30 January 2010

orang BERJAYA


Perjalanan hidup kita tidak ada masa rehat atau henti.Langkah demi langkah mesti diatur.Mereka yang tidak berkejaran memburu dan membina peluang hidup akan berdepan dengan sengsara kematian sebelum mati.Renungilah sejarah para rasul.bilakah masa mereka cuti dan pencen?Walhal mereka adalah orang terpilih dibawah payungan ALLAH.

"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah"

Al-Balad/4

Renungilah sejarah setiap anak kecil yang sentiasa bergerak dan aktif,padahal apakah yang didapatnya dengan pergerakan yang berterusan itu?Rupanya disitulah langkah pertama dan peringatan awal untuk hari depannya bahawa hidup adalah perjuangan yang mesti sentiasa aktif dan cergas.Jika tidak,gelombang hidupnya akan melontar dirinya ke suatu lokasi yang memeritkan hidup dan matinya.Mahu tidak mahu,manusia mesti bekerja keras mencapai matlamat agung iaitu KEREDHAAN ALLAH.

Pengalaman orang yang berjaya perlu diikuti.Dan pengalaman orang yang gagal jangan dipeduli.

Jangan bertanya orang-orang yang gagal,kalau mahu berjaya.Dan jangan bertanya orang-orang yang berjaya,kalau mahu gagal.

Orang-orang yang berjaya sahaja yang tahu jalan kejayaan.Manakala jala-jalan kegagalan sebenarnya tidak diketahui pun oleh-oleh orang yang gagal itu sendiri.Kalaulah mereka tahu,tentu mereka tidak mahu melaluinya,kerana tidak ada orang yang mahu gagal dalm hidup.Inilah keganjilan hidup.


notakakiku1:Huhu..agak lama blog ini tidak di update..

-kekangan masa dengan hal-hal akademik

-masalah internet dan lappy tersayang

-kekeringan idea yang gersang amat…

23 January 2010

weekend....


nothing much to say..soo tired this weekend....just see the one of my favourite blog

E.X.P.E.R.I.E.N.C.E



Notakakiku1:Ramai dah sahabat2 aku yang aktif berblog,so,malas nak komen citer yang sama..just share link jer la...

20 January 2010

Dengki Dan Irihati




Tajuk :
Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya


Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.
Riwayat Hadith al-Bukhari


1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.


notakakiku1:tengah jeles dengan salah satu kebaikan seseorang..huhuhu...
notakakiku2:sumber dari ini.

16 January 2010

antara sabar dan mengeluh


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu," Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: "Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.



notakakiku1:terasa lebih energetic selepas mendapat motivation dari Puan Faridah,kaunselor UMP..thanx atas program yang dianjurkan,amat2 dihargai...
notakakiku2:supaya aku menjadi orang yang lebih sabar seperti dalam cerita di atas...juga jangan ego..huhu..

12 January 2010

Imanku...


*Iman dihati jua mampu bertukar musim.Bukan cuaca menjadi punca.Namun bagaimana kita membajainya.Iman bukan terletak pada luaran tapi tersudut kemas dalam lubuk hati.Carilah sejenak masa dari usiamu.Nilailah imanmu.Adakah alpa bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas?Atau seperti musim luruh,gugur satu persatu dan akhirnya tandus?Mungkinkah bagai musim salju yang dingin dan sepi ?Atau indah mewangi bak musim bunga?Tepuklah dada,tanyalah IMAN!!!

*Jika hari ini,imanmu musim bunga,esok lusa mungkin bertukar rupa.Namun,mari kita sentiasa berusaha,kearah memastikan iman kita sentiasa dimusim bunga.Amiinn...

09 January 2010

Family Day SAHAM 2010

Alhamdulillah,setelah bertungkus lumus hampir 2 minggu,akhirnya berakhirnya jua Family Day SAHAM bagi sesi 2010.Program ini dianjurkan dibawah Unit Dakwah Luaran SAHAM dan berlangsung di Kg.Kempadang,Pantai Sepat pada 09 Januari 2010.

Pengalaman pertama menjadi AJK program di UMP,aku ditaklifkan sebagai AJK Pendaftaran & Jemputan bagi Family Day.Tugasku hanya menyiapkan kad jemputan untuk menjemput staff PIPI dan mengedarkannya serta menerima pendaftaran peserta.Hanya itu.Pada mulanya,agak sukar kerana timbul masalah untuk print kad tersebut tambahan pula seharian kelas full,namun berjaya juga kami lakukan.kenapa kami??ini kerana aku ada partner,iaitu Fauzani..thanx ya fauzani,tolong menjemput staff PIPI..

Maka alkisah,bermulalah kembara kami ke pantai sepat itu.Aku menaiki bas untuk sumer peserta muslimat..huhu..bas ni bertolak dahulu namun tiba lewat sebab sesat..apaadaaa..pak cik driver tu pun satu,ada ke tanya aku jalan mana nak ke pantai sepat...aduyaaiii..saya buka orang pahang pak cik oiii,jalan2 kat pahang ni mana la saya tahu,yang saya tahu Megamall,EC Mall,KP dan TC,so,kalu pak cik bawa lari nak jual kitorang pun memang saya pasrah jerr..(ada ke orang nak beli ??..hehehe)..

Setelah menerima arahan dari pak cik bas yang satu lagi,akhirnya kami pun tiba.Bermula jugalah agenda program ini mengikut tentatif .Alhamdulillah,kesemua modul yang disediakan berjaya dilaksanakan.

Jom cuci mata agar memori ini kekal dan bersatu dalam redhaNYA..insyaALLAH..




-ni la kad jemputan yang berjaya dihasilkan..soo simple..tapi ok la kott..aku memang suka wat benda2 yang guna komputer ni..hehehe..-



-masa nie kudapan time..suapan pertama hendaklah diberikan kepada sahabat sebelah kanan dan sebelum disuap hendaklah taaruf dahulu..soo sweet kan,tapi tak lama dapat tengok peserta main ni sebab terima arahan dari farah mitak ke tempat checkpoint explorace..huhu..-




-hahh..tengok..pada masa yang sama peserta makan,kami kena korek lubang tuk tanam kertas2 nie untuk checkpoint ke-5 dalam explorace..-



-pengarah program family day,akh amirul pun turut sama turun padang untuk sama2 mengorek lubang,memang bab kenakan orang cepat jerr...-


-sebahagian peserta muslimat yang hadir..masa ni baru nak mula ice breaking-




-antara AJK muslimin,tengah mendengar briefing terakhir dan tempat2 checkpoint dalam explorace-



-antara keperluan family day kami,kaki sape pun tak tahu la..maaf yerr..saya memang suka snap pic..-



MODUL 2:PASSING BELON AIR

-antara aksi2 mereka dalam modul ke-2,passing belon air.pecah dan jatuh dikira kalah,bersemangat betul mereka main,masa ni nak jugak main,tapi awal2 lagi kena warning nga kak imany..soo nasiblaa...huhu..saya memang suka dan kuat main-



MODUL 3:BANGUNAN TINGGI

-AJK yang sedang memberi arahan cara bermain,memang kena ada kerjasama yang kuat.
dari kiri:yaya,sakinah,k.ayu-


-cara main ialah,salah sorang ahli kena tutup mata dan membaling seberapa banyak pasir ke dalam plastik yang disediakan,istana pasir hendaklah dibina dengan menggunakan pasir yang berjaya dibaling sahaja..soo excited walau masa ni panas mula menerjah ke setiap liang saraf2..-



-makan tengah hari,kami makan dalam talam,aduhh,tiba2 rasa sebak time ni,tak tahu kenapa,tapi still berjaya habiskan nasi,bab makan no problem punya,sebenarnya sebak kerana kali terakhir makan dalam talam adalah semasa KPO ari tu,rasa rindu kat kak miminapis,sebab beliau adalah antara krew yang rapat nga aku masa KPO,kami sentiasa makan dalam satu talam,rasanya tidak pernah tidak,kalu pernah maaf la,saya rindu kat akak,rindu nak sembang2,rindu nak usik n kacau2 akak lagi,insyaALLAH,sebelum akak fly,saya datang jumpa akak..hehehe..(tiba2 ada luahan hati lak)-


-pic terakhir yang berjaya di snap,peserta muslimat di dalam bas semasa mahu pulang ke UMP,mesti letih kan..huhu..takpela,mungkin ada sesuatu yang akan kita semua dapat melalui program ini..insyaALLAH..-


*Semoga program kali ini banyak menyuntik input2 positif kepada semua terutama aku,semoga banyak berubah kearah kebaikan.

*dedikasi tuk sumer AJK:maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang menjalankan gerak kerja bersama.sesungguhnya,tempoh waktu itu amat memeritkan namun disitulah bermulanya sebuah ukhuwwah.

-thanks a lot tuk akh amirul dan kak dayah serta senior2 SAHAM yang banyak membantu,budi kalian amat dihargai.

-khas tuk sumer ahli dakwah luaran:Jom bersemangat handle program lagi,jangan serik2 lagi.(khusus ditujukan buat diri sendiri)

uhibbukum fillah....

maaf dihulur...kasih sayang diberi...moga kita terus istiqamah dlm perjuangan...

*dedikasi khas tuk sumer peserta Family Day:Maaf jua dipinta sekiranya ada kekurangan dalam program ini,namun ketahuilah itu hanyalah kenangan yang bakal terukir dalam memori kita.Syukran jazillan dihulurkan kerana memberi kerjasama sepenuhnya kepada kami,AJK pelaksana.

ya Allah, payungilah kami...redhailah ukhuwwah kami...jangan biar kami lalai dan terleka...sungguh manis pertemuan ini, walaupun seketika cuma...berilah kami kekuatan, agar dapat kami meneruskan langkah dalam perjuangan ini...

notakakiku1:Thanks tuk sumer yang terlibat,entry ini memang khas u
ntuk anda,roomate2 yang sudi menyertai,ni kira kita berpicnic yang tak jadi ari tu la yerr..huhu...
notakakiku2:Thanks juga untuk raihanah yang busy nga Mr.OSnya
terima kasih sebab hadir..aku gembira bila tengok ko tersenyum lagi,mengusik ko satu kepuasan buat aku..hehehe..cik rai juga suka berblog,sila ke page beliau tuk tahu tentang family day SAHAM..




-saya masih belajar,belajar,belajar dan sedang belajar,
belajar tentang hidup bukan belajar untuk hidup-

08 January 2010

_sinaran kiblatku_

Lagu : Kiblatku by Hazami






Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar





Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku






Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar






Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi

Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku



Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...




notakakiku1:Gilerkan lagu ini ketika ini,bersemangat2!!
notakakiku2:Bersemangat mencipta kejayaan di sem 2...
notakakiku3:Happy birthday tuk cik nana tersayang...dah 20 dah..huhu...
notakakiku4:salah sorang roomateku bilang,aku selalu out of date,suka lagu2 yang dah lama,tapi,ada aku kesah...sebab aku tetap aku..