24 August 2011

Open Registration @ Universiti Malaysia Pahang

Assalamualaikum.

Perghh..tajuk tak sah kalau tak panjang kan?HAHA. Ya...open registration system di UMP. Bermula sem depan okey. Universiti ketiga yang menjalankan open registration di Malaysia selepas UTM & UIA.( bangga...bangga..tepuk tangan sikit..a big clap to UMP..proud to be umpians..dah2...jangan riak2 lagi,bukan pertama  pun,tu pun nak kalut2 bagai..ish2..)

Sebenarnya, ada baik dan buruknya sistem ini, tapi biarkan. Kadang-kadang pembaharuan perlu untuk kebaikan di masa depan. Berbangga lah lagi,batch aku masih sempat untuk melalui OR ini. Sorry la senior2 aee. Sekurang-kurangnya, kami akan ada pengalaman untuk pening-pening susun jadual, pilih-pilih subjek, add & drop.

Yang buruknya, itu la,risau andai kata tersalah pilih subjek, clash kelas bagai dan susah-susah untuk pastikan biar cukup kredit untuk bergraduasi nanti. Namun,jika difikirkan semula, tiada salahnya sistem ini, kata level universiti, maka,perlulah bertindak secara matang. Tidak perlulah pihak pentadbirang yang menentukan semuanya untuk kita.

Mungkin pada awal sem depan, pelbagai masalah akan  berlaku berkenaan sistem ini, biasala tu,mula-mula kan. Nanti dah lama, pasti kita semua akan serasi dan selesa dengan OR. (untuk junior2 laa..aku nak kuar dah tahun depan..insyaALLAH....hehe)

Jadi,mari berfikiran positif atas segala yang berlaku. Benda yang paling aku risau sekali berkenaan OR ialah risau jika tidak dapat grad pada waktu yang ditetapkan.(arrgg...aku nak keje cepat2,biar orang kata study lagi best,aku tak nafikan, aku ada sebab lain yang lagi penting). Tapi,aku yakin pasti ada hikmahNYA.

OR ni lain sikit dari sistem-sistem lepas dimana pelajar-pelajar dikehendaki memilih subjek sendiri yang terdapat didalam katalog kursus ( dengar kata latest katalog ni pada 26 ogos, jadi,kita tunggu jer la..). Pelajar juga boleh memilih masa sendiri iaitu tarikh dan jam sendiri.Semuanya pelajar sendiri yang tentukan cuma pastikan tidak melebihi jam kredit. Jadi,memang kena bijak untuk mengatur jadual sendiri sepanjang semester tersebut.First come first serve. Jika sesuatu subjek itu penuh,kena la ada plan B.OR mengutamakan siapa yang daftar dahulu,dia yang dapat. Jadi,kena cepat-cepat dan bertawakal sajalah. =))



Ni la katalog kursus...aku suka sangat..HAHA..kenapa??sebab cover dia sebijik cam SDP,SDD & SRS student software pada kedua2 sem lepas....bangga oiiii..satu UMP guna...


Ohh...aku teruja nak guna sistem OR ni ( tapi tak teruja nak wat sistem PSM aku..HAHA), nak juga rasa sistem ni macam mana. Wahh..bajet macam student UIA la aku nanti.hehe.

Papepun,selamat memilih subjek buat semua batch 2009 Bsc Computer System (Software Engineering). Pilihlah dengan bijak dan berhemah.Okies, sangat rindu untuk bertemu sem depan. Untuk tahun terakhir barangkali kita di UMP. Selamat berjaya untuk PSM 1.


Antara subjek aku sem depan nanti...tengok tu..komen 53..banyak tuu..seperti komen kami kutuk mengutuk yang selalu buat tu...haha..kutuk2 kami jerr...


Ini antara keratan-keratan berkenaan OR...maaf jika tidak mitak izin dulu.hehe..selamat hari raya.phewww..

Mafia pun tensen weeiii wat jadual sendiri..bila perlu pergi bermafia,bila perlu study,exam...HAHAHA..

Kalut okies....sangat kecoh FB sebab OR niehhh

Menangis pun tiada guna dah....kena hadapinya....aku suka status nie..hehe



katahatiku1: Tinggal 2 minggu lagi untuk masuk sem,bergelar pelajar tahun akhir..insyaALLAH
katahatiku2: Saat semua classmates aku kalut pilih subjek, aku masih berfoya-foya di blog sendiri..HAHA...biasa la tu..entri paling banyak pun masa exam..
katahatiku3: ALHAMDULILLAH..makin sembuh dan sihat...saya mahu jadi yang terbaik
katahatiku4: Maaf jiddan buat semua yang mesej/FB/YM or apa2 sahaja...saya tidak mampu reply..doakan saya!




1 comments:

LadyBird said...

best x pglmn baru?