28 July 2009

*Keluhan KEKASIH*

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan tetamu tetapku."Assalamualaikum", seru Subuh.



"Wa'alaikumsalam", sahutku. Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat. "Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.



"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu. "Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa.Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".




Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh. "Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku ada Roti siyam (puasa)", cadangku pada Subuh.
Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh."Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh. Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan
Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya.Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.





"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian.Akan kulayan kau dengan sebaiknya, wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",..seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?" "InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
"Assalamualaikum", seru Subuh."Waalaikumsalam", jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.




P/S: Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak?
Jawapannya, tersirat dalam diri.

Anak-Anak Zaman Kini

Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini.



Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:


  1. Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
  2. Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang
  3. Memakai subang sebelah seperti anak haram negro
  4. Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina
  5. Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.
  6. Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.
  7. Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa berkeadaan tidak suci.
  8. Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.
  9. Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.
  10. Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.
  11. Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .
  12. Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu .



WAHAI INSAN,

WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.




Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikut kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.

#ayat power & semangat DR. HM TUAH#

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj





“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



“Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



“Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat – buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



”Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



“Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



“Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



“Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



“Fikir itu kepalanya berkat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



“Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



“Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



“Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



”Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



“Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



“Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Perjalanan adalah sebaik-baik guru.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj





“Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar hutang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Genggam bara api biar sampai jadi intan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




”Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj





“Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang jadi dalang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Maut juruintai yang tak pernah lalai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak senonoh pula.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




”Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

22 July 2009

Bulu Mata

Diceritakan pada Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan."
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata.''




20 July 2009

KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"



Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah si miskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."



Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.



"Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."



Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.



Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya." Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.



da moral of story, banyakkan sedekah

don't judge a book by its cover



19 July 2009

`Kem Pemantapan Debat UMP~


ni la pantai balok,lokasi kem kami...besshhh oi...


Hehe..kalu korang dengar mesti korang rasa 'wau,havocnya..ko join debat ke?'..hahah..nama je eksyen lebih..padahal tak pun,nama je kursus pemantapan debat,padahal 'kem debat santai'..
papepun..beshhh...kem ini dilaksanakan dengan kerjasama alumni debat UMP yang sengal2..btw,best la korang,agak gila2...moga ketemu lagi dilain hari..


out of topic jap,mesti sahabat2 yang mengenali aku tentu tertanya2 kenapa join debat??jawapannya,mehla tanya aku sendiri,malas nak taip panjang2..hihihi..aku sendiri pun tak tahu kenapa boleh terjebaknya aku disini,hanya ALLAH yang tahu,aku langsung tidak hebat dalam dunia pengucapan awam ini,maybe dulu aku mampu kerana berada dikelompok aku sahaja,tapi setelah aku keluar,gini la jadinya... aku jadi gementar bila berhadapan dengan audiens lelaki...wawa. ...(penyakit ini sudah diketahui umum oleh mokyang,mokyang..tolong aku!!huhu..rindu mu la mokyang) mungkin inilah platform untuk aku menjadi lebih berani..hehe..doakan yer!!


masuk topic balik,semasa kem dijalankan,pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah selipar aku kena rembat kat surau masa menunaikan solat maghrib..ishh..perasaan aku...sedih betol,kagum bangat,dan bengang giler..sebabnya kenapa aku kata begitu,,,

  • sedih sebab selipar yang selesa untuk dipakai itu telah dirembat
  • kagum sebab selipar buruk yang aku beli kat pasar malam kat kelantan beberapa bulan lepas tu pun kena curik..aduhai,at least,curi la sandal bata yang aku baru beli minggu lepas,xde la aku nak hairan sangat
  • bengang sebab aku nak pakai selipar mana agi..tu la selipar yang aku pakai nak gi kafe,nak g amik duit,nak round UMP..ishh..geram sangat..xpela ..ad hikmah kot..huhu


seyesli,nak zahirkan jutaan kemaafan buat team debat bm n ba kerana tidak dapat join aktiviti selepas bbq malam tu kerana kesakitan melampau..maaf terutama buat kakanda debat,kak mas..memang tension sangat2 sebab sakit tengah2 program gitu,tapi nak buat camne,aku ni nampak je besar,tapi antibodi lemah betol,serius,aku mudah jatuh sakit bila berjauhan nga my mum n bila sakit memang teruk giler..bukan homesick tau,cuma tak pandai jaga kesihatan diri jer..malam tu rasa sakit sangat2 dah,memang tak tertahan dah,rasa nak nangis dan berguling2 atas pasir pantai tu.tu la aku terus rehat dalam khemah jer,aku tak mahu kesakitan n kejadian dimatrik berulang lagi,menyusahkan orang je kan!!(husna.anti tahu kan camne ana sakit..huhu..sini dah xe orang nak urut dah..) ...hahha..tapi best la g kem,enjoy..huhu..disebabkan kesakitan melampau,ni je la gambar yang sempat disnap.



ni la khemah2 peraduan kami..1st time tau aku pasang khemah,sebelum ni dah sedia siap..hehehe..




sesi borak2 kosong nga super snior selepas lunch...



kak mas,ratu debat UMP..cayya la kak mas...bravo2!!!



pasukan veteran2 alumni debat UMP......



debat santai bebb...siap pakai seluar pendek ag..xde dah macho2 pakai blazzer cam selalu.. (sowri ye abg azwan..)



pemandangan waktu pagi selepas subuh..cantik dan tenang kan!!!bukti bangun pagi tau.... ramai ag tak bangun waktu ni..heheheh...



malam bbq..syok giler..aku tukang makan jer..sowri!!!>>hehehehe



bersemangat memastikan ayam2 dibakar dengan betul..




super senior menjadi juri awam...thanks a lot atas nasihat yang diberikan..



abg adam yang petah berhujah...hehe..papepun,korang semua memang hebat la...



bekerjasama mengemas kawasan perkhemahan....



semua dah sedia nak balik..semoga jumpa lagi...luv u all!!!



team debat BI UMP....chaiyok2!!





p/s: semoga kem ini memberi seribu pengalaman dan ukhuwwah yang terjalin tidak terputus begitu sahaja...segala ilmu yang ada dapat dikongsi bersama untuk aku menuju sinarILLAHI yang abadi...asiff jiddan atas kekurangan diri yang hina ini..(chehwahh..,jiwang lak..apadaaaa)..