19 June 2011

SK Bukit Rangin in memory~~

Assalamualaikum.

Pada 16hb lepas,(ceiit..macam nak wat teks sari berita utama lak kan..hehe),saya diberi peluang untuk membantu fakulti membawa adik-adik SK Bukit Rangin berfoya-foya melawat sekitar UMP.Program bermula seawal jam 7.30 pagi.Kami yang perlu menjemput mereka di sekolah bersama-sama guru mereka.Pelajar tersebut perlu dibahagikan kepada 3 kumpulan yang akan diiringi oleh fasi masing-masing.(classmate aku juga pun fasi-fasi tu...hikhik)

Masa otw nak datang UMP....malu-malu lagi masa nie...hehehe..

Antara tempat yang perlu dilawati ialah Fakulti Pembuatan; walau sudah 2 tahun kami (baca: saya,mien,ain) berada di UMP,tapi  tetap jua sesat :D,almaklumlah mana la kan berjalan-jalan sebelah sana,ALHAMDULILLAH,akhirnya bertemu juga dengan PIC FKP,Encik Yahaya.Pelajar-pelajar SK Bukit Rangin diberi peluang melihat dan menyentuh mesin-mesin yang terdapat dalam makmal disana.Saya??Pak turut sahajalah.Serius,saya bosan dengan mesin walau saya sukakan benda-benda auto.(hehehe...berubah qila,ilmu tu.)

Baik jer kan masa tengah beratur ni...masa briefing di Fakulti Pembuatan setelah sesat hampir beberapa minit...hikhik...

Seterusnya,kami membawa mereka ke makmal Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST).Disana,kami ditunjukkan demonstrasi berkenaan aplikasi sains dalam kehidupan.Ya,disini,saya juga turut teruja.Makmal pun cantik dan bersih.  Adik-adik SK Bukit Rangin juga kagum dengan apa yang mereka lihat.Sementara menunggu ketibaan bas untuk membawa mereka ke fakulti komputer,kami membawa mereka masuk ke kafe tapi bayar sendiri..hehe..kesian mak cik kafe,kena serbu dengan budak sekolah,serius,sangat gamat keadaan kafe.Itu baru satu kumpulan,tidak termasuk ketiga-tiga kumpulan.Masa ni,kami beri kebebasan la sikit,nak ke toilet nak makan ke.silalah.

Cukup masa,bas sampai,maka,penat kami nak mintak adik2 ni beratur,masa ni memang sangat-sangat menguji la kan,dahla panas tang-tang,masa ni la pulak diorang berebut toilet,adoii,sabar jer laa.Masa ni,mien dan ain masih didalam kafe,perlu menggesa adik-adik yang masih lagi berada didalam,saya keseorangan diluar.

Menonton video korporat library...ain kata hebat seyhh video niee..

Didalam makmal fakulti komputer,pelajar2 SK Bukit Rangin ditunjukkan sistem-sistem yang telah dibangunkan oleh pelajar-pelajar FSKKP.Namun,setelah selesai,dengan pantas dan rakusnya mereka mula online...online pula FB..adeeii..budak-budak zaman sekarang...


Perhatikan screen desktop masing-masing..semua online FB...ni baru sebelah..sebelah kiri pun sama jugak..

Program disambung setelah makan tengah hari dan solat zuhur.Mereka dibawa melawat library UMP.Buat pertama kali,masuk library dengan beg2 bagai..;P.

Program berakhir selepas majlis penutup yang diadakan selepas ceramah motivasi oleh Dr.Maseri.ALHAMDULILLAH,selesai juga akhirnya.Selepas bertukar2 hadiah/cenderamata dan sesi2 bergambar,kami para fasi menghantar pulang adik2 semula ke sekolah.Pandai amik,kena pandai hantar la kan.

Antara fasi yang terlibat...terima kasih korang...tidak dilupa..kak Is....terima kasih!!

Penat??Ya.
Namun,berbaloi.

Terima kasih FSKKP kerna memberi peluang kepada kami.Pelbagai adegan2 menarik ketika bersama kanak-kanak.Serius,rindu zaman old school,rindu zaman sekolah rendah,rindu abimians,rindu segala-galanya.


katahatiku1: seronok layan budak2 ni...rasa nak gelak dan ketawa jer setiap masa layan kerenah diorang..hehe...miss my lil bro n sis!!
katahatiku2: semakin hari semakin aku mengerti hikmah ALLAH takdirkan aku amik short sem,sesungguhnya,tiada kebetulan dalam kehidupan.thanks,ALLAH!!




0 comments: