08 December 2013

Review ILUS & MyPI

Assalamualaikum...

Mari sapu sawang lagi, lagi dan  lagi.Yihaa…lama blog tak berupdate. I is busy uoolss. Busy nak transform diri jadi wanita bekerjaya..kehkeh.

Oh ya,back to topic. Review untuk ILUS dan MyPI. Novel karya dari MelurJelita terbitan Karya Seni.Dah hampir sebulan dah habis baca tapi baru sempat nak menulis. Busy bak hang. Busy dengan malas sebenarnya.

Novel kedua Melur Jelita ialah I Love You Stupid selepas Awak Suka Saya Tak?.Novel ILUS ini aku baca hasil belas ihsan Makcik Hot kat UMP tuh. Ya Ampun, tebal sangat novelnya. Tapi best,serius best. Bacalah.

Cerita berkenaan Iris Nur dan Firman Ebrahim. Suka dengan watak Iris Nur sebab betul-betul seorang perempuan berani plus sosial sikit.Haha.Sosial yang bertamadun la. Takde la over-over sangat. Suka sebab jajarang watak heroin tak sempurna macam ni.

Menghayati ILUS tahun lepas,2012 menyebabkan diri aku turut terbang bersama ke bumi kemboja. Fuhh,terasa aroma mandi dalam sungai Mekong, berada di pinggir sungai membasuh baju,beradu di rumah rakit.Perghh,terpesona okeh.Melur Jelita buat aku meroyan sorang-sorang kott.

Selesai membaca ILUS, cerita meroyan aku juga berhenti sehinggalah saat menjejak kaki ke Kinokuniya KLCC. Hajat dihati hanyalah mahu window shopping sahaja namun apakan daya,aku kalah sungguh tengok buku-buku ni,lantas dengan penuh keazaman yang jitu,aku bayar juga lah untuk Mypi (My Percious,Iris) dengan harapan semoga bermanfaat.

Sungguh tidak sia-sia ku rasa menghabiskan novel tebal sehingga 1000 pages itu.Kita akan tahu bahawa hidup ini tidak lengkap tanpa ujian dan dugaan.Begitu juga perjalanan kehidupan Iris Nur dan Firman Ebrahim.

Membaca MyPi membuat aku senyum sorang-sorang.Naik tren pun boleh senyum.Parah sungguh rasanya...adeeiii..

Selepas membaca MyPI,aku banyak update status berkisar tentang MyPI di facebook.Dan ada lah dalam dua tiga orang kawan/junior/senior terpengaruh.Ada yang whassap,pm fb dan mesej.Haha.Bacalah kawan,baca dengan ikhlas hatimu bukan kerna aku.

Iyaa,kalau kau rasa sedang berputus asa dan patah hati,kalau kau rasa mahu mencintai ALLAH,cubalah baca MyPI.Ia memang sebuah novel cinta,aku tak nafikan, tapi bukan tentang cinta semata-mata,tapi tentang cinta tamadun dan kemanusiaan.Banyak sungguh ibrah yang akan kau dapat.Aku beberapa kali sentap membaca MyPI.Rasa ditumbuk dan dismash.

Abad ini,sukar sungguh untuk mencari novel-novel bermutu yang bermanfaat.Yang dijadikan drama-drama tv pun alahaii,bukan niat untuk mengeji novel-novel melayu dan drama TV,tapi sebaiknya,sebarkanlah hiburan yang memberi manfaat bukan menambah mudarat.

SAMBUNGAN MyPI

Aku banyak baca komen-komen di FB Melur Jelita,ramai yang meminta untuk Melur Jelita menyambung sambungan cerita Ilus dan MyPI menjadikan sequel ketiga mungkin,dan inilah pendapat peribadi aku.(Iyaalaa,sape la aku kan,penulis MJ manakan akan baca blog aku ni..hihi)

Pada aku,hentikanlah MyPI sahaja.Aku memang minat dan suka ILUS & MyPI atas kualiti cerita yang dimiliki.Tapi aku rasa untuk menyambung jalan cerita itu bukanlah jalan terbaik.Wa'Allahu 'Alam.(Bergantung pada MJ yerr)




Ironinya,kita mahu sambungan cerita itu untuk apa?Setakat untuk senyum sorang-sorang dan berangan tak habis-habis.Jadinya,tidak perlulah kalau hanya untuk setakat itu sahaja.Iya,aku faham,kita rasa cerita itu hidup kerana terasa dekat dengan realiti kehidupan kita dan kita mahu terus tahu tentang pengkahiran Firman + Iris,namun aku tetap tekad mengatakan bahawa noktahkan sahaja MyPI ini disini.Cukuplah hanya 2 sequel sahaja.

Ini juga ada kaitan dengan kualiti cerita.Aku bukanlah menafikan dan meragui kehebatan MJ sebagai penulis namun jika cerita dipanjang-panjangkan pun tidak best juga.Jadi,stop sahajalah Iris + Firman.Bimbang andai meleret-leret sehingga cerita asal tidak tahu hujung pangkalnya.Buktinya,ada dalam beberapa buah novel yang ada lebih dari 2 sequel.Cari dan baca.Semestinya,tidak sehebat seperti sentuhan pertama.Admit it!!

ILUS dan MyPI punya gaya dan karisma tersendiri.Tidak perlu ditokok tambah untuk menambah rencah perisa kerana rasanya sahaja sudah mampu memikat dan memukau sesiapa sahaja.


By the way,aku bukanlah sesiapa pun dengan novel ini..hahaha.Terpulang kepada pemiliknya untuk menilai sama ada perlu disambung atau tidak kerna aku tetap dengan pendirian aku sebagai pembaca marhaen.Ehh,tapi kalau ada sambungan,aku tetap kena beli kan..hehh?

NOVEL KE DRAMA TV

Sejak akhir-akhir ini,banyak novel jadi drama sampaikan aku rasa drama sudah tiada kualiti..Bagi aku sesetengah cerita perlu untuk didramakan dan sesetengan tidak perlu kott.

Contohnya,novel MyPI dan ILUS,tak perlu untuk drama atau filem.Macam mana nak membawa watak Firman dan Iris tuh.Sesiapa yang baca mesti akan faham scene yang macam mana.Memanglah tidaklah over,tapi kita ni orang timur kott,mana mungkin nak berkemban-kemban.Mahu kopiah tok-tok imam masjid turut berkembang kott.

MyPI dan ILUS sesuai dan best sebagai naskhah untuk dibaca, tak perlu untuk dilakonkan.Tapi aku rasa novel-novel yang perlu difilemkan ialah buku-buku Bahruddin Bekri.Haaa...yang ni sesuai kott.

If i'm not mistaken,dah ada drama doa untuk aku di Astro.Aku tak pernah tengok plus novel dia pun belum habis baca lagi.heeeeee..Novel-novel cenggini bolehlah kalau nak didramakan.

Ini pandangan aku jer.Jangan pulak duk maki aku.Terpulang pada individu la kan.Apa pun aku tetap sayang buku,so,aku tak pernah berharap novel-novel yang aku suka didrama atau difilemkan sebab aku tahu,yakin dan percaya,cerita itu tidak akan sehebat sebagaimana kau membaca dalam buku...aaargghh..feeling i tell you.

 Sekian,luahan tentang novel dan drama.

Happy December,uoolsss..


katahatiku1:Tuhan,aku derita dalam kehilangannya.I mean it forever.