24 April 2013

Wahai Angin Yang Menderu.

Assalamualaikum..


Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
bahawa Allah itu tuhan yang satu

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
ujian itu akan sentiasa hadir

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
setiap kesulitan pasti ada kesenangan

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
kuatkan dan tabahkan hati

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
ujian itu bukan sia-sia
pasti ada hikmahnya

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
jangan sesekali goyah
pegangan yang ada padamu

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
setiap air mata yang mengalir
Allah telah hitung dengan nikmat yang bakal dianugerahkan

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
gelisah yang kau miliki kini
akan hadir ketenangan yang tak terucap

Wahai angin yang menderu
bicaralah pada hati
peluk erat-erat
dakap ketat-ketat
semat kuat-kuat
Allah sentiasa ada

Wahai angin yang menderu, yang sentiasa akan menderu sehingga masa diizinkan Allah.Menderulah seirama dengan semangat yang ada padaku.Bahawa hidup ini memang satu perjuangan.

picture :google



Currently on Gadis Kecil Di Pinggir Gaza by Vanny Chrisma.W . Tajuk entri sempena bab dalam gadis kecil di pinggir gaza,wahai angin yang menderu, mengambil semangat yang ada pada Palestine.



katahatiku1 : Already deactivated FB & Twitter. Reason? No comment. Anything, contact me through email/skype/ym : qeel_89[@]yahoo.com





0 comments: