30 November 2010

Hilux kehidupan



sedikit perkongsian...

Semalam,ada seorang anak gadis memandu sendirian untuk ke destinasi tujuan.Keretanya berada di tengah-tengah antara Gen-2 dan kancil.Dicelah-celah deretan kenderaan yang sudah tentu berlakunya kesesakan,dalam keadaan berhenti,mata anak gadis itu terkalih kearah sebuah Hilux,kereta pacuan empat roda.Hilux itu berada dalam parking dan ingin keluar,lantas mengundurkan pacuan empat roda tersebut.

Gen-2 yang berada dihadapan tidak memberi ruang lantas ke depan lagi.
Tiada ruang.
Kosong.
Tertutup.

Anak gadis juga berbuat demikian.
Bergerak ke depan.
Mengikut.
Jangan pandang belakang.

Lantas,perjalanan diteruskan.Kereta yang bersusun sebentar tadi terus bergerak.Dari cermin pandang belakang,anak gadis terpandangkan kancil yang berada di belakang memberi Hilux tadi jalan.Hilux tadi keluar dan terus mengejar si lampu isyarat hijau.Dipertengahan jalan,Hilux turut berhenti dan memberikan kereta MyVi dan kancil yang memberi isyarat untuk masuk ke kanan jalan untuk bersama-sama mendorong kehadapan.ohh,baik sungguh!!

Anak gadis itu hanya mampu melihat dan berlalu dengan angkuh walau batinnya sedikit tercuit.Dalam hati,anak gadis itu bertekad,BERI PELUANG!!

Hari ini,anak gadis itu membuktikan azamnya dan semoga anak gadis itu akan sentiasa berbuat begitu,terus istiqamah.


IBRAH

Cuba pandang Hilux itu sebagai peluang dalam hidup kita,memberi ruang kepada Hilux supaya ia mudah keluar dan melancarkan perjalanannya,sama seperti kita,kita seringkali mahukan A dalam hidup kita,tidak kira lah dari aspek apa,sama ada pelajaran,perhubungan,material,kos pengajian di uni dan sebagainya,namun bila kita mendapat B,kita mula memberontak dan tidak mengendahkannya sedangkan masa sedang bergerak.Bukankah itu satu pembaziran??

Dari analogi tentang cerita diatas,tidak salah kiranya anak gadis itu memberi ruang dan peluang untuk Hilux itu keluar,bukan menyusahkan si anak gadis,bukan mengambil hak anak gadis,bukan menyakitkan anak gadis,namun anak gadis itu bongkak,cuba menutup setiap ruang yang wujud,sedalam-dalamnya,serapat-rapatnya.

Sama seperti peluang yang lain yang diberi kepada kita,ALLAH tahu yang terbaik,sebab itu ALLAH beri,namun,kita yang jahil ini terus tidak mahu mencari inisiatif untuk menggunakan peluang tersebut.Tidak salah untuk mencuba bekerja sebagai seorang setiausaha walaupun kita berkelulusan farmasi,mungkin itu rezeki permulaan untuk kita.ALLAH tahu kemampuan kita,usahlah kita menutup segala peluang yang diberi dengan tidak datang bekerja,datang lambat,selalu cuti dan macam-macam lagi.

Hilux yang diberi keluar tadi rupa-rupanya bukan membawa kesusahan bahkan turut berbuat kebaikan.Hilux itu turut memberi jalan agar MyVi dan kancil keluar
.Dan mungkin juga peluang yang kita ada itu,yang kita nampak tidak elok itu sebenarnya turut memberi kita kelebihan,dari segi apa,perlulah ditafsir sendiri.

Apa yang kita miliki itu adalah yang terbaik,berlapang dada dan terimalah.Beri peluang dan ruang terhadap pemberian ALLAH kerna itulah yang terbaik.Usah menutup segala ruang dan peluang yang ada,sekurang-kurangnya kita masih mempunyai pilihan lain.Yakin dan selami ayat ini:

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah. Al Baqarah:216)






[biarkan pokok ini tumbuh walau di padang pasir sekalipun,sekurang-kurangnya peluang dan ruang itu digunakan dengan sebaiknya]


sesungguhnya,kembara ini tidak sia-sia
kembara ini kembara yang pasti
pengembaraan yang penuh cita-cita
ada ilmu yang perlu ditafsir
ada perkara tersirat yang perlu disingkap
ada hikmah yang perlu dinilai



katahatiku1: peringatan buat diri sendiri,semoga istiqamah!!
katahatiku2: satu hari,satu ilmu..isikan cuti semaksimum mungkin.
katahatiku3: maaf buat anda,menyepi seketika,saya baik-baik sahaja.





0 comments: