28 April 2013

After 3 Months, Hope Everything Goes Well...

Assalamualaikum..


*amaran : Entry ini agak panjang dan agak sensitif sebab menyentuh isu pru.You dont need to love me.You dont need to like me.But please respect me.Dont read if you think is nothing.*


Alhamdulillah.Mari update blog lagi.Haha.Alhamdulillah juga sebab akhirnya dapat bersenang -lenang di rumah selepas 3 bulan tak jenguk rumah.Busy la sangat katakan.So far so good.Nothing much to say except  Alhamdulillah for everything happens.

Praktikal @Cyberjaya

Yes, totally dah masuk 3 bulan berpraktikal lebih kurang la. Praktikal di Cyberjaya ini merupakan step terakhir sebelum diisytihar secara rasmi graduasi pada Oktober nanti.Pray for me. Lagi 3 bulan nak habiskan, sungguh tak sabar. Praktikal disini not bad la. Ok. I'm fall in LOVE when the first time masuk Cyber.Tiada jam.Tiada sesak.Tak tahu kenapa tapi sangat best.Teringin nak dapat kerja permanent dalam Cyber.Tak kesah company apa asalkan dalam Cyber.Dah jatuh hati kat sini.Dalam Cyber semuanya company ICT.Memang jiwa computer science and information system la kat sini.Haha.Cyber banyak pintu masuk.Memang kalau tak pernah masuk melalui pintu tu,sah-sah sakit kepala cari signboard bagai.Cyber ni kecik jer tapi luas.Sipi-sipi bahagian dari Putrajaya.Tapi luas la Cyber ni.Ehh..belit-belit tulis.Sekali cakap kecik,sekali cakap luas.Datang sendiri la tengok camne.

Rumah

Sebelum ni,masa mula-mula praktikal, tinggal di Seri Kembangan area Equine Park.Tapi disebabkan masalah transport,maka berpindah lah kami semua masuk dalam Putrajaya.Yer la, kalau tinggal di Seri Kembangan tu, kena ambil 3 bas. Setiap pagi kena bangun awal untuk tunggu bas.Sobsob.Tapi best jugak bila fikir balik experience haritu.Sebenarnya, kalau ada transport sendiri,rumah di SK itu dah cukup ok,dekat dah pun kalau nak masuk Putrajaya. Cuma begitulah, kena ambil bas yang banyak ditambah lagi masa bas yang tidak tentu.Agak perit masa memulakan praktikal dulu.

Tapi, Alhamdulillah, selepas sebulan,akhirnya dapat berpindah masuk dalam Putrajaya.Memang pada masa tu, dapat dugaan yang paling teruji dalam hidup.Namun, cepat-cepat istighfar. Mesti ada hikmahnya kejadian tersebut.Mungkin hikmahnya sudah tersingkap sedikit demi sedikit sekarang ni.Sekarang ni tinggal dekat dengan Alamanda Putrajaya.Semua orang pasti kenal mana Alamanda kan.Yes, im happy with my house now.Walau hanya menyewa sepanjang praktikal ini sahaja, tapi ia betul-betul sangat selesa.Tinggal dengan akak yang sudah dianggap seperti kakak sendiri.Wah,heaven!

Transport

Haa,aku ni kan takde kereta lagi.Student lagi kan.Tak mampu la nak pakai kereta sendiri lagi.Tapi aku ada bas.HAHA.Aku suka bas kat sini.Sebelum ni kalau duk SK,yang aku kena naik 3 bas tu kan,tu semua bas rapid.Masa duk UMP dulu, sempat la sekali naik rapid.Time duk sini,juta-juta kali dah kot.Sekarang dah pindah masuk Putrajaya, guna bas Nadi Putra la pulak. Keluar depan rumah dah ada bus stop Nadi Putra ni.Kiranya dalam Putrajaya ni semuanya guna bas Nadi.Tambang pun 50 sen jer.Murah kan.Tak kesah la dari mana nak ke mana.Asalkan dalam Putrajaya.Semua tambang 50 sen.Tapi aku pakai pas bulanan la jimat sikit kot + takyah susah-susah nak korek syiling dalam tabung IceWatch aku setiap hari.Aku spend pas nadi ni RM20 untuk 35 hari.Dikira bilangan hari yer.Tak kesah la berapa kali kau nak swap pas tu asalkan cukup tempoh dia.Tapi naik bas nadi ni dari rumah sampai Putrajaya Sentral la.Nak masuk Cyber,kena ambil bas Rapid pulak.Bas rapid masuk Cyber sentiasa ada,setiap 15minit dia gerak.Kalau naik rapid, aku prefer guna touch n go.So,spend kat rapid RM80/ month.Touch n go ni faham-faham la kan guna camne,Setiap kali touch tu la dia tolak duit.

Haa...ada bad experince jugak dengan touch n go ni.Aku pernah terflush kad touch n go ni dalam lubang toilet beserta kad access masuk ofis.Masa tu, terkedu dan terkaku.Dahla kad touch n go tu baru reload untuk sebulan.Ada dalam RM100++ dalam tu.Serius.Dugaan dan ujian.Tapi sekarang dalam proses refund balik duit dalam tu dengan pihak plusmiles and touch n go.Moga-moga dapat.


Putrajaya

Bercerita tentang Putrajaya pula,aku jatuh cinta dengan Putrajaya.Cantik dan moden.Juga tidak jam.Haha.Masalah jam jer aku ingat.Ini masalah utama bila ada di KL ni.Haa..if im not mistaken, Putrajaya di bawah bidang kuasa wilayah.So, macam jam ni dah jadi trademark la kan.Serius, cantik bila tengok lampu malam-malam.Tapi bak kata kawan, kalau ko dah duk sini,mesti takdenyer masa ko nak datang ambil-ambil gambar sebab memang dah duk sini.And its true for now, sebab sampai sekarang tak ambil-ambil pun lagi gambar kat sini.Tengokla bila ada masa nanti.

Tapi ada dua benda aku tak suka kat Putrajaya ni, 1- AES. : Jalan kat sini luas, dahla tak jam, tak banyak sangat kereta, so, possibility aku nak pecut kereta sangat tinggi.Tapi bila ada AES, arrghh..stresss. (aku jugak kadang2 drive kat sini,tapi drive kereta kawan la)
2- Banyak traffic light : Traffic light ni pun kadang-kadang buat sakit hati jugak.Kalau nak cepat tu, tiba-tiba ada traffic light,aisshh..sabar sesungguh hati la jawabnya.Jalan sikit ada traffic light, jalan sikit ada traffic light.Errm...

Tapi 2 benda jer la setakat yang dikenalpasti.Tak tahu esok lusa camne kan.


PRU13

Sekarang musim pilihanraya.Sana sini sibuk berpilihanraya.Macam-macam ragam.Macam-macam telatah.Seperti menyambut perayaan pula.Paling syok, di Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa bertanding menentang Tengku Adnan untuk menawan Putrajaya.Ya ALLAH, aku lihat apa yang ada dan berlaku di sekeliling Putrajaya ini.Berikan kemenangan kepada mereka yang berhak.

Memang aku tak dapat balik mengundi pun untuk kali ni.Tapi cukuplah untuk menebus dengan menolong mereka yang sepatutnya ditolong.Selepas 55 tahun,aku juga cuba untuk merasa dibawah pemerintahan baru.Bak kata YB Nurul Izzah, "selepas 5 tahun,kalau rakyat tak suka, tukar balik.Rakyat ada kuasa.Cuma berikan peluang untuk kali ini".

Untuk dua tiga minggu ini di Putrajaya sangat meriah dengan DHM menganjurkan pelbagai aktiviti sebagai kempen beliau.Bukan nak back up orang kampung sendiri, tapi kita memilih pemimpin yang jujur dan ikhlas untuk memimpin.InsyaALLAH, aku percaya DHM, aku harap DHM tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.Sebak  bila tengok video penamaan calon di Putrajaya.Apabila DHM mengalirkan air mata semasa membaca doa sebelum masuk untuk penamaan calon, serius terasa juga nak mengalir air mata yang ada ini.Mungkin beliau sebak kerana tugas dan amanah yang bakal dipikul atau terharu dengan semangat mereka-mereka yang menyokong beliau.

Buat DHM, teruskan berjuang.Dato tidak keseorangan.Ramai anak muda dibelakang Dato'.Teruskan usaha Dato'.Jangan putus asa.Semoga dipermudahkan urusan oleh ALLAH.

#PRU13
#Road2Putrajaya
#1Vote4PAS
#IniKaliLah
#PR

Penutup

Dan untuk akhirnya, semoga 3 bulan yang masih berbaki ini, semoga segala urusan dipermudahkan.Semoga dapat submit projek pada akhir bulan ini dengan jayanya. Semoga diberikan ketabahan dan ketenangan dalam setiap tindakan.Banyak misi yang perlu dilaksanakan.Nanti kita up entry lain.




katahtiku1: Melepas gian berblogging gamaknya.

24 April 2013

Wahai Angin Yang Menderu.

Assalamualaikum..


Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
bahawa Allah itu tuhan yang satu

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
ujian itu akan sentiasa hadir

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
setiap kesulitan pasti ada kesenangan

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
kuatkan dan tabahkan hati

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
ujian itu bukan sia-sia
pasti ada hikmahnya

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
jangan sesekali goyah
pegangan yang ada padamu

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
setiap air mata yang mengalir
Allah telah hitung dengan nikmat yang bakal dianugerahkan

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
gelisah yang kau miliki kini
akan hadir ketenangan yang tak terucap

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
peluk erat-erat
dakap ketat-ketat
semat kuat-kuat
Allah sentiasa ada

Wahai angin yang menderu, yang sentiasa akan menderu sehingga masa diizinkan Allah.Menderulah seirama dengan semangat yang ada padaku.Bahawa hidup ini memang satu perjuangan.

picture :google



Currently on Gadis Kecil Di Pinggir Gaza by Vanny Chrisma.W . Tajuk entri sempena bab dalam gadis kecil di pinggir gaza,wahai angin yang menderu, mengambil semangat yang ada pada Palestine.



katahatiku1 : Already deactivated FB & Twitter. Reason? No comment. Anything, contact me through email/skype/ym : qeel_89[@]yahoo.com





15 April 2013

Pelajar Berhutang

Assalamualaikum...


yesss.....i know.....dont repeat many times...

Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut...



Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" 
( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 ) 







katahatiku1 : Haaa...memang stress dah duk menghadap coding ni wehh..sampai memo e-comm pun aku screenshot...lantak laa..sajer..sharing is caring

10 April 2013

Ohh...Hlovate

Assalamualaikum...

Mari gelak dan senyum seround dua dulu...muahaha.

Dalam tengah-tengah develope sistem ni, bila rasa stress dan bosan menghadap coding, aku buka email-email lama.Giler oldschool ok.

Dalam banyak-banyak email tu,tertarik dengan email hlovate.Huwaa..serius, aku pernah email dia dulu weii, masa mula-mula belajar buat e-mail dan e-mail orang. Pandai e-mail jer la, chat tak tahu pun masa tu.Lambat kan aku belajar. Habis SPM baru buat, tu pun sebab nak isi borang UPU, kena ada e-mail.wakaka.

Masa tu jugak belajar e-mail-email ni.Antara orang pertama aku e-mail ialah Hlovate.Alaaa,penulis novel misteri tu.HAHAHA.

Mari gelak besar.Tak matang betul e-mail aku.Rasa malu + segan.HAHA.Tapi tu dulu la..(eh,sekarang ko matang ke?)

Rasa happy,bangga, segan semua ada la bila penulis novel reply e-mail.Eh..rasa nak jerit dan bagitahu satu dunia.Apa ntah aku gilakan dia tak tahu la.Dulu kan, biasala budak-budak sekolah.Semua benda excited.Dulu aku assume dia perempuan,so,keseganan itu tidak dipedulikan.

Tapi bila dah dewasa ni,aku rasa Hlovate tu lelaki.muahaha.Rasa setepek malu bila tengok gelagat aku dulu.Mesti dia rasa annoying la budak perempuan ni.Manjang nak e-mail aku.HAHAHA.

HAHAHA...salam perkenalan tu ok.Perkenalan la sangat.Menci aku dengan ayat-ayat aku dulu.

Bukti weeii..bukti dia reply e-mail...2008 tuhh...tengok bebaik..buka bijik-bijik mata tuh.....aku malu tapi tahan jer ni..haha


*Arghh...habis satu entry bagi mengisi kebosanan aku.Sorry la lepas blog tukar baju,malas pulak nak decorate hiasan-hiasan tepi ni.Tunggu aku rajin arr.

Latest update on 27 April 2013 : Yaa..Hlovate itu perempuan.Cuma identiti masih misteri.*gigih kan aku cari kepastian.

katahatiku1 : Ehh..sorry la hlovate, aku memang guna title tu nama ko senang orang trace ko terus up trafik blog ni.Haha.Tak ikhlas kott.
katahatiku2 : Ehh..tetiba tiada motif la pulak entry kali ni..lantak la..aku bosan menghadap keje ni weei..