28 August 2011

Kisah OR UMP


Assalamualaikum.

Masih ingat tentang entri OR ini?
- Entri OR yang pertama di blog ini.

Pada 28 Ogos, pelajar-pelajar tahun 3 degree perlu mendaftar subjek melalui sistem open registration. Disebabkan sistem first come first serve, maka,berebut-rebut la semua pelajar tahun 3 untuk tujuh fakulti di UMP. Memang femes e-comm ump ko jahhhh.

Bermula jam 12 semua dah get ready termasuk aku. Tapi hampeh la kan. Aku tunggu 1 jam jer dan terus tido kott.Tiada kuasa aku mahu berebut-rebut tapi hasil tiada pun.(ko ingat aku nak buang masa ke tak tido semata-mata tuk benda alah tu..kalu movie tu lain la kan...HAHAHA..tak ikhlas). Masa tu agak cuak bila orang kata, nati kelas penuh bagai, sebelum tidur tu sempat la aku baca doa macam2 kan,tunggu la aku bangun dulu kalau nak kelas penuh pun.(maksudnya; kurniakan aku rezeki untuk amik subjek-subjek yang aku perlu..T_T)


ALHAMDULILLAH...dengan mudahnya aku berjaya mendaftar,siap dapat daftarkan untuk kawan-kawan aku lagi,namun tetap stuck bila dah akhir-akhir tu.Aku faham.Ramai lagi nak daftar kan.Jam 8 aku terus terlelap okies.Tak tahan jugak mata aku nie.Ayat femes aku kat labu ---> aku kan baby,kena tidur 12 jam. (hotak hang baby <----------kalu dia baca ni,kofem ayat dia reply tuk aku...HAHAHA..aku dah tahu dah....)


Ini kisahnya; aku suka status ini :
Disini bertemunya titik persatuan kami....sayang all BCS!!!=D

Owhh..ini saat lawak labu aku....HAHAHA..
kalu korang tak gelak..lantak laa...
Mengubat stress waktu pepagi....


Serius lawak okies....bagi aku,tak payah la nak mention dia tengah berdoa kan...HAHA..
p/s; bukan bermaksud aku pertikai doa dia...harap maklum

HAHAHA...yang ni aku bangun jer tidur..terus gelak terguling-guling baca ayat dia...dalam kesabaran dia tu..still lagi ingat ALLAH.....ALHAMDULILLAH!!

Yang ni aku tak faham napekah dia ulang ucapan Ya ALLAH aku tu...masa tu aku rasa geram la jugak tengah key in untuk nana...aku taip jer Ya ALLAH tuk dia...tetiba dia reply Ya ALLAH jugak..motif???




Sepanjang pagi semalam tu..wall aku penuh dengan mymood....seronok pulak guna....heeeee












katahatiku1: okies...pengalaman yang menarik melalui OR buat kali pertama...
katahatiku2: Selamat hari raya in advance...Maaf Zahir Batin...
katahatiku3: Bakal melalui tempoh OR bermula 12 september,semoga dipermudahkan..








27 August 2011

Iftar 2.0 Abim


Assalamualaikum.

Alhamdulillah..tadi berkesempatan untuk menghadiri iftar alumni Abim batch 2001.Ada la dalam lebih 20++ yang datang.

Seronok?ALHAMDULILLAH.

Mari review gambar-gambar yang ada sahajalah.


Mereka yang hadir...ada yang berjumpa selepas 10 tahun....sweet kan...tapi still ada yang berjumpa selepas tak sampai 10 hari pun...heeeee


Sedang bergosip...macam mak jemah kauuu.......=D


Zati n her daughter...ibu mithali okies...aku??

"im ready to be a mother instead of being a wife"
being somenone's wife can make me____________.HAHAHA
(dah2...jangan nak gedik2 kat blog sdiri)


Menumpang kasih anak orang...ada ciri-ciri papa romeo tak??Eh2...papa  mithali  lorrr...=D


Last session~~~cam whoring!!!


*Tak dapat upload gambar banyak2 n cerita best2,risau ada yang jeles nati...wakaka....rugi okies tak datang..

*Thanks kepada semua yang sudi hadir iftar 2.0..
Maaf jiddan andai ada terkurang apa2...makanan tak sedap or whatever..
Semoga bertemu lagi,All da best!!



katahatiku1: Disaat orang lain sedang bergelut register subjek,aku masih bercanda dengan blog ini...HAHA..this is me!
katahatiku2: Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin!



24 August 2011

Open Registration @ Universiti Malaysia Pahang

Assalamualaikum.

Perghh..tajuk tak sah kalau tak panjang kan?HAHA. Ya...open registration system di UMP. Bermula sem depan okey. Universiti ketiga yang menjalankan open registration di Malaysia selepas UTM & UIA.( bangga...bangga..tepuk tangan sikit..a big clap to UMP..proud to be umpians..dah2...jangan riak2 lagi,bukan pertama  pun,tu pun nak kalut2 bagai..ish2..)

Sebenarnya, ada baik dan buruknya sistem ini, tapi biarkan. Kadang-kadang pembaharuan perlu untuk kebaikan di masa depan. Berbangga lah lagi,batch aku masih sempat untuk melalui OR ini. Sorry la senior2 aee. Sekurang-kurangnya, kami akan ada pengalaman untuk pening-pening susun jadual, pilih-pilih subjek, add & drop.

Yang buruknya, itu la,risau andai kata tersalah pilih subjek, clash kelas bagai dan susah-susah untuk pastikan biar cukup kredit untuk bergraduasi nanti. Namun,jika difikirkan semula, tiada salahnya sistem ini, kata level universiti, maka,perlulah bertindak secara matang. Tidak perlulah pihak pentadbirang yang menentukan semuanya untuk kita.

Mungkin pada awal sem depan, pelbagai masalah akan  berlaku berkenaan sistem ini, biasala tu,mula-mula kan. Nanti dah lama, pasti kita semua akan serasi dan selesa dengan OR. (untuk junior2 laa..aku nak kuar dah tahun depan..insyaALLAH....hehe)

Jadi,mari berfikiran positif atas segala yang berlaku. Benda yang paling aku risau sekali berkenaan OR ialah risau jika tidak dapat grad pada waktu yang ditetapkan.(arrgg...aku nak keje cepat2,biar orang kata study lagi best,aku tak nafikan, aku ada sebab lain yang lagi penting). Tapi,aku yakin pasti ada hikmahNYA.

OR ni lain sikit dari sistem-sistem lepas dimana pelajar-pelajar dikehendaki memilih subjek sendiri yang terdapat didalam katalog kursus ( dengar kata latest katalog ni pada 26 ogos, jadi,kita tunggu jer la..). Pelajar juga boleh memilih masa sendiri iaitu tarikh dan jam sendiri.Semuanya pelajar sendiri yang tentukan cuma pastikan tidak melebihi jam kredit. Jadi,memang kena bijak untuk mengatur jadual sendiri sepanjang semester tersebut.First come first serve. Jika sesuatu subjek itu penuh,kena la ada plan B.OR mengutamakan siapa yang daftar dahulu,dia yang dapat. Jadi,kena cepat-cepat dan bertawakal sajalah. =))



Ni la katalog kursus...aku suka sangat..HAHA..kenapa??sebab cover dia sebijik cam SDP,SDD & SRS student software pada kedua2 sem lepas....bangga oiiii..satu UMP guna...


Ohh...aku teruja nak guna sistem OR ni ( tapi tak teruja nak wat sistem PSM aku..HAHA), nak juga rasa sistem ni macam mana. Wahh..bajet macam student UIA la aku nanti.hehe.

Papepun,selamat memilih subjek buat semua batch 2009 Bsc Computer System (Software Engineering). Pilihlah dengan bijak dan berhemah.Okies, sangat rindu untuk bertemu sem depan. Untuk tahun terakhir barangkali kita di UMP. Selamat berjaya untuk PSM 1.


Antara subjek aku sem depan nanti...tengok tu..komen 53..banyak tuu..seperti komen kami kutuk mengutuk yang selalu buat tu...haha..kutuk2 kami jerr...


Ini antara keratan-keratan berkenaan OR...maaf jika tidak mitak izin dulu.hehe..selamat hari raya.phewww..

Mafia pun tensen weeiii wat jadual sendiri..bila perlu pergi bermafia,bila perlu study,exam...HAHAHA..

Kalut okies....sangat kecoh FB sebab OR niehhh

Menangis pun tiada guna dah....kena hadapinya....aku suka status nie..hehe



katahatiku1: Tinggal 2 minggu lagi untuk masuk sem,bergelar pelajar tahun akhir..insyaALLAH
katahatiku2: Saat semua classmates aku kalut pilih subjek, aku masih berfoya-foya di blog sendiri..HAHA...biasa la tu..entri paling banyak pun masa exam..
katahatiku3: ALHAMDULILLAH..makin sembuh dan sihat...saya mahu jadi yang terbaik
katahatiku4: Maaf jiddan buat semua yang mesej/FB/YM or apa2 sahaja...saya tidak mampu reply..doakan saya!




20 August 2011

e-kad raya

Assalamualaikum

Salam 21 Ramadhan 1432H!

Ramadhan bakal berakhir,Syawal bakal berkunjung.Disebalik ketidakmahuan Ramadhan berundur, kita tidak dapat lari dengan hakikat bahawa Syawal adalah bulan kemenangan Umat Islam.Hendak tak hendak,kita kena meraikannya (*walau aku tak pernah beraya sejak 11 tahun lepas...sobsobsob...)


Dalam kalut seharian,salah seorang rommate (bukan bekas roomate ke..haha) telah kasi e-kad raya.Okies,kreatif2...shuka2...haha

Budak ni selalu kena panggil gedikss...(kalau cakap cantik karang,perasan la pulak..better cakap gediks...haha..jahat tak??). Selalu ajar tutorial2 nak cantikkan blog. Selalu share barang2 terutama movie2 la kan..Aku download,dia amik.Dia download,aku amik. Kira sistem barter.

Selalu suka barang2 kraf dan kreatif. Rela tu nak siapkan bantal dari kain felt tu..apadaaa..yang femes sekarang ni..felt craft..Paling suka monyet.Aku paling suka sorokkan monyet dia. Memang kecoh dan bising la sampai  satu blok kalu aku dengan dia gaduh sebab monyet.Aku memang jahat nga dia.Aku selalu cakap,tak boleh buat baik sangat dengan mira.Kena kejam2 sikit..hahaha...Kalau dia sakit perut, aku orang pertama gelakkan dia. Tak tahu kenapa tapi sumpah, ekspresi muka dia sangat lawak bila sakit.Macam mana tak gelak.Satu masa dia rela senyap seharian,semata-mata tak beritahu sakit perut,risau kot2 kena gelak dengan aku.HAHAHA.Aku tetap gelak jugak.

Sebelum cuti sem hari tu,dia ada amik satu short course kat U kami,belajar tentang flash bagai nie.Sebab dah belajar,tu la dia pandai buat e-kad raya.Okies,aku sangat jeles dengan ilmu flash yang dia ada. (*sebab aku tak tahu basic flash..agak teruk disitu..)


Maka,dengan ini,aku persembahkan E-kad Raya MEERANAMERA



*sila klik button untuk feel raya..tapi tiada button stop sebab tak habis belajar-meera-


Mira;
SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG SEM LEPAS.SEM DEPAN NAK KACAU LAGI.HAHAHA.JANGAN TERASA & EMO2 YER.ALL THE BEST UNTUK SEMESTER TERAKHIR.=D
(*aku wish kat sini jer la mira weeii....mudah & jimat..see..aku memang kedekut dengan dia..hahaha)



katahatiku1: Konfius,seperti entri untuk amirah hanis sorang...bercerita bagai nak rak..HAHA..xpe..layan
katahatiku2: selamat hari raya semua!



penat











PENAT






Just one word,penat dengan segala-galanya.Mohon seinfiniti kekuatan.


17 August 2011

happiest person

Assalamualaikum



walau sekuat mana dugaan melanda diri
walau sehebat mana cubaan menghampiri
walau seperit mana luka mencalari
walau sesakit mana cubitan dirasai
aku pasti teguh
aku pasti utuh
aku pasti yakin
aku pasti percaya
ALLAH menyusun sesuatu yang terbaik buat aku dan mereka
ALLAH maha mengetahui setiap sesuatu
ALLAH memberi apa yang aku perlu bukan apa yang aku mahu!






Pengarang: Etty

hidup ini PERJUANGAN,
semua sangat menguras dan melelahkan,
tapi ku harus menjadi yang TERBAIK di antara yg TERBAIK.
karena aku bukanlah wanita yg lemah dan putus asa
dalam menjalani pahitnya kehidupan.




katahatiku1: Raya tahun ke-11 masih sama,tiada perubahan,namun nikmat Ramadhan terasa lebih manis
katahatiku2: Ya ALLAH,berkat Ramadhan mulia ini, hamparkan hamparan keberkatan & keredhaan buat kami sekeluarga sehingga Ramadhan tahun depan.
katahatiku3: Curious...kenapa dia xapprove friend request...i dont want to flirt with you laa..owwhh...U??not U,but Him! (padahal ramai jer lagik tak approve seramai orang yang aku sendiri tak approve..hahaha) ;D



05 August 2011

Bagai layang-layang tidak putus talinya...


“Ketika angin agak kencang menerbangkan layang-layang adalah satu perjuangan, kadang perlu berlari supaya layang-layang mampu menongkah angin dan terbang, atau perlu menghentak-hentak tali secara ritma seirama dengan gerakan layang-layang, kadang perlu meminta bantuan dari teman untuk memegang layang-layang dari jauh. Saat layang-layang terbang tinggi, terasa satu kepuasan yang memuncak. Hidup terasa begitu indah, walaupun layang-layang tadi harus bergesel pula dengan benang layang-layang orang lain yang memenuhi angkasa, tinggi di angkasa, lain pula cabarannya”
-kak ahya ijja-


The wings of hope carry us, soaring high above the driving winds of life.  ~Ana Jacob



katahatiku1: Ya ALLAH,permudahkan urusan mereka,tingginya nilai sebuah usaha dalam satu perjuangan.
katahatiku2: kak ijja,saya pinjam status akak,cantik,menarik,tertarik! phewwwww..