26 June 2009

BANGUNAN YANG TIDAK ROSAK

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu. Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.




"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja. "Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?" "Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka. "Segera katakan apakah itu." Desak raja. "Syurga dan Allah s.w.t. pemiliknya," jawabnya tegas. Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah s.w.t., raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah s.w.t.









19 June 2009

Motivasi buat remaja~~hidup penuh liku**

ari ni semua pelajar stpm dan setaraf dapat result untuk sambung ke degree..papepun result yang diterima,terimalah dengan hati yang terbuka..sesungguhnya itulah yang terbaik untuk kita...kalau ikutkan kehendak kita semua..mana mungkin hidup ini wujud dengan teratur....cuba fikir..ada dikalangan kita yang tidak berjaya menempatkan diri..alangkah lagi sedih mereka..kita yang dapat ini patut lebih bersyukur.........hayatilah artikel ini..semoga dapat memberi harapan dan semangat baru untuk semua..



Hidup penuh cabaran. Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia dengan wajah suram, kelam dan serba berjerebu. Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan.

Pertemuan kali ini saya titipkan beberapa tip untuk menghadapi tekanan iaitu dengan cara anda berkomunikasi dengan diri anda sendiri. Bercakaplah dengan diri anda. Mulakan dengan...


1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.

Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku.

Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri.

Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya.

Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.



2. Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani


Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara.

Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.



3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya.

Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar.

Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.

Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah.

Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah.

Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah:

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.



4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.

Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.

Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki.

Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi.

Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.



5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya

Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan.

Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya.

Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya.

Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya.

Ingatlah selalu janji-Nya:

"Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya." (QS. 65 (At-Thalaq) : 2-3)
.

p/s: artikel ini di copy paste dengan izin dari sini.

16 June 2009

~muhasabah cinta hakiki~

Alhamdulillah.Itulah ucapan pertama aku.pada mulanya aku pernah dengar dan tengok video klip muhasabah cinta di blog seorang hamba ALLAH sewaktu menjalankan misi jalan2 cari laman...terdetik di hati..adussh..sebaknya...namun aku tidak ada kesempatan waktu untuk explore lebih lanjut.


Hari ini pabila aku bukak web ini aku agak terkejut kerana artikel terbaru yang disiarkan ialah tentang lirik & lagu muhasabah cinta.Aku sedar aku diberi peluang kedua,sekarang video klip itu selamat didownload ke laptop,dibluetooth ke hp n dipost ke blog ini.so,aku xrisau lagi.nak share dengan semua orang tentang lagu ini.sesuai sangat2 untuk aku..haha..syahdunya..

semoga aku terus istiqamah untuk mencintaimu,Ya ALLAH.........










Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu


Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu


Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’a ku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku


Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi Muhasabat cintaku


Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu








15 June 2009

Life Is About........

Life isn't about keeping score
It's not about how many friends you have or how accepted you are
Not about if you have plans this weekends or if you're alone.


Life isn't about who you're dating,who you used to date
how many people you've dated,or if you haven't been with anyone at all
It isn't about who you have kissed,it isn't about sex.


Life isn't about who your family is or how much money they have
or what kind of car you drive,or where you are sent to school.


It's not about how beautiful you are or ugly you are
or what clothes you wear,what shoes you have on
or what kind of music you listen to.


It's not about if your hair is blonde,red,black or brown
or if your skin is too light or too dark.


It's not about what grades you get,how smart you are
how smart everybody else thinks you are
or how smart standardized tests say you are.


Life isn't not about what clubs you're in,or how good you are at sport
Life isn't about what representing your whole being on a piece of
paper and seeing who will accept the written you.


But,life is about who you love and who you hurt
It's about who you make happy or unhappy purposely
It's about keeping or betraying trust
It's about friendship,used as a sanctity or a weapon.

14 June 2009

sep-sep CUCI da bomb!!!!!!!


satu hari dapat mesej dari mira..hahaha..

Gaderim sep2 cuci!
Date:14/06/2009 (AHAD)
Venue:kbmo
Time:11.30 a.m
xtvt:makan,majlis potong kek,lepa mangkuk
Bajet:RM20/head spo rasa ad palo lbih,bw la lbih duit...
p/s:bw stoking gak..

..best sangat2 dapat berkumpul lagi...ni la gathering selepas kami semua berjaya menghabiskan sesi pengajian di matrik..walaupun seorang daripada ahli kami xdpt hadir..tapi kami tetap meneruskan..hehe..

maafkan kami,min..
rindu dooh nk jupe sep2 ni..
nk tggu mu blik lmbt ag..
nati mu blik kt wat ag..


sebenarnya ktorg dah lama planning nk berjumpa..namun aku akui banyak masalah di pihak diriku..ye la..macam2 alasan aku ada..diorang pulak kalu aku xhadir..bukannya nak buat pun..hehe..perasan lak..tp itulah hakikatnya..hehe..rasa dihargai pun ada..maafkan kan aku,weh sep2 mu...aku sokmo nyusoh gitu..huhu..


aktiviti kitorang makan2 la....ehemm..sebenarnya kami banyak bergambar dari makan..rasa kenyang jer dengan bergambar..ye la..dah lama xberjumpa..semua dah berubah...hehe..sheyna dengan tembamnya..hehehe..jangan makan banyak2..nati gemuk...lepas makan gi solat zohor dulu..sebelum nak solat tu macam2 aksi kami buat..buat macam kbmoll tu bapak aku punya..amik gambar dlm toilet,atas eskalator..memang la xmalu sbb xde orang masa tu..pandai2 la kontrol ayu...


lepas solat..gi la main boling..wawawa..xpandai pun main...duk amik gambar je banyak..hehe..wat kenangan wehh...xkesahlah masuk longkang ke parit ke..yang penting kitorg happy n berjaya baling bola boling sapa abis satu game......mula2 tu malu gak nak lempar bola tu..lama2 ok lak...hehe..banyak gak la citer2 lucu kami kat situ..tp xpelah..kami simpan sebagai rahsia persahabatan kami..chehwahh...papepun..kami enjoy..


walau apa pun aku sayang sep2 cuci..
yang aku jumpa kat maahad..
bumi untuk ditarbiah dan mentarbiah...
korang memang best..
yang kita kenal sejak form 1..
walau kita datang dari dunia berbeza..
namun
kita kongsi benda yang sama...
iaitu..
ukhuwwah ini..
memang mahal harganya...



aku sayang kamu..
sebab kamu sahabat aku..
aku sayang kamu..
sebab kamu membuat aku ceria..
aku sayang kamu..
kerana ALLAH..


sep2 cuci..
aku doakan kita semua berjaya n bahagia
didunia dan akhirat...
walau apa pun berlaku..
kita tetap kawan..
sep2 cuci xkan hilang..
ia wujud selagi...
kita semua meneguhkan ikatan ini...


aku nak sangat mitak maaf kat semua..
kot2 ada yang terasa nga aku selama kita bersahabat..

che,aku mitak maaf kalu aku wat salah ko mu..
tapi mesti ada sesuatu hak berlaku kat aku waktu aku wat gitu ko mu..
piaa,aku mitak maaf kalu mu rasa aku xpeduli ko mu time duk matrik...
tapi aku xpernah lupa sep2 cuci...
chah,aku mitak maaf sebab sokmo wat bekeng2 nga mu..
tapi sajo jah wat gitu nak suh mu ingat aku..
sheyna,aku mitak maaf sebab selalu perli mu..
tapi aku suka tengok reaksi mu selepas tu..wat derkk jer....
pipah,aku mitak maaf kalu jarang mesej nga mu..
tapi mu kena tau aku kesuntukan waktu dan pling femes xdop kdit...
myra,aku mitak maaf sebab sokmo rasa nak kacau mu..
tapi aku paling suka dapat balas kata2 nga mu..banyak idea etek...
mien, aku mitak maaf sebab xbanyak bleh berkomunikasi n tolong mu
tapi mu kena sedar sebab mu paling jauh duk nga aku...
dan aku,INSYA ALLAH..xkan terasa hati nga sep2 mu..
aku buat ia gurauan yang berlalu bagai angin saja..


semoga kita semua ingat ye!!!
ini janji kita...
1- sape2 kawen dulu..
kena belanja makan..
2-nati cukup umur 25 tahun..
kita semua holiday kat langkawi ye (plan meksyah)


maaf jugak..
sebab aku kadang2 berahsia..
rahsiakan kehidupan aku..
tapi cukuplah sep2 mu tau..
aku tetap happy go lucky..


hahaha..semua orang xtau sep2 cuci...
knape cuci?
apa cuci?
sape cuci?
biarkan..biar kita sahaja tau knape cuci..



semoga kita semua terus cuci,suci dan menyucikan...hehehe...
semoga kita istiqamah dalam menguatkan persahabatan ini..
aku nak sep2 cuci jadi..
otai beriman..
cam lecturer bio aku bagitau..
and the last word is...

SEP2 CUCI BEST BANGAT!!!!!!

















09 June 2009

_sahabat_

errmmm...Ya ALLAH, gembiranyanyer saya hari ini..dari semalam lagi..Alhamdulillah...salah
sorang kawan saya add saya dlm ym...kami berborak sehingga kul 3 waktu malaysia..betapa
saya rindukan dia..dh lama saya cri dia..rupa2 nya dh tukar emel..patutla xdpt contact...sebelum ni kami hanya berhubung melalui fs..dan kesibukan mengejar ilmu di matrik menuntut saya supaya berkoban sekejap untuk melupakan dia seketika..biarlah fs antara kami berbicara..


kenapa dia istimewa??
dia istimewa kerana..
salah seorang sahabat baik saya...
banyak membantu saya di sekolah..
selalu back up pelajaran saya time saya
terpaksa meninggalkan kelas..
(almaklumlah antara budak busy kat skul )..
selalu kejutkan saya time tido waktu PQS...
orang yang duk tepi saya time form 5...
dan paling penting selalu bagi semangat kat saya...
sehingga semalam pun..
still bagi semangat..
betapa saya sayangkan dia...


dia juga istimewa kerana...
dia antara orang yang tahu semua impian saya...
antara impian saya...
further study kat luar negara...
saya tak dapat,
tp dia dapat..
saya tetap bersyukur..
namun...
paling saya terkesan...
dia beritahu saya..
"ko duk matrik,belajar sungguh2,
biar dpt pointer tinggi,
nati sambung kat mesir,
xpe bukan kos medic pun,
amik kos lain..
AKU TUNGGU KO..."


hampir menangis saya dengar ayat tu..
kerana rata-rata kawan kami semua ke sana..
meninggalkan saya terkapai-kapai disini..
almaklumlah sekolah kami sekolah agama...
xde pulak gen XY...
kami dididik supaya mengeratkan ukhuwwah...
sehingga sekarang...
setiap kali kami berhubung...
perkataan rindu,sayang tak pernah lekang..
antara kami..
betapa indahnya rindukan ukhuwwah ini,ya ALLAH..


p/s:
1- sebenarnya aku copy paste dari blog muj
ahid yang telah dipost pada 19 MEI 2009

2-dedicated dis story to miin,mc syah,piaa,mc na,mira,faez n pipah..

selamat datang dan selamat berjuang!!!!!

assalamualaikum pembuka bicara
pertama sekali..chehwahh..errmmm..
sebelum ni aku paling suka baca blog orang..
baca sal pengalaman,tentang isu semasa,
namun
tak terasa sangat nak buat blog ni..
apa yang aku takuti..
aku takut xsempat untuk menjaganya..huhu..


namun,entah kenapa..
ari ni,aku terfikir lak nk wat..
thanks kat husna sebab banyak
tolong nak bina blog ni..
thanks sebab kasi izin jadikan mujahid sebagai test..
hahaha..

papepun,aku hanya insan biasa yang sedang belajar
untuk menjadi dewasa dalam meniti hidup ini
menuju akhirat yang abadi...

aku xpandai untuk mengarang kata-kata yang berbunga
seperti sahabat-sahabat lain,
aku xpandai mengulas tentang isu semasa yang sedang
hot melanda dunia sekarang,
aku xpandai untuk berpantun seperti yang aku lakukan
dalam iluvislam.com..

untuk pengisian blog ini..
apa yang aku tahu ialah..
aku akan nukilkan segala apa yang aku lihat dan
apa yang aku rasa dalam tempoh aku mematangkan diri ini..
akan ku simpulkan supaya menjadi satu warkah untuk diri ini
supaya aku tahu dan sedar bahawa aku diberi kesempatan
untuk mengutip seberapa banyak pengalaman dan pahala
untuk menuju destinasi terakhir nanti...

waallahu'alam