24 July 2011

KELCHEFF [3] being for the benefit....

Assalamualaikum..


kelcheff : kelantan cheng ho international food festival

Saya mahu review antara kelebihan-kelebihan kelcheff ni.Ini adalah pandangan peribadi sahaja.Tidak termaktub atau terikat dengan mana-mana organisasi atau individu.(perghh..ayat nak skema)

Terkejut ke?Mana-mana yang baru saja kenal dengan saya,pasti terkejut,walaupun saya banyak cakap dan bersikap tidak ambil peduli,tapi saya suka mencoret apa-apa sahaja yang saya rasa mampu saya coretkan buat peringatan diri saya sendiri. It's called my blog.

Kelcheff yang berlangsung pada 14 Julai sehingga 23 Julai 2011 meninggalkan seribu pengalaman dan pengajaran buat diri saya dalam berprogram. Saya tidak mahu kesahkan dengan kelemahan dan keburukannya,kerna bagi saya setiap program pasti ada ketidaksempurnaannya.Cukuplah penganjur sendiri yang menganalisa dan menilainya.Fikir positif,okies.Kita ambil manfaatnya agar dapat sama-sama dilaksanakan pada masa depan pula.Kelebihannya yang patut diwar-warkan,bukan??

1- Alunan asma al-husna
* Rasa seperti ada aura apabila dapat mengalunkannya ramai-ramai.Setiap hari okies kena nasyid asma al-husna (kecuali hari ke-7: sebab ada program kat pentas utama) supaya kami menghayati dan dan menginsafi diri yang tiada daya ni.Allah, namamu 99 itu sungguh indah,seperti berada di bumi tarbiyyah maahad dimana setiap hari kena nasyid asma al-husna tanpa bosan dan jemu.Sungguh,permulaan hari yang sangat baik. Itu baru shift pagi,shift petang pun tidak berkecuali.Semoga alunan-alunan itu dapat menyentuh hati-hati yang keras. (p/s: ayu,aku termenangis la masa hari ke6 masa nasyid nie...haha..tiba2 sensitif kott...aku tahu mesti susah ko nak percaya kan aku nangis..tapi betul..sungguh..)

2- Bacaan Yassin vs Malam Nisfu Syaaban
* Saya lupa hari keberapa entah malam nisfu syaaban tu,masa tu saya bertugas shift petang.Usai maghrib, budak2 lelaki gerai depan kapal itu bersiap sedia membaca yassin.(abaikan tentang hukum amalan ini tidak elok apa ntah,ambil sahaja pengajaran okies) secara berjemaah.Saya tidaklah mengatakan bahawa orang lain atau portfolio lain tidak melakukannya,*rasanya charlie charlie juga buat berimamkan saudara naz,saya menulis berdasarkan pengalaman di depan mata. Apa yang membuat rasa bangga ialah,dalam sibuk berprogram bahkan sibuk berniaga juga,mereka sempat mencari masa membaca yassin,dalam gerai pulak tu.Kiranya jika semua anak muda di Malaysia bersikap begini,sudah pasti Malaysia menjadi BERSIH kan...(*hahaha..tetiba bersih..lantak ko la qila nak tulis apa),kofem juga la kan Malaysia sentiasa jadi juara tilawah dan hafazan.Al-quran sentiasa di hati. ALLAH~~


Bicara Green-V~cinta hang li po
dis is Ust Ubai, novelis warkah cinta berbau syurga
merangkap orang kuat sukarelawan juga..

3- Jom,belajar sedekah!
* Benda paling mudah dan paling senang rasanya.Bersedekah.Ada la kan sorang ahli dalam group nie,suka sangat sedekah2 nie,serius,setiap hari,walau orang lain kata sedekahnya tidak seberapa,tapi saya lihat dari segi keikhlasannya.Saya? hanya pandang dan muhasabah diri sebentar.Saya masih belum sempurna,sedang belajar dan belajar memperbaiki diri.Ya ALLAH,murni sungguh hatinya.Kalau dia baca blog nie,(macam la blog ko femes sangat la kan nak suh orang2 baca nie..hikhikhik),terima kasih sebab sedarkan saya.Benda yang simple yang sejak dari tadika lagi belajar,namun pengamalannya belum tentu sampai sehingga ke hari ini.ALLAH~~ tersentuh dengan kebaikan dirinya.



eh2..UNIC pun datang kelcheff laaa.....


4-Latihan Senyum
majlis penutup sukarelawan------>; seperti majlis konvo, baling topi & nametag..
all da best,greenV!!
(ada budak takut la time baling2 tu...hahaha)

*Pergghh....senyum pun kena ada latihan okies terutamanya buat yang muka2 ketat macam saya nie-bak kata roomate la kan..haha.Setiap hari kami diingatkan untuk sentiasa tersenyum walau apa pun yang berlaku.Penat atau bosan belakang kira.Senyumlah seikhlas hati.Kami juga ada cikgu senyum: puan siti.Beliau suka round2 sepanjang kelcheff,sape tak senyum,masa tu la kena suruh senyum.Okies,suka sangat.Semua kena senyum,no sedih2,no muka ketat2,no monyok2,no muncung2.Saya juga pernah handle satu program nie,dalam program tu saya selalu ingatkan anak-anak buah supaya senyum walaupun sangat2 penat,namun hasilnya tidaklah memberansangkan,tapi program kali ni semuanya suka senyum,apa petua Puan Siti yer?maw tipss,bolehhhhhh???heee~~
trademark dulu: senyumlah walau apa pun yang terjadi =))

Kesimpulannya,cukuplah 4 yang dinyatakan,selebihnya,biarkan diri ini berimaginasi sendiri.Semoga pengalaman dan pengajaran sepanjang kelcheff ini tetap kekal di hati.



I'm not the perfect one,i'm just try my best to be the best one!!


katahatiku1: huwaaaaaaa...serius,tidak pandai menulis seperti amatur,cukup sekadar peringatan buat diri sendiri.=),malu sama itu ustaz ubai,(bajet la kan ustaz nak baca blog ko,xyah perasan,satu dalam sejuta la kot....huhu,novel  sendiri pun tak pernah siap2,please,someone,tolong sambung novel i.hakhak...)
katahatiku2: ALLAH,thanks for giving me this chance.Thanks also for answers my prayers.(",)
katahatiku3: jom,sambung kelcheff [3]------>;hahahaha...
katahatiku4: alhamdulillah,saya tidak ralat meninggalkan program lain di UMP,saya juga mendapat manfaat dari kelcheff.Jutaan kemaafan buat semua yang saya kecewakan..huhu..
katahatiku5: tajuk entri diambil sepenuhnya dari tajuk lagu..just nak guna word 'benefit' jer...hehe
katahatiku6: semua gambar adalah hasil muaz zainal,kredit untuk beliau,maaf andaikata terguna nama sendiri pada setiap gambar,sebab nal letak dalam blog,if kalu ada watermark sendiri,no hal,pape pun,a big clap to him...thanks wehh!!



hanya penulis bebas di blog sendiri;
-aqilahuzihan-
kota bharu,kelantan





0 comments: