26 April 2010

renungilah..


Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerah dengan bintang-bintang kehormat.


Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya. "Minyak wangi apa ni...busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti disebelahnya. Mufti itu menghidunya."Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata, "Betul Tuanku!Minyak wangi ini memang busuk."


Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balairong. Ke semua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya. Akhirnya sampailah kepada giliran seorang memanda menteri. Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Ke semua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan."


Mendengar kata-kata memanda menteri tadi, raja itu tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana nak mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat dari sebarang jawatan. Memanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."



MORAL & IKTIBAR



Seorang pemimpin yang benar-benar sedar tentang peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sentiasa berusaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Mereka bersedia menerima teguran membina daripada rakyat-rakyat dan orang bawahannya meskipun pahit didengar.


Sebaliknya mereka benci kepada orang-orang yang suka mengampu dan memujinya tanpa hak. Mereka yang Allah kehendaki menjadi manusia yang baik rela mendengar pendapat dan kritikan orang lain terhadapnya.


Bertuahlah sesebuah negara yang mempunyai umara' (raja) yang menghampiri ulama' dan binasalah sesebuah negara yang mana ulama'nya suka

menghampiri umara'. Kata-kata yang ikhlas disukai Allah meskipun dibenci oleh semua manusia. Sebaliknya kata-kata yang tidak ikhlas dibenci Allah meskipun digemari oleh semua lapisan manusia.


Carilah keredhaan Allah meskipun terpaksa berdepan dengan onak dan duri. Kebaikan sejati ialah berani berkata benar di depan pemerintah yang zalim. Pemerintah yang zalim suka mempunyai penasihat-penasihat yang berkata manis kepada dirinya walaupun tidak benar.


Jauhi sifat munafik kerana ia ibarat musang berbulu ayam. Membiarkan si munafik bermaharajalela seolah-olah merosakkan keseluruhan mukabumi Allah ini dengan noda dan dosa. Allah membenci orang yang munafik. Oleh sebab itulah kedudukan orang munafik adalah paling hina daripada orang kafir. Orang kafir jatuh kerana kejahilannya tetapi si-munafik berkata bohong sedangkan dia tahu itu adalah salah. Justeru, Allah meletakkan orang munafik di kerak neraka yang paling bawah.Na'uzubillahu Min Zalik...

22 April 2010

BILA HATI TELAH BERKARAT…


Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.


Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Maka jawab Rasulullah, "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran."
Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.


Rasulullah bersabda : "Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong." Riwayat At Tirmizi.



notakakiku1:Ya ALLAH,Ya Rahim..ampunkan segala dosa-dosaku..

17 April 2010

dua SEM berakhir...

*telatah dan gelagat kami dalam kuliah dan kelas..macam-macam gaya dan ragam..bila otak semua berserabut macam cable2 dalam lab CCNA,maka kami dengan jayanya mula snap gambar2..menghilangkan rasa cuak apabila tak dapat sambung cable2 tersebut..huhu..pantang jupe kamera...agak kecoh dan happening..sangat2 best..lebih2 lagi semua lecturers sporting amat.




*part ni memang tak leh blah..setiap masa & ketika,pasti ada yang tertidur..hohohoh...gaya tertidur dalam kuliah..TER yer...tak sengaja tue..apabila kekhusyukan menjelma,maka itulah jadinya..nie keadaan dalam semua kuliah..takde berkecuali mana2 subjek..maaf jika tersnap pic korang,but still syok..hehehe..
(teringin nak publish gaya tidur RAI masa kelas DSA )






*haaaaaaaa...ni diaa kraftangan kami yang terlibat..tragedi ini berlaku untuk menghilangkan mengantuk dalam kelas..objektif aktiviti ini ialah untuk mencungkil bakat2 kreativiti yang terpadam dalam diri seorang mahasiswa..hahaha..no offense ok..ini untuk menggelakkan kejadian seperti gambar diatas berlaku...

(maaf lec,kami dengar kuliah anda,cuma jari-jemari jer menari,tak nak kasi mata-memata ini tertutup..)


*ketika dinner fakulti anjuran PETAKOM..sangat2 seronok lebih2 lagi ramai coursemate yang menjadi AJK malam tue..semua melaram dan bergaya sakan..
(RAI jer takde malam tue..)




*dinner anjuran sendiri di Tanjung Lumpur..sangat2 kalut,kecoh dan havoc sejak sampai direstoran sehinggalah pulang semula ke kampus..ayu dengan dulang yang jatuh,nenes yang fobia sampai mengucap naik orbit pusing2 dan madi yang muntah2 selepas naik orbit pusing2...main car bumper ramai2..huhu..sangat2 seronok..walau banyak "tragis" yang berlaku,namun still fun,rite??




*mereka kawan2 kuliah saya..senyuman dan keceriaan mereka membuatkan aku turut gembira..perangai sengal dan laklok yang tak sudah2..suka,duka,tawa,ceria,rajuk,marah, dan emo menjadi mainan emosi kami sepanjang perjalanan 2 sem ini...



Imam Hasan Al-Banna pernah berkata:
Yang dikehendaki dari ukhuwah adalah terjalinnya hati dan ruh dengan jalinan aqidah.
Itu adalah jalinan paling kukuh dan paling mahal. Ukhuwah merupakan saudara iman, sedang perpecahan adalah saudara kekafiran..

Awal dari kekuatan adalah kekuatan persatuan, sementara kekuatan itu tidak ada tanpa cinta. Serendah-rendah cinta adalah berlapang dada dan yang tertinggi adalah itsar.
Al-akh yang soleh akan melihat saudaranya lenih utama dibandingkan dirinya sendiri kerana apabila tidak bersama mereka, mereka bersama yang lain. Sementara mereka, kalau tidak denganya maka akan dengan selainnya.

Sesungguhnya serigala akan memakan kambing yang menyendiri. Mukmin yang satu bagi mukmin yang lain ibarat bangunan, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain. Demikianlah seharusnya terjadi..


Serendah-rendah cinta pada sahabat adalah berlapang dada dan yang tertinggi adalah itsar, iaitu saudara yang melihat saudaranya lebih utama dibandingkan dirinya sendiri..


semua classmate 1st year BCS 09/10:Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki if ada salah silap,gurauan yang menyakitkan hati..tapi ingatlah semua itu memang kenangan kita..agar ukhuwwah ini tetap utuh dalam redhaNYA…

semua lectures 1st year BCS 09/10: Mohon ampun dan maaf sepanjang sem 2 jika ada salah silap dalam pertuturan yang tidak disengajakan.,..halalkan juga segala ilmu yang telah dicurahkan buat kami..kadang2 kenakalan kami bukanlah disengajakan...doakan kejayaan kami dalam final ini..


notakakiku1:disebalik kedukaan itu,masih terselit secangkir harapan untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan dalam menggapai awan cita-cita demi mengejar redha ILLAHI...sayang kalian sangat2!!!!!!

09 April 2010

aku dan siput


Suatu hari Tuhan memberikanku tugas membawa siput berjalan-jalan

Aku tak dapat berjalan cepat bersamanya…sekalipun siput telah berusaha mengikutiku..





Setiap kali dia hanya mampu beralih sedikit demi sedikit….



Lalu aku menariknya,menyeret bahkan menendangnya..siput menjadi terluka..

Ia mengucurkan keringat..nafas tersengal..susah

payah dia terus merangkak..

Aku mendesak,mengherdik dan memarahinya..siput memandangku dengan pandangan meminta maaf..


Seraya berkata:”maaf..aku sudah

berusaha dengan segenap tenaga..”




Aku tak tahan dan berteriak…”tuhan,mengapa Engkau meminta aku membawa siput berjalan-jalan..”

apa maksudmu??

Tiba-tiba langit menjadi senyap..

siput menghilang dari pandanganku

Inikah jawapan ALLAH??..DIA menyingkirkan siput dari kehidupanku..




Baiklah!! Tugasku dah selesai…tetapi ternyata aku melihat siput tadi merangkak di depanku..

Aku terpaksa berjalan kesal dibelakangnya..

Aku perlahankan langkah..menenangkan hati..dan ‘sesuatu’ datang dalam hatiku..


Rupanya inilah maksudnya…siputlah yang menuntun langkahku bukan sebaliknya…






Aku diminta perlahan untuk merenungkan..

Saat kita dipertemukan dengan ‘seseorang’..


Saat sang penolong menemukan diri kita..ingat bahawa itu anugerah yang mahal hargaNYA..

Kerana DIA,hidup kita dirubahNYA…







Saat kita masih memiliki orang yang kita kasihi..berusahalah memperoleh kesempatan mengisi waktu bersama mereka…

Kerana ketika mereka telah pergi..semuanya sudah terlambat…

Saat kita dipertemukan dengan teman yang dapat dipercaya..berusahalah untuk rukun bersamanya…

Kerana seumur hidup manusia..teman sejati tak mudah ditemukan…






Saat mengingat orang yang kita sayangi tetapi tidak membalas kebaikan kita..

Bisakah kita berdoa untuk kebaikannya?..bukankah kita berharap dia

bahagia??




Saat ingat orang yang pernah kita cintai tapi

semuanya telah berakhir..berilah senyum manis untuk semua kenangan yang telah terjadi..kerana dia telah membuat kita mengerti tentang kisah sejati..



Saat mengingat orang yang kita benci mulailah belajar untuk memaafkannya..

Kehadirannya telah memberi kesempatan pada kita untuk lebih bijak..

Saat ingat orang yang pernah mengkhianati kita..fikirkan dia secara positif..jika bukan kerana dia hari ini kita tak pernah memahami dunia dari dua sisi..








Saat ingat orang yang meninggalkan kita begitu

sahaja,berterima kasihlah kerana dia pernah ada dalam hidup kita…

Kerana dia pernah membuat kita peduli pada perasaan sesama…

Saat bertemu dengan orang yang salah faham dengan kita…amiklah kesempatan untuk menjelaskan..siapa tahu ini adalah perjumpaan terakhir dengannya..









Ketika kita bertemu dengan seseorang yang bersedia menemani kita seumur hidup..peliharalah cinta yang ada..kerana dia merupakan anugerah yang terindah dalam hidup kita…

Mari kita selidiki hati kita..apakah kita sedang merasa sepot untuk menyingkirkan ‘siput-siput’ yang tidak nyaman dalam hidup kita??

Renungkan kembali..tak pernah segala sesuatu terjadi pada kita begitu sahaja…




Rencana ALLAH mengaturnya demi

kebaikan kita..

Ketika kita berjumpa dengan seseorang mungkin itulah kesempatan untuk saling melengkapi…




Tidak selalu membahagiakan..kadang-kadang bahkan tampak menyakitkan..







Saatnyalah untuk kita berjalan perlahan merenungkan erti keberadaannya dalam kehidupan kita…

Sahabatku…

Ingatlah..setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan kita DIA Maha Mengetahui..dan itu adalah rencanaNYA…


Jika suatu saat kita jatuh dan terluka

Kehilangan dan ditinggalkan..

DON’T GIVE UP……




Yakinlah…


DIA tidak akan meninggalkan kita…DIA Maha Mengetahui apa

yang terbaik untuk kita..









Dan adakalanya..DIA tidak memenuhi keinginan kita,tetapi DIA memberikan apa yang kita perlukan..

Have a wonderfull life…







notakakiku1: buat 'anda-anda',maaf atas segalanya...

kisah kau dan aku….kisah persahabatan suci..

kisah kau dan dia..kisah kasih murni..

kisah kau,aku dan dia..adalah kisah kita…

antara kisah kita...ada ALLAH yang paling berhak atasnya...

semoga masih tetap unggul sebagai sahabat buat selamanya…

maaf atas segalanya…


notakakiku2: asiff jiddan kerna aku lupa 'anda-anda' tidak seperti aku,simple,tidak serius,dan heartless..lupa dalam menyelami perasaan ' anda-anda'..terlupa kerana melayan 'anda-anda' seperti melayan diriku yang sempoi..


notakakiku3: 'anda-anda',pasti anda tahu siapa,kan??ramai tue...