29 August 2009

_C.I.N.T.A_

SEMUA kejadian pasti bermakna, tak peduli ia sedih atau sakit hati. Maka, nasihat arif yang biasa kita dengar adalah: ''Petik manfaatnya, ambil hikmahnya.'' Ubahlah cara pandang!

Maka, jadilah sebuah kebencian bersuluh cinta. Ketakutan mewujudkan ketenteraman batin. Dan, yang tampak ''tidak adil'' terlihat sebagai a
nugerah yang perlu disyukuri. Apalagi jika mampu melihat secara polos, alami tanpa ego, maka akan tergambar cinta kasih yang hidup dalam setiap renik penciptaan-Nya.

Hidup pun benar-benar tenteram tanpa dibayangi ketakutan. Pelukis, pemuzik, dan sasterawan besar India, Rabindranath Tagore (1816-1941),
Jmenulis begini: ''Di belakangku ada kekuatan tak terbatas, di depanku ada kemungkinan tak berakhir, di sekelilingku ada kesempatan tak terhitung. Dan, semua itu ada Yang Mengatur. Kenapa mesti takut?''

Ya, kenapa mesti takut? Sunan Bonang alias Ma
khdum Ibrahim, yang lahir pada pertengahan abad ke-15 dan meninggal pada abad ke-16, menulis sajak begini:


Jangan terlalu jauh mencari keindahan
Keindaha
n ada di dalam diri
malah seluruh dunia ada di dalam diri
Jadikan dirimu cinta
Supaya dapat memandang dunia
Pusatkan fikiran heningkan ci
pta
Siang malam, berjagalah!

Segala yang ada di
sekelilingmu
Adalah buah amal perbuatanmu



Jadikan dirimu cinta supaya dapat memandang dunia! Kalimat yang bermakna dalam. Dr. Deepak Chopra, ahli psikologi India, menulis dalam The Way of the Wizard, Rahsia Jurus Sang Empu, cinta adalah ''yang meluluhkan segala ketidakmurnian, sehingga yang masih ada hanya yang sejati .'' Selagi kau punya takut, kau punya kemarahan, kau punya ego yang mementingkan diri sendiri, kau tidak boleh benar-benar mencintai.



Dan, tidak ada orang yang tanpa cinta. Yang ada hanya orang yang tidak boleh merasakan kekuatan cinta. Cinta itu lebih dari suatu emosi atau suatu perasaan. Cinta lebih dari keghairahan. ''Cinta adalah udara yang kita hirup sebagai nafas... dan beredar dalam tiap2 sel.'' Cinta adalah kekuatan tertinggi kerana tiada paksaan.



Cinta itu pula yang menggerakkan saya berkongsi kisah dari e-mail seorang rakan. Ceritanya, di zaman Cina kuno, seorang wanita muda yang baru menikah, Li-Li, tinggal di rumah ''mertua indah''. Setelah berhari-hari berkumpul, dia menyimpulkan tidak cocok dengan si ibu mertua. Tiada hari tanpa debat dan tengkar.




Li-Li tambah kesal kerana adat Cina kuno mengatakan: ''Harus selalu menundukkan kepala untuk menghormati mertua dan mentaati semua kemahuannya.'' Suami Li-Li, seorang yang berjiwa sederhana, sedih menghadapi keributan yang tiada pernah berhenti itu.


Akhirnya, Li-Li tak tahan lagi, dan bertekad melakukan sesuatu. Ia pun pergi ke rumah sahabat ayahnya, Sinshe Wang, yang memiliki kilang ubat. Ia ceritakan kekeruhan di rumah dan mohon agar dibuatkan racun bagi si ibu mertua.



Sinshe Wang berfikir keras sejenak, lalu berkata: ''Li-Li, saya mahu membantu menyelesaikan masalahmu, tapi kamu harus mendengarkan saya dan mentaati apa yang saya sarankan.'' Jawab Li-Li: ''Baik, Pak Wang. Saya akan mengikuti yang pak katakan.''



Wang mengambil ramuan dan berpesan: ''Kamu tidak boleh memakai racun keras yang mematikan seketika untuk menyingkirkan ibu mertuamu, kerana itu akan membuat orang jadi curiga. Saya memberimu ramuan beberapa jenis tanaman ubat yang secara perlahan-lahan akan jadi racun dalam tubuhnya.''



Untuk itu, ''Setiap hari sediakan makanan yang enak-enak dan masukkan sedikit ramuan ubat ini ke dalamnya. Lalu, supaya tidak ada yang curiga saat ia mati nanti, kamu harus hati-hati dan bersikaplah sebagai sahabat dengannya. Jangan berdebat dengannya, taati semua kehendaknya, dan perlakukan dia seperti seorang ratu,'' kata Wang.


Li-Li sangat senang dan berterima kasih pada Wang. Terburu-buru dia pulang untuk memulai rencana membunuh ibu mertua.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan berlalu, Li-Li melayani mertuanya secara manusiawi. Disediakan makanan lazat yang sudah ''diracuni''. Pokoknya, sesuai petunjuk agar tak menimbulkan kecurigaan. Ia mulai belajar mengendalikan amarah, mentaati perintah ibu mertua, dan memperlakukannya seperti ibu sendiri.



Enam bulan berlalu, dan suasana berubah drastik. Li-Li sudah mampu menguasai diri. Ia tak pernah kesal atau marah lagi. Ia juga tak pernah berdebat dengan ibu mertua. Begitu pula si ibu mertua. Jauh lebih ramah. Li-Li dianggap sebagai puteri sendiri. Tak hanya itu, diceritakan pada kawan dan sanak saudara bahwa Li-Li menantu paling baik yang ia peroleh.



Suatu hari, Li-Li menemui Sinshe Wang. ''Pak Wang, tolong saya untuk mencegah supaya racun yang saya berikan pada ibu mertua tidak sampai membunuhnya. Ia telah berubah jadi wanita sangat baik sehingga saya mencintainya, seperti ibu sendiri. Saya tidak mahu ia mati kerana racun yang saya berikan kepadanya,'' kata dia.



Wang tersenyum. Ia mengangguk-angguk, lalu berkata: ''Li-Li, tidak ada yang perlu kamu khuatirkan. Saya tidak pernah memberi kamu racun. Ramuan yang saya berikan kepadamu itu hanyalah penguat badan untuk menjaga kesihatan.... Satu-satunya racun yang ada adalah yang terdapat dalam fikiranmu sendiri dan di dalam sikapmu terhadapnya. Tapi semua itu telah disapu bersih dengan cinta yang kamu berikan kepadanya.''



Cinta memang dahsyat. Pepatah Cina kuno mengatakan: ''Orang yang mencintai orang lain akan dicintai juga sebagai balasannya.'' Dan, itu sudah dibuktikan Li-Li, walau pada awalnya kerana keterpaksaan.


Rasulullah Solallahu 'alaihi wassalam bersabda, bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman;

"Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturrahim kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku." (Hadith riwayat Imam Ahmad dalam kitab al-Musnad dan Imam Malik dalam kitab al-Muwatha')


p/s:Motif untuk post entry ini ialah cubalah belajar untuk mencintai..peringatan tuk diri sendiri..huhuhu...(rindu sangat2 nga kawan2 yang satu kepala denganku,ermm...)

0 comments: