08 September 2011

hatiku tertinggal di.....

Assalamualaikum..

Ramadhan sudah lama berlalu. Semoga pengisian rohani sepanjang Ramadhan lalu dapat diteruskan sehingga akhirnya,bukannya ketika Ramadhan menjelang. Antara tanda-tanda Ramadhan sudah berakhir ialah, kepulangan mahasiswa/i ke kampus bagi memulakan semester baru yang bakal menjelma.

Buat pelajar-pelajar yang bakal memasuki dunia universiti,bersyukurlah!!untunglah anda kerana mendapat tempat. Semoga dapat menjaga iman,hati dan akhlak dengan sebaiknya.

Buat pelajar-pelajar yang masih lagi menunggu tawaran atau tidak kesampaian dalam mencapai cita-cita,bersyukurlah! Untunglah anda kerana diuji sebegitu kerana sesungguhnya ALLAH sedang melihat dan mendengar rintihan kalian. Suatu hari anda pasti tersenyum atas apa yang telah berlaku pada hari ini. =D

Buat pelajar senior yang akan meneruskan perjuangan,bersykurlah! Untunglah kalian kerana masih diberi peluang untuk menyambung pengajian kerana ramai lagi yang masih extend atau ada masalah untuk meneruskannya. Bagi mereka yang mendapat result cemerlang semester lepas,jangan bangga okies,itu ujian ALLAH.Semoga anda dapat meningkatkan kecemerlangan itu.Bagi mereka yang kurang bernasib baik,jangan bersedih,itu juga ujian ALLAH. Usaha sungguh-sungguh lagi. Remember,dean's list is nothing without ALLAH's pleasure.

 Buat semua BCS 2009/2010 ,do the best for this semester!Semoga ALLAH redha atas segala-galanya.



katahatiku1: kata-kata untuk pujuk hati sendiri kan...T_T..mood: masih holiday!
katahatiku2: okies,esok perlu pulang,beg hape pun tak nampak bayang,tapi masih berjimba-jimba dengan ini belog....suka..suka..
katahatiku: Selamat Datang Tahun 3 yang bakal gemilang.Semoga diberi kekuatan untuk menempuhi segala perjuangan sepanjang tahun ini.Amin..







0 comments: