28 March 2010

TiTas @ MaBIQ

ALHAMDULILLAH,itu sahaja yang mampu aku lafazkan setelah berjaya melaksanakan projek titas.Syukur,syukur dan syukur..

Pada mulanya,kami menghadapi pelbagai masalah..ya..masalah…serius..aku sangat cuak..bermula dengan bas UMP..kami telah mengapply satu van UMP,namun kami diberikan sebuah bas memandangkan van telah penuh..ya ALLAH,memang aku bersyukur..namun pada hari dijanjikan,bas itu telah menghadapi salah faham dimana pihak yang sepatutnya yang bertanggungjawab tidak menginform pak cik bas sebagaimana yang kami harapkan..kami telah mencari alternatif lain iaitu menyewa kereta..tidak perlu untuk kami kecoh-kecoh dan mencari salah siapa,yang penting projek kami pada hari ini berjalan,itu sahaja yang ada dalam fikiranku..

Pelbagai dugaan yang kami hadapi,sudah tentu pertama dan utamanya ialah sesat.hhaha..lawak…lawak..kami boleh bermain u-turn- dikawasan menuju Pekan..haha..namun,lebih kurang dalam 15 minit,akhirnya kami berjaya menemui Permata Camar,lokasi awal projek kami..adess..rupa-rupanya.projek kami bertembung dengan program CHEST UMP..alahaii…kecewa bangat…tidak mahu kecoh-kecoh dan bersikap matang(walaupun kami semua sengal-sengal ),kami mengalah,biarkan kami mencari penyelesaian lain..syukur..syukur..kami bejaya menemui tempat lain iatu MaBIQ (Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran)...kami dibenarkan untuk membuat program kami on the spot..ermm..ALLAH maha pemurah,kan??..

Seterusnya,kami tiba di MaBIQ atas bantuan salah seorang pegawai Permata Camar…syukran diucapkan…jasamu dikenang..salah faham di Permata Camar itu biarlah…kami redha jerr…

Di MaBIQ,kami dipertemukan dengan pengetua MaBIQ,ustazah ummi Ruzainah Abd.Ghani,terima kasih kerana menerima kami secara mengejut..disebabkan kami terlewat dari tentatif awal dan berada dalam kondisi berbeza ,maka secara automatiknya,kami terpaksa cut tentatif satu slot..

ALHAMDULILLAH,tentatif kami berjalan seperti biasa..sangat-sangat bertuah kerana dapat bertemu adik2 MaBIQ,sangat2 bersyukur,mereka semua adalah bakal2 Hafiz,hebat kan mereka??owhh…terharu bangat sihhh tengok keadaan 2 3 orang dari mereka..huhu..


Program berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati kepada penghuni MaBIQ atas kesudiaan berprogram bersama kami,juga cenderahati buat pengetua MaBIQ,ustazah ummi dan juga sedikit derma hasil kutipan derma dari rakan-rakan sekuliah kami, Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) batch 09/10.Walau tidak seberapa,tapi ia adalah sumbangan tulus ikhlas dari rakan-rakan kami yang lain yang tidak berkesempatan bersama-sama.Tidak dilupakan sumbangan tabloid iLuvislam.com buat penghuni MaBIQ..dalam menyahut seruan 'spreading the luv; the TRUE luv'..maka kami (baca:saya),mengambil kesempatan untuk meyampaikan mesej ini melalui misi kali ini,saya mahukan agar ayat-ayat cinta ALLAH ini bertebaran dimana jua.Biarkan ayat-ayat cinta ALLAH itu turut dirasai oleh penghuni MaBIQ,sharing is caring,right??...jom...view our moment..



-persediaan sebelum ke program..semua bertungkus lumus berusaha sambil bermain..kami juga turut mencuba games yang bakal dijalankan bagi mengelakkan ketidaksempurnaan nanti ..have fun alsooo-



-pagi sebelum bertolak,semua excited...disamping pic2 ketegangan kami bila dilanda masalah,mencuba sedaya upaya agar usaha kami selama ini tidak sia-sia,tidak mahu pulang dengan tangan kosong-



-akhirnya,jodoh kami disini..memulakan seberapa pantas program agar tentatif yang telah dirombak dapat dilaksanakan dengan jayanya...ALHAMDULILLAH..syukur..-



-aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan diharap dapat menggembirakan mereka,mereka belajar,kami juga turut belajar,belajar tentang hidup,bukan belajar untuk hidup...-



-memori yang sempat dirakam agar kenangan terus bersemi supaya ukhuwwah itu tidak putus begitu sahaja,doakan kami,wahai adik2...kami juga doakan kejayaan kamu semua..-



-huwaaa..serius kottt..pagi tue memang rasa nak menangis jerr sebab program kita clash,rasa cam hampeh jer aku jadi leader korang,namun korang semua still bersemangat dan berusaha mencari solusi lain,maka,aku sebagai ketua takkan mengaku kalah kott..lagipun,dah janji tak nak lemah di sem 2 nie..

-Permata Camar,mungkin bukan rezeki kamu,ALLAH aturkan sebaik2nya untuk kita,mungkin kami bakal melakukan kesilapan sekiranya terus berada disana..so..no feeling2 again..biarkan..saya redha…terkilan tetap terkilan..terkilan sebab tidak dapat membuat teammates saya berpuas hati dengan hasil kerja saya,maybe ada silap saya dalam menakhodai mereka...maaf buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak..

-MaBIQ,aduhaiii…terima kasih tidak terhingga buat kalian kerana sudi menerima kunjungan mengejut kami,buat ustazah ummi,syukran kerana mempercayai kami dan meminjamkan adik2 MaBIQ kami buat seketika.Ampunkan segala salah dan silap kami sepanjang berada disana,kami bukan insan sempurna,maafkan juga keterlanjuran kami dalam mengendalikan program disana.Sangat2 bertuah apabila dapat berada di MaBIQ walau seketika cuma.

-Teammates,hahaha..sangat2 seronok dapat bekerja bersama-sama kamu,terima kasih kerana telah bersusah payah selama 2 minggu berturut-turut dalam menjayakan program kita.kalian memang tidak berkira..sejujurnya,sangat2 terkejut dengan tindakan kalian,walaupun kalian sengal2 dan gila2 namun bab kerja,memang awesome…wahh..sungguh hebat…setiap kali meeting,semua menghadirkan diri walau lambat..yang penting kalian memang hebat..kalian masih mampu tersenyum dan berfikir dengan waras tatkala kita semua dilanda masalah..sangat2 bersyukur mengakui kalian sebagai sahabat..maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala salah silap aku selama menjadi ketua korang,aku bukan sempurna sebab itu aku memerlukan kalian sebagai pelengkap bagi menyempurnakan misi kita..terima kasih tidak terhingga buat mereka..

_ana_

_kupuwan_

_ayu_

_nana_

_una_

_fina_

_madi_

_anis_

_wani_

_rai_

_sayang kamu kerana ALLAH_


Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..



1 comments:

mia ~~ said...

wahhhh , terharu dengan kesabaran akak , kenapa akak tak cerita kat mia semua ni . mia tak sangka akak sekuat ni untuk handel apa yang dah tak jadi . memang patut pun amia respect akak . thanks 4 share this moment with me . mia respect akak :D