13 August 2009

..:Tiga Kunci Hidup Yang Bahagia:..

Apakah rahsia hidup yang bahagia itu? Banyak orang yang mengidentitikan kebahagiaan dengan segala sesuatu yang berada di luar kita, seperti harta benda yang kita miliki. Apakah anda akan berbahagia jika mempunyai rumah yang indah, kereta mewah, duit yang banyak, pasangan hidup dan anak-anak yang tampan dan cantik? Mungkin anda akan mengatakan ''ya.'' Tapi, percayalah itu tidak akan kekal lama.


Kebahagiaan yang disebabkan hal-hal di luar kita adalah kebahagiaan semua. Kebahagiaan itu akan segera hilang begitu sahaja..Anda melihat kawan anda membeli kereta mewah, handphone yang canggih, atau sekadar baju baru. Anda begitu juga ingin memilikinya.


Anehnya,selepas anda berjaya memilikinya, rasa bahagia itu segera hilang. Anda merasa biasa-biasa saja. Bahkan, anda mulai melirik orang lain yang memiliki barang yang lebih bagus lagi daripada yang anda miliki. Anda kembali berangan-angan untuk memilikinya. Demikianlah seterusnya. Dan anda tidak akan pernah bahagia.


Buddha Gautama pernah mengatakan, ''Keinginan-keinginan yang ada pada manusialah yang seringkali menjauhkan manusia dari kebahagiaan.'' Ia benar. Kebahagiaan adalah sebuah keadaan tanpa syarat. Anda tidak perlu memiliki apapun untuk berbahagia. Ini adalah sesuatu yang sudah anda putuskan dari awal.



Cuba katakan pada diri anda sendiri, ''Saya sudah memilih untuk bahagia". Apapun yang akan terjadi anda akan merasa bahagia walaupun tidak memiliki harta yang banyak, walaupun keadaan di luar tidak sesuai dengan keinginan anda. Semua itu tidak akan mengganggu kerana anda tidak menempatkan kebahagiaan anda disana.



Kebahagiaan yang hakiki terletak di dalam diri anda sendiri. Inti kebahagiaan ada pada fikiran anda. Ubahlah cara anda berfikir dan anda akan segera mendapatkan kebahagiaan dan ketenteraman batin. Ada tiga fikiran yang perlu senantiasa anda tumbuhkan. Saya mendapatkan gagasan mengenai tiga kunci kebahagiaan ini setelah merenungkan erti tasbih, tahmid dan takbir yang kita ucapkan setiap hari tapi sering tanpa makna yang mendalam.







Kunci pertama kebahagiaan adalah rela memaafkan. Cuba renungkan kata SUBHANALLAH. Tuhanlah yang Maha Suci, sementara manusia adalah tempat kesalahan dan kealpaan. Kesempurnaan manusia justeru terletak pada ketidaksempurnaannya. Dengan memahami konsep ini, hati anda akan selalu terbuka untuk memaafkan orang lain.


Seorang doktor terkenal Gerarld Jampolsky menemukan bahwa sebahagian besar masalah yang kita hadapi dalam hidup bersumber dari ketidakmampuan kita untuk memaafkan orang lain.Dia bahkan mendirikan sebuah pusat penyembuhan terkemuka di Amerika yang hanya menggunakan satu kaedah tunggal iaitu, rela memaafkan!


Kunci kedua adalah bersyukur. Cuba renungkan kata ALHAMDULILLAH. Orang yang bahagia adalah orang yang senantiasa mengucapkan alhamdulillah dalam situasi apapun. Ini seperti cerita seorang petani miskin yang kehilangan satu-satunya kuda yang dimiliki . Orang-orang di desanya amat prihatin terhadap kejadian itu, namun dia hanya mengatakan, alhamdulillah.


Seminggu kemudian kuda tersebut kembali ke rumahnya sambil membawa serombongan kuda liar. Petani itu mendadak menjadi orang kaya. Orang- orang di desanya berduyun-duyun mengucapkan selamat kepadanya, namun ia hanya berkata, alhamdulillah.


Tak lama kemudian petani ini kembali mendapat musibah. Anaknya yang berusaha menjinakkan seekor kuda liar terjatuh sehingga patah kakinya. Orang-orang desa merasa amat prihatin, tapi sang petani hanya mengatakan, alhamdulillah. Ternyata seminggu kemudian tentara masuk ke desa itu untuk mencari para pemuda untuk wajib dilatih berperang. Semua pemuda dibawa keluar desa kecuali anak sang petani kerana kakinya patah. Melihat hal itu si petani hanya berkata singkat, alhamdulillah.


Cerita itu sangat inspiratif kerana dapat menunjukkan kepada kita bahwa apa yang kelihatannya baik, belum tentu baik. Sebaliknya, apa yang kelihatan buruk belum tentu buruk. Orang yang bersyukur tidak terganggu dengan apa yang ada di luar kerana ia selalu menerima apa saja yang ia hadapi.


Kunci ketiga kebahagiaan adalah tidak membesar-besarkan hal-hal kecil. Cuba renungkan kalimat ALLAHU AKBAR. Anda akan merasa bahawa hanya Tuhanlah yang Maha Besar dan banyak hal-hal yang kita pusingkan setiap hari sebenarnya adalah masalah-masalah kecil. Masalah-masalah ini bahkan tidak akan pernah kita ingat lagi satu tahun dari sekarang.


Penelitian mengenai stres menunjukkan adanya beberapa hal yang merupakan penyebab terbesar stress, seperti kematian orang yang kita cintai, kecelakaan lalu lintas, dan sebagainya. Hal-hal seperti ini bolehlah anda anggap sebagai hal yang ''agak besar.'' Tapi, bukankah hal-hal ini hanya kita alami sekali-sekali dan pada waktu-waktu tertentu? Kenyataannya, kebanyakan hal-hal yang kita pusingkan dalam hidup sebenarnya hanyalah masalah-masalah kecil.


p/s: Saya masih tidak bahagia dengan hidup ini dan berusaha sedaya upaya untuk mencari sinar kebahagiaan itu,semoga lafaz2 SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHU AKBAR terus bermain dibibir ini untuk mencapai kebahagiaan yang diimpikan.

3 comments:

Norashikin Abdullah said...

subhanallah walhamdulillah walaila haillallah allahu akbar

Norashikin Abdullah said...

Bahagiakah aku??
Aku akan mencari kebahagiaan itu. Aku mahu mencari cinta yang tidak pernah mengenal erti perpisahan. Tidak mengapa jikalau aku ingin menjadi musafir; pengembara setia yang mencari cinta. Mencari cinta yang kekal di dalam jiwa, jikalau sudah sekali memperolehnya persis Ruwayda dalam Munajat Cinta. Sudah tentu, allah yang Esa yang harus kudekati. Di situ sebenarnya terletak cinta, juga kasih sejati yang abadi..

aQielahuZihan said...

ermm..insyaALLAH..
Sama2 membaiki diri
untuk memiliki bahagia abadi..