30 December 2009

Mana Ada Orang Tidak Berdosa

"Semua anak-anak Adam itu berdosa dan orang-orang berdosa yang terbaik adalah orang yang bertaubat".

Kalam nabi riwayat Ibnu Majah di atas adalah antara ucapan yang sering meniti di setiap kalam umat Islam. Bahkan berkemungkinan anak-anak kecil jua turut menghafaznya.

Dosa. Ya. Mana ada yang tidak melakukan dosa. Yang tidak melakukan dosa di kalangan manusia hanyalah para nabi dan para Rasul. Selebihnya tetap membuat dosa sama ada sengaja atau tidak.

Orang Mukmin itu berada antara dua perasaan; takut dan harap. Takut dengan dosa yang dilakukannya pada Allah yang Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras Siksanya, Maha Pendendam dan pelbagai lagi nama-nama Allah yang bersifat Jalal.

Namun sekiranya takut itu terlalu berlebihan, ia akan menyebabkan seseorang itu akan putus asa daripada rahmat Allah Taala sedangkan ia bukan sikap seorang mukmin.

Akhirnya wujudlah sikap kedua iaitu mengharap kasih serta pengampunan dari Allah. Semestinya kerana Allah itu Maha Pengampun, Maha Lembut terhadap hambaNya, Maha Merahmati.





Satu hadith Rasulullah yang dimuatkan di dalam Sohih al-Bukhari berbunyi:

لَمَّا قَضَى الله الْخَلْقَ كَتَبَ في كِتَابِهِ فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ إِنَّ رَحْمَتِي غَلَبَتْ غَضَبِي

bermaksud: ((Apabila Allah meletakkan ketentuan terhadap makhluk, Allah telah menulis di dalam kitabNya yang mana kitabNya itu di sisiNya adalah di atas Arasy. Tulisan di dalam kitab tersebut berbunyi: "Sesungguhnya RahmatKu Mengalahkan KemurkaanKu")).

Banyak sungguh dosa kita pada Allah. Kadang-kadang manusia memandang kita dengan pandangan yang terlalu mulia sedangkan kita sendiri sangat tahu betapa hinanya kita di hadapan sang Pencipta alam buana.

Dalam tasawwuf, kita diajar agar jangan mendabik dada dengan amalan dan ibadat yang dibuat kerana syurga yang dirindui itu bukan akan diperolehi dengan amalan dan ibadat sebaliknya ia diperolehi semata-mata atas dasar rahmat dan kasih sayang Allah.

Dalam tasawwuf kita diajar bahawa jangan memandang hina pada orang yang terjatuh dalam lembah dosa. Mana tahu akhirnya dia bangkit dan kembali bertaubat sesungguh-sungguhnya lalu dia diterima oleh Sang Maha Pengampun.

Akhirnya yang berlaku dalam jiwa seorang hamba adalah sentiasa merasa takut pada murka Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Berat SiksaNya. Namun dia tetap mengharap agar Allah mengampuni ketelanjurannya.

Dia pula apabila melihat ada teman yang kecundang lalu jatuh dalam lembah hina dan dosa, dia memandang temannya dengan mata kasih sayang. Benci pada dosa yang dilakukan namun bejiwa besar untuk memimpin tangan teman sang pendosa kerana dia mahu mendapat cinta tuhan. Mana tahu kelak Allah merahmatinya dek kerana sikap rahmatnya yang mahu membimbing teman yang disayanginya agar tidak terus jatuh selama-lamanya.

Sekali jatuh bukan bererti akan terus jatuh selama-lamanya.

Janganlah ada dalam jiwa kita bahawa kita manusia suci yang memandang sang pendosa dengan pandangan hina. Seakan-akan kita sangat yakin bahawa kita adalah ahli syurga dan pendosa itu memang ahli neraka.

Syurga dan neraka milik Allah seabadinya.

Jadilah seperti seorang yang melihat orang lain hampir tergelincir yang akan menyebabkan dia akan jatuh ke dalam gaung yang dalam. Pasti orang yang jiwanya bersih akan berkejar dan merentap tangan si miskin tersebut agar dia selamat daripada kematian yang mengerikan. Namun kalau kita tetap membiarkannya untuk terus tergelincir lalu mati dalam gaung yang dalam, anda memang tidak menyayanginya. Anda memang kejam.

Begitulah perumpamaan hidup ini. Mati di dunia itu adalah terlalu kecil jika ingin dibandingkan dengan sengsara di akhirat nanti.

Orang berdosa memang bersalah pada tuhanNya. Namun mana tahu air matanya yang gugur tanda insaf dan taubat yang murni akhirnya mengalahkan ibadat orang-orang yang memandang jelik pada insan berdosa. Mana tahu air mata keinsafannya rupa-rupanya mampu untuk memadam api neraka serta murka Sang Pencipta.

Ya ALLAH,. Ampunkan kami sebelum kami dipaksa pergi.

notakakiku1:kredit tuk sumber..

25 December 2009

artikel @ iLuvislam.com

Penutupan Sementara Penghantaran Artikel
Assalamualaikum w.b.t.

Oleh kerana terlalu banyak artikel dihantar oleh sahabat semua, kami memberhentikan sementara penghantaran artikel baru bagi membolehkan para penganalisa iluvislam.com menganalisa artikel-artikel sedia ada.

Terima kasih atas sokongan anda semua!

Salam sayang,
Team artikel iluvislam.com
26 Disember 2009





notakakiku1:bukak iLi pagi tadi,terus terjumpa memo ini..maka..post la ia kat sini..ada kaitan kan nga saya..muahahaha...bersemangat2!!!terus bersemangat...hehehehe...
notakakiku2:pic tu pun takde kaitan..chomey sangat..so,sharing jer kat sini...

21 December 2009

Mengenali Diri

Kejayaan yang diraih atau kegagalan yang menimpa dapat ditelusuri jauh ke dalam diri kita. Kerana kitalah yang menjalani semua ini. Bukan orang lain. Hanya terlalu ramai orang tak mahu memikul tanggungjawab itu. Bagi mereka yang dipertanggungjawabkannya adalah beban. Padahal, tidak seorang pemimpin pun tidak merasakan kebebasan setelah berani mempertanggungjawabkan kepemimpinannya. Dan, tanggungjawab tertinggi untuk mencapai kebebasan murni adalah bertanggung jawab atas diri sendiri.



Seorang bijak pernah menulis demikian: "Amatilah fikiranmu, kerana akan menjadi ucapanmu. Amatilah ucapanmu, kerana akan menjadi tindakanmu. Amatilah tindakanmu, kerana akan menjadi kebiasaanmu. Amatilah kebiasaanmu, kerana akan menjadi karaktermu. Amatilah karaktermu, kerana akan menjadi nasibmu."

Di atas semua itu, amatilah diri kita. Hanya mereka yang
mengenal dirinyalah yang akan mencapai ketenangan diri
yang sesungguhnya.

19 December 2009

iDola Kecil:wajar @ tidak??


Semalam, selepas menyelesaikan masalah kereta yang tidak mahu hidup enjinnya di garaj bawah,aku terus naik ke bilik,ingatkan mahu online seketika,namun tanpa di sangka-sangka kakiku melangkah ke arah ruang tamu atas yang menempatkan tv.Aku terus menonton rancangan yang disiarkan yang sudah tentu channelnya dipilih oleh adinda2ku,apa yang menarik minatku ialah suara nyanyian kanak2 yang kedengaran,apa tuuhh???


owhhh,rupa2nya,idola kecil 2...meh nak citer sikit sal idola kecil ni,aku tak tahu pun sal idola kecil ni,jadi aku guna khidmat Mr.Google.Program idola kecil ni sama sebijik seperti Akademi Fantasia cuma peserta2nya adalah kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun.Mereka akan ditempatkan disuatu tempat untuk belajar vokal,nyanyian dan entah apa2 la dengan cikgu2 yang berpengalaman dalam bidang tersebut,kemudian diakhir minggu mereka akan membuat persembahan untuk meraih undi,jika undian sedikit maka mereka akan disingkirkan,maka bermulalah adegan tangis-tangisan dan berpeluk-pelukan antara mereka dan cikgu2.Owhh..lupa pula,persembahan mereka akan disiarkan pada setiap hari sabtu jam 9.30 malam di TV9..yerr..TV9..jangan lupa..begitulah seterusnya sehingga final..sorry,tak tahu pulak finalnyer bila..huhu..


Aku biarkan adinda2ku menonton rancangan tersebut sambil mulutku tidak berhenti untuk menjalankan fungsinya,kukatakan pada mereka itulah kali terakhir mereka akan menonton rancangan tersebut,minggu depan jangan haraplah korang nak tengok,aku punya kuasa veto yang tinggi yang telah dianugerahkan oleh bonda kami terhadap tv dirumah kami,kenapa yerr??hehe..kami2 jer tahu...so,mereka takkan membantah arahan dariku,Alhamdulillah..kenapa juga aku biarkan mereka menonton semalam dan aku turut serta??sebab aku nak tahu apa istimewanya program tersebut dikalangan kanak2 dan untuk membuat sedikit resolusi pada pandangan aku..dan aku juga sependapat dengan kata2 ini yang telah diquote oleh salah sorang krew iLi.com dalam salah satu artikel yang diterbitkan.



matlamat tidak menghalalkan cara.

tapi
kamu tonton gak sebab nak tengok kemungkaran.
kamu tonton gak nk tengok betulkah ini drama Islamik.
kamu tonton gak walaupun dah tau ia mungkar.

pelik2~
maka apa beza kamu yang menonton tanak amik pengajaran dengan mereka yang menonton tapi nak amik pengajaran?

betullah tu, matlamat tidak menghalalkan cara.

tonton sebab nak tengok kemungkaran adalah berdosa.

tonton sebab nak menilai kemungkaran dan menggariskan waspada pada aksi-aksi kemungkaran pada saudara yang lain adalah harus.



Resolusi...

korang rasa kenapa aku tidak benarkan adinda2ku menontonnya??haha..sudah tentulah ia tidak berfaedah..sejujurnya,aku tidak suka program idola kecil tuhh..AF pun aku tidak layan,apatah lagi idola ni..aku terfikir gak camne la generasi masa depan kalu sejak kecik lagi dah didedahkan dengan program sebegini..masyaALLAH..maybe akan ada orang berkata mereka masih kecik lagi,sebab kecik la kita kena didik leklok,nati kalu dah besar panjang,hati dah keras,susah pula mahu terima apa yang ingin disampaikan...dan akan ada juga yang berkata:kanak2 pun nak hiburan gak...lorrghh...banyak benda lagi yang boleh dijadikan hiburan,lagipun hiburan tu ke akan bawa kita sumer jumpa ALLAH nanti..aku juga turut terkejut apabila mengetahui yang TV9 yang menyiarkan rancangan ini..aku tidak mahu la komen apa2 tentang ini cuma ada sedikit persoalan..dimanakah keislamikkan TV9 yang ada selama ini??


Kalau tengok rancangan tersebut,rupa2nya telah memasuki musim kedua,owhh..aku jauh ketinggalan rupanya,bila musim pertamanya??Bukan menyesal sebab tidak dapat mengikutinya dari awal,tapi kerana tidak berjaya menegur seawal mungkin..mungkin telah mendapat sambutan yang hangat pada musim pertama,maka ia diteruskan ke musim kedua,wallahu 'alam..


Salah ke kiranya kalau menganjurkan program yang lebih berfaedah sikit..ajarkan mereka tarannum dan hafaz Al-Quran..dengan itu,semua yang terlibat dapat juga berkat dan pahala sedikit sebanyak..ajarkan juga asas2 fardhu ain..percayalah,anak2 inilah generasi yang akan memimpin negara kelak,jika tersalah acuan,maka...fikirla sendiri..


Sakit mata aku bila melihat mereka yang menangis kerna disingkirkan..pernah ke menangis mengenangkan dosa2 kita,wahai adik-adikku sayang??


-aku post entry ini bukanlah menunjukkan aku adalah orang yang baik dan tidak pernah berhibur,aku tetap manusia biasa cuma pandai2lah kita mengawalnya..walaubagaimanapun,aku tetap mahu jadi baik dan terbaik disisi Al-Khaliq..aminn..

notakakiku1:sumber dari sini..idola kecil 2
notakakiku2:doaku,moga kita semua diberi pengampunan oleh ALLAH..

17 December 2009

..::salam 1431H::..





Ya ALLAH,bersempena dengan kedatangan Maal Hijrah 1431 ini..

Engkau panjangkanlah orang yang kusayang dan kasih ini,

kurniakan kepadanya kesihatan yang baik,

penuhkan hatinya dengan iman,

tetapkan hatinya dijalanMU,

perluaskan rezekinya,

dekatkan dirinya kepada kebaikan,

jauhkan dirinya dari segala kejahatan,

tunaikan segala hajatnya dan

kurniakan kepadanya kebahagiaan hidup dalam beragama didunia dan diakhirat..

aminn..




notakakiku1:doa diatas khas untuk semua yang mengenali dan semua yang membacanya...amin..insyaALLAH...

Iblis Mengganggu Ketika Sakaratul Maut



Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.



Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”



Rombongan 1


Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.





Rombongan 2


Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.





Rombongan 3


Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.





Rombongan 4


Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya



Rombongan 5


Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”



Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.





Rombongan 6


Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”



Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”



Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”



Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”



Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.



Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”



Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”



Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.





Rombongan 7


Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.



Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.



Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”








Notakakiku1:sumber dari sini..::saya sayang ALLAH::

15 December 2009

Syukur & Alhamdulillah




Ermm..hari ini 15 Disember....

syukur....

saya sangat gembira...

saya terus tersenyum....

saya amat berpuas hati...

indah nikmat ini....


ALHAMDULILLAH


ALHAMDULILLAH


ALHAMDULILLAH



Ya ALLAH....

jagalah aku selalu...

hanya padaMU ku berserah segalanya....





notakakiku1:Rasa syukur yang teramat atas hadiah ini,ya ALLAH...
notakakiku2:Tetap bersyukur jua walau result sem ni tak gempak...nak gempak camne..k.o jerr...haha...but..i'm still maintain

12 December 2009

::Never Ending FRIENDSHIP::

Like moon,sun and star
Every time and second
Share light among each of them
One cool night

Stars and moon were smiling at me
I was standing by the window
I stood there long thinking and crying
I do know why i cried

But I had this feeling in me
I knew it was caused by friends
At this moment I really miss them
For about five years we shared all about life
The sweet and the bad memories
Miss their smiles,laugh and cute faces
sometimes I feel they do not miss or love me
I realize that,it was just my feeling

I am still the same and hope the same to them
We will be bestfriends forever
As long as we trust each other

The strong feeling between us will remain
And it will be a happy ending
I hope we will be together

Thanks for being my lovely friends




notakakiku1:Special post tuk gadis2 ..geng maahadians a.k.a sep2 cuci...sorry tak hadir reunion ari nih,so k..mien pun takde duk mesir,aku duk germany..hehe(germany=gambang)...rindu n sayang kamu!!!!!!!!

notakakiku2:Happy belated birthday che..faez...hahaha...(asiff sbb lambat wish,tapi mu tetap ada dihati insan bernama aqilah ini..perrghh..jiwang kott)

notakakiku3:Poem tuhh bukan hasil sendiri..dahla poem,english lak tuhh...

11 December 2009

Bicara Dengan Bahasa Hati.




Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta.

Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang.

Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan

Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan

Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran.

Semua itu haruslah berasal dari hati anda.



Bicaralah dengan bahasa hati, maka akan sampai ke hati pula

Kejayaan bukan semata-mata betapa keras otot dan betapa

tajam otak anda, namun juga betapa lembut hati anda dalam

menjalani segala sesuatunya



Anda tak kan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya

dengan merangkulnya dalam lengan yang kuat. Atau, memujuknya

dengan berbagai gula-gula dan kata-kata manis. Anda harus

mendakapnya hingga ia merasakan detak jantung yang tenang

jauh di dalam dada anda.



Mulailah dengan melembutkan hati sebelum menemui hasil anda.....

07 December 2009

KPO '09 @ iLuvislam.com


KPO ‘ 09??Apa tuhh..KPO ’09=Kursus Pengurusan Organisasi 2009 yang telah dianjurkan oleh iLuvislam.com istimewa tuk sumer krew2 iLuvislam.Paling bertuah sebab aku berpeluang tuk menghadirinya.First time berpeluang menghadiri event ajuran ili.Kursus ini telah diadakan pada 4 hingga 6 disember namun disebabkan kerajinan yang terlebih,aku datang awal..huhu..krew2 iluvislam ini telah berkampung di asrama anak2 yatim Damai,sg.buloh sepanjang kursus ini.Ini yang menjadi keunikan kursus kali ini.Sebagaimana anak2 yatim ini merasa bertuah dengan kehadiran krew2,aku juga turut bertuah dapat mengenali anak2 ini..tercetus rasa kesyukuran dan keinsafan...moga2 ALLAH redha.


antara yang hadir..selama ni bertemu di alam maya..kini,bertambah erat di alam realiti..


Program ini bermula dengan taaruf semua krew..serius..agak teruja..dapat berjumpa dengan sumer yang hadir secara live kerana selama ini hanya kenal melalui id sahaja..syok sangat2..Alhamdulillah..Aktiviti program pun best walau dah biasa dan acap kali melaluinya namun masih terasa kelainan kerna kali ini berpogram dengan iluvislam..paling suka tengok video divesity tuhh...hahaha..terus donlod nihh..paling gembira juga dapat beriadah dengan anak2 damai...main calit2 warna kat muka..huhu...semua main dan enjoy jerr termasuk JKP..rasa nak main lagi..hehehe..Paling menarik juga tengok video motivasi dari akh ruzaini..rasa bersemangat nak naik sem 2..rasa bersemangat tuk segala2nya...bersemangat untuk berjaya dan dapatkan dean list,bersemangat tuk menjadi programmer terhebat,bersemangat tuk jadi muslimah sejati.. ..pasti boleh!!!!Aktiviti terakhir program kami ialah sesi pertukaran hadiah..haha..seronok..tak sangka dapat banyak benda semasa KPO nihh..ilmu paling berharga yang sukar didapati..Alhamdulillah dapat mengisi masa cuti nihh...malas nak cerita tentang slot2 program sebab terlalu banyak...huhu..banyak sangat yang dapat dipelajari,bukan sahaja ilmu duniawi bahkan ilmu ukhrawi...bersyukur juga atas tautan ukhuwwah yang bakal terjalin..insyaALLAH..bakal dimanfaatkan sepenuhnya


hadiah yang diterima semasa sesi pertukaran hadiah..hadiah dari kak intan...syukran jazillan akak..

Dedikasi istimewa:

-Kak solleh:akhirnya dapat jugak kita jupe..huhu...syukran sebab sudi temankan saya datang dan balik KPO nihh..semoga berjaya di Australia nanti...maaf jugak kalu ada salah dan silap..

-Afiqah:Terima kasih..hehe..walau kali pertama kita berjumpa namun terasa dah lama bersua..terima kasih kerna sudi melayan perangai gila2 qielah..thanks n sorry for everything...

-Suhana:Hahaha..amacam??dah kenal akak kan...hehe..selama ni kita cuma share pic sahaja namun KPO menyatukan kita...tak sangka kamu sanggup datang dari jauh...tak sangka jugak kamu pendiam...xpe2..lagi elok dari akak yang kecoh nihh...

-Kak mimi:Huhuhu..tak sangka jugak akak datang..tapi okla..dapat kenal akak secara live..ececeh..pasan la tuhh...terima kasih sebab sudi melayan kerenah saya dan mulut becok saya..akak kata suka layan saya sebab akak tak pandai nak bercakap,tapi selama tiga hari perkampungan kita di KPO,akak dah pandai pun wat gila2 cam saya..hahaha..masa doa wehdah tu,saya sebak gak tapi kontrol giler kot kena gelak nga akak..saya nak tengok akak nangis dulu,baru saya akan nangis..heheh..tapi kita tak nangis kan..huhu.sorry kalu ada terasa nga gurauan saya yang tak tersengaja...thanks a lot!!!!!!akak ada simpan rahsia saya kan..jangan hebohkan...

-kak zaffan:Yang ni memang tak sangka langsung dapat jupe akak..selama ini macam2 imaginasi saya terhadap zaffan khalid..editor artikel hari jumaat katakan...huhuhu..saya memang suka status2 akak kat fb,status akak banyak membuatkan saya berfikir..terima kasih sebab banyak berkongsi ilmu nga saya..saya rasa sangat bertuah sebab ketika hari pertama akak tiba ag,akak sanggup melayan sumer soklan2 saya yang kadang kala rasanya bodoh jugak kan..hahaha..saya akan ingat sampai bila2 akak pernah kata pada saya masa KPO,yang saya boleh pergi jauh..kata2 akak membuatkan saya berazam lagi tinggi..doakan saya..doakan saya dunia akhirat...sampai sekarang saya terfikir tentang diskusi kita,belajar di oversea:rezeki atau layak???..haha..akak banyak membuatkan saya terfikir tentang hidup....akak.jangan lupa walimah bulan 3 nanti yerr...

p/s:i'm not stalker and also i'm not hacker...huhu...


cenderamata yang paling best..cantik sangat..akan dibawa balik ke UMP...


-Kak intan:Tak sangka seekers tu rupa2nya perempuan.. haha..saya lebih berminat nak panggil akak seekers..maaf saya hulurkan jika ada salah dan silap sepanjang KPO...

-Kak dayah:hehe..terima kasih akak sebab suka borak2 nga saya....jangan lupa accept fb saya..gusti putri..nick bluetooth akak akan saya ingat sebagai kenangan KPO nga akak..thanks and sorry...

-kak intan:Rupa-rupanya penganalisa bernama ‘intan’ itu adalah akak..hehe..paling terkejut akak juga dari kelantan dan paling syok rumah kita dekat jerr...5 minit pun dah sampai...tak sangka kan ukhuwwah kita nihh..akak sempoi2 jerr tapi pegangan akak kuat..masyaALLAH..maaf juga sal hadiah tuhh...saya bukan tak suka hadiah akak,Cuma tak rasa suprise sebab saya dah tengok masa akak balut..saya terima jerr..tapi akak tetap kasi hadiah sebenar ..paling best akak bagi dua2 hadiah kat saya walau bersyarat..saya dah tunaikan syarat akak..saya rasa saya yang paling bertuah sebab dapat dua2..terima kasih akak..sayang akak!!!!nak g umah akak,nak amik gambar KPO...

-kak zulfa:Akak..oo..akak..maaf banyak2 dipinta sebab selalu sakat akak...mesti akak bengang nga saya kan..yeee la..sampaikan akak kata yang saya tak pernah kering modal nak kenakan orang...itulah diri saya akak..terima kasih sebab akak layan jerr saya nihh...

-syazwani:huhu..sungguh kecik molek dirimu...semoga berjaya dalam spm..maaf kalu ada salah dan silap dari akak...jaga diri baik2!!!!!!!!!!

-umaimah:hahaha..maaf selalu tersasul nama umai...best dapat kenalnga umai...hehe..keep in touch yerrr!!!

-kak fidz:errrmm..tak sangka akak lagi tua dari saya..haha..don’t judge a book by its cover...terima kasih kerna cuba menyelesaikan masalah rambut saya berserabut malam tuhh...terima kasih banyak2!!!!!!!!

-kak su:Alahaaiii....cikgu su...you’re soo hott...best dapat mengenali akak...

-kak izzati:errmm...best sebab dapat kenal akak...tu pun kita berkenalan masa kita menyorok dalam toilet kat surau nga kak zulfa..hahaahaha..padahal nak cover malu masa tuhh...itu kenangan saya nga akak...thanks yaa!!!!!!!!

-kak mas:Rasa kagum masa dapat tahu akak cikgu bahasa arab..lepas ni bolehla mantapkan arab saya nga akak yerrr ..seronok dapat kenal akak...

-maryam:sooo cute la kamu..huhu..seronok dapat sembang2 nga maryam..sebelum tido lak tuh duk melalut..rindu sama kamu...

-kak fatin n ain:Suka nga suara lantang ain...dua2 satu group LDK..best sgt2 korang nihh...kak fatin,nak mitak tolong skit,nati inform saya taw sape yang jadi wakil IPT UMP..huhu..akak kan ketua wakil IPT..

-ummi n kak isma:tak dapat kenal lagi rapat sebab dua2 balik awal..tapi takpela...dapat jupe jugak kan....

-kak masyitah:akhirnya...dapat kenal akak...selama ni just ym jerr...thanks akak sebab tolong chargekan bateri handphone....huhu..sayang akak!!!!

-aina:aina..aina..rupanya kita pernah berkongsi satu kantin yerr dulu..satu pentadbiran sekolah...huhu..tak sangka...saya juga tahu perangai nakal kamu di asrama dulu2..huhu...

-kak asma:takut tengok kak asma...nampak sibuk semacam...dulu saya tak suka BBT sebab selalu wat spot chek..metang2la kelas dekat jerrr....saya selalu tinggal buku dalam kelas(mengaku awal2 laa..)

-wann:huhu...seronok dapat kenal kamu...seronok juga dapat tahu kamu pengarah program..semoga berjaya dunia dan akhirat...

-akh firdaus:hehe...selalu berbalas komen kat fb jerr...akhirnya..jupe gak di KPO...laptop APPLE satu!!!!huhu...

-akh fitri:thanks 4 everything..selama ni pandai bertanya sal programming di alam maya sahaja...semoga tidak serik tuk melayan pertanyaan saya lagi..doakan saya hebat dalam bidang ini..nice to meet you!!!!!!!!!

-akh im n akh ruzaini:huhu..co-founder yang sporting habis...satu soklan yang nak tanya kat abg im tapi sehingga sekarang tak berkesempatan...satu hari nanti,insyaALLAH...saya bercita-cita nak cipta satu sofware yang mudah bagi team artikel untuk memantapkan kualiti artikel iLi..huhu..doakan saya..(bajet jerr..metang2 amik sofware..huhu..)

-ustaz Remy a.k.a dr.cinta :Terkejut nga pengakuan berani mati ustaz..haha..tak sangka,ustaz sempoi giler...

-semua peserta:maaf kalu tak tertulis..banyak sangat nak tulis sehingga letih eden nak menaip...thanks atas ukhuwwah yang mantap ini walau pertama kali kita bersua...semoga tiada akhirnya tuk kita bertemu lagi...

-semua JKP KPO ’09:syukran jiddan atas segala2nya..tak mampu untuk kami membalas segala jasa kalian...semoga budi yang dihulurkan sepanjang KPO mendapat keredhaan ALLAH..


Ni hasil semasa tunggu nak naik bas balik ke kelantan...jangan salah sangka,bukan beli hp baru..cuma cover jerr...akhirnya,bertukar rupa maxis aku...


InsyaALLAH...semoga bingkisan ilmu di KPO yang diterima dapat memberi semangat untuk berjuang di sem 2 nanti..tak mau sedey2 ag,tak mau down2 dah..nak wat yang terbaik....memetik kata2 seorang sahabat..menjadi daie itu cita2 yang sangat tinggi,namun,jikalau bukan kita,siapa lagi yang akan mulakan??fikirkan...

APA YANG BERLAKU SEPANJANG TIDAK ON9 BERHARI2:


ni Sir Amru..mengajar kat ABIM..tak pernah mengajar saya pun..tapi saya pernah jemput ke Maahad tuk bagi ceramah tentang PRS..memang tebal sangat2 masa Sir bagitau mudir ABIM mitak saya datang tengok2kan sekolah..hahaha..apala saya ni kan...sir kofem xigt punya saya siapa..tapi i know u...skunk dah kawen...

selamat pengantin baru,sir..semoga bahagia hingga akhir hayat...



Ni keratan memo yang menunjukkan team debat arab UMP menjadi johan..sekalung tahniah dihulurkan…tidak sia2 usaha kalian…asiff jiddan tuk akh talhah kerna banyak menyusahkan akh..saya ni banyak songeh sikit..insyaALLAH,sem 2,saya lebih bersedia..menang tanpa daku..huhu(pasan giler…macamla ada sumbangan kat team debat..heheh)..btw,tumpang bangga sihh nga team debat arab…


notakakiku1:To UMPIAZ,sudila2 mengajak iluvislam untuk berkolaborasi mengadakan program..mungkin visi dan misi kita berbeza namun matlamat kita tetap sama:mencari KEREDHAAN ALLAH....(pomote nihh)..

notakakiku2:To my naqibah,kak nawwar n kak ainul:maaf sebab selalu menyusahkan antum,insyaALLAH,i'm ready tuk next sem...untuk sumer senior UMP yang tak putus2 memberi mesej kata2 semangat,syukran atas keprihatinan kalian..moga2 ALLAH membalas jasa kalian...

notakakiku3:Doakan saya tuk event2 ini:

-15 DIS-Perbicaraan di court.

-28 DIS-interview di UMP.

notakakiku4:Malas nak upload pic banyak2..takut korang2 jeles..haha..padahal tengah tunggu cd pic KPO..papelaa...