17 November 2009

............HUTANG BUDI........


Pernahkah anda menghitung pembiayaan untuk membayar seorang penjaga

malam, jururawat, arkitek, guru dan penasihat...? anda tentu akan
mengira dan tentu akan sangat..sangat...mahal bukan..?



Lalu..Pernahkah anda sedari bahawa sebenarnya dalam kehidupan anda,
ada seseorang yang telah berperanan sedemikian banyak sehingga
kehidupan anda telah menjadi seperti saat sekarang ini..? IBU ANDA..!



Saya ingin berkongsi kasih dan cerita mengenai ibu yang dikisahkan
oleh Marjorie Cooney ini:



Ibu, betapa aku takkan sanggup untuk membayar semua hutang-hutangku
padamu. Untuk malam-malam panjang yang engkau korbankan kerana suara-suara
kami, baik kerana kami lapar, kerana suara-suara luar yang
mengganggu, kau terjaga untuk sepanjang malam menjaga kami. Untuk
setiap semangat, dorongan, ajaran yang kau berikan kepada kami
dengan sabar setiap harinya, setiap minitnya, setiap detiknya kau
bimbing kami, kau bangunkan mental dan fizikal kami, sehingga kami
mendapatkan kesempurnaan hidup seperti saat sekarang ini.


Ibu, kau juga telah berjuang keras untuk merapatkan seluruh keluarga
dengan cinta, kesetiaan dan kasih tiada terhingga banyaknya yang kau
curahkan.Dan untuk semua itu, kau tidak meminta bayaran sesen pun
kepada kami, kau lakukan semua itu dengan tulus..ikhlas..tanpa
penat dan letih sedikitpun, kau lakukan semua itu dengan cinta...kasih...dan
kesetiaan yang amat..sangat..dalam kepada kami.
Kami tahu hutang kami sangat banyak kepadamu ibu, dan untuk semua
hal yang tak ternilai itu kau berikan cap SUDAH DIBAYAR
LUNAS !.
untuk satu kucupan cium kasih sayang dari kami dan ucapan

dari kami..

I LOVE YOU MOM.....

"TIADA KASIH SAYANG SEBESAR KASIH SAYANG ORANG TUA KEPADA ANAK,
TERUTAMA KASIH SEORANG IBU. SEPERTI AWAN YANG MENAUNGI DISAAT
MATAHARI SANGAT TERIK, SEPERTI HUJAN DI GURUN YANG PANAS, SEPERTI
BUMI YANG MEMBERI KEHIDUPAN KEPADA SEMUA YANG BERNAUNG
DIBAWAHNYA.." - SONDRA ANICE BARNES




notakakiku1:Rasa semangat yang membara bila dapat salam dan cium ummie sebaik tiba dirumah....huhu..
notakakiku2:Kegembiraan ummie bila menyambut anak dara dan anak teruna pulang turut menggembirakan diri ini....
notakakiku3:Habiskan sem break nga ummie dan family.....





2 comments:

aQielahuZihan said...

pergghhh..i'm back to blogging again...

mizaranun said...

Salam ziarah...
Syukran atas perkongsian ini..
Kasih dan pengorbanan ibu cukup mahal tidak ternilai dan tidak terbalas...huhu

err selamat hari ibu..hihi