09 April 2016

Tips Ke Maldives Dik Noon...

Hai..assalamualaikum and Good Day!
Since ramai sangat mintak iti dan bajet ke Maldives,here we go.Ini bukanlah bajet backpackers ke Maldives atau Ke Maldives dengan hanya RM1K atau Serendah RM1.5K anda boleh ke Maldives.Nan hado dik non.Disini,aku bagi sedikit tips and guide untuk sesape mahu ke Maldives since I’ve been there for three times.
1-      Flight
Yang aku pasti flight ke Male,Maldives ialah AirAsia,3kali dalam seminggu.Hanya hari selasa,khamis dan Sabtu.Ini kalau AirAsia tak tukar schedule diorang la.Perjalanan Male-KL juga sama,hari yang sama.Kebiasaannya,waktu depart dari KL ialah 6.55pm dan waktu depart dari Male 8.55pm.Airlines lain tak pasti,tapi maybe ada yang transit.Paling murah boleh dapat return KL-Male ialah RM750.Perjalanan adalah selama 5jam.Ada seorang pilot Airasia Male-KL ialah perempuan nama Nadia.kekeke.Smooth jer landing.Orang pun lawa.

2-      Currency
Currency kat Maldives ialah ruffiya.Aku tak rasa kat Malaysia boleh tukar ruffiya.Korang tukar dulu RM-USD.Sampai airport Maldives,ada satu Bank of Maldives,betul-betul terletak sebelah arrival hall.Boleh tukar sikit duit kat situ,untuk transport korang for a while.Bank akan ambil USD100=MVR1500.Tapiiiii….ada satu kedai souvenier area depan President Jetty kat Bandar Male dia bagi lagi tinggi okayh.Tak pasti nama kedai dia,tapi kat depan kedai dia tu dia tulis Money Changer,pastu korang masuk dalam,tengok kat meja diorang,ada satu note RM1 lama yang ada nama Rose & Qila.hahaa..gigih nau mencarik.Kali ketiga kitorang pergi sana kitorang dapat rate 16.2=USD1.Lepas ni,aku dah deal dengan diorang,dapat 16.5=USD1,dapat ke tidak tu tidak pastila aku.Kiranya,aku tukar sekali jer kat bank,lepas tu aku terus tukar kat Bandar Male.

Walau korang dah tukar ke ruffiya, simpan la sikit duit USD.Kat sana USD, acceptable jer.Incase.As preparation.Activate jugak la ATM overseas korang.CIMB aku tahu la, Maybank and the rest aku taktahu.

Duit ruffiya tu kalau korang tukar banyak sangat dan lebih,better habiskanlah ruffiya tu.Kalau nak simpan pun takde masalah,tapi takkan nak simpan banyak sangat kan.Kalau nak tukar semula,better tukar dekat Maldives terus,jangan bawa balik Malaysia,nanti takde money changer yang terima.Ni pengalaman kawan aku la.Apa pun,terpulang korangla.

3-      Airport dan Transit
Ibrahim Nasir International Airport ialah main airport di Maldives.Semua orang akan masuk melalui ini dahulu.Korang kena isi satu imigresen form,arrival dan departure form.Aku terbawa balik Malaysia 2-3 keping sebagai preparation kat sana.Sedia siap-siap pen korang,lepas siap isi form,boleh terus cop passport.Jangan bagi hilang pulak departure form tu sebab nak kena guna time balik nanti.

Airport Maldives terletak di Hulhule Island.So, korang akan sampai waktu malam,mesti korang akan stay 1 night dulu dekat Hulhule Island,Hulhumale atau Male City.Biasanya macam ni lah.Takkan nak redah speedboat malam-malam pergi private kot.

Carik jer budget hotel atau guesthouse dekat Hulhumale or Male, pastu pagi-pagi esok bolehla ambil or deal pakej dengan mana-mana resort private ke apa.

4-      Waktu Semasa dan Waktu Solat
Waktu kat sini lambat 3 jam dari Malaysia.Bila tiba kat airport,korang terus pusing lagi 3 jam la jam korang tuh.Awal-awal datang dulu,aku fikirkan alaaa 3 jam jer,takdela jauh sangat beza,tapiiiii perut dan mata aku ikut malaysia kot.3 jam tu ada effect jugak dekat certain people.So,try to adapt.Jet lag sekejap la kononnya.

Untuk waktu solat, diorang awal macam kat sabah dan sarawak.Boleh install apps untuk detect waktu solat by country atau boleh dengar diorang azan.Maldives ni kecik jer,masjid pun banyak dan penuh,Jadi,tak payah risau,memang akan dengarlah.

Untuk perempuan,silalah standby bawa telekung sebab kat masjid atau surau diorang,jangan expect diorang sediakan telekung..Else,korang pakai baju siap-siap yang boleh bawak solat terus.Sediakan jugak sejadah kecil.Ketika waktu solat,semua kedai ditutup yer,jadi tak payah nak pergi membeli-belah time waktu solat.Lepas solat,baru diorang buka semula.Lelaki Maldives memang berjemaah di masjid.Memang penuh semua waktu,bukan takat solat jumaat sahaja.Yang ni Malaysia perlu ikut.

5-      Mineral Water
Air dekat sini semacam sikit rasanya,even lepas korang masak air dengan takat didih 100 pun,kalau tunggu sejuk air tu,tetap rasa semacam.Tapi kalau nak buat air teh ke kopi ke milo ke,takde masalah.Takde bau pun.

Oleh sebab itu,penduduk sini banyak bergantung kepada mineral water.Sepanjang duduk sini,aku nampak ada 3 jenis mineral jer.Yang warna hijau Taza,lagi dua warna biru bonaqua dan life.Aku suka bonaqua sebab packaging dia cantik,tapi rasa tetap sama,rasa drinking mineral water lah.Tiga-tiga jenis tu okay jer nak minum.Tolong banyakkan sikit minum air yer since disini panas sikit sebab pulau kan.Pegang jerla botol mineral kecik tu selalu,takde salah pun.

Mineral botol kecik tu harga around MVR4-5 jer..yang 1.5l tu around MVR10.Tapi kitorang beli yang satu carton=4 botol=3l=MVR55-60 depends on brand.Tapi sekali jerla beli,sebab the rest, owner dah siap-siap kan mineral untuk kitorang.

6-      Sunglasses and Sunscreens
Tinggal kat sini bukan nak berlagak yer asyik duk pakai sunglasses saja,tapi sebab panas terik dan silau.Aku pulak jenis pakai lense,maw kering wooo tak protect.So,jangan lupa bawa sunglasses korang.Penduduk sini pun pakai jugak,jadi orang tak peduli pun,pakai la kome.

Sebabkan kat sini panas dan aku ni orang asia,maka aku memang bawa and pakai sunscreen.Aku pakai brand banana boat tu jer yang SPF110…HAHA…tinggi kan,setinggi tahap burn aku kalau tak pakai weh.Muka aku cepat burn so,memang aku pakai setiap masa duk sini even aku nak pergi mandi pantai jam 6 petang.Sunscreens ni tolong masukkan dalam list korang jika nak datang maldives.Nak beli kat sini pun okay,tapi terpulang lah.

7-      Food
Kat sini lebih kurang Malaysia jugak,cuma dia lebih kepada roti,sandwiches macam tula.Nasi-nasi diorang pun lebih kepada herbs and spicy.Termasuk makanan diorang lah.Tak salah nak cuba.Cubalah.Pengalaman kat tempat orang kan.Kat sini semua halal,insyaALLAH,sebab negara orang Islam kan.Nasi putih diorang lembut sangat.Nanti korang try lah yer.

By the way,kitorang kat sini suka kuih-kuih diorang.Owhh ya,jangan lupa cuba Maldivian breakfast.Dia macam capati cicah tuna + kelapa atau kari tuna.Kat sini banyak based makanan tuna sebab lautan hindi kan,lautan dalam,banyak tuna jer la.Segar-segar woo.

Kalau nak jimat soal makan, korang boleh masuk café,harga dia lebih murah sikit compare dengan kedai nama restaurant.Tapi sekali-sekala takde salah pun.Try.See It.Feel It.

8-      Fish & Local Market
Fish market ni macam pasar ikan diorang lah.Dari president jetty tu kena jalan terus sepanjang jetty sampai jumpa satu kedai besar warna biru,depan kedai warna biru tu fish market.Semua ikan segar-segar okay pastu tersangatlah murah.Pasar diorang ni tersangatlah bersih,takde bau busuk pun.Eksaited aku..haha..

Kat sini,macam-macam tuna,siakap ada.Belilah.Tapi sotong,udang takde yer.Yang ni beli kat market=kedai runcit sebab dia frozen,barang import kan.Kat fish market ni,korang boleh suruh diorang siang ikan sampai bersih,tapi kena bayarla.Lepas siap beli,kena pegi satu kaunter ni tunjuk ikan mana kena siang,nati dia bagi ko satu kertas macam resit gitu,aritu kitorang kena MVR20,bawa kertas dan ikan nak siang tu,pergila kat mana-mana orang siang,nati dia siang depan korang,kasi cuci bersih-bersih.Tadaaaa…boleh terus masak balik tu.

Local market ni belakang sikit dari fish market.Dekat-dekat jer pun tempat dia.Kat local ni banyak jual buah dan sayur.Kitorang round-round jer sini, takde beli pape pun since mangga pun mahal kott,metang-metang import.Takpelah,bersabarlah pulang ke Malaysia.

9-      Bus & Ferry
Kat bandar Male takde bas.Bas hanya available di Hulhumale saja.Bus ni hanya ada dua jer.Satu no N1,satu lagi no N2.Dia akan round dua tempat yang berbeza tapi akan berakhir dan bermula di jeti Hulhumale.Tambang bas fixed MVR3 untuk setiap orang kemana-mana destinasi.Bas kat sini tak perlu tekan loceng,dia akan berhenti kat semua bus stop yang ada tak kisah ada orang nak naik atau turun.So,Cuma alert jer kita nak turun kat mana.

Ferry kat sini jugak dah macam bas.Memang main transport kat sini ferry.Sekarang ni kerajaan diorang perkenalkan ferry baru nama premium link.Ferry premium ni dari Male-Hulhumale-Male jer.Ferry ni quite selesa sebab ada aircond bagai.Harga pun MVR10 for each person.Cuma dia ada timing dia.Boleh tengok jadual ferry premium ni,dia lekat kat kaunter.Kalau nak tengok jugak,boleh request dengan aku.

Kalau ferry biasa male-hulhumale tu MVR5.50 per person dan kalau guna speedboat MVR25 per person.Terpulang korang nak naik yang mana.Aku dah rasa semua.Ni if korang stay kat hulhumale lah.Ramai tourist pergi private island,biasanya pihak hotel dah sedia siap-siap speedboat tourist.Ini untuk tips dan guide sahaja.

10-   Market and Shop
Kat Maldives exclude private island la,berlambak jer market.Jangan nak terkejut sangat,sebab banyak dan memang terlampau banyak (hiperbola nih) barangan Malaysia.Maldives ni banyak import barang luar.Market kat sini macam kedai runcit la.Macam 99 speedmart dan kkmart tu.Haaa…cenggitulaa..

Takyah risau la kalau lupa nak bawa pape,sebab ada jer barang-barang korang boleh beli kat sini.Cuma shampoo safi shayla belum sampai lagi la sini.Setiap kali masuk kedai,aku memang round satu kedai sebab suka tengok barang-barang dia.Kalau kat Malaysia,haktuiiihhh nak buat cenggitu weh.

11-   Activities
Aktiviti yang wajib dibuat bila datang Maldives,tak kesahla korang duduk kat private ke atau just jalan-jalan kat bandar ialah visit sand band dan tengok dolphine.Satu lagi snokerling.Aku memang suggest tiga-tiga aktiviti ni sebab sand bank tu sangat banyak kat Maldives dan cantik.Susah kot nak jumpa tempat lain.

Watching dolphin pun sama,jarang-jarang woo boleh tengok.Kat laut dalam jer boleh.Invest sikit untuk aktiviti ni.Pasti berbaloi.Nanti aku update gambar dekat instagram bila aku dah ada gambar nanti.Snokerling pun jangan lupa untuk cuba.Lain rasanya snokerling dekat maldives dengan Malaysia.Memang biasa jer snokerling tapi lain sikit keadaan dia.Aura weh aura.haha

Kitorang kat sini ambil pakej macam tu jer,tak sampai USD100 pun.Bargain weh bargain.Survey sampai lebam sepanjang pantai hulhumale tuh.Tapi sekiranya ke private,korang boleh request dengan resort.Diorang mesti dah ada pakej dengan fixed price.Aku punya ni just ambil dengan local dan siap bargain bagai,nak jimatkan kos.

12-   Beach and Scenary
Kat Maldives ni, memang aku admit boleh menang scenary paling cantik la.Pantai dia pun lawa-lawa.Pasir pun putih.Memang cantik.Berdasarkan kawan aku kat sini bagitahu,pantai-pantai diorang ni artificial.Betul jugak,diorang kenala jaga kalau tak habis kena pukul ombak,sebab tu pantai dia lawa-lawa.

By the way, dekat bandar Male,ada satu artificial beach.Kalau weekend kat sini (Jumaat Sabtu),bersepah penduduk diorang melepak kat pantai ni.Tak pernah pun mandi kat sini,Cuma pernah lepak dan tengok orang jer kat sini.

13-   Souvenier
Tentang souvenier pulak, standard la kan,keychain,fridge magnet dan T-Shirt.Jujurnya,bagi aku biasa,lagipun dia import jugak barang-barang macam ni.Kalau nak rare,korang beli la coral diorang.Coral dia tu boleh bawa balik Malaysia okay.Insyaallah,takkan kena tahan punya.

Harga dia agak berbeza-beza.Aku yakin dekat private island mesti mahal gila.Dekat bandar Male,depan betul-betul president jetty,ada berderet-deret kedai souvenier,korang boleh pilih untuk beli kat situ,pergi kat kedai hujung-hujung sikit.Tawar-menawar sikit,bodek-bodek,insyaallah,pasti dapat harga murah-murah.

Ada satu kedai souvenier sini pun dah recognise kitorang.Hahaha.Manjang datang beli,siap bawa kawan lagi.By the way,boleh beli guna USD atau MVR,RM jer tak boleh.Biasanya tukaran duit kat kedai macam ni,dia bagi USD1=15.4-15.6MVR,depends lah.


14-   Internet/Sim card
Dekat Maldives hanya ada dua provider sim card jer,Ooredoo dan Dhiraguu.Dua-dua warna merah macam Hotlink.Kalau ooredoo mula nombor 9,kalau Dhiraguu nombor 7.Pendek-pendek jer no diorang.7 digit tak silap.Keluar jer dari arrival hall,korang boleh tengok belah kanan korang,ada dua kedai simcard ni.Pergila beli kat situ kalau nak la.

Aku pakai ooredoo,mula dengan no 9.Dia boleh beli topup 100MVR dengan internet 1GB,tapi aku ambil 300MVR dengan 4GB internet.Pastu kena GST MVR18,bayarlah aku MVR318.Pastu buat tethering ramai-ramai kat sini.Coverage dia biasa jer,kadang laju,kadang slow.

Pendapat aku, kalau korang datang untuk bercuti, no need to buy sim card,sebab majoriti hostel,hotel dan kedai makan ada wifi.Mintak jer dengan diorang,tapiiii ada certain kedai makan dia kedekut taknak bagi.hehe…aku pernah kena kot.Jadi,takyah beli simcard,have fun dan enjoy your stay kat Maldives.

Aku beli sebab urusan kerja kott, need to communicate dengan orang-orang KL even masa tu kitorang tengah naik ferry,lagipun aku claim,kalau harapkan aku beli,memang taklah.Wifi kat rumah tak pasti,tapi laju-laju wifi kat sini.haha.

Jangan terkejut sebab certain website kat sini diorang blocked.Aku pernah kena jugak,nak download drama korea ke apa,pastu website kena block.Kiranya kerajaan diorang memang jaga betul-betul la,takde unsur-unsur mengarut dalam kehidupan teknologi.Tapi kalau korang pandai guna proxy, guna jerla..haha.


15-    Male,Maldives
Male ni bandar diorang,memang padat.Semua urusan kerajaan memang ada kat sini.Penduduk kat sini pun banyak jalan kaki jer.Kereta pulak banyak untuk teksi.Teksi pun fixed harga MVR25 untuk kemana-mana destinasi,jauh atau dekat.Kalau ada luggage,dia cas MVR30 untuk satu teksi ya,bukan for each person.Teksi diorang takde resit,takyah nak mintak.Diorang pun takdak uber.Teksi diorang kereta hebat-hebat.Suzuki swift tu pun jadi teksi okayh.Bandar Male ni korang boleh round satu hari jer untuk habiskan satu pulau bandar dia nih.Tengok environment diorang.Tengok gaya hidup dan adat budaya diorang.

16-   Hulhumale,Maldives
Hulhumale pulau terdekat dengan Male.Biasanya tempat tourist transit.Kalau nak backpackers nak jimat kos,boleh stay kat Hulhumale,pastu ambil pakej-pakej aktiviti.Tapi if korang ada budget,pergila private,takde hal.Hulhumale satu-satunya ada jalan darat ke airport Hulhule.Kat Hulhumale pun ni pun cantik-cantik pemandangan dia.

Kat Hulhumale pun ada penduduk tinggal jugak,jadi jangan nak macam-macam.Kat sini takleh pakai bikini or seksi-seksi.Dekat private takpe.

17-   Environment
Orang Maldives ni memang respect orang Malaysia.So,tolong lah jugak jaga nama baik Malaysia kat sini.Diorang memang friendly kalau dengar nama Malaysia,kadang-kadang boleh dapat diskaun macam-macam.Yang penting,kita sendiri kena pandai tackle suasana.Diorang boleh speaking english,so don’t worry.Tak perlu pandai BI pun,cukup sekadar korang tahu basic english,it will be okay then.



·         Aku tulis tips dan guide berdasarkan pengalaman aku selama tiga kali datang Maldives jer.Mana yang salah,tolong betulkan.Mana yang kurang,mohon maafkan.Aku tak tahu semua perkara,tapi aku ada terbiasa dengan sesetengah perkara.If sesiapa nak tanya atau nak advice apa-apa,feel free to do so.Aku juga ada kawan-kawan kat Maldives,so,if korang perlukan bantuan,let me know,aku selalu rasa perjalanan aku smooth sebab ramai kawan aku tolong kat sini,so,tak salah aku nak tolong korang pulak kan.

·         Tips ini bukan untuk budget ke Maldives,sebab aku datang pun tak budget.Aku datang bekerja jadi tujuan dia berbeza dengan korang yang datang bercuti.Cuma ada certain guide boleh guna.kalau aku teringat dan nak tambah lagi,nanti aku edit.

·         Gambar-gambar aku banyak kat instagram jer,feel free to search under hashtag #qilalaworktrip


Semoga bermanfaat.

Love,
aqielahuzihan,
April 2016,Hulhumale Maldives