03 July 2014

What Motivates You?

 
What Motivates You?
 
 

Myself
 


Money
 


Salam Ramadhan 1435h
 

05 June 2014

[Puisi] Unknown

Air mata yang mengalir
bawa aku ke daerah sepi
tiada penghujung
aku juga tidak tahu
bila akhirannya
 
Laju mengalir
tanpa dapat ditahan
lantas aku nekad
untuk berhenti
dari terus berharap
pada yang tidak pasti


Aku sekarang sedang mengarang puisi.Aku perlukan idea sebanyak 300 himpunan puisi karangan sendiri.Kreatif ke sedap ke tak best aku tak  peduli.Aku tetap tulis sampai 300.Sekarang dah ada ****,tak boleh inform,tapi boleh buat aku senyum sorang-sorang.Yang satu ini aku release kat blog,sebab yang ni aku mohon agar tolong suggest tajuknya.Aku tak tahu tajuk apa,aku letak unknown. Uoolsss....doakan aku by this year.

14 April 2014

Projek Mega Rumah Anak-Anak Yatim Nur Raudhah KL & Selangor

Assalamualaikum.

Long time no see right?HAHA.

Ada yang rindu?Uweek,takperla takde pun.Tak kesah.Tapi sebelum tu,mari baca entri kali ni.

Aku dapat tahu benda ni masa bulan Mac hari tu lagi kan,tapi biasa la perempuan perasan-busy-banyak-keje-setiap-hari macam aku ni tak sempat-sempat nak tulis haaa.Alasan.ceehhh.

Ini antara projek aku sekarang.Cehwaah,gempak tak bunyi projek.Padahal ko makan gaji jer qeela oii kat subang nuh.

Okies.Mari serius.Ini sungguh serius.

Ini sebetulnya projek aku..bukan projek aku pun tapi aku tolong diorang.Tolong promote jer la.Tolong tulis.Ni jer medium aku kan.Kalu boleh tolong lebih2 aku nak buat la.

Ini projek pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Nur Raudhah KL & Selangor.Sebetulnya aku jumpa kat blog kakdi ni,pastu terus contact owner dia,kak fatin yang baik..*blinkblink*

Setakat ni tade lagi la aku tolong apa-apa pun lagi,setakat tolong promote minta sumbangan jer la.Diorang tengah dalam pembinaan untuk membina penempatan untuk anak-anak yatim ni kat beranang,selangor.
Yer aku tahu jauh.Tapi apa ada dengan jauh.

Sekarang,aku difahamkan bahawa anak-anak yatim ni ditumpangkan seketika dimana-mana rumah anak-anak yatim yang ada sekitar KL ni.

InsyaALLAH,lepas siap bangunan diorang nanti,mereka akan dipindahkan ke beranang.Oleh itu,kita-kita yang mampu ni,tolong2 la sikit.Aku sendiri pun tak mampu weii..terus terang aku cakap..haha..baru kerja kott,nak tolong lebih2 tak mampu,tapi macam biasa lah,aku up dalam blog la kan.HAHA.

Tapi aku suka buat kerja-kerja macam ni,teringat dulu-dulu program anak-anak yatim ke,kanak-kanak tadika ke,budak-budak sekolah ke,tak kira lah,aku ni garang kott,tapi cair la jugak bila budak-budak cakap baik-baik nga aku kan.HAHA.

For those who know me and my programmes,yes,aku nak sangat contribute dengan Nur Raudhah ni,cuma sekarang ni lah,diorang baru dalam pembinaan.Maka,marilah kita tolong yang semampunya dulu.

Aku dah pasang impian dah ni,nak buat program dengan diorang,program bersiri la,tak mahu la sekejap sekejap kan.Biar ada input output.Fuhh..fuhh...teringin nak ada majlis berbuka puasa tahun ni dengan diorang macam tahun-tahun sebelum.Tahun lepas tahun praktikal,dapat invitation dari kakak.hihi.

Kat bawah nanti,akan ada attach gambar-gambar yang berkaitan dengan pembinaan rumah anak-anak yatim tu.Ada apa-apa contact jer  diorang..hewhew..contact aku tak tahu sangat.Aku tahu blog aku jer lah.

InsyaALLAH,selepas 2 bulan,jika diizinkan Allah,diberi peluang dan ruang,bulan 5 nanti aku akan jumpa kak fatin.Nak kenal-kenal,nak borak-borak,nak eratkan silaturrahim katanya.Mungkin lepas tu baru boleh mula untuk jumpa adik-adik Nur Raudhah pulak.Korang,doakan aku!!

Kalau tak nampak,klik la sekali lagi yer tuk baca.pandai-pandai lah.Ni pun aku ambil dari blog kakdi.Kakdi mohon izin copy and share.











Hamka; "kalau hidup sekadar hidup,babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja,kera juga bekerja"

katahatiku1: Walau aku tolong diorang,aku tak lupa lah adik-adik aku sendiri.Jangan risau,diorang punya prioriti paling atas dan tinggi dalam hati aku selamanya.

07 March 2014

Ujian hidup..

 
Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya,yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat dan akrab denganNYA... :'(
 
 

04 March 2014

Bila makin mendekati ALLAH...

Assalamualaikum..

Bila kita makin mendekati ALLAH,
makin tidak risau
makin tidak resah
makin tidak peduli

Bila kita makin mendekati ALLAH,
makin kita tenang
makin kita selesa
makin kita bahagia

Bila kita makin mendekati ALLAH,
makin tahu ada tujuan
makin tahu ada impian
makin tahu ada target

Bila kita makin mendekati ALLAH,
makin aku bersyukur

Terima kasih ALLAH.

Terima kasih sangat-sangat.

Semoga aku terus istiqamah!

walau kemana pun kaki melangkah,pasti ada cerita bahagia di akhirnya,
sekalipun tidak bahagia,pastinya derita tidak berpanjangan

26 February 2014

Hati!



Tolong HATI
Tolong engkau sedarkan pada diri
Jangan engkau mengharap pada yang belum pasti

Tolong HATI
Tolong engkau berdikari
Jangan engkau meluah pada yang tak sudi

Jangan HATI
Jangan engkau bermain dengan api
Tolong setia disini
HATI jangan engkau MATI

_xia faique

25 February 2014

Jatuh cinta!


Cuma nak cakap

Jatuh cinta itu sakit.
Dah banyak kali kecewa.
Tak serik-serik lagi?



katahatiku1: sajer nak update blog..hihihi

23 February 2014

Sabarlah Wahai Hati.Terus ukirkan senyuman!


Memang susah nak  redha dengan semua perkara.
Lagi-lagi perkara yang terpaksa itu mampu 'menghancurkan hati'.

Tapi macam mana sakit pun untuk lalui perkara tersebut,hanya redha jawapan yang ada untuk melegakan hati yang hancur itu.

Lapangkan dada kamu.
Cubalah lupakan perkara tersebut.
Sibukkan dengan perkara-perkara lain.

Ingatlah setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Tidak ada satu perkara pun yang berlaku tanpa hikmah.
Carilah hikmah yang tersembunyi itu.

Tukarkan terpaksa kepada redha.
Sabarlah wahai hati.Terus ukirkan senyuman!

"Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat.Sungguh, ALLAH beserta orang-orang yang sabar."
[Al-Baqarah:153]

-Haris Kaito
_akuislam_





16 January 2014

2014

Assalamualaikum...

Baguslah,dah hampir separuh bulan pertama,baru nak wish tahun baru...

MMuaaaahhh...love u my blog..

hamekk kau....



Drop by to wish;

SELAMAT TAHUN BARU 2014,aqielah!
Semoga Lebih Berjaya dalam Karier dan Hidup Dunia Akhirat..
Keep Forward,aqielah!
Move On.
No matter how hard this journey, Allah knows U're so strong!

moga 2014 ini lebih bermakna buat hati dan iman. =))