berusahalah mensyukuri kesulitan yang engkau hadapi
Sehingga kesulitan itu menjadi berkat bagimu



Kita ingin ini dan itu. Bila tak  berjaya mendapatkannya kita terus memikirkannya.
Tapi  anehnya,  walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya menikmati  kesenangan sesaat.
Kita tetap juga tidak puas, kita ingin  yang lebih lagi.





katahatiku1: Ya ALLAH,pasakkan kesyukuran dalam hati hambaMu ini,pasakkan agar ia terus redha dengan segala pemberianMU.
katahatiku2:  Alhamdulillah.Thanks ALLAH!!Dean's list is nothing without Allah's pleasure :). 
katahatiku3: Orang kata 13 Jun keluar result,saya post entry ini sehari sebelum....how???
Yes,indeed i'm already know my result.







Jejak Gemilang 2011 siri 1

cebisan kenangan sepanjang Jejak Gemilang,dengan big boss Persis atau  femes dengan panggilan 'akak' fasi..hahaha

Assalamualaikum..

Baru saja selesai menggerakan Program Jejak Gemilang  siri 1 anjuran Jhepa dan Persis. Menjadi fasilitator kepada 18 orang junior Sains Diploma Komputer bukanlah sesuatu yang berat namun perlulah juga diambil pengajarannya kerna prinsip saya dalam mengajar saya juga belajar.Thanks korang yang sangat happening!

Jom,review antara modul-modul yang telah dibentangkan kepada mereka supaya menjadi peringatan buat diri sendiri (diri sendiri jer,sebab tu tulis kat blog.. : D)

Modul 1: Kemahiran Belajar

- Dalam modul ini,dapat diketahui bahawa seseorang itu jenis yang bagaimana gaya belajarnya dan susah tentu tahu bagaimana mahu mengaplikasikannya selepas ini.Modul ini mempunyai 2 bahagian,bahagian kedua pula teknik menulis nota ringkas versi Format Ghani dan skill presentation.Kami dikehendaki menerangkan bagaimana untuk menghasilkan nota format Ghani dan juga perlu mengomen skill presentation mereka.(Bab2 nota format Ghani tu okies la kan,sebab pernah buat,namun bab presentation tu agak lucu juga,saya sendiri nervous bila system fail to run...pernah terjadi sewaktu presentation prototype sem lepas...mahu menangis pun ada....muahaha...)



Modul 2 : Round About Time

-Modul yang menekankan aspek pengurusan masa yang berkualiti.Mereka dikehendaki menyenaraikan aktiviti-aktivti seharian dan perlu melengkapkan dalam tempoh 24 jam untuk sehari...hoho..agak excited la kan..tak logik pun ada,tapi layan la.sekurang-kurangnya mereka tahu kemana habisnya masa 24 jam sehari itu.
Antara hasil perahan minda mereka untuk menjadikan 24 jam sehari itu berkualiti..-group 6-


Modul 3: Secret Recipe

-Modul terakhir ini pula berkait dengan pengurusan kewangan.Modul ini mengajar mereka untuk merancang kewangan selepas mendapat PTPTN selama bergelar mahasiswa/wi UMP.Macam2 ragam untuk mempertahankan hujah masing2.


Ketika presentation berkenaan dengan pengurusan kewangan mereka...tiket wayang pun masuk list.adeii


Semoga segala input2 yang diterima dapat dimanfaatkan sepenuhnya buat mereka dan juga diri sendiri.Dalam berprogram saya juga turut belajar bersama mereka.owh,nice okies!



Antara gambar2 yang sempat disnap...makanan disediakan okies..


Sebahagian fasilitator Jejak Gemilang...auwww...


Pandangan dari belakang Astaka..sedang melakukan tarian Persis..

Our  'MAIN'  fasilitator; kak siti & kak farah yang sporting...(",)
,

katahatiku1: ohh..orang2 kampung sekalian,antara sebab ambo tak dapat balik ialah kerana program2 ini,ada lagi event pada 16 Jun dan 18 Jun.Doakan semoga dipermudahkan.InsyaALLAH,bulan 7 nanti ambo pasti pulang untuk berbakti di negeri tercinta pula. KelCheff, i'm coming...=))
katahatiku2: Sesungguhnya ALLAH itu maha adil,pernah berasa terkilan kerna perlu berada di UMP tanpa aktviti2 lain yang berfaedah.ALLAH knows the best!
katahatiku3: Jejak Gemilang ialah program terbest dibandingkan program pada bulan 3 yang lalu yang mana saya turut memegang amanah yang sama menjadi fasi.Sebab??Kerna anjuran kelab berbeza??haha...biarkan,sama2 muhasabah .peace,no war!!tidak mahu provok sape2.
katahatiku4:paling penting sekali,tiada modal untuk update blog laa...






07 June 2011

Ya Allah, Yang Maha Pemurah dan Penyayang




Ya Allah, tunaikanlah permohonan hambamu ini,

Aku teringin menunaikan fardu haji,

Jemputlah daku YaAllah,

Berikanlah kecukupan wang ringgit

Berikanlah tubuh badan yang sihat

Berikanlah kelapangan masa dan berikanlah keringanan hati untuk mengadapmu Ya Allah

Ya Allah aku ingin menunaikan haji ketika waktu muda

Melihat KeAgungan dan KebesaranMu YaAllah,

Semoga aku mendapat manfaat dan nikmat seperti yang telah engkau janjikan

Ya Allah, semoga pengalaman yang akan kuperoleh, akan dapatku aplikasikan dalam membina diriku, keluargaku dan orang2 disekelilingku,

Ya Allah semoga hidup kami tidak jauh daripadaMu

Ya Allah, semoga kami hidup berlandaskan agamaMu, mencintai-Mu, mencintai RasulMu dan hanya berharap semata-mata keranaMu

Ya Allah, semoga kau makbulkan doaku ini,

Ya Allah, Kaulah Tuhan yang Maha Pemurah dan Penyayang.

Amin..

~from adaptasi dari Travelog Haji~