25 February 2010

Selamat Hari Kekasih ALLAH


Semalam,pulang sahaja dari kelas,terus on laptop,view semua website-website kegemaran,dan tidak lupa iLuvislam.com.Sebaik sahaja terpandang page utama artikel,tiba-tiba rasa sayu bertandang..huhu..(kiranya hati aku nie takdela keras sangat)..


Sejujurnya,sangat-sangat sayu bila membaca tajuk artikel tersebut:
Saya Cintakan Rasulullah S.A.W..terfikir aku tentang hidup aku sekarang ini...



cinta bagaimanakah aku terhadap Rasulullah?
apakah sunnah Rasulullah yang aku ikut?
adakah aku melaksanakan keseluruhan perintah Rasulullah?
adakah aku meninggalkan larangan Rasulullah?
istiqamahkah aku dalam mencintai Rasulullah?
bagaimanakah persembahan ibadah aku selama ini?
adakah Rasulullah akan bangga dengan aku di akhirat nanti?


Serius,amat takut jika difikirkan kembali,kerana aku rasa tidak seperti dulu lagi.


Pada petang yang sama juga,aku mendapat satu inspirasi apabila dapat berym dengan kak miminapis petang itu,tidak banyak pun yang dapat kami bualkan namun,aku mendapat sesuatu dari ym kami,
ALHAMDULILLAH!!yakin dengan diri.

Terasa perlu ada perubahan dalam diri,tidak perlu orang lain tahu atau nampak,cukuplah sekadar diri sendiri yang dapat merasai manisnya perubahan itu.

Sempena hari lahir Kekasih ALLAH ini,marilah kita berselawat bersama-sama agar syurga itu milik kita semua.


notakakiku1:Selamat Menyambut Maulidur Rasul untuk semua muslimin muslimat.Semoga kecintaan kepada Baginda tidak hanya untuk hari ini,malah semakin bertambah setiap hari.
notakakiku2:14 Rabiulawwal 1410,usia aku turut berubah mengikut kalendar Islam.Semoga menbawa perubahan yang positif.

24 February 2010

-riNDu-



syahdu terasa
tatkala kaki melangkah
ke Taman Islami
yang mekar mewangi
di persada bumi
disuburi bunga-bungaan al-haya'
bisikan angin keimanan
menyegarkan ketaqwaan diri
nyanyian unggas berzikir merdu
mengasyikkan cinta pada ILLAHI
kerlipan indah mutiara ilmu
menyinari kegelapan naluri
kicauan riang pujian kebesaran
bergema agung di sana sini
rimbunan pepohon ukhuwwah
menjadi teduhan untuk bersatu hati
oh,indahnya Taman Islami!!
.

-karya yang dipetik dari novel Tautan Hati ilham ukht Fatimah Syarha -



*sangat merindui waktu2 dulu.salam mujahadah penuh inspirasi buat mawar-mawar berduri maahad muhammadi perempuan batch spm 2007.junjunglah ISLAM walau dimana sahaja anda berada.rindukan semangat kalian ketika di MMP..bumi tarbiyyah untuk semua.


notakakiku1:bila nafsu seronok,iman terasa derita,maka,terluahlah disini..

16 February 2010

Aman is the 1st! Let's wish!

-Bermula dengan kad jemputan mereka..segalanya bermula.-




-akhirnya bersatu..uniknya,krew sesama krew.-
(kredit tuk syawal,syukran!!!)




Candid dari mereka...















-sebahagian krew muslimat iLuvislam yang hadir.-



-segalanya indah-
(kredit tuk kak fizah,thanks)



~SELAMAT PENGANTIN BARU~

_SEMOGA PERKAHWINAN YANG DIBINA DIREDHAI DAN BERKEKALAN SAMPAI SYURGA_


barakah3.jpg



notakakiku1:asiff jiddan to our mr.pres..copy paste tajuk post dari thread forum iLuvislam.com.hehehe..

notakakiku2:saya sayang kalian semua...semoga ada lagi pertemuan antara kita...

notakakiku3:menunggu nasi minyak krew2 lain..cepat2 la yerrr....

11 February 2010

bingkisan semangat

Pengalaman satu nostalgia. Nostalgia jadi memori. Memori hanya kenangan. Kenangan tetap diingatan.

Pengalaman masa lalu adalah pengajaran hari esoknya.
Semalam telah berlalu hari ini kita tempuhi. Namun esok masih belum pasti. Bersedialah untuk esok!

Orang yang bercita-cita dan berazam besar,selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar.Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatu cita-cita.

Dalam dasar suatau cita-cita mulia, kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.
Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.

Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya.

Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.


Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan ,kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.

Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.


Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.

Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah.

Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.



semangat untuk kelas ICT tadi..hehe....jadi orang terakhir yang dapat pasang semula hardware komputer setelah berjaya dengan rakus untuk menjahanamkannya tadi...


bertungkus-lumus memutar skru untuk menjahanamkan CPU..hehehe..tu diaa,pelakon sambilan blog ini...





ni dia komponen yang berjaya dikeluarkan setelah berada hampir sejam dibilik pembedahan komputer...


notakakiku1:tidak sabar untuk balik esok..huhu..maaf untuk sumer pensyarah esok,saya belum tentu dapat concentrate didalam kelas esok kerna sindrom bercuti sudah muncul..

notakakiku2:happy new year to all friends..happy holiday too..

05 February 2010

harapan...


semoga minggu depan terus berlalu dengan cepat dan berlalu dengan tenang setenang Sungai Nil mengalir.


notakakiku1:Saya rindukan saya yang dahulu.
.penuh berinspirasi dan bersemangat..


02 February 2010

warkah istimewa 'kamu'



Assalamualaikum,wahai kamu,sahabat saya…
Kamu,sesungguhnya satu anugerah yang tidak ternilai dapat mengenali kamu dan bersahabat sehingga kini.Banyak memori-memori indah tika bersama. Saya utuskan warkah ini kerna saya tidak mampu dan tidak sanggup untuk menegur kamu kerana sememangnya saya sangat2 kalah dengan kamu.Betapa kuatnya penangan kamu terhadap saya.

Kamu,sejujurnya juga saya bukannya yang terbaik untuk menegur kamu.Pada diri saya,sudah tercalit sejuta kekhilafan dan menutup sedikit kelebihan yang saya miliki.Namun,kerana mengenangkan kamu sahabat saya,saya mengambil peluang ini untuk meyatakan kepada kamu yang saya memang tidak meyukai kelakuan2 yang kamu lakukan itu.

Kamu,Saya tahu kita memang berbeza..sangat2 berbeza dari segi pemikiran dan pandangan2 tertentu tapi jangan lupa kita tetap dari keturunan yang sama Nabi Adam dan kita berpaksikan satu kiblat yang sama,oleh itu mana mungkin saya akan meninggalkan kamu terkapai-kapai seorang diri meskipun kamu tidak memerlukan saya.

Kamu,Kenapa berubah laku?Sudah tiada malu?Jangan dilayan sangat nafsu itu,sudah acap kali saya nyatakan bahawa nafsu itu jangan dilayan dan jangan dilawan,tapi dididik dan diasuh agar sunnah Islamiah terpatri kemas dihati,InsyaALLAH,iman kamu pasti terjaga.

Kamu,usahlah goyah hanya kerana seorang lelaki.Tidak cukupkah kawan2 yang ada disekeliling kamu,mereka ada untuk kamu,saya juga..pasti ada setiap kali kamu memerlukan,saya mengaku saya tidak mampu untuk menunaikan segala kehendak kamu namun bukankah jika kita sama2 berganding bahu,ia pasti ringan untuk kita semua.

Kamu,memang saya bukan seperti kawan2 kamu sebelum ini namun saya tetap berbangga dengan diri saya, bukan untuk bermegah namun saya rasa kita masing2 ada kelebihan begitu juga kawan2 kamu itu,sebab itu saya sesekali tidak menyalahkan mereka.Mungkin bagi kamu,peraturan yang saya tetapkan itu adalah kolot untuk kamu,tapi ingatlah apa yang saya buat ialah demi menjaga maruah kamu.Saya mahu kamu menjadi yang termahal diantara yang mahal.

Kamu,sampai hati kamu kan..ermm..saya tidak berdaya lagi untuk menghalang kamu kerana jika kita bawa isu ini ke mahkamah dunia sekalipun sudah tentu kemenangan tidak berpihak keatas saya kerana keadaan pemikiran muda mudi yang telah terpengaruh sekarang.sungguh saya kecewa dan terkilan.

Kamu,saya tidak pernah sesekali membenci kamu tetapi saya amat2 membenci apa yang telah kamu lakukan.Entah kerana saya terlalu emosional atau sensitif,namun saya memang tidak dapat menerima apa yang kamu lakukan.Mana mungkin saya membenci kamu sedangkan antara kita terlalu banyak kenangan indah yang tercipta.

Kamu,kamu sering berkata kamu tidak mampu menjadi sehebat saya,hebat sangatkah saya?Ramai lagi yang lebih terhebat diluar sana,saya bukanlah siapa2..tapi kita boleh sama-sama untuk menjadi hebat,kerana syurga ALLAH hanyalah untuk orang2 hebat,tidak mahukah kamu dengan itu?Siapa kamu pada masa lalu tidak sedikit pun mengugat ukhuwwah yang terbina antara kita.Keimanan dan ketaqwaan kita bakal dinilai oleh ALLAH bukan pandangan manusia.

Kamu,saya lagi2 kecewa apabila kamu lebih mempercayai diri dia berbanding saya,sahabat kamu..sesungguhnya,saya tidak pernah marah dan benci akan kamu,siapalah saya untuk berbuat begitu.


Kamu,dalam kerendahan diri kamu,sudah pasti kamu tidak tahu yang saya juga banyak mengagumi diri kamu kerana kamu tetap kamu,saya tidak melafazkan sebegitu tidak bermakna ia tidak berguna buat saya,kamu tahu bagaimana diri saya kan..saya mengagumi kamu dalam diam,sebab antara prinsip saya ialah ingin belajar,saya banyak belajar dari kamu walau ada di antara teman2 lain mengkritik kamu,tengok,kamu amat bernilai sebenarnya,jangan direndahkan nilai tertinggi yang kamu ada dalam hidup saya.

Kamu,saya doakan agar ALLAH hadirkan selautan hidayah untuk kamu juga buat saya.InsyaALLAH,bermula hari kamu telah melakukan sesuatu kepada saya,saya juga takkan sibuk lagi dengan hal-hal kamu.Kamu boleh berbuat apa-apa sahaja sesuka hati kamu.Saya takkan berkata-kata lagi kerana ia sedikit pun tidak berguna buat kamu.Kamu boleh bebas sesuka kamu.

Kamu,saya sangat2 sayang kamu kerana kamu memang sahabat saya.Ampun dan maaf dipinta sepanjang kita bersahabat saya ada menyakiti kamu dalam sedar atau tidak.Maaf jua dipohon jika kamu terasa dengan post kali ini.Saya amat rindukan kamu yang dulu.Saya sayang kamu!!!




Notakakiku1:untuk kamu,semoga kamu membaca dan mengerti..saya sayang kamu kerana ALLAH.

Notakakiku2:Teringat dan rindukan Asma Abd Rahman yang telah menelefon tempoh hari dari Mesir..sayang kamu…juga buat Maisarah Masruhan ,semoga kuat dirimu di sana..iringkanlah langkah ku disini dengan doa dari urdu kinanah..rindu kamu…

Notakakiku3:Tidak lupa buat Nor Liyana Zainol Abidin yang sibuk berbisnes nga umie aku di Kelantan..nasihat atas tue untuk ko juga..hahaha..(aku tahu ko takkan baca blog aku dan ko memang lain sikit kalu nak kena tegur nga aku..sayang ko juga..)

Notakakiku4:Siapa2 yang tidak berkenaan jangan salah faham..okies???Biarkan kamu sahaja mengerti.