06 July 2011

kerna satu visi mujahadah

Assalamualaikum....

Setiap kali solat, kita seringkali berbicara dengan ALLAH sebanyak 17 kali sehari dengan menyebut;

 “ Tunjukkanlah kepada kami jalanMu yang lurus”


Namun,sejauh manakah rasa penghambaan dengan lafaz tersebut?Apabila diuji, mahu sahaja tersungkur,rebah dan terus tidak berdaya. Kita seperti lupa bahawasanya kita selalu meminta ALLAH memberi jalan dan hidayah kepada kita setiap hari,mana tahu dengan ujian-ujian inilah,kita menerimanya.Jangan mudah goyah wahai hati & iman.


Sungguh,saat ini sungguh perit. Maka,marilah bermujahadah.


Apa kaitannya dengan mujahadah?
Apa itu mujahadah?
Apa pentingnya mujahadah?


Mujahadah dalam bahasa ialah berjuang, bersungguh – sungguh, berperang melawan musuh. 


Dari sudut istilah;bersungguh–sungguh memerangi dan menundukkan hawa nafsu. 

Itulah mujahadah.Faham-faham la sendiri bagaimana.

Ketika ini,inilah antara keyakinan mujahadah ini.

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka gembira dan beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”. Al-’Ankabut [29:69]


Dalam perjuangan mujahadah  juga,risau jika tidak dapat mengawal diri sendiri.Oleh sebab itu juga,istiqamah itu penting.Risau andai tahu dan mahu melakukan kebaikan,tapi tidak ramai yang berjaya melakukannya.

“Istiqamahlah kamu semua, dan beruntunglah jika kamu istiqamah.” (HR Ibnu Majah)

“Maka istiqamahlah, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”. (QS Hud : 112)




Ya ALLAH,mujahadah ini tidak berjaya tanpa bantuanMU
Ya Rahman,mujahadah ini sangat perit
Ya Rahim,mujahadah ini mencengkam emosi diri
Ya Latif, lembutkan hati untuk terus tunduk padaMU
Ya ALLAH Ya Tuhanku, mujahadah ini semata-mata meraih redhaMU,maka,perkenankanlah!!
semoga saya dan kamu diberi kekuatan mujahadah,sesungguhnya ALLAH mengetahui setiap sesuatu T_T



katahatiku1: saya tahu ramai tak faham entry ini,biarkan~~hanya peringatan buat diri sendiri sahaja
katahatiku2: doakan kekuatan buat saya,saya sangat terkilan andai air mata ini mengalir tanpa tujuan,jangan biarkan mimpi ini menjadi igauan fantasi yang entah kemana.
katahatiku3: Sudah..biarkan sahaja entry ini sayu sendiri,saya mahu tidur,lupakan segalanya,doakan kembara saya esok,KMK,i'm coming~~~





0 comments: