21 December 2009

Mengenali Diri

Kejayaan yang diraih atau kegagalan yang menimpa dapat ditelusuri jauh ke dalam diri kita. Kerana kitalah yang menjalani semua ini. Bukan orang lain. Hanya terlalu ramai orang tak mahu memikul tanggungjawab itu. Bagi mereka yang dipertanggungjawabkannya adalah beban. Padahal, tidak seorang pemimpin pun tidak merasakan kebebasan setelah berani mempertanggungjawabkan kepemimpinannya. Dan, tanggungjawab tertinggi untuk mencapai kebebasan murni adalah bertanggung jawab atas diri sendiri.



Seorang bijak pernah menulis demikian: "Amatilah fikiranmu, kerana akan menjadi ucapanmu. Amatilah ucapanmu, kerana akan menjadi tindakanmu. Amatilah tindakanmu, kerana akan menjadi kebiasaanmu. Amatilah kebiasaanmu, kerana akan menjadi karaktermu. Amatilah karaktermu, kerana akan menjadi nasibmu."

Di atas semua itu, amatilah diri kita. Hanya mereka yang
mengenal dirinyalah yang akan mencapai ketenangan diri
yang sesungguhnya.

0 comments: