30 October 2010

doa buat mereka



Ya ALLAH Ya Ghafur

ampunkan dosa2 mereka dari dulu,kini dan akan datang

Ya ALLAH Ya Quddus

redhailah perjalanan hidup mereka didunia dan akhirat

Ya ALLAH Ya Rafi'

jadikan mereka anak yang soleh solehah buat umi dan ayah

Ya ALLAH Ya Salam

jadikan mereka hambaMU yang bertaqwa dan istiqamah

Ya ALLAH Ya Fattah

lapangkan dada mereka ketika menimba ilmu2MU

Ya ALLAH Ya Razzaq

murahkan rezeki mereka dengan rezekiMU yang halal

Ya ALLAH Ya Mujib

makbulkanlah segala permintaan mereka jika itu yang terbaik

Ya ALLAH Ya Hafiz

jauhkanlah mereka dari segala musibah dan fitnah dunia

Ya ALLAH Ya Mu'iz

tetapkan iman mereka hanya untuk beriman kepadaMU

Ya ALLAH Ya Kabir

tenangkanlah hati mereka andai mereka resah dan gelisah

Ya ALLAH Ya Muhaimin

jagalah hati mereka agar tidak berpaling dariMU

Ya ALLAH Ya Hakim

kurniakanlah mereka kecemerlangan dalam ujian dunia

Ya ALLAH Ya Wasi’

kurniakanlah mereka kebahagiaan dalam kehidupan ini

Ya ALLAH Ya Rahim

kuatkanlah ikatan hati dan ukhuwwah kami

Ya ALLAH Ya Rahman

dengarkanlah,perkenankanlah...


Notakakiku1:Ya ALLAH,jagalah mereka sebaiknya kerna ku tahu ku tak mampu menjaga mereka sebaik KAU menjaga mereka.

Notakakiku2:Sedang bergelut untuk membuat satu keputusan yang penting,permudahkan urusan kami semua..apa2 sahaja,saya redha,itu yang terbaik,disaat final exam menjelang,perlu bertarung untuk sesuatu yang berat...senyum sajalah..(",)

Notakakiku3:saya sentiasa berusaha untuk menjadi kakak yang terbaik buat mereka..mahu fokus pada rawatan tradisional pula.

28 October 2010

sorry





I’m sorry of being so emotional
I’m sorry of being so possessive

I’m sorry for the tears you shed
I’m sorry for the damage I made
I’m sorry I’ve made you sick
I’m sorry I’ve hurt you so deep

I'm sorry that I hurt you.
It's not what I meant to do.
In expressing the feeling
Can we start the healing
And like many times before,
Lets make love and say no more.





*session heart 2 heart:semua yang telah saya sakitkan hatinya dengan kebenaran bermula minggu lepas sehingga kini,jujur,kebenaran itu pahit namun ia pasti indah kemudian hari..maaf atas segalanya.




notakakiku1:sangat2 maaf atas segala ketidakpuasan kalian..sayang kalian sangat2..
notakakiku2:saya tidak menuntut sebarang kesempurnaan,yang saya harapkan hanyalah yang terbaik.
notakakiku3:untuk anda2,pasti anda sedar post ini untuk anda.

26 October 2010

Untukmu Untukku Jua


Hidup adalah silih ganti antara nikmat dan musibah.
Apa yang penting, hati kita mesti selalu berbaik sangka dengan takdir tanpa mengurangkan sedikit pun kesungguhan kita untuk mentadbir.
Pujuklah hati kita dengan selalu berbisiknya, insyaAllah apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Hati ini adalah milikNya, andai ingin menyakitinya...
kembalilah tanya pemiliknya, Rabbul 'izzati..




notakakiku1:syukran to faaza...

25 October 2010

redha


semakin menjejak dewasa,saya makin sensitif
lidah berkata redha disebalik kata hati yang menafikan.

saya mahu redha atas takdir hidup ini
ameen,Ya ALLAH...





i'll let u go...

18 October 2010

~dirimu diuji~



Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan lah hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada ALLAH s.w.t. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNYA. Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang2 yang dikasihi Allah.. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husnu dzonnya engkau pada ALLAH sw.t.


    Ya ALLAH Ya Tuhanku, KAU permudahkanlah segala urusanku,
    hanya kepada ENGKAUlah aku berharap,memohon pertolongan,
    ku mohon kekuatan,ketabahan dan kesabaran dari-MU agar dipermudahkan dalam menghadapi segala urusan sehari-hariku,
    Sesungguhnya kepada Engkaulah ku berharap dan memohon pertolongan.
    Amin Ya Rabbal ‘Alamin

notakakiku1:buat dirinya,doaku selalu untuk kamu agar bahagia dan tenang2 selalu..

15 October 2010

~21..MATANGkah saya??


Assalamualaikum Warahmatullah

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH...
syukur...syukur dan syukur...hari ini saya masih hidup...meneruskan rantai-rantai takdir yang tertulis atas nama saya...sangat2 bersyukur...

Di kala ini,saya terfikir cukup baguskah saya ketika ini?amal pula bagaimana ya?Hablun minna ALLAH dan Hablun minna nas sudah sempurnakah??owhh,sungguh...saya tidak pasti,yang penting,banyak lagi yang perlu dibaiki.

Selain itu,saya juga terfikir sudah matangkah saya...21..sudah boleh buat keputusan sendiri,sudah cukup umur untuk mengundi,memilih pemimpin yang terbaik,21..sudah segala-galanya...haha..tapi siapa tahu..sejak 9 tahun lepas,saya sudah diajar untuk berdikari,sudah dididik untuk membuat keputusan sendiri,sudah jua segala-galanya...hanya yang tahu mengerti siapa,bagaimana dan kenapa...

Mengambil peluang yang ada,saya kalungkan jutaan terima kasih seharum wangian syurga Rayyan buat umi ayah kerana sudi melahirkan,menjaga dan mendidik saya sehingga hari ini.Terima kasih kerana sudi melahirkan saya biarpun umi dinasihati oleh doktor agar menggugurkan saya ketika itu (umi mengalami komplikasi ketika mengandungkan saya sementelah saya kandungan sulung beliau) ..huhu..sedih kan???terima kasih,umi...kalu tak,tak wujud saya ketika ini,tak wujud juga blog ini..hehehe

Tiada keinginan yang melampau yang saya inginkan sekarang ini,tiada hadiah2 yang diharapkan dari sahabat2,tiada permintaan2 yang keterlaluan yang saya mahukan,apa yang saya harapkan ialah ALLAH meredhai saya dan keluarga saya.Itu sahaja.Apa yang tidak sempurna,saya tidak peduli lagi,cukuplah ALLAH menjaga kami semua didunia agar kami berbahagia di akhirat sana.Doa saya juga agar dikuatkan iman dalam hidup ini.

"Ya ALLAH, ampuni dosa kedua umi ayahku, dosa-dosa silam dan kini,
jadikan aku anak yang solehah buat mereka,
jadikan aku anak yang dapat membahagiakan mereka,bukan sahaja didunia tapi anak yang dapat memberi saham di akhirat sana,
ya ALLAH,apa pun yang telah berlaku,
ku akui sejujurnya,ku sayang mereka selepas KAU dan Rasulullah,
Ya ALLAH,walau apa yang terjadi,
ku akui sepenuh jiwa,ku masih memerlukan mereka dalam kehidupan ini selepas KAU dan Rasulullah,
Ya ALLAH,bagaimana peritnya takdir kami,
ku yakin setulus hati,mereka masih cinta hatiku selepas KAU dan Rasulullah,
Ya ALLAH,kurniakanlah UMI & AYAHKU
kesenangan,ketenangan,kecemerlangan dan hidayah dari-MU dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup didunia dan diakhirat kelak...
insyaALLAH,
YA ALLAH,istajib du'ani,Ya ALLAH"


Tidak lupa juga,saya lafazkan ribuan terima kasih buat semua sahabat2 yang mengwish saya,FB ,hp dan segala-galanya,kalian memang sweet..sangat sweet...tegur saya andai saya mulai silap dalam kehidupan ini,saya tidak pernah sempurna,saya memerlukan kalian untuk membantu saya menjadi yang terbaik..

"Dipersimpangan kehidupan,ku dipertemukan dengan kalian,
sahabat2 yang membuatku mengenal erti kehidupan,
terima kasih,wahai kalian,sahabat2ku..
Ya ALLAH,sematkan cangkiran cintaku buat mereka agar ukhhuwah yang bertaut dan berpaksi kasihMU ini kekal hingga syurga,
Ya ALLAH,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat,
Ya ALLAH,
istajib du'ani,
Ya ALLAH.."


*Nak birthday gift dari yang latifah,sangat2 membuak2 mahu tudung cam beliau...ngeee...
*Still waiting the greatest wish from dia...dia....



notakakiku1:TERIMA KASIH buat semua...more than words can say..wink2..
notakakiku2:doakan agar saya lebih baik dari sebelum2 ini..

13 October 2010

~tag meeranamera~

~Ditag oleh roomate terchenta,meeranamera...
nah..amik ko..abis hutang...


5 names that friends call

* Along (family only dan memang special bila dipanggil along)
* Qilah (majoriti kawan2 bermula abimians,maahadian,kmkians,unisel dan jarang2 di umpiaz)
*Qiela or Qeela (nama pena di blog,juga panggilan sahabat2 iLuvislam,com dan umpiaz,nama ini mula merebak..kih2)
*Qeel (hanya kak ros iluvislam dan siti yang latifah sahaja memanggil nama manja ini,dan saya sangat2 suka)
*Qee_ladybird ( i love ladybird soo much,nickname hampir disemua social networking---->YM,SKYPE....)


5 most important dates in your life

* 15 oktober --->birthday diri sendiri,thanks umi ayah
* 29 mei ---------->birthday umi terchenta
* 01 oktober----->birthday ayah terchenta
* 14 Rabiul Awwal--->birthday diri sendiri dalam kalendar hijrah
* semua birthday adik2 saya dan sahabat2 saya----->setiap hari ada birthday


5 things you have done yesterday

*download movie dan drama2
*tengok syurgamu ramadhan
*siapkan tutor math (rajin tak??hehe,penangan nak test minggu depan)
*clearkan segala bagai isi perut laptop ke hard disk----->dah terlalu berat
*umi call sambil bergelak ketawa


5 ways to be happy

*bila baca Al-Quran (tarbiyah ketika short sem itu sangat bagussszz)
*selalu senyum (",)
*bersangka baik atas segalanya
*selalu positif
*menggodek segala jenis gambar2 yang terakam baik family atau friends


5 gifts would you like to receive
http://www.emocutez.com

* nak koleksi tudung labuh (sehelai nak mitak free dari yang,tapi tahu dia nak kasi ke idok..hehehe)
* nak koleksi citer detective conan yang manusia (love damn much)
* nak buku Chicken Soup For The Soul (teringin sejak tingkatan 3 lagi..huwaaa..sangat2 lama)
*

5 favourites hobbies

* online----->asal online jer,tak chat,tak main FB pun takpe,asal online
* tengok movie
* snap pic kemana sahaja pergi (thanks ayu's cam..kih3)
* hangout dengan umi ---->dapat beli macam2..hehehe..
*

5 places you want to go for vacation

* Mekah---? haji untuk 1 family
* Mesir-----?ramai skandal disana...hahaha..
*

5 favourite drinks

* air teh pagi2 yang umi selalu buat
*neslo kafe ump
*sunquick ais kafe eksekutif
*milo ais Chillies Restaurant
*air mineral--->dahaga time malam2


5 things you always found in your room

*lappy terchenta
*buffy terchenta
*electronic stuff--->hp,charger,kabel,pendrive
*pic family
*losyen mustajab


5 favourite clothes colours

*biru cair (sweet)
*hitam (nampak kurus..hehehe)
*pink (feminin)
*ungu (chomey cam biru)
*putih (suci)


5 favourite bands

*tak tahu dan tak nak jawab


5 favourite people

*umi yang sporting,kelakar dan lawak
*ayah yang baik untuk segala duit belanja
*adik2 yang berbagai2 ragam dan perangai,bising,kecoh,kepoh
*sahabat2 yang ada aura masing2,sengal,gila2,takleh tinggal sorang sekalipun
*Ruby-->kawan unisel saya,sangat2 teringin mahu berjumpa dengan dia


5 hangouts

*tidak tentu
*asal ada duit dan makanan
*tak nak jawab dah


5 person you love so much

* umi yang sporting
* ayah yang baik
* adik2 yang macam2 gelagat
* sahabat2 yang sengal2
* .....

5 reasons you answer this survey

*ambil hati si mira dan bayar hutang
* boring
* untuk update blog
* supaya kenal saya siapa
* sebab saya suka


Lastly,please tag 5 losers

*sheyna (blogger baru)
*ayu (kembar saya)
*nana (nak suh dia update blog)
* rai (kawan seangkatan dalam kerja2 gila)
* nenes (suka merapu raban nga dia)


notakakiku1:memang takde manfaat..tapi kena langsai nga mira..sian dia nati kan??
notakakiku2:Alhamdulillah,saya makin terurus,doakan atas segalanya.
notakakiku3:mira...maaf,lambat jawab tag...

08 October 2010

~Hari-hari yang berlalu~


In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Mari bersama berdoa kepada ALLAH, agar kita sama-sama sihat dalam nikmat IMAN dan ISLAM yang dihadiahkan olehALLAH SWT kepada kita.

Assalamualaikum Warahmatullah


ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH..itu yang mampu diucapkan..selesai sudah minggu yang genting kali ini..sedang bersiap sedia menghadapi mingu2 seterusnya...

Owhh..sangat2 teruk rasa minggu ini..bermula dengan hari isnin yang tidak tahu sebab musababnya,sumer satu batch kena marah..ermm..sangat2 rasa tidak puas hati..esok pulak,kena marah lagi..ditambah pula dengan segala bagai assignment..Ya ALLAH,rasa mahu menjerit separuh hati rasanya...hari2 perlu menghadap assignment..hari2 kena presentation..owhh...memang dugaan orang belajar bukan??terima jer la... :-)


Namun ,kali ini saya memang nekad,setelah saya balik cuti raya hari tue,saya dah berjanji,tidak mahu mengalah lagi,rasa susah,sukar dan perit,namun sabar jer laa...petang selasa tue,boleh dikatakan,sumer down,semua itu terpancar jelas melalui status2 FB dan YM masing2..Ya ALLAH,tabahkanlah hati kami semua...

Sungguh,kadang kala saya terfikir kenapa kami jer yang sibuk,kan??kos lain camne lak..entahlaa..hendak kata,buat kerja last minute,tangguh2 kerja,rasanya tidak,buktinya,takkan la satu kelas,satu batch kan tangguh kerja..budak2 cina yang rajin pun turut sama mengadu akan keadaan kami...so,terbuktilah,kami cuba sedaya upaya..entahlaa...


Banyak pengajaran yang dapat dikutip sepanjang minggu ni,sangat2 melatih kesabaran saya..saya mengaku,saya kurang sabar,tapi,kali ini,ALHAMDULILLAH,saya dapat mengawalnya,saya selalu ingatkan diri,mungkin tengah tertekan,jangan lihat keburukan,sila lihat kebaikan...sabar2..senyum sajalah..

Paling saya sangat2 terkilan,saya terfikir,saya sangat taksub dengan kerja ke??Ermm,saya sangat2 rasa bersalah buat sahabat2 yang menegur saya di FB dan YM,mahupun mesej2 di hp,saya tidak reply,bukan??
saya sangat2 bersalah dengan anda2,ketahuilah,anda2 sangat2 bermakna buat saya,jujur,saya yang tidak pandai bahagi masa untuk melayan anda2..asiff jiddan..paling saya terasa,bila saya lupa 8 oktober ialah birthday adik saya sendiri,saya lupa untuk call dia,ALHAMDULILLAH, maghrib tadi,sempat saya titipkan ucapan buat dirinya melalui fb.....saya seorang kakak yang teruk,bukan??dalam otak dan minda saya,hanya ada kerja2 kuliah sahaja...ermm..maaf yerr..

Saya sangat2 mengejar dateline,YM,oovoo dan skype saya hanya berfungsi buat sahabat2 kuliah,yang mana saya peruntukan untuk kerja2 assignment saya,dan saya juga available buat sahabat2 satu team artikel iluvislam.com,ini adalah sangat penting..yer la kan,saya ni dah la lama dah tak masuk menggodek googledocs,so,mana la taw kan masalah dan info2 baru,perlu la untuk saya update juga,ermm..yang lain,saya sangat2 maaf...saya bukan tidak mahu melayan anda,namun,sangat2 tidak sempat..tidur pun ala kadar jer..


Biarla..minggu itu sudah berlalu....sungguh,saya hargai,,sangat2 hargai...minggu yang indah dan penuh menarik,beginilah hidup,ibarat nasi lemak,tidak sedap dan istimewa jika tiada sambal,ikan bilis dan telur,begitulah hidup,mesti tak best jika tiada perasa2 berbeza..sungguh,saya hargai...walau sangat2 "kureng"..


Sekarang,saya rasa mula bernafas..tapi untuk seketika sahaja,perlu fokus kepada final..erm..sangat2 berharap agar saya dapat kembali menjadi normal..Doakan saya,doakan jua buat teman2 seperjuangan saya disini..


*Perlu menyusun jadual semula untuk kembali bertugas diiluvislam..yer la kan, dah kena sound nga boss..huhuhu..
*perlu membalas segala bagai mesej2 hp,fb dan ym yang tergendala sebelum ini..InsyaALLAH,saya akan lakukan untuk semua...
*Perlu menyiapkan video untuk BCS yang tertangguh sejak cuti hari tue...
*Perlu menyiapkan baki2 assignment yang perlu disegerakan..ni paling penting..perlu juga untuk menyedia fakta2 dan auta2 untuk presentation akan datang...hahaha...present math..siap la nati!!semoga dipermudahkan..





~selamat hari lahir,bro~


notakakiku1:Hanya sekadar mengupdate blog saya yang tidak seberapa..hehehe
notakakiku2:Orang akan cakap,dah nama belajar,biasa la tue..mestila banyak kerja,bagi saya,anda tidak kenal dan faham saya siapa dan bagaimana..apabila anda berada ditempat saya,anda akan rasa bagaimana dan mengapa...saya adalah saya..
notakakiku3:Bukan berniat mahu mengeluh,namun menjelaskan kepada semua yang terlibat apa yang telah berlaku..saya tidak pernah sempurna..
notakakiku4:To all BCS 09/10...kalian sangat2 hebat...jom,semangat2!!segalanya bagai warna warni bila berada bersama kalian..
notakakiku5:Buat semua yang memahami,maaf jika ada terkasar bahasa,terguris rasa,terima kasih juga atas semangat2 anda,thanks for ur good job,buat yang terkurang kasih dengan saya,maaf okies..i'll try my best to be the best for u....(memang khas untuk teammates2 saya dalam sumer group)
notakakiku6:~berikan saya nafas untuk seketika~