09 January 2010

Family Day SAHAM 2010

Alhamdulillah,setelah bertungkus lumus hampir 2 minggu,akhirnya berakhirnya jua Family Day SAHAM bagi sesi 2010.Program ini dianjurkan dibawah Unit Dakwah Luaran SAHAM dan berlangsung di Kg.Kempadang,Pantai Sepat pada 09 Januari 2010.

Pengalaman pertama menjadi AJK program di UMP,aku ditaklifkan sebagai AJK Pendaftaran & Jemputan bagi Family Day.Tugasku hanya menyiapkan kad jemputan untuk menjemput staff PIPI dan mengedarkannya serta menerima pendaftaran peserta.Hanya itu.Pada mulanya,agak sukar kerana timbul masalah untuk print kad tersebut tambahan pula seharian kelas full,namun berjaya juga kami lakukan.kenapa kami??ini kerana aku ada partner,iaitu Fauzani..thanx ya fauzani,tolong menjemput staff PIPI..

Maka alkisah,bermulalah kembara kami ke pantai sepat itu.Aku menaiki bas untuk sumer peserta muslimat..huhu..bas ni bertolak dahulu namun tiba lewat sebab sesat..apaadaaa..pak cik driver tu pun satu,ada ke tanya aku jalan mana nak ke pantai sepat...aduyaaiii..saya buka orang pahang pak cik oiii,jalan2 kat pahang ni mana la saya tahu,yang saya tahu Megamall,EC Mall,KP dan TC,so,kalu pak cik bawa lari nak jual kitorang pun memang saya pasrah jerr..(ada ke orang nak beli ??..hehehe)..

Setelah menerima arahan dari pak cik bas yang satu lagi,akhirnya kami pun tiba.Bermula jugalah agenda program ini mengikut tentatif .Alhamdulillah,kesemua modul yang disediakan berjaya dilaksanakan.

Jom cuci mata agar memori ini kekal dan bersatu dalam redhaNYA..insyaALLAH..




-ni la kad jemputan yang berjaya dihasilkan..soo simple..tapi ok la kott..aku memang suka wat benda2 yang guna komputer ni..hehehe..-



-masa nie kudapan time..suapan pertama hendaklah diberikan kepada sahabat sebelah kanan dan sebelum disuap hendaklah taaruf dahulu..soo sweet kan,tapi tak lama dapat tengok peserta main ni sebab terima arahan dari farah mitak ke tempat checkpoint explorace..huhu..-




-hahh..tengok..pada masa yang sama peserta makan,kami kena korek lubang tuk tanam kertas2 nie untuk checkpoint ke-5 dalam explorace..-



-pengarah program family day,akh amirul pun turut sama turun padang untuk sama2 mengorek lubang,memang bab kenakan orang cepat jerr...-


-sebahagian peserta muslimat yang hadir..masa ni baru nak mula ice breaking-




-antara AJK muslimin,tengah mendengar briefing terakhir dan tempat2 checkpoint dalam explorace-



-antara keperluan family day kami,kaki sape pun tak tahu la..maaf yerr..saya memang suka snap pic..-



MODUL 2:PASSING BELON AIR

-antara aksi2 mereka dalam modul ke-2,passing belon air.pecah dan jatuh dikira kalah,bersemangat betul mereka main,masa ni nak jugak main,tapi awal2 lagi kena warning nga kak imany..soo nasiblaa...huhu..saya memang suka dan kuat main-



MODUL 3:BANGUNAN TINGGI

-AJK yang sedang memberi arahan cara bermain,memang kena ada kerjasama yang kuat.
dari kiri:yaya,sakinah,k.ayu-


-cara main ialah,salah sorang ahli kena tutup mata dan membaling seberapa banyak pasir ke dalam plastik yang disediakan,istana pasir hendaklah dibina dengan menggunakan pasir yang berjaya dibaling sahaja..soo excited walau masa ni panas mula menerjah ke setiap liang saraf2..-



-makan tengah hari,kami makan dalam talam,aduhh,tiba2 rasa sebak time ni,tak tahu kenapa,tapi still berjaya habiskan nasi,bab makan no problem punya,sebenarnya sebak kerana kali terakhir makan dalam talam adalah semasa KPO ari tu,rasa rindu kat kak miminapis,sebab beliau adalah antara krew yang rapat nga aku masa KPO,kami sentiasa makan dalam satu talam,rasanya tidak pernah tidak,kalu pernah maaf la,saya rindu kat akak,rindu nak sembang2,rindu nak usik n kacau2 akak lagi,insyaALLAH,sebelum akak fly,saya datang jumpa akak..hehehe..(tiba2 ada luahan hati lak)-


-pic terakhir yang berjaya di snap,peserta muslimat di dalam bas semasa mahu pulang ke UMP,mesti letih kan..huhu..takpela,mungkin ada sesuatu yang akan kita semua dapat melalui program ini..insyaALLAH..-


*Semoga program kali ini banyak menyuntik input2 positif kepada semua terutama aku,semoga banyak berubah kearah kebaikan.

*dedikasi tuk sumer AJK:maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang menjalankan gerak kerja bersama.sesungguhnya,tempoh waktu itu amat memeritkan namun disitulah bermulanya sebuah ukhuwwah.

-thanks a lot tuk akh amirul dan kak dayah serta senior2 SAHAM yang banyak membantu,budi kalian amat dihargai.

-khas tuk sumer ahli dakwah luaran:Jom bersemangat handle program lagi,jangan serik2 lagi.(khusus ditujukan buat diri sendiri)

uhibbukum fillah....

maaf dihulur...kasih sayang diberi...moga kita terus istiqamah dlm perjuangan...

*dedikasi khas tuk sumer peserta Family Day:Maaf jua dipinta sekiranya ada kekurangan dalam program ini,namun ketahuilah itu hanyalah kenangan yang bakal terukir dalam memori kita.Syukran jazillan dihulurkan kerana memberi kerjasama sepenuhnya kepada kami,AJK pelaksana.

ya Allah, payungilah kami...redhailah ukhuwwah kami...jangan biar kami lalai dan terleka...sungguh manis pertemuan ini, walaupun seketika cuma...berilah kami kekuatan, agar dapat kami meneruskan langkah dalam perjuangan ini...

notakakiku1:Thanks tuk sumer yang terlibat,entry ini memang khas u
ntuk anda,roomate2 yang sudi menyertai,ni kira kita berpicnic yang tak jadi ari tu la yerr..huhu...
notakakiku2:Thanks juga untuk raihanah yang busy nga Mr.OSnya
terima kasih sebab hadir..aku gembira bila tengok ko tersenyum lagi,mengusik ko satu kepuasan buat aku..hehehe..cik rai juga suka berblog,sila ke page beliau tuk tahu tentang family day SAHAM..




-saya masih belajar,belajar,belajar dan sedang belajar,
belajar tentang hidup bukan belajar untuk hidup-

0 comments: