13 August 2009

-Indahnya Bunga Lili-


Seorang anak sambil menangis kembali ke rumah. Dia menangis semakin kuat ketika dia bertemu ibunya.Dia berasa segala usahanya tidak dihiraukan baik oleh guru mahupun teman-teman sekelasnya.Dia telah berusaha namun seakan-akan usahanya tidak layak dihargai lalu dia menjadi benci akan teman-temannya.Dia menjengkeli gurunya.



Setelah mendengar keluhan anaknya,sang ibu bertanya "Pernahkah engkau melihat kembang lili (bunga bakung) milik tetangga di lorong jalan kerumah kita?"
Anak itu menggelengkan kepala."Bunga itu berkembang setiap pagi,dan di akhir hari ia akan layu dan mati.Namun,sebelum mati,ia telah memberikan yang terbaik,ia telah memancarkan keindahannya". Anak itu berhenti menangis dan mendengar penuh perhatian.



"Setiap hari ia memberikan keindahan yang sama.Setiap hari ia memberikan keharuman yang sama walau kadang tidak dihiraukan orang.Keindahannya tak pernah berkurang kerana engkau tak pernah memerhatikannya.Ia tidak pernah bersedih bila tak diperhatikan orang,kerana ia tahu bahawa dalam hidupnya ia cuma punya satu misi yakni memberikan keindahan". Anak itu faham akan maksud ibunya.



p/s: Bagaimana pula kehidupan kita?Seringkali mengeluh sekiranya dihiraukan,apa yang penting,kita mesti tahu misi kita adalah memberikan TERBAIK.

0 comments: