26 November 2009

:Cantiknya seorang WANITA:


cantiknya seorang wanita,sebagai gadis..
bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir memekar senyuman kosmetik

cantik seorang wanita,sebagai remaja..
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

cantik seorang wanita,sebagai anak..
tidak menjerat diri pada kederhakaan

cantik seorang wanita,sebagai isteri..
menempuh badai di sisi suami

cantik seorang wanita,sebagai menantu..
menjauhi persengketaan ipai duai

cantik seorang wanita,sebagai ibu..
membuai anak,kala suami menjalin mimpi

cantik seorang wanita,sebagai mentua..
telus hati mengagih kasih setara pada semua

cantik seorang wanita,sebagai nenek..
menyaring teladan para anbia buat cucu cicit

cantik seorang wanita,sebagai warganegara..
peka membela nasib dan maruah negara

cantik seorang wanita,sebagai warga tua..
menghitung hari dengan selembar mashaf

cantik seorang wanita,sebagai intelektualis..
menyala obor mewangi setanggi profesionalis

cantik seorang wanita,sebagai akidah solehah..
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

0 comments: