25 February 2010

Selamat Hari Kekasih ALLAH


Semalam,pulang sahaja dari kelas,terus on laptop,view semua website-website kegemaran,dan tidak lupa iLuvislam.com.Sebaik sahaja terpandang page utama artikel,tiba-tiba rasa sayu bertandang..huhu..(kiranya hati aku nie takdela keras sangat)..


Sejujurnya,sangat-sangat sayu bila membaca tajuk artikel tersebut:
Saya Cintakan Rasulullah S.A.W..terfikir aku tentang hidup aku sekarang ini...



cinta bagaimanakah aku terhadap Rasulullah?
apakah sunnah Rasulullah yang aku ikut?
adakah aku melaksanakan keseluruhan perintah Rasulullah?
adakah aku meninggalkan larangan Rasulullah?
istiqamahkah aku dalam mencintai Rasulullah?
bagaimanakah persembahan ibadah aku selama ini?
adakah Rasulullah akan bangga dengan aku di akhirat nanti?


Serius,amat takut jika difikirkan kembali,kerana aku rasa tidak seperti dulu lagi.


Pada petang yang sama juga,aku mendapat satu inspirasi apabila dapat berym dengan kak miminapis petang itu,tidak banyak pun yang dapat kami bualkan namun,aku mendapat sesuatu dari ym kami,
ALHAMDULILLAH!!yakin dengan diri.

Terasa perlu ada perubahan dalam diri,tidak perlu orang lain tahu atau nampak,cukuplah sekadar diri sendiri yang dapat merasai manisnya perubahan itu.

Sempena hari lahir Kekasih ALLAH ini,marilah kita berselawat bersama-sama agar syurga itu milik kita semua.


notakakiku1:Selamat Menyambut Maulidur Rasul untuk semua muslimin muslimat.Semoga kecintaan kepada Baginda tidak hanya untuk hari ini,malah semakin bertambah setiap hari.
notakakiku2:14 Rabiulawwal 1410,usia aku turut berubah mengikut kalendar Islam.Semoga menbawa perubahan yang positif.

0 comments: