24 December 2012

Anda akan rasa sekiranya anda pelajar UMP...

Assalamualaikum..

Saat-saat hampir meninggalkan bumi gambang ini,mari kita kita review semula...

Anda akan rasa sekiranya anda pelajar UMP...

1- Anda semestinya faham makna e-comm, sharing, OR......
2- Anda wajib membeli di Ina Shop sekalipun dalam hati memaki hamun harga barang-barang kat situ.
3- Pelajar perempuan stress tinggal di KK3 disebabkan kunci pagar tepat jam 12 malam.
4- Anda akan/pernah makan di Safiyyah walaupun sekali...sedak wooo gua cakap.
5- Kita akan jumpa orang yang sama setiap hari tapi tak kenal pun.
6- Setiap hari pening fikir nak makan apa untuk hari ini.
7- Megamall dan ECM satu-satunya tempat outing pelajar UMP. KP tak layan mana boh.
8- Dulu masjid UMP digelar kilang, sekarang digelar Masjid Petronas.
9- UMP ada dua kampus, Gambang & Pekan. Masing-masing digelar dia budak Pekan, awak budak Gambang,padahal semuanya UMP..kata 1 UMP.
10- UMP ada pasar malam sendiri, setiap petang rabu.
11- Satu-satunya universiti yang berada di tepi highway. Lepas tol jer, terus nampak UMP.
12- UMP ada jejantas menghubungkan dewan kuliah, pentadbiran dan etc dengan Kolej Kediaman 4.
13- UMP memang ada guard yang suka saman student.Kadang-kadang ada yang baik, sporting tapi jarang lerrr.
14- UMP memang suka buat jamuan makan-makan free. Antara korang malu atau tidak,mahu atau malas jer.
15- UMP Gambang dikelilingi anjing, UMP Pekan dikelilingi lembu. Lepas ni UMP mungkin boleh jadi Universiti Penyelidikan Zoo.
16- Event-event besar selalu buat kat kompleks sukan. Event sederhana besar kat astaka. Event kecil-kecilan hanyalah di blok W.
17- Pelajar lelaki tahun 1 majoriti pakai basikal.Dah jadi senior upgrade pakai motor/kereta.
18- Ada court basketball depan KK3 tapi student lelaki yang selalu main.
19- Ada kiosk maxis oooo dalam kafe student.
20- Student wajib ambil briged siswa exclude student yang join badan-badan beruniform (Wataniah,Sispa,Suksis etc)
21- Student final year mesti sibuk dengan PSM, wajib untuk semua fakulti.
22- Sejak-sejak ada OR (Open Registration), semua student mesti stress pada malam OR dibuka.
23- Hanya ada dua kafe utama di KK3 & KK1. Semua kebulur bila makanan habis.
24- Semua bengang dengan akak-akak kat Ina Shop.Tak pernah senyum.
25- Shower dan bilik air selalu full time 7.30 am dan 7.00pm.
26- UMP ada sharing. Download apa sahaja movie dan siap boleh request lagik.U lain tak pasti.Takyah tengok wayang.Tunggu saja sharing mana upload.
27- Library sentiasa penuh time study week. Ramai ambil port menghadap highway sekiranya di UMP Gambang.
28- Pelajar UMP tidak boleh hidup tanpa PC/Lappy dan Internet.
29- Internet sentiasa free dalam bilik.
30- Sekurang-kurangnya, setiap orang mesti pernah study di One Stop Centre meghadap ATM CIMB.
31- Sekiranya ATM BIMB out of services, semua baru terhegeh-hegeh cari ATM Maybank.
32- UMP-KL hanya 3 jam sahaja. Ibarat seperti balik rumah sahaja.Jika ada event di KL,mesti balik hari.
33- Bilik MPP cantik dan terbuka untuk semua student, tapi semua malu dan segan nak masuk.
34- Pelajar-pelajar lelaki kuat main game Dota.
35- UMP Pekan banyak tasik.Kalau rasa nak bunuh diri, terjun terus kat tasik,takyah cari port lain.
36- UMP Pekan dekat dengan pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa.
37- UMP Pekan - UMP Gambang tersaaaaaaaangaaaat jauuuuuhhhhhh.Perjalanan 1 jam.
38- UMP Pekan dulu selalu takde air.
39- Simpang Gambang ada pasar malam setiap hari khamis.Pelajar yang gigih akan berjalan kaki untuk ke pasar malam tersebut.
40- Sejak KK3 dikunci tepat jam 12 malam, banyak maintenance ke atas pagar dijalankan memandangkan banyak 'lubang-lubang tikus'.
41- UMP femes dengan Oovoo dulu, sekarang skype.
42- Kalau ada masalah di UMP, page MPP mesti kena serbu dan dimaki.Kadang-kadang kasihan mereka.Entah mengapa dan tiba-tiba kena marah dengan student.
43- Bangun pagi mesti terus on pc/lappy, check fb kot2 ada announce kelas cancel. Tanpa gosok gigi.Gosok mata jer sebab kadang-kadang tak percaya kelas cancel.
44- Pelajar lelaki ke kelas pakai sempoi sahaja, seluar slack/jeans dan t-shirt berkolar. Nak tengok diorang pakai smart, tunggu hari presentation. Tak kesah subjek apa,fakulti mana. Siap tie lagik.
45- Student civil suka 'ukur jalan' sekitar UMP. hehe
46- Pelajar UMP wajib ada jaket fakulti dan warnanya berbeza mengikut fakulti. I punya hitam hokay.
47- Pelajar UMP kalau outing wajib ke kuantan. Tak pernah dengar nak outing ke raub,jengka or mentakab.
48- Bukan Majlis Perbandaran jer suka clamp tayar kereta, UMP pun pernah clamp tayar kereta.
49- Sesiapa yang kena kompaun, boleh buat sesi rayuan untuk kurangkan kompaun.
50- Semua warga UMP mesti ada akaun E-Comm.
51- Student UMP suka buat dan makan steamboat. Masak guna rice cooker jer pun.Tapi sebab ramai,maka jadi best.
52- Kalau student yang guna kereta duduk kat KK4 nak ke kelas, kena redah jalan berlubang & lecak atau pusing jauh gila sampai kat Tol Gambang. (Darimo Roslan)
53- student UMP memang suka berniaga...dadih, hotdog n lain2....kete sewa pon ada (IMRAN)
54- kat UMP, student boleh pelihara haiwan peliharaan... kucing, arnab, ikan, lembu (?????).. dan sebagainya.(Nazziman)
55-Student lelaki selalu datang lambat sebab KK2 jauh dari lecture room (alasan semata-mata)(Nazziman)
56- Kalu ada kelas lepas smayang jumaat, g kelas pakai baju melayu n kopiah coz malas nak tukar.Ada tuh siap macam pengantin baru pula.hehe..(Nazziman)
57-Kalau budak perempuan Gambang pegi Pekan... semua mata terbeliak sebab kebanyakan budak UMP Pekan hensem2... dan kalau budak lelaki Pekan datang UMP Gambang, semua terbeliak biji mata sebab budak2 perempuan kat Gambang comel2..(Shada).
58- Setidak-tidaknya pelajar perempuan KK3 pernah/akan masuk kolej melalui lubang-lubang tikus even hanya sekali.Tipu la kau kalu tak pernah buat macam gitu.Aku pun pernah jugak.hahaha.


UMP, No matter what, i'm gonna love you forever and ever.




Kalau ada lagi, sila-sila la tambah....heeee....gurauan semata-mata.


Next :  Anda akan rasa sekiranya anda pelajar  FSKKP UMP...




katahatiku1: Sesajer merepek malam-malam.Tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
katahatiku2: Bakal meninggalkan UMP..sobsobsob.....







Anda akan rasa sekiranya anda pelajar FSKKP UMP...

Assalamualaikum..

Saat-saat hampir meninggalkan bumi gambang ini,mari kita kita review, sebelum ni kita buat untuk UMP, ini kita buat untuk fakulti pula.


 Anda akan rasa sekiranya anda pelajar  FSKKP UMP...

1-  Satu-satunya pelajar yang tak boleh hidup tanpa laptop dan internet.
2- Tak suka coding tapi time projek,pandai dan boleh pulak kau siapkan coding. Supernatural power gitu.
3- Kalau masuk lab kofem bukak FB, twitter, youtube bagai, sebab laju giler. Lecturer tak kasi pun,kau on jugak.Padahal bukan buat apa, sajer nak kasi hijau icon fb jer.
4- Sejuk gilerrr dalam lab. Rasa cam duk kat oversea.Tapi ada gak lab yang suam-suam kuku.
5- Majoriti lecturer FSKKP sporting dan best. Tak menyesal jadi family fskkp.
6- Buat HOT kat lab dan boleh bawa segala mak bapak nenek nota bagai.Tapi tak pernah jugak dapat full mark.
7- Selalu berharap dalam final exam juga boleh bawa nota-nota.Tapi hampeh.
8- Satu-satunya fakulti yang ajar cara nak format pc tapi gua baru berani sem ni format.hahaha
9- Semua pelajar fskkp ada akaun msdn.Boleh download seriey key dan installer2  secara percuma.
10- Sebelum naik jumpa lecturer kat tingkat atas, mesti lepak-lepak kat kerusi bawah.Tengok tv seround.
11- Lecturer lelaki tingkat atas sekali.Penat woooo nak menapak....
12- Semua orang sangka student komputer tahu macam-macam perkara,hakikatnya tak semua orang okies.
13- Kami ada blok M.Kat blok M ada PC Mac Apple.Keyboard kecik ooo.
14- Karnival PSM kami macam pesta.Meriah ok.
15-Setiap sem mesti ada lecturer sambung belajar.
16- Wajib ada skype.Senang share nota dan coding.kahkah
17- Satu2nya fakulti yg gunakan moodle dengan sepenuhnya. Kuiz online moodle, submit psm moodle, forum pun moodle.Segalanya moodle. (Nazziman)
18- Bilik timbalan dekan jadi bilik mengumpat dan mengutuk kalau bosan. Boleh berjam-jam kalau duk berborak dalam bilik timbalan dekan.(Nazziman)
19- Bila student parking basikal kat dean punye parking automatic kena sound kawkaw dgn kak is (Ayu)
20- Sebelum balik kelas mesti nak p fac..takdak tujuan..hanyalah sekadar mahu amik angin air cond. (Ayu)
21- Dalam fskkp, gua ada gegurl-gegurl gua...missing them so much.



Ini coding budak komputer...



haa...tu jer laa..malas dah nak taip banyak-banyak.


katahatiku1 : Akan merindui fskkp juga nanti...


15 December 2012

Gegurl-Gegurl Kesayangan Saya

Assalamualaikum..

Haa...dah taw,minggu ni minggu yang busy, tapi macam biasa, blogger perangai gaya gini selalunya akan sibuk update blog jugak.Tinggalkan OOP ku seketika.

Alhamdulillah..dapat jua ketemu semua gegurl kesayangan. Nana & Madi safely arrived at UMP pada sabtu semalam.Apalagi,macam-macam la ceritanya.HAHAHA.Rinduuuu.....

Petang sabtu juga,kami sempat planning birthday party untuk kak nini & ayu.

Arrghh...malas nak taip panjang-panjang, pictures can tell everything.

~Happy Belated Birthday to both of You~


Blackforest Cream Cake

Kau suap aku, aku suap kau..
sayang menyayang, cinta dikenang..lalala

selain bergalok, ni aktiviti haram mereka.


Tak banyak gambar sebenarnya, semuanya sensored untuk dimasukkan ke public.Walaweehh...heee..


Best friends have conversation that nobody understands. And its true. Only we know and understand. Thanks for coming and spend the best time together.Remembering all the wonderful things last night we have shared, leaning on each other, as we did this past year.Love u olss much more, more, and more.




katahatiku1: Sorry korang jika terkurang perhatian,almaklumlah kami berdua masih bergelar pelajar.hihi
katahatiku2: Thanks datang UMP wehh....

12 December 2012

Again...jodoh...

Assalamualaikum..

Welcome Disember 2012 dan bakal mengucapkan Bye Bye 2012.

Saya cuma terfikir-fikir dan sememangnya memang banyak fikir bila bosan-bosan (banyak memang), dengan phrase ini ;


Rasulullah SAW pernah bersabda :


"Salah satu keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya(mas kahwin)."

Saya fikir, bagaimana dengan perempuan yang lambat jodohnya?
Bagaimana dengan perempuan yang tiada jodohnya di dunia?
Adakah kurang berkat dirinya jika dia bernikah menjelang umur 30 tahun berbanding keberkatan dengan bernikah semasa umur 20 tahun?
Bagaimana mahu percepatkan jodoh dirinya sedang si pria masih belum kunjung tiba?

Dan saya konfius. Namun, saya tersedar bila phrase ini berkibar-kibar di layar mata.


Allah Swt berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah: 216).


Jodoh itu rahsia ALLAH. Tiada siapa tahu, tiada siapa mengerti siapa,bila dan bagaimana ia dipertemukan.

my friend said;
my name is I
my problem is LOVE
my solution is YOU

hahahaha....


Jadinya, bukan risau pun tentang jodoh, cuma mahu bagi cliche untuk entry wish.hahaha. ;p



Kesimpulannya,

Selamat Pengantin Baru buat semua sahabat yang melangsungkan pernikahan sepanjang Disember 2012 ini. Jutaan kemaafan atas ketidakhadiran.


Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Penyayang,

Ya Allah Ya Tuhanku,
telah kau catatkan mereka berdua bersama,
titipkanlah kemesraan diantara mereka agar kebahagian itu kekal abadi,
seiringkanlah mereka dalam melayari bahtera perkahwinan,
jadikanlah mereka pasangan yang bahagia dan berkekalan buat selamanya,
hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah mereka zuriat yang sempurna,
beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu

Ya Allah Ya Tuhan kami
Andai kau berkenan limpahkanlah kepada mereka,

Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
Jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.



Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi mereka, maka
Cukuplah permohonan mereka dengan redha-Mu,
Jadikanlah mereka sebagai suami isteri yang saling
Mencinta di kala dekat dan jauh,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingat di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan dalamperibadatan.



Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan mereka dengan menjadikan
Perkahwinan mereka ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti pengikutan dan cinta mereka kepada sunnah Rasul-Mu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Amin Ya Rabbal Alamin





katahatiku1 : Allahu Rabbal 'Alamin..please give me the best ever for myself and my religion.



01 December 2012

Anakku Permata Hidupku


Assalamualaikum.

Ini adalah cebisan sharing dari seorang sahabat di facebook. Tertarik dan menarik hati untuk ditepek disini.

[ Anakku Permata Hidupku ]


Mahu aku cubit-cubit, gomol-gomol juga pipi budak ni..
Inilah tajuk Bicara Wanita di KTC pagi tadi. Petah betul Ustz Siti Norbahiyah berceloteh, penuh ilmiah, ditambah pula dengan cambahan idea suaminya. Dua-dua pandai menarik hati penonton. Walaupun rata-rata penonton terdiri daripada golongan ibu, namun, kami sebagai golongan pertengahan faham apa yang ingin mereka sampaikan. Penggarapan ilmu membentuk keluarga bahagia :)


* Antara tips-tips yang sempat dikutip ialah tentang cara-cara menjadi permata keluarga (anak soleh). Pastikan dalam keluarga ada aset aset 3B (Berharga, bangga, bahagia).

* Tambahnya lagi, nabi pernah berkata, orang yang mandul itu sebenarnya ialah ORANG YANG MEMPUNYAI ANAK, TETAPI TIDAK BOLEH MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ORANG TUANYA.

* Amalkan ayat Al-Quran surah 74 :)

* Menjaga pemakanan dalam keluarga.
i) pastikan punca rezeki HALAL
ii) beli brgn HALAL, produk muslim !
iii) air tangan sendiri~masak sendiri baru boleh bahagia ^^



* DOA IBU - doa ibu tiada hijab, senang makbul. Jadilah ibu yg selalu mendoakan anak2~

* Campakkan kasih sayang dalam famili
i) selitkan kata-kata semangat (elakkan perkataan kenapa, sebaliknya gantikannya dengan mengapa dan bagaimana)
ii) selalu bagi hadiah pun boleh pupuk bahagia :)
iii) sentuhan fizikal ( buat2 sakit kpala suruh mak urut..hee)
iv) luangkan masa bersama
v) memberi khidmat (saling membantu...apa yg penting? kerjasama)

* Tips2 untuk ibu mengandung
i) 6 bulan pertama masa plg baik untuk didik anak dalam kandungan.
ii) doa banyak2 \(^^)/
iii) banyakkan membaca Al-quran selepas minggu ke 14 (drp kebiasaan)
iv) amalkan...
mggu ke 14- surah yusuf, supaya anak cantik.
mggu ke 24- surah luqman, supaya anak bijak.
mggu ke 36-surah maryam, supaya anak menjadi penyabar dan senang melahirkan anak :)
~ selepas melahirkan, jika air susu susah nak keluar, amalkan surah Al-Hujrat.

Suami ustazah turut memberikan doa-doa untuk diamalkan, jika kita yakin, insyaAllah~

Nak anak pandai belajar?
-Al-anbiya ayat 79
Kalau anak suka bergaduh?
-Al-baqarah ayat 102
Anak malas sekolah?
-Surah thoha ayat 1-5
Anak suka keluar malam?
-Surah Ar-Rom ayat 131.

Apa yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk itu juga datang daripadaNya namun disandarkan kepada insan yang membuat catatan ini. Wassalam :)



katahatiku1: Thanks for najwa, semoga dipermudahkan segala urusan.
katahatiku2: Masih runsing untuk satu perkara yang entah bila mahu selesai..