22 May 2013

On Site

Assalamualaikum & Good Day!

Currently not around at Cyberjaya.Missing the great Cyber.hehe.Bermula semalam dan mungkin sehingga 10 hari kemudian,akan berada di PWTC.Visit client site for user requirement study.

Masuk meeting,keluar meeting,tukar flowchart,translate term, faham existing system dan develope system.Fuhh penat.Eh,Ananth la penat.Aku tak pun.HAHAHA.



Ohh ya..fb already deactivated again.Haha.Kat sini,no social network okay.YM pun takleh bukak Even ERP Resolv pun takleh buka.So,papehal,mesej hp atau email sahaja.Bajet orang nak cari kau.


p/s: Ehh..whassap dan tumblr pun takleh login.cisss.Aku tak kesah fb takleh bukak.aku kesah kalau tumblr takleh login.Haiyyaa..

katahatiku1 : Bosan tengah tunggu database existing system.Mari update blog dulu lah.Satu-satunya benda yang tak diblock.



08 May 2013

Hijrah : Hand Sock


Assalamualaikum.

Cerita 1 :


Dalam bas. Seorang kawan menegur.

Kawan : Eh, tengok ni, aku pakai hand sock.Aku ikut mu qeela.
Aku      : *senyum (dalam hati Alhamdulillah)
Kawan  : Aku nak berubah jadi baik.Pakai hand sock jer.Nanti tolong aku.
Aku      : Bagus-bagus. Aku pun nak berubah jadi baik jugak.
(dialog  lebih kurang, sebab aku lupa..hahaha)



Cerita 2 :

Di tempat makan.Seorang kawan yang lain menegur.

Kawan : Hari ni qeela tak pakai sarung lengan?
Aku     : Aaah, sebab lengan baju ni dah cekik.Perasan ke?
Kawan : Perasan la.Hari-hari pakai.

Dalam hati.MasyaALLAH.Yes.Ada satu hari tu aku tak pakai dengan alasan lengan baju tu dah cekik,dengan secara tak langsung aku rasa ia dah cukup menutup aurat.Baju tu blouse putih dan aku memang pakai dengan baju inner hitam.

Terdetik dalam hati aku.ALLAH hantar kawan aku untuk menegur aku.Menasihati aku.Kawan aku tu biasa-biasa orangnya.Tapi dia sangat concern dengan aku.Hatta, perkara sekecil ini.Tapi aku pulak sewenang-wenangnya pulak memudahkan segala-galanya.

Realiti, aku bukannya pemakai tegar hand sock.Tapi, hakikatnya aku rasa sangat kosong bila aku tak pakai hand sock.Aku mula belajar pakai apabila memasuki KMK (Matrik Kedah). Zaman Maahad juga aku jarang-jarang sekali pakai memandangkan baju sekolah kitorang memang dah dikancing tangan bajunya.Waktu itu aku rasa dah cukup terjaga lebih-lebih lagi berada dalam kelompok perempuan sahaja.

Apabila memasuki KMK,aku berubah perlahan-lahan.Aku rajinkan dan istiqamahkan diri untuk pakai hand sock.Sehingga masuk UMP.Ada juga kott aku terlupa atau tak terpakai.Aku lupa.

Bila dah keluar UMP,persekitaran makin berbeza.Berjumpa dengan pelbagai orang,ragam bangsa dan agama.Masa ni aku mula ada satu hand sock jejari.Aku suka hand sock jejari ni.Rasa terjaga dan dihormati.Sungguh.Aku banyak kena naik bas.So,kadang-kadang hand sock ni pelindung aku.Bila ntah nak beli banyak-banyak lagi.Tak sempat sangat nak shopping sekarang ni.

Cerita tentang hand sock ini bukan untuk menunjuk-nunjuk.Cuma untuk kawan aku dalam cerita 1(kalau dia dapat trace blog ni..haha), teruskanlah niat nak pakai hand sock tu.Istiqamahkan diri.Aku pun tak baik jugak.Tapi sentiasa berimpian untuk menjadi baik dan solehah.Aku bersyukur sangat-sangat kalau ko terpengaruh dengan bab yang satu ni.Tapi,percayalah,aku tak baik pun.Jangan pandang pada hand sock aku sahaja.

Moral dari cerita 2,thanks kawan tolong ingatkan.Ya.Aku manusia biasa.Kadang-kadang lupa.Kadang-kadang khilaf.Untung ada kawan yang boleh mengingatkan.Ingatkan aku lagi sekiranya aku terlupa.


kredit : drcintapunyabelog


katahatiku1: Post kat blog sebab ia amat terkesan dalam hati.Its nothing for you,but its something for me.Thanks ALLAH.
katahatiku2 : Aku berazam untuk selalu pakai hand sock.






02 May 2013

Review Buku Bahruddin Bekri

Assalamualaikum and Good Day!


Alhamdulillah.Dapat kali kedua baucer buku.Yes-yes.Dah ada senarai dah pun.One of them adalah karya-karya Bahruddin Bekri.Serius.Suka giler dengan buku-buku beliau. Ayat-ayat dia mahu sentap ok.

Oh..minat beliau juga selain Cecelia Ahern, Tere Liye,Us.Zahiruddin and so on.Eh..bukan minat dia la.Mati aku kena sembelih dengan ayah minat kat suami orang.Minat penulisan-penulisan dia la wei....ohh..Tuan BB(eh…macam panggil blackberry pula,semoga dapat sign untuk salah satu buku anda untuk saya).

Esok nak ke Pesta Buku kat PWTC.Semoga Tuan BB ada juga.

Meh review satu-satu buku yang beliau hasilkan.Rajin benor aku kalau time busy ni kan.Petang ni present progress projek.


Hidup Penuh Cinta

Buku pertama karya BB yang dibeli dan dibaca. Tak payah cakap la kan,sebab nama cinta tu yang terbaca dulu.Serius best.Dalam ni ada ringkasan cerita-cerita cinta pendek.Bukan cinta versi lelaki peremuan tu yer,tapi cinta kasih sayang yang meluas.Baca sendiri baru faham.Mula-mula tak faham tapi lama-lama baru tahu maksud yang ingin disampaikan.

Penulis Yang Disayang Tuhan

Tertarik dengan tajuk dia. Antara novel BB yang agak tebal.Takde tebal sangat tapi tebal la jugak.Cerita tentang putus asa seorang penulis dalam menghasilkan buku.Dalam pada masa yang sama, banyak nilai-nilai murni yang ada bila seprang yang tak dikenali menulis surat dan beri penulis tu macam-macam nasihat.Agakla best sebab cerita motivasi kehidupan.Tak rugi baca weh.Ada sikit-sikit elemen seperti Diari Mat Despatch.

Diari Mat Despatch : Hati Emak
Diari Mat Despatch: Naluri Ayah
Diari Mat Destapcth : Edisi Patah Hati
Diari Mat Despatch : Lelaki Baik

Ni buku-buku yang dikategorikan kecik-kecik.Means nipis-nipis la harga pun dalam 9.90 jer.Berbaloi.Masa aku baca ni,member selalu tanya ko baca komik apa.haha..sebab cover semua Diari Mat Desppatch ni comey-comey dan edisinya berbeza.Watak-watak pun lebih kurang jer.Cuma plot yang berbeza.Ada watak Suzy,ada Citra Indah Delisa mende ntah dan banyak lagi malas aku nak taip .Bila beli Tentang Hati Emak, akubeli jugak Naluri Ayah.Kiranya complete la sikit ada mak ada ayah.

Edisi Patah Hati tu, aku promote kat Nani suh beli.Dia pelik aku duduk bersila bagai kat MPH baca Naluri Ayah,siap cakap lagi buku macam budak-budak.Perghh peduli hape aku.Asal aku suka kan. Then.aku cakap la best-best semua karya BB ni.Lastly, dia beli.Dia beli aku rembat la baca..hihi.Jimat bajet aku kat situ.Aku nak beli yang lain lagi banyak ni.


Dunia ini sederhana kecil + doa untuk aku.

DISK ni aku baca review jer tapi dah tertarik.Mula ingat nak beli buku ni,tapi takde stock.Siap email supplier lagi.Tu yang pergi beli Hidup Penuh Cinta & Penulis Yang Disayang Tuhan.Tapi,syukur kali ni,aku ternampak buku ni kat Giant Seri Kembangan.Terus beli wei tak fikir apa dah.Siap kombo lagi.Untung aku.Walau terpaksa tunggu lama nak dapatkan akhirnya berbaloi.Tapi sekarang tengah baca lagi.Tak sempat sangat nak baca sebab agak sibuk sikit sekarang.


Macam mana kenal BB

Alaaa…rumah dia belakang rumah aku jer…ehh.tak-tak…aku kenal bila aku google buku.Banyak review tentang buku beliau.Ada yang cakap best.ada yang tak faham.Tapi aku tertarik nak beli dan baca.Awal-awal dulu beliau tak femes pun tapi hambek kaw,sekarang popular BB ni.Lebih-lebih lagi ada buku dengan Prof Muhaya.Oh..buku tu best jugak.Banyak cerita pengajaran dari hospital.Cubalah baca pasti tak menyesal.hehh.

Ehh…tetiba banyak jugak koleksi BB aku?Ermm…selepas BB,Tere Liye,Cecelia Ahern, aku nak kumpul koleksi Prof Muhaya pulak.Ecece...hehe.

Okies.Adios.Ketemu di PWTC esok.InsyaALLAH


Bukti weii buku-buku BB aku.Oh,kombo Dunia Ini Sederhana Kecil + Doa  Untuk Aku ada kat rumah putrajaya.Aku tak bawa balik lagi sebab tak habis baca.Ni yang aku dah habis baca dan simpan elok-elok kat rumah dah.