19 December 2009

iDola Kecil:wajar @ tidak??


Semalam, selepas menyelesaikan masalah kereta yang tidak mahu hidup enjinnya di garaj bawah,aku terus naik ke bilik,ingatkan mahu online seketika,namun tanpa di sangka-sangka kakiku melangkah ke arah ruang tamu atas yang menempatkan tv.Aku terus menonton rancangan yang disiarkan yang sudah tentu channelnya dipilih oleh adinda2ku,apa yang menarik minatku ialah suara nyanyian kanak2 yang kedengaran,apa tuuhh???


owhhh,rupa2nya,idola kecil 2...meh nak citer sikit sal idola kecil ni,aku tak tahu pun sal idola kecil ni,jadi aku guna khidmat Mr.Google.Program idola kecil ni sama sebijik seperti Akademi Fantasia cuma peserta2nya adalah kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun.Mereka akan ditempatkan disuatu tempat untuk belajar vokal,nyanyian dan entah apa2 la dengan cikgu2 yang berpengalaman dalam bidang tersebut,kemudian diakhir minggu mereka akan membuat persembahan untuk meraih undi,jika undian sedikit maka mereka akan disingkirkan,maka bermulalah adegan tangis-tangisan dan berpeluk-pelukan antara mereka dan cikgu2.Owhh..lupa pula,persembahan mereka akan disiarkan pada setiap hari sabtu jam 9.30 malam di TV9..yerr..TV9..jangan lupa..begitulah seterusnya sehingga final..sorry,tak tahu pulak finalnyer bila..huhu..


Aku biarkan adinda2ku menonton rancangan tersebut sambil mulutku tidak berhenti untuk menjalankan fungsinya,kukatakan pada mereka itulah kali terakhir mereka akan menonton rancangan tersebut,minggu depan jangan haraplah korang nak tengok,aku punya kuasa veto yang tinggi yang telah dianugerahkan oleh bonda kami terhadap tv dirumah kami,kenapa yerr??hehe..kami2 jer tahu...so,mereka takkan membantah arahan dariku,Alhamdulillah..kenapa juga aku biarkan mereka menonton semalam dan aku turut serta??sebab aku nak tahu apa istimewanya program tersebut dikalangan kanak2 dan untuk membuat sedikit resolusi pada pandangan aku..dan aku juga sependapat dengan kata2 ini yang telah diquote oleh salah sorang krew iLi.com dalam salah satu artikel yang diterbitkan.



matlamat tidak menghalalkan cara.

tapi
kamu tonton gak sebab nak tengok kemungkaran.
kamu tonton gak nk tengok betulkah ini drama Islamik.
kamu tonton gak walaupun dah tau ia mungkar.

pelik2~
maka apa beza kamu yang menonton tanak amik pengajaran dengan mereka yang menonton tapi nak amik pengajaran?

betullah tu, matlamat tidak menghalalkan cara.

tonton sebab nak tengok kemungkaran adalah berdosa.

tonton sebab nak menilai kemungkaran dan menggariskan waspada pada aksi-aksi kemungkaran pada saudara yang lain adalah harus.



Resolusi...

korang rasa kenapa aku tidak benarkan adinda2ku menontonnya??haha..sudah tentulah ia tidak berfaedah..sejujurnya,aku tidak suka program idola kecil tuhh..AF pun aku tidak layan,apatah lagi idola ni..aku terfikir gak camne la generasi masa depan kalu sejak kecik lagi dah didedahkan dengan program sebegini..masyaALLAH..maybe akan ada orang berkata mereka masih kecik lagi,sebab kecik la kita kena didik leklok,nati kalu dah besar panjang,hati dah keras,susah pula mahu terima apa yang ingin disampaikan...dan akan ada juga yang berkata:kanak2 pun nak hiburan gak...lorrghh...banyak benda lagi yang boleh dijadikan hiburan,lagipun hiburan tu ke akan bawa kita sumer jumpa ALLAH nanti..aku juga turut terkejut apabila mengetahui yang TV9 yang menyiarkan rancangan ini..aku tidak mahu la komen apa2 tentang ini cuma ada sedikit persoalan..dimanakah keislamikkan TV9 yang ada selama ini??


Kalau tengok rancangan tersebut,rupa2nya telah memasuki musim kedua,owhh..aku jauh ketinggalan rupanya,bila musim pertamanya??Bukan menyesal sebab tidak dapat mengikutinya dari awal,tapi kerana tidak berjaya menegur seawal mungkin..mungkin telah mendapat sambutan yang hangat pada musim pertama,maka ia diteruskan ke musim kedua,wallahu 'alam..


Salah ke kiranya kalau menganjurkan program yang lebih berfaedah sikit..ajarkan mereka tarannum dan hafaz Al-Quran..dengan itu,semua yang terlibat dapat juga berkat dan pahala sedikit sebanyak..ajarkan juga asas2 fardhu ain..percayalah,anak2 inilah generasi yang akan memimpin negara kelak,jika tersalah acuan,maka...fikirla sendiri..


Sakit mata aku bila melihat mereka yang menangis kerna disingkirkan..pernah ke menangis mengenangkan dosa2 kita,wahai adik-adikku sayang??


-aku post entry ini bukanlah menunjukkan aku adalah orang yang baik dan tidak pernah berhibur,aku tetap manusia biasa cuma pandai2lah kita mengawalnya..walaubagaimanapun,aku tetap mahu jadi baik dan terbaik disisi Al-Khaliq..aminn..

notakakiku1:sumber dari sini..idola kecil 2
notakakiku2:doaku,moga kita semua diberi pengampunan oleh ALLAH..

0 comments: