06 November 2011

peringatan dari as-saff...

Assalamualaikum...

Just a reminder ;


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!


Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.



katahatiku1: Tersentap bila someone said to me, sungguh,tiba-tiba tersedar,jahilnya saya!!(padahal surah as-saff ini pernah dihafal.T_T)
katahatiku2: Need a lots of time to rebuild my spirit, refresh my mind, reorganize my plan, and renew myself.
katahatiku3: Thanks a lot atas peringatan ini. =.=



04 October 2011

Bukan saja-saja....melainkan....

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan kita dalam BIDANG ini..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan kita mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu kita akan memberikan sesuatu dalam bidang ini..
MELAINKAN Allah tahu kita bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan kita dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkan kita...
MELAINKAN Allah mahu kita tahu betapa tingginya kasih sayangNya pada kita....

Adakah kita masih lagi tidak BERSYUKUR?







28 September 2011

309: HAMUMPP '11

Assalamualaikum...


* Segala kandungan entri ini merupakan pendapat dan pandangan peribadi penulis sendiri. Tiada paksaan atau suruhan dari mana-mana pihak,agensi atau pentadbiran. Blog ini blog peribadi.Blog ini bukan blog politik,bukan blog perbezaan fahaman,agama,atau ideologi.Segala ketidakpuasan hati mana-mana pihak berkenaan dengan entri ini ialah hak masing-masing. Paling utama, ini blog aku!


Esok. Jumaat, 30 September 2011, UMP bakal mencipta sejarah. Jika 1 Oktober 2011 merupakan konvokesyen bagi UMP untuk tahun ini,tapi 30 September bakal melahirkan generasi 309 UMP.

Esok. 30 September 2011, selepas Solat Jumaat, semua mahasiswa/i UMP Pekan bakal berhimpun dalam perhimpunan aman bagi menuntut hak mahasiswa berkaitan dengan penempatan & pengangkutan di UMP Pekan. Difahamkan bahawa, perhimpunan aman ini bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada NC UMP setelah segala ruang rundingan dan perbincangan antara mahasiswa dan staff UMP seakan-akan buntu.



Walau saya di UMP Gambang, seakan-akan turut merasai dan memahami kemelut yang melanda rakan-rakan di Pekan. Sungguh, pengalaman berada sehari semalaman di Pekan (tu pun sebab program jejak gemilang ari tu kan..) betul-betul rasa teruji. Sungguh, mahasiswa/i UMP Pekan,anda sangat tabah!!

Sekalipun,saya tidak mampu untuk ke sana esok (except ada transport la kan untuk pegi),cukuplah huluran doa dan tiupan semangat buat kalian,semoga dipermudahkan segalanya. Apa yang saya mampu lagi.hanyalah mengabadikan tranformasi 3009 ini di blog sahaja, kalian,sangat hebat. Tidak mampu untuk membalas segala jasa dan pengorbanan kalian sehingga boleh tercetusnya HAMUMPP ini. Bukan saya, bukan UMP,bukan MPP, bukan student 1st Year , tapi ALLAH yang paling layak memberi ganjaran setimpalnya buat kalian.


“sometimes we need all the glue we can get, just to hold ourselves together.”-cecelia ahern-



~ Dengan penuh rasa hormat dan takzim, blog ..:MenujuSinarILLAHI:.. menyokong penuh dan 
bersama-sama HAMUMPP 2011~


katahatiku1: Selamat Berhimpun buat semua warga UMP Pekan!
katahatiku2: They asked,what happen if UMP staff know this entry? I said; pedulikan,blog ini sudah beraksi sebelum saya melangkah masuk UMP lagi. Sudah terang lagi bersuluh, ini pendapat peribadi..so, do i care?!
katahatiku3: kredit to sape2 yang saya cilok banner hamumpp di group FB....thanks for the pictures!



22 September 2011

Rezeki: kedekut @ jimat?

Assalamualaikum..

Haaaa...tersentak tak tajuk entri kali ni?Mari sama-sama menyapu sawang diblog.

Topik kali ini berkaitan rezeki okies.Pengertian rezeki sangat luas. Rezeki ke nikmat ke semuanya sama saja.Ianya bergantung kepada definisi yang kita berikan. Dapat masuk shower untuk mandi disaat waktu puncak tanpa berebut dan beratur pun rezeki okies (finee....aku baru abis mandi,jalan dengan bahagia sebab takyah berebut walau waktu dah 7.30)

Kita semua kena ingat rezeki yang ada,nikmat yang ada semuanya milik ALLAH.Apa yang kita ada,apa yang kita miliki,apa yang kita sayangi sekarang ni semuanya pinjaman ALLAH.Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh tarik balik apa yang kita ada. Kita ni tidak punya apa-apa pun,bahkan nadi yang berdenyut,nafas yang dihela,jantung yang berdetak semua milikNYA.

Janganlah terlalu angkuh menongkat langit. Andai ada rezeki lebih,pandai-pandai la kongsi-kongsikan. Janganlah juga terlalu berkira. Kita hidup atas bumi ALLAH ni.Segalanya DIA yang berrhak dan tentukan. Janganlah terlalu berjimat sehinggakan barang keperluan sendiri perlu diungkit-ungkit sedangkan bukannya luak sedikit pun.

Jangan lupa firman ALLAH ini;

Firman Allah :
"Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas"
Surah Al-Baqarah ayat 212 


"Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa hisab"
Surah Ali Imran ayat 37 


Berjimat itu bagus dan perlu namun berpada-padalah.Jangan sampai menjadikan orang lain mangsa.Jangan buat orang lain menyampah dengan diri kita.Jagalah hubungan sesama manusia. Rezeki semua orang telah ditentukan. Jangan terlalu berkira dengan ALLAH sedangkan ALLAH tidak pernah berkira dengan kita. Oksigen yang disedut ini adalah rezeki juga. Nikmat ISLAM dan IMAN juga rezeki dari ALLAH yang paling agung. Jangan dan jangan okies.Jangan terlalu obses dengan rezeki yang ada. 


Usah risau dengan rezeki yang kita kongsi itu.Allah tidak sesekali zalim.Zalim itu sifat mustahil bagi ALLAH. Yakin dan percayalah ALLAH akan kurniakan rezeki yang berlipat kali ganda lagi dengan apa yang kita kongsi itu. ALLAH maha kaya. Kekayaan ALLAH sangat cukup untuk memberi kita semua rezeki. Rezeki itu milik dan hak ALLAH. Kita nie hamba yang tersangat hina. Maka, kongsilah rezeki kita yang ada semampunya!



Berdoalah agar hidup kita sentiasa dimurahkan rezeki. Berdoalah agar hidup kita sentiasa diberkati. Berdoalah agar kita hidup dan kita mati dalam keadaan husnul khatimah. Berdoalah agar hidup kita sentiasa dipermudahkan.Berdoalah agar pengkahiran kita nanti di syurga. Kunci utama,berdoalah!


Rezeki datang dan pergi. Bagi yang tidak tahu bersyukur, RM1000 sehari pun belum tentu cukup. Lain pula dengan mereka yang reda dan bersyukur,RM5 sehari pun sudah memadai untuk menjalani hidup.Maka,banyak-banyaklah bersedekah dengan rezeki yang ada. Janganlah kedekut sangat.Bersedekah kepada diri sendiri pun tidak mengapa asalkan kena caranya.Kesimpulannya,jangan jadi bakhil.






* Lupa emel dan password blog PSM....huwaaaaaaa*




katahatiku1: Memiliki keluarga yang bahagia juga suatu rezeki/nikmat dari ALLAH juga kan? =.=
katahatiku2: Someone asked me,how about my feeling right now? My answer is; bayangkan  lori balak bertayar 16 memijak sebiji telur mentah yang belum dimasak, itulah hati saya,tiada punya perasaan lagi. I'm loser and nothing. Buatlah apa saja,sudah tidak kesah dan tidak peduli lagi.Biar orang buat kita jangan kita buat orang.
katahatiku3: Kandungan entri tiada kaitan dengan sesiapa, hanya lantunan idea yang entah apa-apa.sekian!
katahatiku4: Mari bersyukur atas segalanya,atas semuanya..Thanks Ya ALLAH!




14 September 2011

welcoming note~

Assalamualaikum..

Sudah 14 September 2011


Selamat Datang Tahun 3
Selamat Datang Tahun Akhir
Semoga Selamat dan Dipermudahkan Segalanya



katahatiku1: Ya ALLAH, rezekikan aqielah uzihan pointer 3.5 keatas bagi semester ini,amin!
katahatiku2: Saya hanya mampu mengiringi semester ini dengan doa yang berterusan.Sesungguhnya,saya mahu kuat dan tabah!





08 September 2011

hatiku tertinggal di.....

Assalamualaikum..

Ramadhan sudah lama berlalu. Semoga pengisian rohani sepanjang Ramadhan lalu dapat diteruskan sehingga akhirnya,bukannya ketika Ramadhan menjelang. Antara tanda-tanda Ramadhan sudah berakhir ialah, kepulangan mahasiswa/i ke kampus bagi memulakan semester baru yang bakal menjelma.

Buat pelajar-pelajar yang bakal memasuki dunia universiti,bersyukurlah!!untunglah anda kerana mendapat tempat. Semoga dapat menjaga iman,hati dan akhlak dengan sebaiknya.

Buat pelajar-pelajar yang masih lagi menunggu tawaran atau tidak kesampaian dalam mencapai cita-cita,bersyukurlah! Untunglah anda kerana diuji sebegitu kerana sesungguhnya ALLAH sedang melihat dan mendengar rintihan kalian. Suatu hari anda pasti tersenyum atas apa yang telah berlaku pada hari ini. =D

Buat pelajar senior yang akan meneruskan perjuangan,bersykurlah! Untunglah kalian kerana masih diberi peluang untuk menyambung pengajian kerana ramai lagi yang masih extend atau ada masalah untuk meneruskannya. Bagi mereka yang mendapat result cemerlang semester lepas,jangan bangga okies,itu ujian ALLAH.Semoga anda dapat meningkatkan kecemerlangan itu.Bagi mereka yang kurang bernasib baik,jangan bersedih,itu juga ujian ALLAH. Usaha sungguh-sungguh lagi. Remember,dean's list is nothing without ALLAH's pleasure.

 Buat semua BCS 2009/2010 ,do the best for this semester!Semoga ALLAH redha atas segala-galanya.



katahatiku1: kata-kata untuk pujuk hati sendiri kan...T_T..mood: masih holiday!
katahatiku2: okies,esok perlu pulang,beg hape pun tak nampak bayang,tapi masih berjimba-jimba dengan ini belog....suka..suka..
katahatiku: Selamat Datang Tahun 3 yang bakal gemilang.Semoga diberi kekuatan untuk menempuhi segala perjuangan sepanjang tahun ini.Amin..







04 September 2011

Mengapa Islam menyuruh....

Assalamualaikum.

Ini adalah catatan ceramah yang pernah disampaikan oleh Dr.Jamnul Azhar yang pernah disiarkan oleh Islamic Compass, Lajnah Penerbitan,Pusat Islam,Kolej Matrikulasi Kedah sesi 2008/2009.

Mengapa Islam menyuruh disebat 100 kali orang belum  berkahwin yang berzina dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin berzina?

- Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibody yang dapat melawan penyakit. Sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum sum tulang manusia. Bagi lelaki yang belum berkahwin,dia dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari. Antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang dalam perhubungan suami isteri.

Jadi,apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat dibelakangnya,suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel  antibodi yang dapat melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walau disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit sel antibodi saja,jadi dengan itu hukumannya direjam sehingga mati agar dia tidak merebakkan virus HIV itu. Wallahu'alam.


Komentar: Saya bukanlah ingin  menyatakan bahawa saya percaya  100% dengan kenyataan ini,tetapi hakikatnya,saya rasa ini antara hikmahnya. Sebat dan rejam keatas penzina merupakan hukum hudud. Hudud adalah hukum ALLAH. Hudud ada dalam Al-Quran,ayat-ayat cinta ALLAH. Malah hukum ini pernah dilaksanakan pada zaman nabi. Jadi,saya yakin bahawa inilah antara hikmah hudud ini. Allah yang mencipta manusia,jadi,DIA lebih mengerti dan mengetahui setiap kelemahan dan kelebihan yang terdapat pada manusia.Wallahu'alam. Sekadar perkongsian.


katahatiku1: Muhasabah dengan setiap inci kehidupan kita.
katahatiku2: Ada yang pernah bertanya tentang sebab bezanya rejam dan sebat dalam hukum zina...ini jawapannya,mungkin.
katahatiku3: Ya ALLAH,jauhkan kami semua dari perkara-perkara zina dan maksiat.





02 September 2011

siapa menangis saat bernikah?

Assalamualaikum.

Raya hari ke-4.Masih dalam mood raya gamaknya.

Mahu menulis namun jari jemari kaku.
Otak pula masih beku, penangan rendang ketupat mungkin.Hehh.

Dalam kesibukan beraya, tidak berkecuali sahabat-sahabat yang mendirikan masjid.

Persoalan disini, saat sahabat-sahabat kita bernikah, siapa yang akan menangis ( kecuali ibu bapa & adik-beradik pengantin)?

Mesti,kawan-kawan rapat dan sahabat-sahabat terdekat turut sedih kan? Bukan sedih tanda tidak gembira tetapi rasa terlalu bahagia,tidak gitu?

Bukanlaa...ironinya...bagi seseorang,apabila seseorang kawan itu bernikah,terasa seperti kehilangan.Ya,dia yang bernikah itu masih ada,walau janjinya mahu terus bersama,masih bersahabat hingga akhirnya,namun ia tetap lain kan...rasa seperti sangat-sangat berbeza.

Dia kini bahagia dalam jagaan suaminya yang halal.Sungguh,mesti rasa sebak,sedih,terharu...hahhh..macam-macam laa.Dia sudah punya tempat bergantung dalam perjalanan kehidupan.Dia sudah memulakannya.Dia sudah menyempurnakan separuh dari agamanya.

Saya,antara orang yang pasti sedih andai kata sahabat-sahabat terdekat bernikah.Ohh..tidak,bukan menghalang kalian dari melaksanakan sunnah nabi,cuma perlukan masa mungkin.


Buat semua yang mendirikan masjid sepanjang Ramadhan dan Syawal 1432H ini:
“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin

darling,i nak cincin gini jer taw nati...hihihi ^_^
*mengucap awal laki ko okies... =D





katahatiku1: aku sendiri tak faham motif entri ini...HAHAHA
katahatiku2: mari countdown untuk pulang ke UMP...huwaaaaaaaaa
katahatiku3: need to settle a lot of things before leave this house <------kebbok speaking....gedik ahh kau jahh





28 August 2011

Kisah OR UMP


Assalamualaikum.

Masih ingat tentang entri OR ini?
- Entri OR yang pertama di blog ini.

Pada 28 Ogos, pelajar-pelajar tahun 3 degree perlu mendaftar subjek melalui sistem open registration. Disebabkan sistem first come first serve, maka,berebut-rebut la semua pelajar tahun 3 untuk tujuh fakulti di UMP. Memang femes e-comm ump ko jahhhh.

Bermula jam 12 semua dah get ready termasuk aku. Tapi hampeh la kan. Aku tunggu 1 jam jer dan terus tido kott.Tiada kuasa aku mahu berebut-rebut tapi hasil tiada pun.(ko ingat aku nak buang masa ke tak tido semata-mata tuk benda alah tu..kalu movie tu lain la kan...HAHAHA..tak ikhlas). Masa tu agak cuak bila orang kata, nati kelas penuh bagai, sebelum tidur tu sempat la aku baca doa macam2 kan,tunggu la aku bangun dulu kalau nak kelas penuh pun.(maksudnya; kurniakan aku rezeki untuk amik subjek-subjek yang aku perlu..T_T)


ALHAMDULILLAH...dengan mudahnya aku berjaya mendaftar,siap dapat daftarkan untuk kawan-kawan aku lagi,namun tetap stuck bila dah akhir-akhir tu.Aku faham.Ramai lagi nak daftar kan.Jam 8 aku terus terlelap okies.Tak tahan jugak mata aku nie.Ayat femes aku kat labu ---> aku kan baby,kena tidur 12 jam. (hotak hang baby <----------kalu dia baca ni,kofem ayat dia reply tuk aku...HAHAHA..aku dah tahu dah....)


Ini kisahnya; aku suka status ini :
Disini bertemunya titik persatuan kami....sayang all BCS!!!=D

Owhh..ini saat lawak labu aku....HAHAHA..
kalu korang tak gelak..lantak laa...
Mengubat stress waktu pepagi....


Serius lawak okies....bagi aku,tak payah la nak mention dia tengah berdoa kan...HAHA..
p/s; bukan bermaksud aku pertikai doa dia...harap maklum

HAHAHA...yang ni aku bangun jer tidur..terus gelak terguling-guling baca ayat dia...dalam kesabaran dia tu..still lagi ingat ALLAH.....ALHAMDULILLAH!!

Yang ni aku tak faham napekah dia ulang ucapan Ya ALLAH aku tu...masa tu aku rasa geram la jugak tengah key in untuk nana...aku taip jer Ya ALLAH tuk dia...tetiba dia reply Ya ALLAH jugak..motif???




Sepanjang pagi semalam tu..wall aku penuh dengan mymood....seronok pulak guna....heeeee












katahatiku1: okies...pengalaman yang menarik melalui OR buat kali pertama...
katahatiku2: Selamat hari raya in advance...Maaf Zahir Batin...
katahatiku3: Bakal melalui tempoh OR bermula 12 september,semoga dipermudahkan..








27 August 2011

Iftar 2.0 Abim


Assalamualaikum.

Alhamdulillah..tadi berkesempatan untuk menghadiri iftar alumni Abim batch 2001.Ada la dalam lebih 20++ yang datang.

Seronok?ALHAMDULILLAH.

Mari review gambar-gambar yang ada sahajalah.


Mereka yang hadir...ada yang berjumpa selepas 10 tahun....sweet kan...tapi still ada yang berjumpa selepas tak sampai 10 hari pun...heeeee


Sedang bergosip...macam mak jemah kauuu.......=D


Zati n her daughter...ibu mithali okies...aku??

"im ready to be a mother instead of being a wife"
being somenone's wife can make me____________.HAHAHA
(dah2...jangan nak gedik2 kat blog sdiri)


Menumpang kasih anak orang...ada ciri-ciri papa romeo tak??Eh2...papa  mithali  lorrr...=D


Last session~~~cam whoring!!!


*Tak dapat upload gambar banyak2 n cerita best2,risau ada yang jeles nati...wakaka....rugi okies tak datang..

*Thanks kepada semua yang sudi hadir iftar 2.0..
Maaf jiddan andai ada terkurang apa2...makanan tak sedap or whatever..
Semoga bertemu lagi,All da best!!



katahatiku1: Disaat orang lain sedang bergelut register subjek,aku masih bercanda dengan blog ini...HAHA..this is me!
katahatiku2: Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin!



24 August 2011

Open Registration @ Universiti Malaysia Pahang

Assalamualaikum.

Perghh..tajuk tak sah kalau tak panjang kan?HAHA. Ya...open registration system di UMP. Bermula sem depan okey. Universiti ketiga yang menjalankan open registration di Malaysia selepas UTM & UIA.( bangga...bangga..tepuk tangan sikit..a big clap to UMP..proud to be umpians..dah2...jangan riak2 lagi,bukan pertama  pun,tu pun nak kalut2 bagai..ish2..)

Sebenarnya, ada baik dan buruknya sistem ini, tapi biarkan. Kadang-kadang pembaharuan perlu untuk kebaikan di masa depan. Berbangga lah lagi,batch aku masih sempat untuk melalui OR ini. Sorry la senior2 aee. Sekurang-kurangnya, kami akan ada pengalaman untuk pening-pening susun jadual, pilih-pilih subjek, add & drop.

Yang buruknya, itu la,risau andai kata tersalah pilih subjek, clash kelas bagai dan susah-susah untuk pastikan biar cukup kredit untuk bergraduasi nanti. Namun,jika difikirkan semula, tiada salahnya sistem ini, kata level universiti, maka,perlulah bertindak secara matang. Tidak perlulah pihak pentadbirang yang menentukan semuanya untuk kita.

Mungkin pada awal sem depan, pelbagai masalah akan  berlaku berkenaan sistem ini, biasala tu,mula-mula kan. Nanti dah lama, pasti kita semua akan serasi dan selesa dengan OR. (untuk junior2 laa..aku nak kuar dah tahun depan..insyaALLAH....hehe)

Jadi,mari berfikiran positif atas segala yang berlaku. Benda yang paling aku risau sekali berkenaan OR ialah risau jika tidak dapat grad pada waktu yang ditetapkan.(arrgg...aku nak keje cepat2,biar orang kata study lagi best,aku tak nafikan, aku ada sebab lain yang lagi penting). Tapi,aku yakin pasti ada hikmahNYA.

OR ni lain sikit dari sistem-sistem lepas dimana pelajar-pelajar dikehendaki memilih subjek sendiri yang terdapat didalam katalog kursus ( dengar kata latest katalog ni pada 26 ogos, jadi,kita tunggu jer la..). Pelajar juga boleh memilih masa sendiri iaitu tarikh dan jam sendiri.Semuanya pelajar sendiri yang tentukan cuma pastikan tidak melebihi jam kredit. Jadi,memang kena bijak untuk mengatur jadual sendiri sepanjang semester tersebut.First come first serve. Jika sesuatu subjek itu penuh,kena la ada plan B.OR mengutamakan siapa yang daftar dahulu,dia yang dapat. Jadi,kena cepat-cepat dan bertawakal sajalah. =))



Ni la katalog kursus...aku suka sangat..HAHA..kenapa??sebab cover dia sebijik cam SDP,SDD & SRS student software pada kedua2 sem lepas....bangga oiiii..satu UMP guna...


Ohh...aku teruja nak guna sistem OR ni ( tapi tak teruja nak wat sistem PSM aku..HAHA), nak juga rasa sistem ni macam mana. Wahh..bajet macam student UIA la aku nanti.hehe.

Papepun,selamat memilih subjek buat semua batch 2009 Bsc Computer System (Software Engineering). Pilihlah dengan bijak dan berhemah.Okies, sangat rindu untuk bertemu sem depan. Untuk tahun terakhir barangkali kita di UMP. Selamat berjaya untuk PSM 1.


Antara subjek aku sem depan nanti...tengok tu..komen 53..banyak tuu..seperti komen kami kutuk mengutuk yang selalu buat tu...haha..kutuk2 kami jerr...


Ini antara keratan-keratan berkenaan OR...maaf jika tidak mitak izin dulu.hehe..selamat hari raya.phewww..

Mafia pun tensen weeiii wat jadual sendiri..bila perlu pergi bermafia,bila perlu study,exam...HAHAHA..

Kalut okies....sangat kecoh FB sebab OR niehhh

Menangis pun tiada guna dah....kena hadapinya....aku suka status nie..hehe



katahatiku1: Tinggal 2 minggu lagi untuk masuk sem,bergelar pelajar tahun akhir..insyaALLAH
katahatiku2: Saat semua classmates aku kalut pilih subjek, aku masih berfoya-foya di blog sendiri..HAHA...biasa la tu..entri paling banyak pun masa exam..
katahatiku3: ALHAMDULILLAH..makin sembuh dan sihat...saya mahu jadi yang terbaik
katahatiku4: Maaf jiddan buat semua yang mesej/FB/YM or apa2 sahaja...saya tidak mampu reply..doakan saya!




20 August 2011

e-kad raya

Assalamualaikum

Salam 21 Ramadhan 1432H!

Ramadhan bakal berakhir,Syawal bakal berkunjung.Disebalik ketidakmahuan Ramadhan berundur, kita tidak dapat lari dengan hakikat bahawa Syawal adalah bulan kemenangan Umat Islam.Hendak tak hendak,kita kena meraikannya (*walau aku tak pernah beraya sejak 11 tahun lepas...sobsobsob...)


Dalam kalut seharian,salah seorang rommate (bukan bekas roomate ke..haha) telah kasi e-kad raya.Okies,kreatif2...shuka2...haha

Budak ni selalu kena panggil gedikss...(kalau cakap cantik karang,perasan la pulak..better cakap gediks...haha..jahat tak??). Selalu ajar tutorial2 nak cantikkan blog. Selalu share barang2 terutama movie2 la kan..Aku download,dia amik.Dia download,aku amik. Kira sistem barter.

Selalu suka barang2 kraf dan kreatif. Rela tu nak siapkan bantal dari kain felt tu..apadaaa..yang femes sekarang ni..felt craft..Paling suka monyet.Aku paling suka sorokkan monyet dia. Memang kecoh dan bising la sampai  satu blok kalu aku dengan dia gaduh sebab monyet.Aku memang jahat nga dia.Aku selalu cakap,tak boleh buat baik sangat dengan mira.Kena kejam2 sikit..hahaha...Kalau dia sakit perut, aku orang pertama gelakkan dia. Tak tahu kenapa tapi sumpah, ekspresi muka dia sangat lawak bila sakit.Macam mana tak gelak.Satu masa dia rela senyap seharian,semata-mata tak beritahu sakit perut,risau kot2 kena gelak dengan aku.HAHAHA.Aku tetap gelak jugak.

Sebelum cuti sem hari tu,dia ada amik satu short course kat U kami,belajar tentang flash bagai nie.Sebab dah belajar,tu la dia pandai buat e-kad raya.Okies,aku sangat jeles dengan ilmu flash yang dia ada. (*sebab aku tak tahu basic flash..agak teruk disitu..)


Maka,dengan ini,aku persembahkan E-kad Raya MEERANAMERA



*sila klik button untuk feel raya..tapi tiada button stop sebab tak habis belajar-meera-


Mira;
SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG SEM LEPAS.SEM DEPAN NAK KACAU LAGI.HAHAHA.JANGAN TERASA & EMO2 YER.ALL THE BEST UNTUK SEMESTER TERAKHIR.=D
(*aku wish kat sini jer la mira weeii....mudah & jimat..see..aku memang kedekut dengan dia..hahaha)



katahatiku1: Konfius,seperti entri untuk amirah hanis sorang...bercerita bagai nak rak..HAHA..xpe..layan
katahatiku2: selamat hari raya semua!



penat











PENAT






Just one word,penat dengan segala-galanya.Mohon seinfiniti kekuatan.


17 August 2011

happiest person

Assalamualaikum



walau sekuat mana dugaan melanda diri
walau sehebat mana cubaan menghampiri
walau seperit mana luka mencalari
walau sesakit mana cubitan dirasai
aku pasti teguh
aku pasti utuh
aku pasti yakin
aku pasti percaya
ALLAH menyusun sesuatu yang terbaik buat aku dan mereka
ALLAH maha mengetahui setiap sesuatu
ALLAH memberi apa yang aku perlu bukan apa yang aku mahu!






Pengarang: Etty

hidup ini PERJUANGAN,
semua sangat menguras dan melelahkan,
tapi ku harus menjadi yang TERBAIK di antara yg TERBAIK.
karena aku bukanlah wanita yg lemah dan putus asa
dalam menjalani pahitnya kehidupan.




katahatiku1: Raya tahun ke-11 masih sama,tiada perubahan,namun nikmat Ramadhan terasa lebih manis
katahatiku2: Ya ALLAH,berkat Ramadhan mulia ini, hamparkan hamparan keberkatan & keredhaan buat kami sekeluarga sehingga Ramadhan tahun depan.
katahatiku3: Curious...kenapa dia xapprove friend request...i dont want to flirt with you laa..owwhh...U??not U,but Him! (padahal ramai jer lagik tak approve seramai orang yang aku sendiri tak approve..hahaha) ;D



05 August 2011

Bagai layang-layang tidak putus talinya...


“Ketika angin agak kencang menerbangkan layang-layang adalah satu perjuangan, kadang perlu berlari supaya layang-layang mampu menongkah angin dan terbang, atau perlu menghentak-hentak tali secara ritma seirama dengan gerakan layang-layang, kadang perlu meminta bantuan dari teman untuk memegang layang-layang dari jauh. Saat layang-layang terbang tinggi, terasa satu kepuasan yang memuncak. Hidup terasa begitu indah, walaupun layang-layang tadi harus bergesel pula dengan benang layang-layang orang lain yang memenuhi angkasa, tinggi di angkasa, lain pula cabarannya”
-kak ahya ijja-


The wings of hope carry us, soaring high above the driving winds of life.  ~Ana Jacob



katahatiku1: Ya ALLAH,permudahkan urusan mereka,tingginya nilai sebuah usaha dalam satu perjuangan.
katahatiku2: kak ijja,saya pinjam status akak,cantik,menarik,tertarik! phewwwww..





24 July 2011

KELCHEFF [5] E-ONE kelcheff 2011

Assalamualaikum..



gerai kami pada 5 hari pertama...depan kepala kapal..tepi pintu masuk utama.

Alhamdulillah,dalam kelcheff 2011,saya ditaklifkan dalam portfolio E-One,berorientasikan menjual air minuman bagi mengutip dana untuk green-V.Seperti sedia maklum,(*macam la sumer orang baca part2 dalam entri ko kan qila..bajet dowwh..),saya kurang menyukai protfolio ini.Entah apa sebabnya,bagi saya,selain nama yang tidak glamor(pergghh....siap terus terang...) seperti papa romeo ke,papa tango ke..yer la kan,semua orang ada papa,kita jer tiba-tiba E-One,serius,rasa sangat2 rendah diri.

Awal-awal dulu,masa di balai islam,andai kata orang tanya portfolio mana,lembut jer jawab E-One.sungguh,sangat malu.Tapi rupa-rupanya,ALLAH tahu yang terbaik buat hambaNYA.

E-ONE shift pagi..hari keberapa entah..
tangga baazar menjadi saksi setiap hari e-one kena berkumpul disini..

Rupa-rupanya,seronok berada dalam team ini,sangat havoc okies!Ukhuwwah juga sangat kuat,mungkin kami bertugas seawal pagi lagi dengan mengangkut barang2 jualan dan perlu menutup gerai bila tibanya malam.Mungkin itu penyebabnya yang portfolio lain tidak ada.(*apa pun setiap portfolio ada kelebihan masing-masing.)

Afiq yang sentiasa datang ke gerai belakang..kadang-kadang runner,kadang-kadang ketua,kadang-kadang playboy yang nak mengorat si afifah hanin...hahahaha...
Sungguh,sangat teruja apabila dapat menjual dan hasil jualan meningkat.Awalnya,team saya diletakkan di depan kepala kapal,namun pada hari ke-6 sehingga 10,kami perlu swap dengan team yang berada di tepi muzium.Redha jer la kan.Bosan juga berada disitu.Tapi memikirkan,mereka juga perlu merasa gamatnya berada di pintu masuk,maka tak kesahlah.=)).

Hari ke-7,kami meminta untuk masuk menjual didalam,banyak sebabnya kenapa hasil jualan diluar sangat kurang.Maka,kami berusaha untuk membuka gerai didepan kecemasan atau nama manjanya Kilo Kilo.See.Tak sampai sejam,geng kilo kilo dah mula membeli air minuman kami.Memang syok la kan duk dalam.Takdela terpinggir sangat walau masih di hujung dunia.

Geng-geng gerai saya...thanks korang atas pengalaman yang terindah ini..harap dapat jumpa lagi...
Walau apa pun,this is the best experience that i've during this holiday.Best dapat bekerjasama dengan korang.Walau kami berada dihujung dunia,tapi kami masih mempunyai pelanggan-pelanggan setia untuk melepak.HAHAHA.bukan kami yer.orang lain.

Best okies berada dalam e-one,saya lupa hari bila tapi ada hari-hari yang saya pergi menjaja seluruh kelcheff,tempat utama mestilah pentas utama kan,sebab kawasan situ sukar mahu dicari air minuman.Tempat yang kofem akan borong beli air minuman ialah konti DJ.Mesti orang-orang konti DJ rindu nak dengar saya promote air-air green-V....hahaha..perasan betoll..tapi serius,pengalaman yang sangat hebat.MALU???ada la jugak,tapi wat derk jer laa...asal air habis dijual...materialistik betul.Tidak cukup sekitar kelcheff,kami juga menjaja diatas baazar,terima kasih mak cik-mak cik yang beli air dengan kami.Lain kali beli lagi aeee...hehehe..

Namun,Jujur,sedikit terasa/terkilan la kan bila ada orang mengata geng2 e-one mengular...means...for truth,saya mahu tahu gerai mana dan masa bila..itu sahaja..kalau betul,tidak mengapa dong,kalu tidak,usahla berbunyi2 mulut itu.Bagi sesiapa yang tidak tahu,di gerai kami memang ramai orang,tapi bukan kesemuanya e-one,kami menjadi stesen portfolio lain melepas lelah,ada sierra delta (wajdi),papa romeo (afifah hanin),papa lima (k.hartini),papa tango dan lain-lain lagi.SEE.Mereka memang suka berada di gerai kami,mungkin kerna ada nur <----statement xleh blah okies...ada cahaya apa ntah laaa...hahaha).Tapi tidak mengapa lah,usah disimpan dalam hati,benda dah lepas,mungkin juga ada khilaf dari pihak e-one sendiri.Apa pun,terima kasih atas jalinan ukhuwwah ini,e-one the bomb!!!



ALLAH, if I can’t have what I want, let me want what I have.



tanpa sengaja saya ter'edit gambar ini.....muahahah



lastly,photographer bebas...thanks wehhh atas pic2 ni sumer...untuk makluman semua,gambar di blog ini adalah hasil perahan keringat beliau sepanjang 10 hari kelcheff...maaf jugak kalu ado wat sero hati...sokmo duk baloh nga mu.pagi2 start doh perang nga mu,maaf atas soklan killer aku ko mu..haha..tapi aku suka jah soklan tu...hahahah...nak suh aku tanyo skali lagi dop??? :P



katahatiku1: satu hari dengan 5 entry,satu hari lagi pemilihan gambar2,letak watermark dan edit terakhir,total 2 hari untuk keseluruhan  5 entry kelcheff.....
katahatiku2: the end of kelcheff,semoga beroleh manfaat darinya...bukan sekadar enjoy semata-mata.
katahatiku3: saya teringin mahu join qaryah ramadhan,namun sudah pasti saya berpuasa didalam hutan kali ini...pray for my safety,guys!!
katahatiku4:semua gambar adalah hasil muaz zainal,kredit untuk beliau,maaf andaikata terguna nama sendiri pada setiap gambar,sebab nal letak dalam blog,if kalu ada watermark sendiri,no hal,pape pun,a big clap to him...thanks wehh!!




hanya penulis bebas di blog sendiri;
-aqilahuzihan-
kota bharu,kelantan