24 December 2012

Anda akan rasa sekiranya anda pelajar UMP...

Assalamualaikum..

Saat-saat hampir meninggalkan bumi gambang ini,mari kita kita review semula...

Anda akan rasa sekiranya anda pelajar UMP...

1- Anda semestinya faham makna e-comm, sharing, OR......
2- Anda wajib membeli di Ina Shop sekalipun dalam hati memaki hamun harga barang-barang kat situ.
3- Pelajar perempuan stress tinggal di KK3 disebabkan kunci pagar tepat jam 12 malam.
4- Anda akan/pernah makan di Safiyyah walaupun sekali...sedak wooo gua cakap.
5- Kita akan jumpa orang yang sama setiap hari tapi tak kenal pun.
6- Setiap hari pening fikir nak makan apa untuk hari ini.
7- Megamall dan ECM satu-satunya tempat outing pelajar UMP. KP tak layan mana boh.
8- Dulu masjid UMP digelar kilang, sekarang digelar Masjid Petronas.
9- UMP ada dua kampus, Gambang & Pekan. Masing-masing digelar dia budak Pekan, awak budak Gambang,padahal semuanya UMP..kata 1 UMP.
10- UMP ada pasar malam sendiri, setiap petang rabu.
11- Satu-satunya universiti yang berada di tepi highway. Lepas tol jer, terus nampak UMP.
12- UMP ada jejantas menghubungkan dewan kuliah, pentadbiran dan etc dengan Kolej Kediaman 4.
13- UMP memang ada guard yang suka saman student.Kadang-kadang ada yang baik, sporting tapi jarang lerrr.
14- UMP memang suka buat jamuan makan-makan free. Antara korang malu atau tidak,mahu atau malas jer.
15- UMP Gambang dikelilingi anjing, UMP Pekan dikelilingi lembu. Lepas ni UMP mungkin boleh jadi Universiti Penyelidikan Zoo.
16- Event-event besar selalu buat kat kompleks sukan. Event sederhana besar kat astaka. Event kecil-kecilan hanyalah di blok W.
17- Pelajar lelaki tahun 1 majoriti pakai basikal.Dah jadi senior upgrade pakai motor/kereta.
18- Ada court basketball depan KK3 tapi student lelaki yang selalu main.
19- Ada kiosk maxis oooo dalam kafe student.
20- Student wajib ambil briged siswa exclude student yang join badan-badan beruniform (Wataniah,Sispa,Suksis etc)
21- Student final year mesti sibuk dengan PSM, wajib untuk semua fakulti.
22- Sejak-sejak ada OR (Open Registration), semua student mesti stress pada malam OR dibuka.
23- Hanya ada dua kafe utama di KK3 & KK1. Semua kebulur bila makanan habis.
24- Semua bengang dengan akak-akak kat Ina Shop.Tak pernah senyum.
25- Shower dan bilik air selalu full time 7.30 am dan 7.00pm.
26- UMP ada sharing. Download apa sahaja movie dan siap boleh request lagik.U lain tak pasti.Takyah tengok wayang.Tunggu saja sharing mana upload.
27- Library sentiasa penuh time study week. Ramai ambil port menghadap highway sekiranya di UMP Gambang.
28- Pelajar UMP tidak boleh hidup tanpa PC/Lappy dan Internet.
29- Internet sentiasa free dalam bilik.
30- Sekurang-kurangnya, setiap orang mesti pernah study di One Stop Centre meghadap ATM CIMB.
31- Sekiranya ATM BIMB out of services, semua baru terhegeh-hegeh cari ATM Maybank.
32- UMP-KL hanya 3 jam sahaja. Ibarat seperti balik rumah sahaja.Jika ada event di KL,mesti balik hari.
33- Bilik MPP cantik dan terbuka untuk semua student, tapi semua malu dan segan nak masuk.
34- Pelajar-pelajar lelaki kuat main game Dota.
35- UMP Pekan banyak tasik.Kalau rasa nak bunuh diri, terjun terus kat tasik,takyah cari port lain.
36- UMP Pekan dekat dengan pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa.
37- UMP Pekan - UMP Gambang tersaaaaaaaangaaaat jauuuuuhhhhhh.Perjalanan 1 jam.
38- UMP Pekan dulu selalu takde air.
39- Simpang Gambang ada pasar malam setiap hari khamis.Pelajar yang gigih akan berjalan kaki untuk ke pasar malam tersebut.
40- Sejak KK3 dikunci tepat jam 12 malam, banyak maintenance ke atas pagar dijalankan memandangkan banyak 'lubang-lubang tikus'.
41- UMP femes dengan Oovoo dulu, sekarang skype.
42- Kalau ada masalah di UMP, page MPP mesti kena serbu dan dimaki.Kadang-kadang kasihan mereka.Entah mengapa dan tiba-tiba kena marah dengan student.
43- Bangun pagi mesti terus on pc/lappy, check fb kot2 ada announce kelas cancel. Tanpa gosok gigi.Gosok mata jer sebab kadang-kadang tak percaya kelas cancel.
44- Pelajar lelaki ke kelas pakai sempoi sahaja, seluar slack/jeans dan t-shirt berkolar. Nak tengok diorang pakai smart, tunggu hari presentation. Tak kesah subjek apa,fakulti mana. Siap tie lagik.
45- Student civil suka 'ukur jalan' sekitar UMP. hehe
46- Pelajar UMP wajib ada jaket fakulti dan warnanya berbeza mengikut fakulti. I punya hitam hokay.
47- Pelajar UMP kalau outing wajib ke kuantan. Tak pernah dengar nak outing ke raub,jengka or mentakab.
48- Bukan Majlis Perbandaran jer suka clamp tayar kereta, UMP pun pernah clamp tayar kereta.
49- Sesiapa yang kena kompaun, boleh buat sesi rayuan untuk kurangkan kompaun.
50- Semua warga UMP mesti ada akaun E-Comm.
51- Student UMP suka buat dan makan steamboat. Masak guna rice cooker jer pun.Tapi sebab ramai,maka jadi best.
52- Kalau student yang guna kereta duduk kat KK4 nak ke kelas, kena redah jalan berlubang & lecak atau pusing jauh gila sampai kat Tol Gambang. (Darimo Roslan)
53- student UMP memang suka berniaga...dadih, hotdog n lain2....kete sewa pon ada (IMRAN)
54- kat UMP, student boleh pelihara haiwan peliharaan... kucing, arnab, ikan, lembu (?????).. dan sebagainya.(Nazziman)
55-Student lelaki selalu datang lambat sebab KK2 jauh dari lecture room (alasan semata-mata)(Nazziman)
56- Kalu ada kelas lepas smayang jumaat, g kelas pakai baju melayu n kopiah coz malas nak tukar.Ada tuh siap macam pengantin baru pula.hehe..(Nazziman)
57-Kalau budak perempuan Gambang pegi Pekan... semua mata terbeliak sebab kebanyakan budak UMP Pekan hensem2... dan kalau budak lelaki Pekan datang UMP Gambang, semua terbeliak biji mata sebab budak2 perempuan kat Gambang comel2..(Shada).
58- Setidak-tidaknya pelajar perempuan KK3 pernah/akan masuk kolej melalui lubang-lubang tikus even hanya sekali.Tipu la kau kalu tak pernah buat macam gitu.Aku pun pernah jugak.hahaha.


UMP, No matter what, i'm gonna love you forever and ever.




Kalau ada lagi, sila-sila la tambah....heeee....gurauan semata-mata.


Next :  Anda akan rasa sekiranya anda pelajar  FSKKP UMP...




katahatiku1: Sesajer merepek malam-malam.Tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
katahatiku2: Bakal meninggalkan UMP..sobsobsob.....







16 comments:

Darimo said...

Kalau student yang guna kereta duduk kat KK4 nak ke kelas, kena redah jalan berlubang & lecak atau pusing jauh gila sampai kat Tol Gambang.

aQielahuZihan said...

yes2..betul2...

Unknown said...

terbaiklah..hahahaha

IMRAN said...

ad lg...student UMP memang suka berniaga...dadih, hotdog n lain2....kete sewa pon ad...HAHAHA

Nazziman Mustapha said...

1. kat UMP, student boleh pelihara haiwan peliharaan... kucing, arnab, ikan, lembu (?????).. dan sebagainya.

2. Student lelaki slalu dtg lambat course KK2 jauh dari lecture room (alasan semata-mata)

3. Klu ada kelas lps smayang jumaat, g kelas pakai baju melayu n kopiah coz malas nak tukar.

sea_lavender said...

ni mmg pelajar setia UMP hee :D
selamat menempuh dunia baru..

Unknown said...

Tambahan... Kalau budak perempuan Gambang pegi Pekan... semua mata terbeliak sebab kebanyakan budak UMP Pekan hensem2... dan kalau budak lelaki Pekan datang UMP Gambang, semua terbeliak biji mata sebab budak2 perempuan kat Gambang comel2... hu3... ini pengakuan dar budak2 letrik n mekey sendiri... :P

Muhammad Naim Abdullah said...

Bagus akak . hehe

zaman universiti yg banyak memori indah

aQielahuZihan said...

nazziman n shada : Thanks for sharing,dah update siap kredit atas nama korang lagik.

sea_lavender : heee...wani,thanks sebab drop by,congrates sebab dah konvo dip,nati datang smabung degree kat UMP...hehe

naim: ALHAMDULILLAH...mesti rindu saat2 ini nanti..

Kent小明 said...

hahahaa~

Unknown said...

untuk ump pekan sikit je.hmm

Cik Mell said...

- student pmpn/laki mest akn pernah date dgn dorg y len faculty

- memula jd student dress up g kelas cm kje ofis, masuk 3rd/4th year g kelas kai slipar pn ada

- but seyesly, rindu sharing ump!!! xyah susah2 nk tgu wayg~

MiZ said...

kat simpang empat gambang ada satu kedai famous MAK UDA..setiap tengah hari comfirm penuh ngan student n lect UMP gambang..lauk wajib ada..ikan keli goreng...

MiZ said...

Nama asal UMP ialah KUKTEM...hahaha...

Atia_gadismelayu said...

Aktiviti bila dah bosan ngadap laptop.. jalan2 tawaf tasik ump pekan.. hehe..

Chronos Nightshade said...

FSKKP!!!!