23 January 2011

Kerjaya: apakah watak kita?

Assalamualaikum

sedikit perkongsian dari jiwa seorang hamba yang kerdil.

ALHAMDULILLAH,baru selesai menghadiri Seminar Perancangan keluarga Kerjaya Mahasiswa di usim,Nilai.Serius,best sangat2 dan banyak info yang diperolehi.Seminar satu hari yang telah disponsor segala makanannya itu kecuali KFC dan McDonalds..hahaha.. diisi dengan 4 slot; 2 diskusi 2 forum.Jom review apa yang saya dapat,semoga ada manfaat bersama.

~muka-muka gila cam sepanjang program berlangsung~
seyyess,asal muka helmi sangat banyak dalam cam ini..still thinking!!


~Diskusi Kerjaya 1- Kecenderungan Merancang Kerjaya Berdasarkan Ujian Personaliti Diri
* Ceramah ini lebih kepada untuk mengenali diri sendiri dan kesesuaian dengan pekerjaan dan ketetapan dalam memilih program.Ceramah yang disampaikan oleh Pensyarah UPM ni sangat best,serius,tak mengantuk,masih ingat lagi kata-katanya,andai anda tersalah dalam memilih program pengajian,jangan risau,teruskan,pastinya anda akan kembali ke lubuk anda semula,jadi,pastikan apabila anda sudah mengenali diri anda teruskan dengan kecenderungan anda.Menurut teori Holland,kita ada 6 jenis personaliti diri,kenalilah diri anda siapa,pasti anda tidak sakit dan gembira dalam memilih kerjaya sesuai dan program pengajian.Saya??hoho..dari awal lagi saya sudah kenal siapa saya,hehh..berlagak..saya sudah tahu program pengajian saya sekarang bukanlah kecenderungan saya,namun,saya mesti meneruskan sehingga saya dapat naik pentas konvo UMP,hanya tinggal 3 semester lagi,mana mungkin saya mengalah.menyesal?kesal?sebagai manusia biasa,mungkin ada 20% menyesal,namun paling banyak adalah rasa syukur,kerana saya tahu,semuanya yang telah berlaku telah menjadikan saya siapa pada hari ini.saya sangat sayang siapa diri saya sekarang.Yang penting,saya ada strategi saya.


~Forum Kerjaya 1-Kepentingan Merancang Kerjaya Dari Awal
*Fuhhh...forum yang mantap oleh tokoh-tokoh hebat.Lebih menjurus kepada pengalaman dan pentingnya untuk merancang kerjaya dari semua aspek.Ada juga unsur-unsur motivasi yang diselitkan.I loikee..suka dengan sharing dari Dr.Firdaus Mukhtar,got PHD by 30,dan beliau telah membuktikannya.Antara pesanannya ialah 3 minus 1;3 for sibukkan diri bukannya penyibuk,tangani stress dengan betul,mantapkan spiritual dan minus 1 for elakkan bercinta.Dalam banyak-banyak pesanan beliau,saya tertarik dengan mantapkan spiritual,terfikir di benak saya,sudah pasti beliau sangat menjaga hubungan dengan ALLAH,dalam keperitan hidup akhirnya berjaya menggenggam PHD,saya??whoaa..doa-doakanlah,paling penting mantapkan spiritual,yakin dan percaya atas Qada dan Qadar dan jagalah hubungan dengan ALLAH,saya tahu kekuatan diri saya berada apabila berjaya untuk menjaga hubungan dengan Rabb,maka,sama-samalah berusaha untuk mendapatkannya.


~Diskusi Kerjaya 2-Keperluan Kemahiran Insaniah Menjamin Kebolehpasaran Graduan
*Keperluan Insaniah stand for softskill,hohoho..sebut softskill baru tahu..tiba-tiba rasa macam kena dengan apa yang telah diberitahu oleh sahabat saya malam sebelum seminar ini berlangsung.Ceramah yang havoc dan sangat banyak input.Dalam ceramah ini,bukan sahaja perlu ditekankan CGPA 3.0 above,tapi perlu ada softskill yang tinggi,bagaimana mahu meningkatkan softskill,sudah pasti dengan menyertai aktiviti persatuan2 dan kelab2 di universiti.Jadi,tonjolkan diri anda beb,sematkan dalam minda softskill ialah harta yang penting.Pointer yang tinggi adalah jaminan untuk dipanggil temuduga sahaja namun softskill adalah jaminan untuk mendapat pekerjaan.Juga turut diselitkan kemahuan dan keperluan para majikan terhadap fresh graduate,majoritinya lebih banyak memihak kearah pembentukan softskill.Jadi,jomla bersoftskill. atau berkemahiran lembut..


~Forum Kerjaya 2-Graduan Holistik Menjamin Kebolehpasaran Kerjaya
*Erkk...tajuk forum yang best,namun cara persembahan kurang menyengat atau saya yang kurang prihatin..aishh..hanya sekadar mampu mengingat seadanya,hoh..maaf juga dipinta andai kurang memberi perhatian.Membincangkan tentang kualiti dan ciri-ciri dalam pasaran pekerjaan.Contohnya,salah seorang ahli panel ialah orang kuat TNB,jadi diterangkan sedikit sebanyak tentang kelayakan untuk TNB..dan juga nasihat untuk berkreatif dalam kerjaya,bagaimana mahu menonjolkan diri dalam khalayak ramai,jangan pulak terpekik terlolong lak.Yang penting,setiap graduan mestilah mempunyai personaliti tersendiri dan serba boleh agar dapat menjadi lain dari yang lain dan terbaik.



Regards with love,
~aqilahuzihan~




Itu sahaja bingkisan yang mampu dicoretkan melalui tafsiran kata-kata sendiri.Banyak lagi pengalaman dan intipati namun cukuplah sekadarnya,kan boring pulak. ;-p..
Terima kasih to all persis yang join journey to usim ini.Korang memang sweet!!



~adegan-adegan sepanjang perjalanan dan sebaik tiba tiba di usim~




katahatiku1: semoga ada manfaatnya,sedikit pun tidak merasa rugi lebih2 lagi dapat beg laptop..hehehe
katahatiku2: Mendapat 3 offer dalam seminggu,semoga berjaya membuat pilihan yang terbaik.Ya ALLAH,guide me please!!
katahatiku3: tak sabar mahu pulang untuk kawen..erkk... untuk kenduri kawen..erkkk..untuk attend majlis kawen.,,,~lalalala~..
katahatiku4: bila hati sudah redha,tiada lagi persoalan yang timbul,Ya ALLAH,ampuni diri ini!!
katahatiku5: nahh..amik..entry kedua untuk hari ini..






1 comments:

Kye Quon said...

Bingkisan yg bagus aqielah..i like this..ape2 pun, nk sume photo dlam camera kamoo...hehehe