31 July 2012

Sketsa Ramadhan

Assalamualaikum..

Salam 12 Ramadhan 1433h..

Cerita 1

Usai solat terawih, ada seorang anak dara bersalam dengan seorang makcik tua disebelahnya.

Anak dara: Makcik, kasi saya anak teruna makcik satu!
Makcik: Hamboih…kau ingat anak aku makanan kat bazar ramadhan nak ambil satu..satu…
Anak dara: Alaaa…kita gurau jer…takper arr makcik kedekut..tak nak duk sebelah dah malam esok.

Anak dara itu terus blah.


Cerita 2
Pada 6 ramadhan yang lalu, tepat jam 12.30 tengah hari, iefa yang berumur 6 tahun yang baru mula belajar berpuasa berborak dengan ibunya.

Iefa: Ibu..kena makan ni..
Ibu: Kan puasa..tahan sikit lagi.
Iefa: Eh..tak boleh ibu..ni cacing dalam perut iefa dah marah ni.
Ibu: Macam mana cacing dalam perut boleh marah?
Iefa: Tengok….dia tendang2, pukul2 perut iefa ni.Sakit ibu.
Ibu: Dah..hambek…kau nak berbuka kan…alasan la tu.


Cerita 3
Aiman berborak dengan kakaknya semasa dalam kereta selepas selesai terawih.

Aiman: Tadi kan…masa tengah sujud, ada sorang budak ni terus sujud jer…tak bangun-bangun.
Kakak: Kenapa?*terkejut
Aiman: Abang dia kott sebab muka lebih kurang sama cuba angkat dia..tengok-tengok dia tidur rupanya.
Kakak: AHAHAHAAH…boleh pulak dia tidur…

katahatiku1: Cerita benar yang ditokoktambah...hehe
katahatiku2: Selamat berpuasa...Ramadhan Kareem



0 comments: